Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Panduan meletakkan iklan Nuffnang / Adsense di Wordpress

Friday, March 27, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under: ,

Soalan dari saudara mali

salam..
saya dh daftar nuffnang & GA dan saya berjaya tempekkan kat blogger.
saya nak tanya cam mana nak tempekkan kat wordpress?

tq

Jawapan :

Saya tak pasti anda menggunakan WP version berapa. Saya terangkan untuk WP 2.7.1 tetapi penampilannya lebih kurang sama dengan WP 2.7. Jika anda menggunakan version sebelumnya saya nasihatkan anda supaya upgrade WP anda.

Tetapi jika untuk ditempekkan di wordpress.org memang tak boleh sbb tu syarat diaorang. Cara ni untuk yg menggunakan WP di domain sendiri shj.

Ada dua cara untuk letakkan iklan Nuffnang, Adsense atau apa-apa script di Wordpress

Cara pertama: Widget

- Klik pada menu apperance

- Klik pada widget

- Klik pada current widget, pilih hendak diletakkan di mana biasanya sidebar

- Pada available widget klik Add pada text tetapi kalau sudah add (ada di sebelah kiri) klik edit.

- Di sinilah tempat kita paste code nuffnang tersebut.

- Kita juga boleh letak text ini ke atas atau ke bawah dengan hanya drag sahaja.

Bantuan bergambar:

panduan percuma wordpress @ cari duit internet


Cara kedua : editor
Cara ini untuk yg biasa bermain dengan script.

- Pastikan setting chmod ke 777 dengan menggunakan ftp anda

- Klik pada menu apperance

- Klik pada editor

- Pilih pada thmes file di sebelah kiri

- Pilih di mana anda hendak letak iklan nuffnang tersebut antara header,sidebar atau single post atau mana-mana yang anda minat.

- Pada coding PHP,letakkan script anda di bawah kod kemudian update file

Bantuan bergambar

panduan percuma wordpress @ cari duit internet

Selamat membantu

~blalang~
Cari Duit Internet~

Template sementara

Wednesday, March 25, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments

Oleh kerana template sebelum ini mempunyai masalah kerana fail gambar yang ditumpangkan di photobucket terdapat error bandwith exceeded limit. Saya menukar sementara template gambar laptop ini.

Akan kembali kepada template lama jika error tersebut hilang.

Harap maklum

MyBlogLog Click Tagging

Tuesday, March 17, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Soalan dari saudara armizi melalui email;

Assalamualaikum...
Saudara blalang. Sy pelawat blog http://blalang.blogspot.com/, sy ingin tanya sikit pasal nak buat MyBlogLog Click Tagging. Kalau saudara sudi berkongsi caranya sy berterima kasih bayak2. Sy sebenar dah cuba beberapa kali namun tak jadi, sy dah memiliki akaun MyBlogLog, tapi saya tak tahu nak ambil widget yang mana satu dan kat mana nak sisipkan widget tersebut agar berfungsi, harap saudara blalang dapat menunjuk ajar. di atas sy ada sertakan imej MyBlogLog Click Tagging.




Jawapan;

Maaf jika lambat nak reply soalan saudara,

Caranya ialah:

Klik setting pada mybloglog blog saudara spt imej di bawah:



Di belah bawah, kiri ada setting untuk click tagging, pilih yang mana pilihan anda,


Kemudian save profile changes.
Dan jangan lupa copy semula widget script MBL dan update di blog saudara.

Harap membantu,

~blalang~
Cari duit internet

Pakej Lumayan Menjadikan Setiap Perniagaan Lebih Sistematik

Thursday, March 12, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam Sejahtera ,

Memiliki perniagaan internet adalah salah satu asset penting milik ramai rakyat Malaysia sekarang. Mungkin ada yang terlibat denganperniagaan jualan barang secara online seperti di ebay ataupun menyediakan servis hosting. Ianya merupakan perniagaan internet yang sentiasa mendapat kedudukan utama dalam senarai perniagaan internet setiap tahun.

Namun tidak ramai yang kekal dengan perniagaan utama mereka hanya kerana mereka merasakan perniagaan tersebut sukar untuk diuruskanataupun tidak memberikan keuntungan. Hakikatnya setiap perniagaan mampu memberikan keuntungan dengan memastikan ianya diuruskan secara sistematik.

