Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Duit Dengan Emas

Wednesday, August 27, 2014 www.tips-fb.com by Admin · 5 comments
Filed under:


Dari FB Pakar Emas,Tok Berlagak
Rm terus lemah berbanding Usd. Usd sudah mencapai 3.14. Malaysia akan Demam Kura Kura. Maksudnya Rm yg kita ada sudah makin kurang kuasa belinya.
Den cadangkan kita keluar le dari kepompong kesusahan. Asal minggu ketiga aje duit gaji dah habis. Takan nak hidup selamanya macam tu.

Kenapa kita tidak cuba cara lain untuk mengubah taraf hidup kita ?
Dapat gaji aje bulan ni, beli la emas walaupun cincin 916, 1 gm dan dah boleh dapat below Rm 185 siap termasuk upah. Ingat beli emas dulu bila dapat gaji. Janganle beli kat kedai, mahal beb siap kena bayar duit upah lagi.


Lepas tu try le hidup dengan baki sesudah beli cincin 1-2 gm. Kalau tak lepas juga. Pajakan. Biasanya kalau 1 gm , memang downgrade ke 21 atau 20 kecuali di Yapeim.
Jika jatuh ke 21 maka boleh le 55%. Namun jika tidak jatuh jangan sekali kali amik penuh , amik 50% sahaja. ( Arrahnu biasa kasi rate 65% ). Gunalah duit tu untuk tampung belanja.

Bulan depan pun beli lagi sebentuk cincin. Tak lepas juga minggu ketiga, masuk pula kat Arrahnu. Buat seperti diatas.

Biasanya utk bulan bulan berikut kita sudah boleh mengawal belanja. Tetapi Den tetap sarankan cincin tadi di arrahnukan mengikut kadar diatas sampai bulan ke lima.

So selepas bulan keenam anda kena tebus, kalau tak nanti kena lelong. Namun sebab anda tidak amik maximum maka Den cadangkan tak yah tunggu selepas bulan ke enam tetapi bulan yg ke enam itu kita mulakan operasi menebus.

Bulan ke enam still beli cincin emas, masukan dalam arrahnu, dan naikan 5% dari yg kita minta sebelumnya. Dapat duit tu, tebus cincin di bulan pertama. Bulan ke tujuh pajak lagi satu dan maintain kenaikan seperti bulan ke enam. Tebus cincin bulan kedua.
Begitulah seterusnya.

Kebaikan kaedah berkala ini ialah anda tidak akan tercekik. Anda menggunakan duit arrahnu itu sendiri buat menebus gadaian anda sebelum ini. Kelebihan lain, anda boleh aje menjual cincin cincin tersebut pada harga yang anda rasa selesa.

Cincin yang sudah di tebus itu boleh aje dijual atau di masukan balik dalam arrahnu dan maintain % pinjaman yg sama. Maka di bulan keenam hingga 11 anda sudah ada 2 bentuk cincin sebulan. Bukankah kekayaan anda sudah bertambah. Menyimpan dalam ASB sudah lapuk dan untung sikit bahkan kena tunggu penuh setahun baru dapat 8%.

Den terpaksa turunkan ilmu menyimpan di Arrahnu kaedah berkala ini agar sama sama dapat membantu umat Islam pemilikan 1 kg emas seisi keluarga. Den dapati ada trainer emas mengajar ilmu yg tak praktikal bahkan dia sendiri tak buat dgn kadar bayaran ratusan ringgit sebulan.

Memangle berbeza premium cincin 1 gm dgn 2 gm dan keatas. Antaranya upah membuat di masukan sekali.

Contoh rege cincin sebentuk hari ini termasuk upah.

Cincin 1 gm rege dalam Rm 185
Cincin 2 gm rege dalam Rm 155 x 2 = Rm 310 ( Harga Sinar Gold - jangan tak percaya ! )

So pilihlah ikut kemampuan. Kurangkan merokok pasti anda dapat tambah gm emas anda. Kosongkan ASB dan Tabung Haji anda atau simpan di tahap minima sahaja. Kekayaan sebenar ialah dalam berat emas yg anda miliki !
Cari Duit Dengan Emas

Langkah Pertama Sebaik Blog Atau Web Kita Siap

Wednesday, August 13, 2014 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah baru nak aktif ni, saya dah macam newbies.

Oleh kerana baru buat blog-blog baru,apa langkah pertama perlu kita buat agar blog/web kita dapat cepat SEO friendly?

Setelah blog kita siap dan dah published,

1. Langkah pertama ialah submit URL blog/web kita untuk mempercepatkan blog/web kita diindex dengan keyword yang kita telah tetapkan


List Indexer:

    http://howismysite.com/
    http://www.indexkings.com/
    http://www.imtalk.org/cmps_index.php?pageid=IMT-Website-Submitter  - Yang ni memang power lebih kurang 15,000 secara tidak langsung ping boleh dibuat.


2. Langkah kedua jangan lupa untuk ping,

List Ping Service:

    http://ping.in
    http://pingomatic.com/
    http://www.pingoat.com/
    http://autopinger.com/
    http://pingates.com/
    http://www.pingfarm.com/
    http://www.pingler.com/
    http://www.totalping.com/

Note: Ada list di atas hanya boleh diakses dengan menggunakan DNS selain dari Malaysia.

