Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

110 petikan kata kejayaan

Wednesday, December 31, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Aurelius Tjin memberi saya percuma, dan saya juga ingin berkongsi dengan pengunjung blog cari duit internet , 110 petikan kata yang memberi kita semangat dalam menempuh tahun 2009 yang dikumpulkan oleh Aurelius Tjin

110 success quotes

Download sekarang di menu download percuma

Cari Duit Melalui Streamyx 2

Thursday, December 25, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Akhirnya blog streamyx saya siap akhirnya dan ini adalah to-do-list saya pada tahun 2008. Tinggal 2 lagi to-do-list 2008 saya belum disiapkan. Inilah kelemahan paling nyata kepada IM part-time seperti saya. Masa bukan saya mencemburui malah menikam dari belakang. hehe

Ini adalah kesinambungan post saya pada bulan november tahun lepas,
http://blalang.blogspot.com/2007/11/cari-duit-melalui-streamyx.html

Tetapi kali ini saya membuat blog khas mengenai Streamyx iaitu maklumat-maklumat mengenai streamyx, permohonan online dan juga bagaimana ingin cari duit melalui streamyx.

Apa yang istimewanya ialah pemberian "rebet istimewa" jika memohon streamyx melalui saya dan juga bagaimana ingin menjadi agen streamyx (streamyx reseller)

Diharap blog ini dapat menambah ilmu mengenai streamyx kepada anda dan juga dapat menambah duit poket anda.

Blog tersebut ialah:-

PERMOHONAN STREAMYX ONLINE

Semoga memberi manfaat kepada anda.

~blalang~
Jom "Cari Duit Internet"

Hadiah Percuma bernilai $397 US!!

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Hmm, dalam sibuk-sibuk orang Kristian menyambut Krismas ni, biasalah mitos Santa Claus diaorang banyak bagi hadiah.

Kita tumpang sekaki la, dah orang nak beri, kita ambik jer la kan..

Hadiah percuma tersebut boleh anda ambil di menu atas menu download percuma.


Jom cari duit internet,
~blalang~

Cabaran pay per lead!

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Setelah cabaran Affiliate saya,
http://blalang.blogspot.com/2008/11/pelancaran-hot-megasale.html

hampir berakhir iaitu tinggal kira-kira 6 hari lagi, nampaknya macam tiada pemenangnya. iaitu tiada yang dapat menjual lebih dari 10 jualan. Di bawah ialah screenshot dari admin affiliate Megasale



Admin itu ialah saya sendiri, manakala yang lain tertinggi ialah saudara "hot" yang berjaya mendapat jualan sebanyak 3 kali melalui link affiliatenya.

Oleh itu wang Cabaran Affiliate Megasale! yang saya telah peruntukan itu akan saya gunakan untuk cabaran kedua saya iaitu Cabaran pay per lead Master-Resell pula.

Sebagaimana yang anda ketahui, saya baru melancarkan program pay per lead,
http://blalang.blogspot.com/2008/12/ebook-percuma-dan-program-pay-per-lead.html

Kali ini dengan hadiah cabaran Affilate Megasale sebanyak RM50, saya topupkan lagi RM50 untuk cabaran ini. Ini bermakna hadiah untuk cabaran ini ialah :

RM100 untuk pemenang pertama + komisyen ppl

dan hadiah saguhati kepada pemenang kedua dan ketiga iaitu;

Pakej iklan bernilai RM50 di blog hangat saya atau di web iklan online saya (www.blalang.com) + komisyen ppl

Syarat pertandingan:
1. Anda tidak semestinya mendaftar dan download pakej 22 MRR tersebut
2. Pemenang pertama mestilah membuat sekurang-kurangnya 50 refferrer untuk download sahaja.
3. Tidak membuat spam, jika saya mendapat aduan ada spam yang dilakukan, peserta tersebut akan di ban serta-merta
4. Tiada unsur penipuan kerana saya boleh mengesan jika unsur-unsur penipuan, contohnya dari IP address yang sama berulang-ulang kali.

Tarikh bermula dikira dari semenjak program pay per lead MRR ini dilancarkan (baru 2 hari lepas)

Tarikh tutup:

Pada 28 Februari 2009

Kemungkinan akan ditutup awal jika saya suah mencapai target list yang saya sasarkan.

Sementara itu , semenjak dilancarkan program pay per lead ini di bawah adalah screen shot terkini senarai agen ppl 22MRR :


Nampaknya saudara mrr sedang mendahului diantara agen ppl yang lain. User admin ialah saya sendiri yang saya letak di blog saya.

Namun begitu, cabaran baru bermula dan anda ada masa lagi 2 bulan untuk mencari referrer dan saya yakin anda boleh memotong saudara mrr.