Agak sukar untuk mengetahui produk yang manakah yang boleh membantu anda menguruskan perniagaan internet anda dengan lebih sistematik. Mungkin kebanyakkan produk hanya menunjukkan ciri-ciri terbaik yang ada tetapi penjual terlupa tentang keperluan sebenar pembeli. anda beruntung kerana kini Pakej Lumayan menyedia pakej yang lengkap dan tersusun untuk anda memulakan perniagaan internet secara sistematik. Pakej Lumayan bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk dalam niche tertentu malahan turut menyediakan bonus tambahan yang melengkapkan keperluan anda dalam pemasaran internet. anda boleh mendapatkan Pakej Lumayan yang lengkap ini disini:
http://www.pakejlumayan.com

Ikhlas daripada,
~blalang~

Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot

Tuesday, March 10, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Soalan dari zodak,

salam..
blh tlg jelaskan skit apakah beza feed dgn subscription dlm gadget kt blog??icon macam sama je..

Jawapan cari duit internet:

Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot ialah:

Jika kita menambah subcription dengan gadget ialah untuk tujuan bookmark blog kita iaitu melanggan blog kita melalui konsep feed reader.Melalui bookmark atau pun dipanggil feed reader. Cara ini kurang polular di Malaysia tetapi popular di antarabangsa.

Dengan membaca blog melalui feed reader, kita boleh membaca semua posting dengan cepat kerana tidak perlu menunggu loading browser blog tersebut yang mungkin lambat kerana banyak iklan atau gambar.

Jika kita banyak sangat blog yang kita buka setiap hari. Kita tidak perlu membuka semua laman blog tersebut. Jika kita melanggan melalui feed reader kita boleh bookmark dan hanya membaca di bookmark rss sahaja.

Contoh seperti gambar di bawah. Untuk bookmark sesuatu blog tersebut hanya perlu klik icon add to Google contohnya. Kita hanya perlu membuka igoogle atau my google dan secara automatik semua link rss mana blog yang kita bookmark akan appear.

Selain google, banyak lagi website bookmark yang digunakan tetapi setiap satunya kita perlu mendaftar dahulu seperti gambar di bawah
cari duit di internet


Manakala untuk feed pula, ialah membenarkan kita meletakkan mana-mana blog yang kita suka dan akan appear blog kita sendiri. Contohnya jika anda meletakkan feed blog cari duit internet ini akan appear di seperti gambar di bawah:

cari duit di internet

Cara menambah alamat feed dan info mengenai rss boleh dilihat di post saya sebelum ini di blog cari duit internet ini;

http://blalang.blogspot.com/search?q=rss

Lagi satu servis feed ialah melanggan melalui email. Servis feed paling popular ialah feedburner. Selain feedburner, feedblitz pun menyediakan perkhidmatan tersebut.

Apabila mendaftar dengan feedburner dan feedblitz, kita boleh konfigurasi dan meletakkan form seperti di belah kanan blog cari duit internet ni untuk memudahkan pelanggan blog anda melanggan melalui email.

Harap membantu, maaf jika ayat saya tunggang langgang :)

~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET 2009!

Jual Avon di internet

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Soalan dari Dhia Farish,

sekali lagi sy ingin bertanya beberapa perkara kpd en,
1.sy sdh berdaftar dengan nuffnang ttp msh blm dpt apa2 profit darinya,knp ye?
2. jika tidak keberatan bleh en bgtau kt sy langkah yg perlu sy buat step by step?
3.bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?

Jawapan cari duit internet:

Soalan 1 & 2.

Belum dapat profit mungkin kerana tiada/kurang orang klik iklan Nuffnang tersebut.Sila pastikan juga code yang dicopy tersebut adalah betul. Had minima untuk cash earning ialah RM50.

Tip utk lebih org klik iklan Nuffnang

1. Nuffnang membenarkan blogger menggalakkan pengunjung blog klik iklannya, tidak seperti Google Adsense yang melarang keras.

Untuk menggalakkan org klik iklan Nuffnang, kita perlu kreatif dan peka dengan iklan apa yng sedang berlangsung di blog kita. Contohnya iklan Castrol, anda boleh letak ayat : mahu lebih penjimatan? klik iklan di bawah

Tetapi anda jangan klik iklan tersebut sendiri. Ini rule utama bagi setiap program Pay per Click (PPC)

Kalau nak tau apa kandungan iklan yang sedang berlangsung , boleh lihat di web Nuffnang.