List RSS Submitter Free :

    http://www.imtalk.org/cmps_index.php?pageid=IMT-RSS-Submitter

Jika ada lagi sila tambah.

Nota kaki: Jika anda belum download laporan percuma saya, sila download segera sebelum TAWARAN PERCUMA di tutup!

LAPORAN PERCUMA: 10 LUBUK DUIT INTERNET


http://isuhangat.net/lubuk/ 

Salam cari duit internet
~blalang~

https://www.facebook.com/blalang

Duit Pencen Dari IM

Friday, August 08, 2014 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments

Assalamualaikum dan Salam Aidilifitri,


Yang mana subcribe newsletter saya pasti terperanjat menerima email atau melihat blog yang sudah bersawang ini aktif semula.

Kemunculan semula saya adalah kebetulan kerana rakan IM saya meminta saya mencuba program listnya. Saya pun sekarang mula free sedikit dengan tugas harian dan isteri saya sudah berniaga sendiri dengan lancar

Mengenang kembali, saya mula berhenti menjadi blogger dan IM lebih kurang 4 tahun yang lepas selepas lebih kurang 5 tahun berkecimpung dalam dunia IM. Saya berhenti dahulu kerana kesibukan tugas selepas diberi tugas baru dan isteri saya mula berniaga offline.

Pada 4-5 tahun lalu, sebelum saya berehat dari dunia IM, saya meninggalkan kenangan dari hasil cari duit internet dengan membuat renovation rumah saya.



Hehe itu sebagai kenangan saja dan saya pun hidup macam orang lain. Makan gaji, bisnes offline sehingga sekarang.

Namun.... apa yang menariknya menjadi IM pencen ni ialah saya masih dapat duit tiap-tiap bulan dari hasil kerja saya selama menjadi IM dahulu.


Duit dari adsense


Dan banyak lagi lubuk yang saya pasang lukah sebelum saya berehat sekejap. Banyak sangat tu taklah sampai 4 angka tetapi beratus juga lah. Kata orang nak buat bayar duit bil bolehlah tapi siapa nak kasi kan?

Oleh sebab tu ramai jugak member yang request supaya saya share lubuk-lubuk tu, saya tulislah satu laporan ringkas yang diedit dari laporan percuma saya dahulu.

Boleh dikatakan Laporan Percuma Cari Duit Internet Ver 2.0 jika sesiapa yang pernah membacanya dahulu. Tetapi kali ini dimudahkan dan difokus kepada lubuk-lubuk cari duit internet terus.

Ini laporan percuma yang ditulis oleh IM pencen di mana saya dapat duit pencen IM tiap2 bulan. Ada juga kemungkinan saya akan membuat come back semula ke dunia IM Malaysia walaupun tidak mengikut meanstream yang lain. Insyallah.

Ok dapatkan laporan percuma, 10 Lubuk Cari Duit Internet , dengan klik link di bawah.

http://www.isuhangat.net/lubuk

http://isuhangat.net/lubuk/ 


Salam cari duit internet.
~blalang~





Pendapatan Pasif

Saturday, March 26, 2011 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under: ,



Salam,

Sejak akhir2 ni, aku mmg kurang aktiviti cari duit internet kecuali update blog dan moderate yahoogroups aku. Blog-blog aku yang lain pun banyak tak update kecuali yang auto blog.

Ni semua angkara aku mula mengalihkan perniagaan kpd offline. Tak sempat nak mengonline kan biz offline walaupun mmg dah ada banyak plan di kepala. Selagi aku masih biz part time mmg la xde masa.

Berbalik kepada bisness offline aku, sebenarnya aku sibuk membantu wife dengan bisnes pakaian dia. Org rumah aku mmg seorang penjual yang berbakat sedangkan aku mmg keras lidah nak mempengaruhi customer hehe.

Baca Artikel Penuh

Sangap menunggu Nuffnang

Friday, January 21, 2011 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Salam,
Memang agak lama saya tak update blog cari duit internet ini. Bukan bermakna saya tidak cari duit internet lagi tetapi aktiviti saya kini kian terbatas. Maksud 'sangap' pada tajuk entri kali ini bukannya bermaksud 18SX tetapi sangap = mengantuk menunggu duit dari Nuffnang.

Ini kerana saya banyak membantu wife saya dengan kedai pakaiannya http://www.shazlinshoppe.com/. Walau pun website ni saya pun tak sempat nak update, sebagai seorang yang mempunyai hobi mendalam dengan web, website mesti disetup dahulu walaupun kedai offline baru dibuka. Jangan tak percaya modal untuk membeli kedai saya ni, sebahagian darinya ialah dari income cari duit internet saya!

Baca Lagi

Potensi Pendapatan Google Adsense Sehari (Sekadar Motivasi)

Wednesday, November 03, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Malam ni saya login ke salah satu akaun adsense saya dan ditawarkan untuk mencuba antaramuka baru versi beta. Menjadi tabiat saya akan login ke akaun adsense saya sekurang-kurangnya sehari sekali.

Saya menjelajah secara lalu dan overallnya saya berpuas hati dengan versi baru ni, lebih kurang dengan yang lama tetapi rasanya lebih ringan dan tampak lebih visual dan semakin mudah kita membuat analisis jika kita rajin.