Salam sukses,

~blalang~
CARI DUIT INTERNET
P/s, kepada white list saya, saya akan memberi lagi HADIAH BESAR kepada anda.
P/s1: walaupun ada pemenang pada cabaran firesale, hadiah adalah sama untuk cabaran ppl ini.

Bagaimana Kak Lisa Hilmi dapat RM4329.60 dalam masa 3 hari sahaja

Tuesday, December 23, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Siapa Kak Lisa Hilmi ? Saya memanggil beliau Lisa sahaja pasal umur sebaya, tak eloklah panggil akak kan?

Lisa Hilmi ialah seorang suri rumah yang sudah menyertai perniagaan internet ini semenjak 6 tahun lalu (2002) . Beliau menceburi bidang perniagaan internet setelah terpaksa berhenti kerja sebagai kerani kerana terpaksa menjaga anaknya.

Pada mulanya beliau tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris, dia pernah kata hanya mendapat 7 dalam subjek English semasa SPM.

Hasil kerja keras beliau cari duit internet mempelajari satu demi satu cara cari duit internet dan memasuki forum antarabangsa, beliau kini sudah mempunyai "nama" di arena IM antarabangsa dan boleh dikatakan "sifu Affiliiate" comission junction. Kini beliau tinggal di kondo mewah di JB hasil duit onlinenya.

Baru-baru ini, Lisa Hilmi mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjana wang RM4329.60 dalam masa tiga hari sahaja melalui youtube. Dengan youtube pun boleh cari duit internetkan.

SAKSIKAN BAGAIMANA LISA HILMI MENGHASILKAN PENDAPATAN RM4329.60 DALAM MASA 3 HARI DENGAN HANYA MELALUI VIDEO YOUTUBE SAHAJA..

Klik gambar di bawah:

Mana lebih baik hosting tempatan atau luar negara

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Ini adalah pengalaman saya menggunakan webhosting untuk dikongsikan

Sebelum ini, saya banyak menggunakan web hosting tempatan, dah banyak yang saya pernah cuba antaranya netkl,sempoi dan saleiz. Mungkin masa tu saya baru berjinak-jinak dalam menyewa hosting, masa tu saya tak ambil kisah mengenai bandwith. Yang penting masa tu saya lebih kepada harga yang murah. Ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada saya kerana apabila mengambil pakej yang murah akhirnya bandhwith tidak cukup, apabila pengunjung ke website saya bertambah. Apabila kita request tambah bandhwirth, biasanya kita akan dikenakan caj.

Ada juga webhosting yang saya dah lama guna mempunyai bandwith yang besar sampai 300G dengan harga boleh dikatakan berpatutan tetapi malangnya sistem yang digunakan ketinggalan zaman, tiada fantastico menyebabkan kita terpaksa belajar pelbagai configuration untuk muat naik script PHP seperti Wordpress, Joomla,Nuke dan sebagainya. Mungkin baik sebagai pembelajaran tetapi jika kita seorang IM, masa itu adalah emas. Kita tak perlu belajar semua benda tu kerana nak belajar sesuatu program tu pun kadang-kadang jejak seminggu dua untuk saya berjaya launchkannya.

Selain itu, kita mesti memilih webhosting yang mempunyai support yang bagus dan reliable. Bukannya kita submit ticket tapi tak reply-reply.

Akhirnya pada tahun ini saya mula menyewa dengan webhosting luar negara seperti cheapname dan hostgator. Hasilnya wow,selain harganya kalau diconvert ke RM sebenarnya lebih kurang sama dengan webhosting dalam negara tetapi servisnya amat berpuas hati. Selain supportnya yang profesional, webhosting-webhosting ini tak pernah down, cpanelnya sentiasa boleh diaccess. Dengan pakej Baby Hostgator (direcommend oleh Lisa Hilmi kepada saya) baru $7.99 sebulan kita kana mendapat unlimited bandwith dan unlimited space!

Tetapi malangnya apabila terjadi kabel fiber TM di luar negara breakdown huhu masa inilah pengalaman yang menyedihkan kerana selain tidak boleh access ke cpanel, website kita pun tak boleh nak browse ataupun slow browsing.

Jika kita sasarkan untuk pelawat dari luar negara, lebih sesuai untuk kita menggunakan webhosting luar negara seperti Hostgator . Dengan hostgator, sebelum kita mendaftar kita boleh mencari coupn code untuk mendapatkan potongan harga, biasanya dalam kadar 15%. Cuma search di search engine, hostgator coupon.

