Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Apa itu adsense feed

Thursday, October 30, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Soalan adie melalui email;

Salam bro blalang,

Maaf kalau menggangu..Kenapa blog blalang.blogspot.com lama x update? sibuk ke?

Mula-mula saya ingin ucapkan terima kasih kerana dari hasil ebook Rahsia Adsense dalam BM tu, saya berjaya mengeluarkan adsense saya (lebih $100 dollar) yang sebelum ini sebenarnya nak menaikkan 0.01 sen pun susah, apa lagi nak kumpul $100. Ini kerana trafik saya semua dari Malaysia.

Saya cuma nak tanya pada en blalang, saya lihat pada akaun adsense saya ada feature baru dari adsense iaitu adsense feed. Di sini saya nak tanya pada en balalang, apa guna adsense feed dan bagaimana menggunakannya..

tkasih


Salam adie dan pengunjung blog CARI DUIT INTERNET ini. Maaf lambat nak reply email saudara, mmg bz benar akhir-akhir ini dan sehingga tak sempat nak update blog ni.

Terima kasih juga pada adie kerana membeli "Gray Hat - Iklan Adsense Di Blog Melayu" saya dan semoga saudara adie dapat faedah daripada laporan tersebut.



Mengenai google adsense feed, sebenarnya ceritanya gini.. Google telah membeli feedburner.com , jadi google mahu combine kan pengguna-pengguna feedburner dan google. Sebab itu kita dibenarkan untuk membuat feed dari adsense yang secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan kita dengan GA.

Dengan kata mudah iklan google adsense akan keluar di RSS feed kita.

Tapi sebelum saya menunjukkan cara bagaimana nak combine adsense dan feedburner (jika ada guna) dukacita diingatkan bahawa google adsense feed ini tidak dibenarkan display di blog Bahasa Melayu huhuhu... saya pun tak pernah mencuba teknik gray hat saya "ADSENSE DI BLOG MELAYU" untuk feed ini.

Bagaimana cara menampilkan iklan Adsense for Feeds?

Untuk mengaktifkan unit Adsense for Feeds, Anda terlebih dahulu harus melakukan migration akaun FeedBurner ke akaun Google anda. Caranya?

Caranya dengan menghantar email ke adsense-support-aff@google.com dengan menyertakan maklumat nama pengguna akaun FeedBurner anda dan alamat email Google yang anda pergunakan untuk mendaftar Google Adsense.

Nanti, Google akan memindahkan akaun FeedBurner anda dan memberikan panduan step by step bagaimana melakukan set up unit iklan Adsene for Feeds.

Anda juga melihat video tentang Adsense for Feeds



dan juga menyemak FAQ mengenai di bagian Adsense Help Center.

Jika kita sudah membuat migration feedburner dan adsense kita boleh membuat setup untuk iklan adsense seperti biasa iaitu konfigurasi warna, text dan sebagainya



Harap membantu dan jangan lupa sama-sama kita CARI DUIT INTERNET!



Terlambat menerima komisyen affiliate

Sunday, October 12, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Rupanya saya telah terlepas email dari Din Beramboi , iaitu seorang pakar dalam bidang affiliate mengenai pembayaran komisyen ebook Pro CMD beliau. Kelakar rasanya kerana sehingga nama saya di announce di blog beliau kerana tidak update maklumat bank.

Begitulah ruginya jika kita membuat sedikit kesilapan semasa mengisi borang pendaftaran affiliate. Kesilapan-kesilapan biasa semasa "Cari Duit Internet" program affiliate ialah seperti

~ Mengisi maklumat peribadi seperti alamat email, akaun paypal,clickbank dan akaun bank yang saya lakukan.

~ Meletakkan URL link affiliate yang salah semasa promosi. Saya pernah lakukan kesilapann ni juga huhuhu.

Oh ya, mengenai Din Beramboi mengingatkan saya kepada kaset underground temuduga pelajar U dengan seorang orang gila yang bernama Pak cik Din Beramboi semasa saya bersekolah dahulu. Rasanya tape ni hangat dalam tahun 1988-1989. Memang top masa tu sehingga muncul pelawak yang menggunakan namanya sehingga sekarang dan juga majalah Ujang yang menjadikan Din Beramboi sebagai trade mark atau maskotnya.