Berikut pula adalah video yang saya ambil dari youtube, salah satu akaun adsense otai adsense di Malaysia,iaitu saudara Nawar.

Baca Seterusnya

Melekat di paypal

Friday, October 08, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Salam Jumaat,

Nampaknya saya semakin melekat dengan gumgum.com Selain Adsense saya jarang mendapat duit USD dalam jumlah yang besar iaitu lebih dari $USD100 sebulan tetapi sejak saya join gumgum.com ni mulai entri saya pada 18 Aug

http://blalang.blogspot.com/2010/08/usd2887-dalam-masa-4-hari.html

Tidak sampai 2 bulan saya telah mendapat payment melalui akaun paypal saya sebanyak $USD 234.96 lebih kurang RM700 ++ dari gumgum. Dan cara nak ikuti program ini lagi senang dari program-program yang lain.




Baca Lagi

Adakah anda akan rugi sekali lagi? :-(

Tuesday, October 05, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Adakah anda masih tak percaya...
...yang Pakar Produk Digital merupakan sebuah program yang MESTI dimiliki oleh anda sekarang?

Bukannya anda miliki esok...

Bukannya anda miliki lusa...

Semestinya bukannya anda miliki minggu depan...

anda MESTI miliki Pakar Produk Digital sekarang juga.

http://www.PakarProdukDigital.com

Dan bukan juga sekadar pakej Pakar Produk Digital utama tetapi pakej yang disertakan dengan seminar
eksklusif selama satu hari di Cititel MidValley, KL pada 9 Oktober, hari Sabtu nanti.

Kalau anda nak tahu, seminar Zamri Nanyan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pengikut beliau.
Ada yang beritahu beliau secara peribadi yang mereka rasa rugi kalau tak hadiri seminar Zamri Nanyan,
menyesal jika tak dapat hadirinya.

Ye la... bukannya senang nak berdamping dengan usahawan internet yang telah berjaya. Tambahan lagi,
bila berada di dalam seminar Zamri Nanyan, ianya seakan-akan anda belajar terus daripada beliau "LIVE", "UNCENSORED" dan TELUS...

Inilah peluang anda untuk TANYA SENDIRI masalah SPESIFIK bisnes internet anda kepada Zamri Nanyan,dan saya pasti anda ada tak kurang 7 soalan nak tanya sekarang kalau anda berjumpa Zamri secara peribadi, betul tak? :-)

Jadi, jangan buat malas dengan alasan yang menghalang kejayaan anda sendiri.

Ambil peluang ini dan beli Pakar Produk Digital yang disertakan tiket seminar Pakar Produk Digital beliau.
Lagi pun tambahan RM50 untuk seminar di HOTEL memang tak masuk akal. Patutnya beliau caj lebih tinggi.

Tapi inilah peluang anda... itu pun kalau anda ambil peluang ini dan pergi seminar beliau.
http://www.PakarProdukDigital.com

Nak tahu apa lagi yang orang lain katakan tentang Pakar Produk Digital, ini adalah satu daripadanya...
-----------------------------
Saya memang puas hati, :) Terima kasih Tuan Zamri atas produk yang sangat-sangat membantu ini. Lebih jelas. :)

Dan selepas jumpa Tuan Zamri hari tu, saya tahu ada sesuatu yang akan dikongsikan (di seminar) tetapi tidak
dikongsikan pada umum.. :)
- GERO AZRUL
-----------------------------
Lihatlah sendiri apa yang Gero Azrul katakan tentang Pakar Produk Digital, lebih-lebih lagi tentang seminar
yang bakal Zamri Nanyan adakan.


Kalau beliau pun teruja dengan Pakar Produk Digital dan tertunggu-tunggu untuk berjumpa Zamri di seminar
nanti, kenapa tidak anda?

Oh ya... terlupa pulak nak beritahu anda...
Patric Chan juga "CONFIRM" akan datang ke seminar Pakar Produk Digital. Sweeet... ! :-)
Seorang usahawan internet marketer yang telah berjaya di dalam pasaran tempatan. Seorang lagi yang memang dah berstatus jutawan.

Apa lagi yang anda nak?

Beli Pakar Produk Digital dan pilih pakej bersama tiket seminar Pakar Produk Digital. Anda tak akan rugi.
http://www.PakarProdukDigital.com/

Tapi kena pantas... kuota memang terhad.

Maklumlah, bilik seminar cuma satu dan yang akan datang pula berduyun-duyun.

Saya harap anda masih sempat untuk buat pesanan.

Jika anda ke laman web Pakar Produk Digital dan tak dapat pesan pakej bersama tiket seminar, saya minta maaf kerana kuota telah penuh.

Harapan saya anda masih lagi bertuah dan dapat hadiri seminar Pakar Produk Digital ini!

ikhlas,
blalang


ps. jumpa anda di seminar Pakar Produk Digital nanti.
http://www.PakarProdukDigital.com

Pergi ke pot Mat Bangla dan Mat Indon

Monday, September 27, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:


Salam,

Biasakah anda melihat pemandangan di atas? Tahukan anda di manakah pemandangan tersebut?