Kesimpulannya, sebelum kita mengambil keputusan menyewa tapak hosting, kita mesti mengenalpasti keperluan storage dan bandwith yang akan kita perlukan. Untuk website-website yang kecil seperti minisite sahaja untuk pasaran dalam Malaysia, tidak mengapa kita menyewa hosting yang murah seperti Jomhosting yang berkadar harga RM10 sahaja setahun! Murah giler..kalau kita hendak meyewa hosting dengan storan yang besar juga bandwith yang besar untuk pelawat dalam Malaysia kena la juga dengan harganya yang besar seperti exabytes hosting.

Antara hosting-hosting :


Ebook percuma dan program pay per lead!

Monday, December 22, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Setelah lama saya menjual produk Master Resell, dah tiba masanya saya beri secara percuma kepada yang memerlukan.

Sila layari:

http://www.blalang.com/master-resell

Bukan itu sahaja, selain boleh muat turun secara percuma, saya juga menyertakan program pay per lead iaitu saya akan membayar komisyen sebanyak RM0.25 untuk setiap peserta yang mendaftar di bawah link refferer anda.

Caranya apabila anda mendaftar sebagai agen affiliate di

http://www.blalang.com/master-resell/user

anda akan mendapat web replika dan link anda sendiri. Bantuan banner disertakan


Jom cari duit internet
~blalang~

Duit HARAM Nuffnang!

Wednesday, December 17, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Salam,

Sekarang Calsberg sedang menaja Nuffnang untuk kempen dalam beberapa masa tempoh tertentu dijangka sepanjang perayaan Krismas ini.

Kepada nuffnanger, berhati-hati takut keluar iklan arak Calsberg di blog anda! Untuk pengetahuan, penaja Calsberg akan membayar iklan yang diklik di blog kita... so takkan nak makan duit arakkan..

Jangan lupa untuk update survey blog anda di Nuffnang supaya tidak keluar iklan arak. Caranya:

- Blog Manager
- Update Survey
- Sila perhatikan soalan no 6 di section 1:



Would you be willing to run alcohol relatd ads?
- Check No.
dan update surey.


Sedikit tips Nuffnang

- Pada update survey tadi untuk soalan 6 di section 2. Tandakan semua jenis produk supaya, iklan Nuffnang sentiasa keluar di blog anda



Untuk kempen happy-meter,
Sebenarnya kempen happy-0-meter yang banyak memberi income kepada saya dari kempen iklan Nuffnang. Tetapi untuk pengetahuan anda, iklan happy-0-meter Digi ini tidak di buat sepanjang masa, hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Oleh itu adalah rugi jika kita meletakkan iklan happy-o-meter sepanjang masa di blog kerana jika orang klik pun kita tidak akan mendapat apa-apa bayaran.

Bila masa kempen happy-o-meter ni?
Kemnpen happy-o-meter ini akan bermula apabila pada ruangan happy-o-meter akan berwarna kuning atau apa-apa la, tapi Nuffnang akan 'highligh'tkan. Pada masa itulah kita meletakkan iklan happy-o-meter ni. Baru ada masyukkk..



Contoh semasa tiada kempen happy-o-meter, jadi buat masa ni, tak payahlah letak iklan happy-o-meter, pilih iklan-iklan lain.

Ada sahabat yang bertanya berkenaan income Nuffnang pula, Alhamdulillah sehingga kini saya telah mendapat hampir RM4,000 dari Nuffnang dalam masa 11 bulan. Walaupun tak sehebat Google Adsense, sekurang-kurangnya Nuffnang support blog-blog Malaysia.



Masalah dengan Nuffnang,
Sehingga kini saya mempunyai masalah dengan Nuffnang ialah cek tak sampai. Telah dua kali berlaku iaiatu pada awal tahun dahulu dan pada bulan ini. Sehingga kini saya belum mendapat cek dari HSBC sedangkan saya telah mendapat email paymen Advice dari HSBC pada 3 Dec.

Biasanya saya akan menerima cek tersebut antara 10-15hb. Tak tahu sebab apa, mungkin ada masalah dengan Posmen yang menghantar menyebabkan surat "duit" tersebut tak sampai. Bagaimana untuk mengatasinya?
Jangan malu-malu , create ticket di website Nuffnang untuk bertanya.

Ok, selamat maju jaya Cari Duit Internet
~blalang~

Buat banner online secara P.ERCUMA!

Monday, December 15, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,



Salam,

Saya ada berita gembira. Dua orang marketer antarabangsa John Merrick and Soren
Jordansen baru released satu program baru yang dinamakan Instant Banner Creator.

Program ini memudahkan kita membuat banner yang nampak profesional dan grafik yang eye catching. Anda point, anda klik dan siap!!!!

Saya baru creat satu banner dan apa yang saya lihat memang mudah membuat banner secara online ini. Tidak sampai beberapa minit dah siap!

