Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Analisa pelawat blog

Sunday, August 22, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Salam Ramadan,

Semoga anda tak tinggal solat tarawih yer.

Alhamdulillah, berkat bulan puasa ni blog saya yang paling hangat telah mencecah hits tertinggi iaitu 9,242 pelawat unik pada hari Jumaat yang lepas.


Sebagai seorang yang mmg kerjanya suka cari duit internet, jumlah pelawat ke satu blog adalah satu perkara yang paling penting. Apa guna kita berblogging sakan tetapi pelawat blog sikit sangat.Macam syok sendirikan? Kalau pelawat datang menunjukkan blog kita ada yang dok follow.

Pengunjung blog kita datang dari mana? Ada 4 kategori pengunjung blog iaitu:

1. Pengunjung setia yang selalu datang menziarah ke blog kita

2. Datang dari bookmark,RSS dan pelanggan email feedburner

3. Datang dari blog/website lain (spt iklan di blog lain)

4. Datang dari Search Engine

Saya sentiasa mengambil berat dan mengkaji berkenaan pelawat blog saya yang datang dari search engine. Lihat analisis saya ni

Screen shot di atas ialah pelawat dari search engine pada bulan kedua blog saya di launch. Bulan pertama tidak dikira kerana baru sangat dan mungkin ada yang belum diindexkan di sesetengah search engine. Perhatikan yang saya bulatkan, hanya 7,169 orang selama sebulan iaitu hanya 6.8% dari jumlah pengunjung blog.




Yang ni pula untuk bulan yang terkini iaitu bulan Julai setelah lebih kurang 8 bulan di internet, jumlah pelawat dari search engine telah meningkat kepada 20,801 pelawat unique iaitu 15.47% dari jumlah keseluruhan pelawat.

Peningkatan pelawat dari 7 ribu seorang kepada 20 ribu, lebih kurang 200%.  Jumlah percent meningkat dari 6.8% kepada 15.47% iaitu lebih 100% dan bayangkan pelawat dari search engine dari Rajah 2 di atas telah convert kepada pengunjung setia,pengunjung bookmark dsb.

Sebab tu pelawat blog saya tu boleh meningkat dari 0 ke 9 ribu pelawat dalam masa sehari dan Insyallah terus berkekalan sekurang-kurangnya 6 ribu pengunjung sehari pada masa hadapan. Alhamdulillah jika dulu di blog blogspot saya untuk mencapai purata 8 ribu  pelawat sehari saya perlukan masa selama 5 tahun, dengan blog Wordpress saya boleh capai target purata 8 ribu pelawat sehari dalam masa kurang dari setahun!

Dari 4 kategori pelawat di atas, mereka boleh bertukar-tukar kategori. Contohnya:


1.Datang dari search engine kemudian minat dengan blog kita, terus add bookmark di browser mereka atau subcribe blog kita melalui RSS dan feedburner.

2. Yang datang dari search engine lepas tu terus add RSS kita di blog mereka

3. Yang datang dari search engine lepas tu menjadi pengunjung setia blog kita.

4. Yang datang dari search engine lepas tu war-warkan blog kita kpd sahabat handai mereka spt share link facebook.

Nampaknya yang datang dari search engine adalah yang paling penting untuk bertukar kepada kategori yang lain.

Pelawat search engine juga paling mudah kasi kita duit.

Bagaimana tu?

Pelawat dari search engine oalah pelawat yang fresh, mereka tidak pernah berkunjung blog kita, jadi merekalah yang paling berpotensi untuk klik iklan yang kita letakkan di blog kita spt Nuffnang dsbnya.

Ok bagaimana pula nak suruh pelawat datang dari search engine spt google,yahoo,bing etc?

Sudah tentu jika blog kita berada di ranking di atas dan muka pertama dalam page search engine dalam keyword yang mereka taip di kolum carian.

Ini dinamakan SERP (search Engine Rangking Page).

Bagaimana pula nak letakkan blog kita di SERP yang bagus?

Anda boleh menyerahkan kepada nasib mungkin entri kita tertembak dengan algorithma search engine jadi secara automatik jadi di page pertama.

Tapi cukupkah dengan menyerahkan kepada nasib sahaja?

Sudah tentu tak boleh pasal kita mesti berusaha untuk berjaya. Ya sudah tentulah dengan menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimize).

Saya dah banyak kali menulis entri mengenai SEO. Anda boleh klik di label SEO di kanan entri ini. Tapi anda tahukan algorithma atau skema search engine terutama google kerap berubah dari tahun ke tahun.

Mungkin teknik SEO yang kita gunakan sudah lapuk spt plugin SEO 4 All di WP masihkah terus boleh kita harapkan sedangkan semua orang sudah menggunakannya.

Oleh itu kita mestilah sentiasa update pengetahuan kita berkenaan SEO ni.

Saya akan sambung lagi cerita mengenai SEO ni, di next entri. Jika anda pertama kali berkunjung ke blog cari duit internet ni, jangan lupa langgan email di ruangan subcribe email di borang di atas.

Salam,
~blalang~
SEO Masyukk..

Comments

4 comments to "Analisa pelawat blog"
  1. eh, blalang, bukan blog ni laa ek?
    blog wordpress tu blog mana?
    maaf, ni baru 1st time sini..
    teruja dengan pelawat sampai 7ribu sehari..huhuh

  2. Yap bukan blog ni..

  3. Camna tu blalang dapat trafik sampai 9000 sehari. SEO ke tuh?? Beri le tips
    http://panduaniaga.com

  4. A very interesting blog with varied content, tired of the news of home robberies I find information Alarmascasa.com , where we find information on how to Robo Bumping has complete information on how they steal from houses.