Gambar di atas ialah gambar isteri saya sendiri sedang berurusan di WESTERN UNION. Kebanyakan IM di Malaysia sekarang menggunakan Western Union (WU) untuk mengeluarkan duit dari google adsense. Selain dari bleh mengeluarkan di pejabat WU itu sendiri, kini sudah banyak bank tempatan yang turut juga menjalankan perkhidmatan Western Union ni.

Jika anda mahu cepat boleh layari : http://www.blalang.com/wanginternet

Jika di pejabat WU biasanya dipenuhi dengan pekerja-pekerja asing spt Indonesia, Myanmar, Bangla dan sebagainya untuk diaorang hantar duit ke kampung halamannya. Sebab tu bunting diaoarang penuh dengan bahasa-bahasa yang kita tidak fahami. Malah jarang orang yang menerima wang dari WU di Malaysia ni sebab tu jika kaunter WU kalau baru buka agak-agak tercengang-cengang jika kita mahu menerima wang dari WU.

Pendedahan eksklusif Rahsia Kekayaan "Internet Marketer"

Monday, September 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under:

Bila Zamri Nanyan terbitkan sesebuah produk, saya pasti akan beri perhatian penuh...

...kerana saya tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang amat lumayan di internet.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... cipta dan jual produk digital.

Inilah yang dikongsikan di dalam Pakar Produk Digital.

Ya, mereka mempunyai produk digital sendiri untuk dijual kepada pelanggan pada harga yang tinggi.

Saya sangat teruja bila melihat sendiri senarai audio, video dan terjemahan audio yang diberikan di dalam program ini.

Baca Lagi

Cara keluarkan duit paypal ke Maybank

Sunday, September 19, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Salam dan selamat hari raya,

Mood raya pun dah semakin berkurang, jom kita cari duit internet balik.
Tu hari saya terbaca dari blog wanmus berkaitan cara nak add fund ke paypal. Saya nak sambung pula pasal nak withdraw duit dari paypal pula.

Cara nak keluarkan duit dari paypal melalui debit card ada di blog rohaizad.

Baru-baru ni aku ada cuba mengeluarkan duit paypal melalui bank tempatan. RUpanya lebih mudah dan tak komplikated untuk transfer ke debit card. Aku jarang mengeluarkan duit dari paypal sebelum ini tetapi sejak tiba-tiba akaun aku kena limited access oleh Paypal oeh sebab-sebab yang tak pasti aku sedar bahawa duit kat paypal ni bila-bila boleh burn juga.

Baca Lagi

Mahu Laman Web Anda Disayangi Google..?

Monday, August 23, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam ,

Entri sebelum ini Analisa pelawat blog bagaimana dengan teknik SEO kita boleh menarik pelawat ke blog kita.

Ianya bukan lagi rahsia apabila saya melihat kandungan produk iaitu
Panduan Asas SEO dari Zamri Nanyan dan Team Penang ini.

Dengan produk berkualiti yang mengandungi sebuah manuskrip dan 5 buah video tutorial selama 49 minit 41 saat ini membuatkan saya amat yakin
bahawa bukan lagi masalah bagaimana untuk menempatkan laman web saya di
kedudukan terbaik selepas ini.

Tambahan pula dengan harganya yang tidak masuk akal membuatkan saya
keliru apakah ini sebenarnya adalah kesilapan harga di laman web mereka?

Mungkin selepas ini ianya kembali kepada harga premium 3 angka...?

Antara kandungan Panduan Asas SEO:

1. Modul Pertama (Laporan Manuskrip Berinformasi)

Sebuah manuskrip padat yang mendedahkan strategi, teknik dan tips dalam pembinaan laman web yang mesra SEO dan amat-amat disayangi Google!

2.Modul Kedua (5 Video Tutorial - Hampir 50 minit)

Video Tutorial #1 (Jenis Katakunci Berharga)
~ Pendedahan 3 jenis katakunci untuk anda cari dan setiap jenis katakunci berlainan tujuannya!
Dengan penggunaan katakunci yang betul, dengan hanya beberapa klik jualan akan terhasil!

Video Tutorial #2 (Aplikasi Analisa SEO Percuma)
~ Penggunaan killer tool untuk membina kempen SEO anda sehingga ke tahap maksimum dan terbaik!
Kini anda boleh kaji pesaing untuk memintas ranking terbaik di enjin carian.

Video Tutorial #3 (Website Mesra SEO)
~ Pembongkaran cara terpantas membina laman web yang mesra SEO dan plugin yang diperlukan anda bagi meningkat laman web anda di tahap terbaik!

Video Tutorial #4 (Automasi SEO)
~ Rahsia cara malas untuk melakukan SEO laman web anda! Ianya juga adalah cara bijak bagi menjimatkan masa anda!

Video Tutorial #5 (Case Study)
~ Satu pendedahan rahsia kajian kes sebenar bagaimana laman web yang mendapat 10 klik sahaja pun mampu menghasilkan jualan. Rahsia ini telah didedahkan di dalam video terakhir ini!

Cukup hebat dan mengujakan!

Terbukti! Dengan penerbitan produk dengan kualiti sebegini, Zamri Nanyan dan Team Penang sememangnya muncul bagi membantu sesiapa yang berminat menjana wang melalui internet!