Anda patut melawat laman ini. Lihat video dan screenshot, anda patut melihat melihat betapa mudah.

=> http://instantbannercreator.com/?rid=338

Untuk menggunakannya kita perlu mendaftar dahulu sebagai ahli.


Ada bebrapa step yang diperlukan untuk membuat banner:

- Klik 3 langkah wizard, dimana anda mudah untuk create banner,button,footer,header dan iklan peel.

* Terdapat banyak template ,clip art,font dan juga muzik....kita hanya perlu drag dan drop sahaja.

* Hosting...ya mereka juga menyediakan hosting untuk imej yang kita reka. Kita hanya perlu copy script sahaja.

=> http://instantbannercreator.com/?rid=338

Ok , jangan tunggu lagi, mari daftar dan mula membuat banner kita sendiri!

=> http://instantbannercreator.com/?rid=338


Salam kejayaan,

blalang

P.S. Saya sebenarnya tidak mengetahui samada John and Soren akan mula mengenakan bayaran kepada keahlian pada masa akan datang. Oleh itu jom daftar cepat-cepat.
Grab your membership now, while it's still free!

=> http://instantbannercreator.com/?rid=338

Program viral terbaru

Saturday, December 13, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

ViralNetworks

Salam,

Saya baru diperkenal untuk sebuah paltform yang mana yang saya harapkan. Satu blog Web 2.0 PERCUMA yang direka bentuk untuk Internet Marketer. Laman ini sebenarnya boleh dikatakan satu yang diperlukan iaitu satu platform sempurna bagi kejayaan dalam CARI DUIT INTERNET kerana ia adalah platform network social bagi IM-IM di seluruh dunia.

Senang cakap platform ini membenarkan kita membuat blog web2.0 dengan percuma dan pelawatnya adalah orang-orang yang mempunyai minat yang sama iaitu satu rangkaian sosial.

---------------------------
Nak cepat? sila klik:
http://viralnetworks.com
---------------------------

Ciri-cirinya adalah dahsyat, bukan saja kita dapat rangkaian dengan menghubungi lain-lain dalam industri yang sama,kita dapat juga membina satu papan kenyataan Hyper Viral senarai melalui tambahan program senarai Vital. Ingat, bukan mudah nak mendapatkan list dari antarabangsa.

Tapak ini membenarkan kita membuat rangkaian kita sendiri dengan mencari downline dan kita juga boleh buat duit melaluinya dengan meletakkan program affiliate, promosi produk dan sebagainya.


Saksikan video promo:



Jom join http://viralnetworks.com

Penutup;

Hyper Viral ini adalah salah satu tollgate baru untuk kita menembusi dan menyertai pasaran perniagaan antarabangsa.


Salam kejayaan
~blalang~

Pelancaran Ebook Store

Thursday, December 11, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

sekejap saja dah hujung tahun kan? Bagaimana dengan target anda tahun ni? dah tercapai belum?

Buat saya pula, bulan november dan disember ni adalah bulan paling sibuk tahun ni.Ini kerana nak mengejar kerja-kerja to do list saya yang belum siap. Sebab tu saya jarang sangat berkesempatan nak update blog Cari Duit Internet ni.

Alhamdulillah, akhirnya ebook store yang menjadi target saya pada awal tahun ini akhirnya siap juga. Ni pasal kerja tangguh-tangguh la. Siap pun lambat. Lambat siap-lambat masyukkk. Duit paypal pun dah kering. Site ni saya gunakan untuk menggantikan blog lama saya www.blalang.com/digitalproducts yang saya menggunakan WP. Leceh sikit nak update kena buat manual. Oleh itu ebook store ni, saya gunakan script PHP.

Ok, ebook store saya tu, boleh dilayari di sini:-

FREE EBOOK DOWNLOAD

Dijemput juga kepada sesiapa yang nak bertukar link dengan site saya tu, mendaftar di ruangan menu "Join Our Link Exchange" . Juga sesiapa nak beli produk digital saya tu, janganlah malu-malu untuk beli. hehe. Buat masa ni, saya hanya menggunakan transaksi paypal sahaja kerana paypal boleh auto delivery produk. Kalau guna maybank2u ke leceh sikit kena reply guna email.

Yang istimewanya ebook store ni ialah harganya yang boleh dikira harga lelong. Ada produk yang berharga hanya $0.01 sen sahaja.

Site baru siap, lepas ni kena buat kerja-kerja SEO pulak... semoga projek terbaru saya ni berjaya memberi pendapatan internet kepada saya. Tak banyak pun takpe janji ada masyukkk.

Salam IM
~blalang~
Meh cari duit internet!