2. Tarik ramai pelawat ke blog anda terutama yang datang dari search engine. More visitors more click and more income :). Caranya kena guna teknik SEO.

Soalan 3.

bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?

Rasanya tak salah, sebagai dealer avon, tupperware dan sebagainya rasanya tidak salah jika anda membuat jualan promosi melalui blog jika anda sanggup hantar barangan melalui pos.

Bagaimana pun boleh rujuk pada term and condition company tersebut.

Harap membantu

~blalang~
Sama-sama cari duit di internet.

Panduan letak kod promosi di blog

Friday, March 06, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Soalan dari Dhia Farish di ruangan hubungi saya.

en blalang,
kt mana perlu sy letakkad kod untuk mempromosikan iklan atau nk promot ppl dlm blog saya

Soalan dari azimah melalui email

salam en blalanggg...
saya ada beberapa soalan dan ingin mendapatkan pandangan serta nasihat dari en blalang...
harap en sedia membantu saya yg amat memerlukan bantuan ini.
1.sy telah mempunyai blog peribadi saya sendiri,bolehkah sy gnkan blog tersebut utk menambahkan pendapatan sampingan sy?
2.bagaimana saya ingin membuat link ke webpage lain spt saudara buat dlm blog isu hangat tu...
3.sy juga telah mendaftar dengan baverlyhills traffic tu,jd apakah langkah yg perlu sy lakukan untuk menjana akaun sy?bolehkah saudara bantu sy...
4.bagaimana sy ingin mengiklankan iklan2 atau produk tersebut serta dari mana saya perlu mendapatkan nya?
5.jika saya berminat untuk menjual ebook melaui laman blog saya,bagaimanakah langkah dan caranya...

Jawapan blalang
Oleh kerana kedua-dua soalan tersebut ada kesamaannya, saya menjawab satu sajalah ya..mungkin anda berdua adalah newbie. Jangan risau saya pun dahulunya newbie juga dan sekarang pun saya masih menganggap saya newbie juga kerana sentiasa mengejar ilmu. Makin dikejar rupanya makin banyak yang saya belum tahu.

Mana boleh mendapatkan iklan2 atau produk
Anda boleh copy mana-mana iklan di blog-blog yang sedia ada. Anda klik lepas tu anda scroll down cari perkataan affiliate. Kemudian anda daftar dan akan dapat banner-banner iklan tersebut.

Untuk meletakkan kod:
Caranya- klik kat layout - klik add gadget - pilih html/script pastu anda paste code dari banner affiliate yang anda join tadi. Lepas tu drag mana-mana nak letak yang bersesuaian.

Link ke page lain :
Select perkataan yang anda hendak pilih tu, lepas tu klik jer ikon bumi dan rantai kat atas semasa membuat post.

Laporan baverlyhills traffic
Anda dapatkan link affiliate anda dan mulalah promosi melalui email,blog,forum dan sebagainya.

Lain-lain untuk menambah pendapatan blog
Boleh daftar dengan program Pay per click seperti Google adsense (jika blog BI) dan paling mudah ialah dengan Nuffnang. Dapatkan kod-kod script yang diberi dan tampalkan di blog anda seperti jawapan di atas

harap membantu

~blalang~
cari duit internet
cari duit internet
cari duit internet

Cari duit internet - dapat cek dari Gobala

www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under: ,

Alhamdulillah,

Semalam saya telah menerima cek hasil cari duit internet dari Gobala:



Bukan nak bermegah tetapi ingin menambah semangat kepada anda betapa sememangnya kita boleh cari duit internet tanpa sebarang pelaburan sesen pun. Cek bernilai RM2050.20 di atas dari hasil usaha dalam masa 2 minggu sahaja.

Ini adalah hasil affiliate. Bukannya program labur duit,promosi link,cari orang bawah, kemudian downline akan derma kepada upline macam kutu internet atau saya gelar skim pak man telo cyber walau apa pun nama gelaran yang diberikan, duit senang dot com la pinggan dot com dan macam-macam lagi yang sebenarnya adalah skim cepat kaya. Malah ada yang dinamakan amal jariah pulak tu. Nak beramal biar bertempat.

Program affiliate memerlukan usaha untuk berjaya. Bukan mudah juga nak cari duit di internet. Ilmu perniagaan internet mesti ada sikit-sikit walau pun sebenarnya bukan susah benar juga.