Jangan tunggu, rebut peluang ini disini:

---> http://teampenang.com/

ikhlas,

~blalang~

PS: 1 manuskrip padat berinformasi, 5 buah
video tutorial perkongsian rahsia SEO dan
laman web anda pasti akan disayangi Google!

Mudah bukan menjana wang melalui laman web?

Analisa pelawat blog

Sunday, August 22, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Salam Ramadan,

Semoga anda tak tinggal solat tarawih yer.

Alhamdulillah, berkat bulan puasa ni blog saya yang paling hangat telah mencecah hits tertinggi iaitu 9,242 pelawat unik pada hari Jumaat yang lepas.


Sebagai seorang yang mmg kerjanya suka cari duit internet, jumlah pelawat ke satu blog adalah satu perkara yang paling penting. Apa guna kita berblogging sakan tetapi pelawat blog sikit sangat.Macam syok sendirikan? Kalau pelawat datang menunjukkan blog kita ada yang dok follow.

Pengunjung blog kita datang dari mana? Ada 4 kategori pengunjung blog iaitu:

1. Pengunjung setia yang selalu datang menziarah ke blog kita

2. Datang dari bookmark,RSS dan pelanggan email feedburner

3. Datang dari blog/website lain (spt iklan di blog lain)

4. Datang dari Search Engine

Saya sentiasa mengambil berat dan mengkaji berkenaan pelawat blog saya yang datang dari search engine. Lihat analisis saya ni

Screen shot di atas ialah pelawat dari search engine pada bulan kedua blog saya di launch. Bulan pertama tidak dikira kerana baru sangat dan mungkin ada yang belum diindexkan di sesetengah search engine. Perhatikan yang saya bulatkan, hanya 7,169 orang selama sebulan iaitu hanya 6.8% dari jumlah pengunjung blog.




Yang ni pula untuk bulan yang terkini iaitu bulan Julai setelah lebih kurang 8 bulan di internet, jumlah pelawat dari search engine telah meningkat kepada 20,801 pelawat unique iaitu 15.47% dari jumlah keseluruhan pelawat.

Peningkatan pelawat dari 7 ribu seorang kepada 20 ribu, lebih kurang 200%.  Jumlah percent meningkat dari 6.8% kepada 15.47% iaitu lebih 100% dan bayangkan pelawat dari search engine dari Rajah 2 di atas telah convert kepada pengunjung setia,pengunjung bookmark dsb.

Sebab tu pelawat blog saya tu boleh meningkat dari 0 ke 9 ribu pelawat dalam masa sehari dan Insyallah terus berkekalan sekurang-kurangnya 6 ribu pengunjung sehari pada masa hadapan. Alhamdulillah jika dulu di blog blogspot saya untuk mencapai purata 8 ribu  pelawat sehari saya perlukan masa selama 5 tahun, dengan blog Wordpress saya boleh capai target purata 8 ribu pelawat sehari dalam masa kurang dari setahun!

Dari 4 kategori pelawat di atas, mereka boleh bertukar-tukar kategori. Contohnya:


1.Datang dari search engine kemudian minat dengan blog kita, terus add bookmark di browser mereka atau subcribe blog kita melalui RSS dan feedburner.

2. Yang datang dari search engine lepas tu terus add RSS kita di blog mereka

3. Yang datang dari search engine lepas tu menjadi pengunjung setia blog kita.

4. Yang datang dari search engine lepas tu war-warkan blog kita kpd sahabat handai mereka spt share link facebook.

Nampaknya yang datang dari search engine adalah yang paling penting untuk bertukar kepada kategori yang lain.

Pelawat search engine juga paling mudah kasi kita duit.

Bagaimana tu?

Pelawat dari search engine oalah pelawat yang fresh, mereka tidak pernah berkunjung blog kita, jadi merekalah yang paling berpotensi untuk klik iklan yang kita letakkan di blog kita spt Nuffnang dsbnya.

Ok bagaimana pula nak suruh pelawat datang dari search engine spt google,yahoo,bing etc?

Sudah tentu jika blog kita berada di ranking di atas dan muka pertama dalam page search engine dalam keyword yang mereka taip di kolum carian.

Ini dinamakan SERP (search Engine Rangking Page).

Bagaimana pula nak letakkan blog kita di SERP yang bagus?

Anda boleh menyerahkan kepada nasib mungkin entri kita tertembak dengan algorithma search engine jadi secara automatik jadi di page pertama.

Tapi cukupkah dengan menyerahkan kepada nasib sahaja?

Sudah tentu tak boleh pasal kita mesti berusaha untuk berjaya. Ya sudah tentulah dengan menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimize).

Saya dah banyak kali menulis entri mengenai SEO. Anda boleh klik di label SEO di kanan entri ini. Tapi anda tahukan algorithma atau skema search engine terutama google kerap berubah dari tahun ke tahun.

Mungkin teknik SEO yang kita gunakan sudah lapuk spt plugin SEO 4 All di WP masihkah terus boleh kita harapkan sedangkan semua orang sudah menggunakannya.

Oleh itu kita mestilah sentiasa update pengetahuan kita berkenaan SEO ni.

Saya akan sambung lagi cerita mengenai SEO ni, di next entri. Jika anda pertama kali berkunjung ke blog cari duit internet ni, jangan lupa langgan email di ruangan subcribe email di borang di atas.