Memang kelakar habis tape tersebut dan antara perkataan-perkataan yang saya masih ingat sehingga hari ini ialah "bau macam tungkek", "pak cik pun heran..muko macam sireh" , "guna kortas pasir", "Pak cik tujukan santau ini kepada anak pak cik yang berada di Granada" tetapi ada 18SX sikit. Boleh dikata Pak cik Din Beramboi adalah pelopor kepada lawak-lawak merapu di Malaysia.



Gambar di atas bukanlah Pak cik Din Beramboi yang original tetapi adalah seorang penggiat Cari duit internet yang otai yang banyak pengalaman dalam program affiliate. Sahabat kita, Din Beramboi IM ni juga baru melancarkan projek terbaru iaitu ebook Rahsia Affiliate full version . Boleh lihat di SINI atau klik banner di bawah:



Ebook ini mendedahkan teknik-teknik rahsia beliau sehingga boleh menjadikan program affiliate menjadi salah satu sumber beliau dalam cari duit internet. Jangan lupa mendapatkannya!

~blalang~
Jom "CARI DUIT INTERNET"

Cara untuk mengatasi kekurangan masa

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam dan rasanya belum terlewat untuk mengucakan selamat hari raya, maaf zahir batin jika ada di post saya di blog ini yang menyinggung perasaan anda.

Lama rasanya saya tak update blog kerana saya fokus kepada satu projek cari duit internet saya. Saya rasa tak perlulah saya beritahu apa projek saya tu, cukuplah saya katakan projek untuk cari duit internet ke peringkat lebih global.

MASA adalah masalah kepada pencari duit online secara separuh masa seperti saya dan begitu juga dengan kawan-kawan yang lain rasanya. Lebih-lebih di bulan raya ni, projek offline lebih banyak tetapi nak buat camana, benda ini tak perlu dielakkan. Jemputan rumah terbuka, berkunjung ke rumah teman dan saudara , marhaban dan sebagainya. Yalah walaupun sibuk cari duit internet tanggungjawab kepada keluarga, sahabat handai dan masyarakat jangan dilupa. Walaupun kita aktif beronline aktiviti offline adalah lebih perlu diutamakan.

Untuk seminggu dua ini, saya terpaksa online hampir pukul 12 malam kerana marhaban ke rumah jiran tetangga ( aktiviti biasa bagi orang-orang Johor, tidak pasti di negeri-negeri lain) dan offline sebelum pukul 2 pagi kerana esoknya nak bekerja. Bermakna saya hanya mempunyai masa 1-2 jam sahaja sehari untuk online dan banyak masa dihabiskan untuk update blog dan layan email group.

Untuk mengatasi masalah kekurangan masa ini, berikut adalah langkah-langkah yang saya terpaksa buat untuk mengatasi masalah kekurangan masa untuk dikongsi :

1. Upah orang lain buat projek (outsource ). Untuk projek global, saya terjumpa 3 website yang mana kita boleh mencari freelancer atau anda sendiri boleh kerja-kerja freelancer di sini:

http://www.elance.com
http://www.guru.com
http://www.scriptlance.com

2. Membeli ebook yang berkaitan atau mencari guru yang lebih pakar supaya dapat mengurangkan masa kita membuat research.

3. Lebih fokus kepada projek supaya masa tidak terbuang.

4. Kurangkan masa untuk aktiviti-aktiviti seperti berforum/chatting dan sebagainya

5. Buat "to do list' supaya tidak kelam kabut dan mengikut susunan . Di sini saya menggunakan perisian Microsoft Project 2003

6. Setkan target untuk projek itu siap untuk motivasikan diri kita sendiri

Ada lagi yang mungkin saya buat ialah Joint Venture. Iaitu membuat projek ini bersama rakan-rakan IM.


~blalang~
Jom "CARI DUIT INTERNET"