Sesiapa pun boleh cari duit internet. Suri rumah macam Lisa Hilmi mampu membeli kondo mewah, budak sekolah macam Labanon yang bermula semasa tingkatan 4, pelajar IPTA seperti Mawardee dan ramai lagi. Tak tahu bertanya.Kalau tidak kena meraba-raba macam saya pada awalnya dahulu.

Semoga dapat memberi semangat dan motivasi kepada anda untuk cari duit internet.


Salam
~blalang~
Syoknya cari duit internet

Panduan duit percuma Raja Kamil

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Juara ppl-mrr telah berkongsi rahsia kejayaan menjadi top Affiliate
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Salam sahabat,
Berkenaan dengan program pay per lead Raja Kamil tulisan saya semalam, saya mendapat banyak respon yang mengatakan mereka tidak tahu caranya untuk dapat duit dengan menyertai progam ini.
Mungkin tulisan saya semalam tidak jelas.
Jika anda berminat untuk dapatkan duit secara percuma, tanpa modal sesen pun dengan program ppl Raja Kamil , di sini ialah langkah-langkahnya.
Langkah Pertama.
Anda daftar untuk download secara PERCUMA 3 ebook/laporan RK
>>>>DI SINI <<<<
Isikan nama dan email anda di ruangan yang disediakan.
Langkah Kedua
Tunggu email dari Raja Kamil untuk meminta anda mengesahkan email anda yang bertajuk:
Download 3 ebook anda yang bernilai RM299 ,
kemudian anda klik link pengesahan tersebut.
Langkah Ketiga
Anda akan dapat email dari Raja Kamil lagi yang memberi anda download ke-tiga-tiga ebook tersebut. Dapatkanlah ebook tersebut untuk menerima ilmu yang diturunkan oleh RK secara percuma tersebut.
Langkah Keempat
Anda akan mendapat email dari RK yang mempelawa anda menyertai program payperlead beliau itu.
RK akan membayar RM0.50 setiap referrer yang anda bawakan. Kalau 10 orang download dari link anda , anda akan mendapat RM5.00 secara percuma.Bayangkan kalau 100 orang? Sudah tentu senang-senang anda akan mendapat RM50 !
Jika anda tidak faham bagaimana hendak menggunakan link affiliate anda, RK akan memberi panduan secara video.
Kenapa RK sanggup membayar?
Sebenarnya program ppl dibuat oleh kebanyak Internet Markerter yang mementingkan undang-undang cyber. Mereka tidak suka SPAM ke email anda promosi yang bukan-bukan.
Apa kelebihan menyertai mailing list?
Mereka pasti akan mengajak anda semua sama-sama cari duit di internet! Apalah gunanya kita bertenet setiap hari tapi untuk bayar bil streamyx pun menggunakan wang gaji kita sedangkan banyak lubang duit di alam cyber ini.
Salam,
~blalang~
Jom jadikan 2009 tahun perniagaan internet anda.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Juara ppl-mrr telah berkongsi rahsia kejayaan menjadi top Affiliate
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Juara ppl-mrr dedah rahsia

Thursday, March 05, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Pemenang tempat pertama plr anjuran saya iaitu plr-mrr, saudara solehpolysas mendedahkan kejayaan beliau dalam pertandingan tersebut.

http://blalang.blogspot.com/2009/03/cabaran-plr-mrr-berakhir.html

Dengan kejayaan mendapatkan 550 orang tentu solehpolysas mengggunkan teknik tertentu. Kalau tidak masakan beliau dapat memmbuat graf menegak dalam mencari referrer sehingga memintas saudara Razif (mrr) yang mendahului selama 3 minggu sebelum itu.

Kesudian solehpolysas berkongsi tip dan rahsia affiliate dan ppl diharap dapat membantu sahabat-sahabat lain semasa cari duit internet dengan affiliate.

Solehpolysas telah melancarkan satu laporan khas,
Teknik menjadi Top Affiliate iaitu gabungan 4 teknik berdasarkan pengalaman beliau.



Laporan khas tersebut boleh didapati di SINI

~blalang~
Jom cari duit internet

Peluang dapat duit percuma !

Wednesday, March 04, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam sahabat,

Saya ingin berkongsi satu lagi peluang cari duit internet tahun 2009 ini iaitu cari duit internet dengan program pay per lead.