Salam,
~blalang~
SEO Masyukk..

USD28.87 dalam masa 4 hari

Wednesday, August 18, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: ,


 USD28.87 dalam masa 4 hari spt screen shot di atas dari program Gumgum . Gumgum ialah program cari duit internet dengan letak iklan di gambar. Aku dah register benda ni lama dah tapi lupa nak activate sehingga aku terbaca pasal program ni yang di bincangka di forum wangcyber.

Ini yang menariknya forum wangcyber, macam-macam program buat duit internet yang dikongsi bersama ahlinya. Aku bukan jenis orang yang suka berforum. Selain dari wangcyber , forum lain yang aku suka jenguk semestinya program DP dan sesekali forum Blackhat hehe.

Sesiapa yang belum join forum tu, saya amat recommend join forum wangcyber.

Semuanya forum yang ada masyuk la kan, apa lagi forum yang mengumpat kisah artis. Namun terpulanglah kat minat korang, kalau korang suka life artis sukahatilah. Apa pun kita gunakan internet untuk mendapat info terbaru. 

Berbalik pada program gumgum tadi, hasilnya walau pun sikit tapi kira berbaloi juga. USD28.87 kalau convert ke RM dah nak dekat RM100 juga kan. Pembayaran gumgum kepada kita ialah dgn melalui paypal dan kalau dibaca, pembayaran dibuat sebulan selepas hujung bulan bemakna dalam masa 2 bulan baru diaorang transfer ke paypal kita.

Alternatif lain selain dari cari duit internet dengan Adsense, Nuffnang, Manggaad , TLA dan lain-lainnya. Apa yang penting kita masyuk dengan rezeki yang kita usahakan sendiri.

Dengan gumgum kita ada pilihan untuk pilih untuk tidak mengeluarkan iklan rokok dan arak. Tu yg penting supaya rezeki yang kita cari di internet ni tidak diragui untuk belanja keluarga di bazaar Ramadhan .

Akhir sekali, selamat berpuasa dan bersahur kerana bersahur tu banyak kelebihannya.

Salam,
~blalang~
Cari Duit Internet Dengan Gambar Pun Boleh. 

Mengenali program cari duit internet yang sebenar

Saturday, August 14, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam Ramadhan,

Setiap hari, ada saja email dari orang yang tidak dikenali diterima yang mempromote macam-macam program cari duit internet kononnya.

Jika anda kurang pengetahuan untuk membezakan mana yang betul mana yang scam pasti akan terjebak dengan program yang sebenarnya program piramid yang buat duit sebenarnya dengan mencari kaki (downline).

Contoh perniagaan mereka yang simple:

Anda bayar RM100, setiap referal yang anda bawa, anda akan dapat RM10, lagi RM90 ialah untuk webmaster. Jika anda bawa 10 orang masuk anda akan balik modal.

Jika anda bawa 100 orang masuk, anda akan untung sepuluh kali ganda dan webmaster pun lagilah untung beratus2 kali ganda. Proses ini berterusan sehingga tiada orang join lagi.

Jika anda dapat bawa masuk 2 orang kira ok, dapat balik modal tapi bagaimana jika tiada seorang pun yang nak join?

Sebenarnya program-program begini yang untung hanyalah webmaster web tersebut. Produk yang disertakan misalnya ebook hanya sebagai tutup mata sahaja. Ebook-ebook yang disediakan sebenarnya tidak dibaca pun.

Tahukah anda, kita juga boleh membuat website sebegini dengan begitu mudah dengan hanya sedikit pengetahuan berkenaan aturan di control panel hosting.

Anda boleh beli script begini di Ezeezone. Di eezeezone anda boleh membeli leboh 30 script website MLM, randomizer, matrix dan sebagainya.



Jadi sesiapa pun boleh jadi webmaster program cari duit internet dan yang untung hanyalah webmaster.

Namun begitu tidak semua program adalah scam, ada juga program MLM dsb yang benar-benar program cari duit internet. Silalah semak dahulu.

Saya cadangkan anda join forum wangcyber untuk bertanyakan otai-otai IM di sana berkenaan program-program baru.

Forum wangcyber adalah satu-satunya forum tempat blogger dan Internet Markerter Malaysia berkumpul. Malah ramai dari IM yang terkenal kini lahir di sana spt Jamal, Razif Yusof dsb.

Jadi jika anda belum lagi menjadi ahli forum wangcyber,join lah sekarang kerana pelbagai ilmu manfaat IM ada di sana.

Klik --> join wangcyber

Selamat berforum
~blalang~
Forumer tua hohoho

Menunggu cek Manggaad

Friday, July 30, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 7 comments
Filed under: ,

Salam,

Entri saya berkaitan pada 20 Jun 2010

http://blalang.blogspot.com/2010/06/cari-duit-internet-dengan-mangga.html

Diam tak diam dah sebulan saya ber'manggaad'kan diri, mlm ni saya check balik Alhamdulillah dah RM123.50 dalam masa sebulan.

Photobucket

Proses pembayaran ialah dalam masa 1 atau 2 minggu dan manggaad ni update earning pada hari Isnin atau selasa.

Boleh tahan juga tapi saya ada sikit confuse dgn manggaad ni dan setakat ni saya belum bertanya kepada support mangga lagi.

