Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cara keluarkan duit paypal ke Maybank

Sunday, September 19, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Salam dan selamat hari raya,

Mood raya pun dah semakin berkurang, jom kita cari duit internet balik.
Tu hari saya terbaca dari blog wanmus berkaitan cara nak add fund ke paypal. Saya nak sambung pula pasal nak withdraw duit dari paypal pula.

Cara nak keluarkan duit dari paypal melalui debit card ada di blog rohaizad.

Baru-baru ni aku ada cuba mengeluarkan duit paypal melalui bank tempatan. RUpanya lebih mudah dan tak komplikated untuk transfer ke debit card. Aku jarang mengeluarkan duit dari paypal sebelum ini tetapi sejak tiba-tiba akaun aku kena limited access oleh Paypal oeh sebab-sebab yang tak pasti aku sedar bahawa duit kat paypal ni bila-bila boleh burn juga.

Baca Lagi

Biasanya ni aku tak simpan lama, aku simpan cukup-cukup bulanan untuk bayar hosting hostgator, beli domain di Namecheap dan sikit duit untuk beli ebook dan script antarabangsa.

Paypal adalah satu program online yang sudah pun diterima pakai oleh BNM jadi urusan transaksinya semakin mudah tidak seperti dahulu.

Bagaimana saya dapat duit dari paypal dengan tanpa menjual produk? Sebenarnya banyak cara kita boleh masyuk dari paypal ni spt program clickbank, amazon.com,   program-program text link ads,affiliate, PPC, review blog dan program masyuk sikit-sikit lama-lama jadi bukit clicksor, gumgum, ziddu dan beratus program lagi.

Yang paling best dan senang ialah dengan flip blog di Flippa.Panduan lengkap dan terang boleh di dapati di Rahsia Flippa.

Kita juga boleh caj melalui perkhidmatan yang kita berikan.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Di menu atas, klik My Account

2. Menu kedua , klik withdraw.



3. Klik Withdraw to your bank account

4. Jika anda tidak pernah add account bank tempatan, add account anda dahulu.





4. Di MEPS bank routing code - klik Details. Akan keluar popup spt di bawah dan pilih bank tempatan anda dan copy MEPS Bank Routing Code bank anda, jangan sampai tersilap! Kemudian klik "Continue"


5. Kemudian masukkan jumlah wang yang anda hendak keluarkan dan klik continue. 

6. Kemudian Paypal akan proses dan beri anda transaction ID. Juga confirmation melalui email



7. Dari pengalaman saya sendiri, kita akan mendapat payment melalui Maybank selama 5-6 hari (Paypal berjanji proses 2-3 hari termasuk 2 hari Sabtu Ahad)

Saya keluarkan pada 19 Ogos, ada 2 transaksi. Yang pertama berjumlah $50 USD, di convert kepada RM menjadi RM152.31 (RM3.04 = $1.00 - Murah tapi ok la) dan ditolak $3 caj servis tinggal RM149.31.



Dan saya terima di akaun Maybank saya pada 24 Ogos


Senang sangat kan? Begitulah cara untuk mengeluarkan wang dari paypal ke Maybank. Sekarang cari duit internet nampak semakin mudah ! Apa lagi jom terus cari duit internet 365 Days + 24 Hrs income.


Salam sukses,

~Blalang~

Comments

4 comments to "Cara keluarkan duit paypal ke Maybank"
  1. Thanks.. x payahlah pening2 kepala lagi cari panduan nak withdraw dri PayPal kan...:-)

  2. bro camne nak tulis nama time daftar akaun bank tu ek? sebab kat paypal tu siap2 da ad surname. kalu nama aku kat bank Abu bin Ahmad jadi ak tulis kat name tu Abu Bin je ke atau Abu bin Ahmad? Harap pencerahan. Terima kasih

  3. nak tanya,kalau nak withdraw tu perlu mengesahkan email tak?

  4. salam.nak mintak bantuan kenapa saya x boleh add akaun tempatan..