Dari income yang saya dapat tu semuanya dari impression dan 0 dari klik. Macam tak percaya takde sorang pun klik iklan manggaad yang saya letak di blog tu.

Apa pun saya menunggu cek dari Manggaad kerana minimum pengeluaran saya ialah RM100 sahaja. Saya mmg jenis tak suka simpan lama-lama, dapat minimum mesti terus cash out.

Saya juga menunggu janji manggaad yang akan membayar dalam masa seminggu atau dua minggu tu.

Jadi kalau anda belum mencuba manggaad, boleh la add saya, dengan klik widget di bawah:



Berkenaan Nuffnang pula, saya masih setia juga dan masih ada blog yg saya
yang meletakkan iklan nuffnang.Target cukupkan RM10,000 dgn Nuffnang tahun ini.

Entri saya berkaitan Nuffnang boleh di lihat di :

http://blalang.blogspot.com/search/label/nuffnang



~blalang~
Cari duit internet - janji masyukkk!

Pendapatan 6 angka dari Ebook

Monday, July 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam cari duit internet ,

Ramai yang bertanya siapakah contoh Internet markerter yang berjaya selain Irfan Khari di Malaysia?

Sebenarnya ramai yg telah berjaya membuat duit ratusan ribu RM di Malaysia. Tetapi siapa pula yang menjana wang 6 angka di Malaysia hanya dengan ebook?

Antaranya ialah rakan saya Jamal.

Jamal adalah bekas jurutera di sektor awam sebelum mengambil keputusan menjadi IM sepenuh masa selepas kejayaan demi kejayaan hanya dengan menjual ebook.

Antara ebook tulisan beliau paling meletup ialah Rahsia Temuduga Kerajaan

Jadi tidak hairanlah beliau memang Pakar Ebook berbahasa Melayu.

Terkini dari saudara Jamal .

Sesuatu yang pasti tidak boleh dilepaskan..
Oleh mereka yang menantikannya..

==>http://www.pakarebook.com/index.php?ref=ku

Rahsia Menjana Income Paling Lumayan Di Internet...Buat duit dengan ebook.

Kini dibongkarkan!!

Ianya dilancarkan pada hari ni secara besar-besaran.

26 JULAI telah tiba..

"Pakar Ebook" dilancarkan secara rasmi..

Dapatkannya hari ini juga di:

==>http://www.pakarebook.com/index.php?ref=ku

Dapatkannya sebelum ianya sebelum terlambat.

Sekian.

~Blalang~

Apa itu minisite

Sunday, July 04, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Isu hangat dunia Perniagaan Internet di Malaysia pelancaran produk Miniaga produk Flarebiz.

http://mininiaga.com/aff/?id=86133

Apa itu mininiaga?

Miniaga ialah satu aplikasi/sistem yang automatik yang dipasang untuk sebuah minisite.

Apa itu minisite?

Perniagaan internet adalah ibarat pernigaan offline juga. Ia memerlukan satu tempat promosi produk anda. Jika di kedai offline kita boleh memasarkan dengan sebuah flyer/pamplet. Kebiasaanya apa yang di dalam sebuah flyers ialah :

1.Maklumat produk
2.Kelebihan produk
3.Maklumat penjual
4.Testimoni pengguna
Dsb.

Begitu juga dengan perniagaan internet, kita memerlukan satu laman untuk memasarkan produk kita. Minisite adalah satu yang wajib jika anda mahu berniaga di internet. Dengan satu laman promosi, pelanggan dan bakal pelanggan kita akan mengetahui berkaitan dengan produk kita.

Contoh minisite ialah

http://neige.onedroperfumes.info/ iaitu satu minisite jualan produk onedropperfume.

Dengan mininiaga selain dari anda mudah membuat minisite kerana segalanya telah tersedia, anda juga boleh membuat borang tempahan online semudah A-B-C yang akan menghantar invois pembelian secara automatik kepada email kita juga kepada pelanggan.

Jadi segala urusan pembayaran di internet telah dimaklumkan dengan mudah. Anda hanya perlu menukar no akaun anda sendiri sahaja.

Bagaimana nak buat ministe ni? Ramai yang mempunyai masalah dengan minisite ni. Kita memerlukan kemahiran script HTML dan CMS , aweber/getresponse untuk membuat borang online yang memerlukan modal.

Jika untuk mengupah team minisite pun sekurang-kurangnya kita memerlukan RM350 - RM500 untuk sebuah minisite.

Kini flarebiz telah membantu kita mengatasi masalah-masalah di atas dengan satu integrated system yang boleh membuat minisite dengan beberapa klik sahaja.

"Saya menjalankan perniagaan internet tetapi tidak memerlukan minisite kerana saya menjual melalui forum" Ini adalah kenyataan yang salah kerana walau apa pun medium perniagaan internet yang anda lakukan kita memerlukan minisite untuk kia menyumbatkan info berkenaan dengan produk kita.

Minisite juga umpama kedai offline untuk memasarkan produk. Pendek kata walau anda menjual kerepek pun secara online supaya perniagaan anda lebih efektif dan dapat menambahkan jualan anda berkali ganda gunakanlah minisite dengan sistem mininiaga.

Dengan sistem mininiaga, anda tidak perlu risau lagi dengah HTML, anda hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk membuat minisite yang bergaya.


Nanti dulu!

Jika anda ingin membeli mininiaga, saya menawarkan lagi bonus percuma kepada pengunjung blog cari duit internet ini komisyen affiliate tersebut dengan anda:

Iaitu:




RM40 Tunai!

dan hadiah pilihan 50% dari Pakej Janawangadsense yang bernilai RM100. Lihat ministe janawangadsense di sini

Caranya untuk mendapat bonus mininiaga dari saya ialah

1. Buat pembelian melalui link ini:

==> Mininiaga Blalang ( Pastikan id=86133)

2. selepas anda membuat pembelian mininiaga, sila isi borang di bawah








Nama *
E-mail Address: *
Tarikh Pembelian Mininaga

* Required




Tarikh tamat tawaran bonus saya ialah 18 Julai 2010. Dapatkan sebelum terlambat!

Ya, selamat berJV

~blalang~
Still cari duit internet

Masalah utama pembina minisite

Saturday, June 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam sejahtera,

Jika anda merupakan usahawan internet atau berminat untuk menjadi usahawan internet, saya pasti anda tahu betapa pentingnya penggunaan minisite bagi menghasilkan jualan.
Namun begitu, ramai yang menghadapi masalah untuk membina minisite kerana mereka tidak mengetahui perkara asas seperti.

# HTML dan CSS

Buat pengetahuan anda, asas pembinaan minisite bergantung pada pemahaman anda tentang HTML dan CSS.
Walaupun ramai yang sedar tentang perkara ini, namun hanya segelintir orang sahaja yang dapat membina minisite mereka sendiri.

Bagaimana pula dengan yang lain?

Mereka terpaksa melaburkan wang sebanyak RM100 hingga RM300 untuk mengupah pereka laman web untuk menyediakan minisite.
Berita buruknya, kebanyakkan pereka minisite ini tidak akan membantu dalam bahagian teknikal yang lain seperti pemasangan dan proses muat naik minisite.

Sekali lagi anda dalam dilema...

Sebab itu berani saya katakan bahawa 95% usahawan internet gagal kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas berkenaan laman web.
Bagaimana untuk anda mengekang masalah ini?

Buat pengetahuan anda, kita semua bernasib baik kerana terdapat golongan usahawan yang mempunyai inisiatif untuk mencipta sebuah sistem.
Sistem yang dapat membantu mereka yang ZERO' dalam pembinaan minisite.

Jika anda ingin tahu maklumat lanjut, boleh klik pada pautan di bawah:

http://mininiaga.com

Secara peribadi, saya amat syorkan sistem ini jika anda ingin menjimatkan masa, wang dan tenaga bagi mencipta minisite.
Jumpa lagi.

~blalang~

P/S:

Minisite umpama kedai anda, jadi jadikan ia menarik dan nampak pro.

Cari duit internet dengan mangga

Sunday, June 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam,

Ini bukan majalah mangga dan tidak kena mengena dengan komik manga :)

Ramai blogger yang telah mencuba iklan Nuffnang, ramai yang dah berjaya tapi ramai juga yang belum mendapat sekeping cek pun dari Nuffnang. Saya telah dapat hampir RM10,000 dari Nuffnang. Apa rahsianya?

Rahsianya mudah saja: Trafik!

Lagi banyak trafik ke blog anda, banyak anda boleh cari duit internet dengan Nuffnang. Iklan nuffnang biasanya menarik jadi lebih ramai pengunjung blog anda, maka makin banyak kliklah anda akan dapat. Begitu juga dengan buffered earning, makin banyak hits blog anda makin banyak masyuk dari iklan buffer Nuffnang.

Ramai kata Nuffnang ni selow,hmm saya akui juga pasal susah nak keluar iklan Nuffnang ni. Sebabnya ialah beribu malah mungkin berpuluh ribu blogger yang memasang iklan Nuffnang ni.

Apabila pengiklan Nuffnang mengiklan produk mereka di Nuffnang, mereka akan setkan berapa banyak impression/view yang keluar. Makin banyak blog pasang nuffnang maka makin cepat habislah iklan tu. Tu yang kadang-kadang keluar tengah malam tapi 2-3 jam dah tak keluar lagi.

Sekarang blogger ramai yang pelan2 meninggalkan Nuffnang kerana nak dapat RM100 sebulan pun sakit, saya pun mencuba satu program PPC yang seakan Nuffnang ni iaitu ManggaAd dari website manggaonline.

Jika anda nak mencuba, boleh klik iklan di bawah terus ke manggad.




Berapa hebatnya manggaad ni saya belum pastikan lagi sebab ni program baru dan belum ada blogger yang pernah cashout lagi. Minimum pengeluaran manggad ialah RM100, bayaran melalui cek atau paypal.

Kata orang tak cuba tak tau, sebelum ini heboh kejap program Innity, mula dengarnya memang gempak tapi akhir-akhir ini dengarnya makin selow dan makin ramai blogger yang kembali kepada Nuffnang. Adakah manggad pun akan mengikut jejak Innity, sama-samalah kita cuba-try-test :). Agak-agak tak berbaloi, just remove jer script dia.


Salam PPC
~blalang~
Cari Duit Dengan Manggaad pulak..