Selepas program ppl saya sebelum ini selesai, ada agen affiliate mrr meminta saya membuat lagi program-program cari duit internet ini.

Sebenarnya saya memang ada plan nak buat satu lagi peluang cari duit internet dengan anda tetapi masih dalam progress lagi. Baru 10% kot.. :)

Kali ini saya ingin berkongsi,seorang sahabat IM di Malaysia iaitu RajaKamil membuat satu program ppl yang agak mahal juga.

setiap satu lead, Raja Kamil bayar anda 50 sen.
PPL ini adalah 2 tier.
1st tier dapat 50 sen
2nd tier dapat 50 sen juga.

Kalau anda promot kepada 10 orang, dan setiap seorang daripada mereka promot PPL ini, anda telah menerima, RM55. (erk, betulke saya kira ???)

Langkah-langkah :
1. Daftar rakan affiliate di Webmaster, Earn Money Here! (anda akan dapat akses penuh ke semua afiliate produk RK yang lain)
2. Klik pada "Pay Per Lead March 2009"
3. Copy kod banner untuk letakkan pada blog anda atau right click dan copy link address untuk dapatkan link affiliate
4. Anda tidak perlu risau, untuk "cloak" link affiliate, kerana sistem yang RK gunakan melindungi link afiliate anda secara automatik

Kelebihan promosikan PPL ini.
1. 3 ebook PERCUMA
2. Benda PERCUMA siapa tak nak ?!
3. Setiap lead, dibayar 50 sen. Antara yang tertinggi untuk market Malaysia
4. 2 tier, peluang untuk menjana lebih banyak komisen walau promosinya sikit 5. dan lain-lain

Apa lagi sahabat, selain dapat 3 buah ebook yang hebat, inilah masanya untuk kita cari duit internet lagi, daftar-promosi-dapat duit:
Webmaster, Earn Money Here!



Sekian dahulu, saya ucapkan kepada anda, Selamat Berjaya !

Cari duit internet dengan ebook

Tuesday, March 03, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Apa itu ebook?

Ebook adalah seperti buku juga iaitu menulis buku untuk dikongsi atau dijual. Ia adalah satu produk digital iaitu biasanya di buat dalam bentuk fail PDF dan boleh dicetak.Perniagaan ebook adalah salah satu perniagaan internet yang masih popular dari dulu hingga sekarang.

Ramai usahawan internet yang menjadi kaya raya dengan menghasilkan ebook yang laris. Contohnya di Malaysia ialah saudari Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. Shuth ialah owner kepada forum usahawan internet di Malaysia iaitu wangcyber.

Lihatlah kata-kata shuth:
"di dalam bidang perniagaan internet, terdapat banyak cabang dan bentuk. Anda boleh menjalankan perniagaan di internet dengan menjual bermacam-macam jenis produk seperti, baju, minyak wangi, cadar, alat permainan, komputer, telefon bimbit, kamera, mp3 player, ipod, alat perhiasan diri, dan bermacam-macam lagi.

DI dalam bidang perniagan internet, kami gelarkan bentuk perniagaan sebegitu sebagai perniagaan produk fizikal di internet.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 kategori produk yang boleh anda pilih apabila ingin memulakan perniagaan di internet. Iaitu..

  1. Produk Fizikal (Menjual Baju, Kamera, Minyak Wangi dll)

  2. Produk Digital (Menjual Ebook, Video, Lagu mp3, Grafik Template dll)

  3. Perkhidmatan (Merekabentuk grafik, membina website dll).

Saya telah melakukan semua bentuk perniagaan tersebut, dan dari pengalaman saya selama 4 tahun di dalam bidang perniagaan internet ini, saya mendapati, bentuk perniagaan internet yang paling mudah dan paling menguntungkan .. ialah.. PERNIAGAAN PRODUK DIGITAL, ataupun untuk lebih khusus lagi.... PERNIAGAAN EBOOK!."

Satu berita menggembirakan ialah Shuth akan membuka seminar atau bengkel cara-cara membuat ebook dengan berkesan dan mula cari duit di internet dengannya.

Boleh melawati web jualannya di:

>>http://www.seminarebook.com<<

seminar ebook shuth @ cari duit internet

Salam
~blalang~
Jom cari duit internet dengan ebook

Cabaran PLR-MRR berakhir

Sunday, March 01, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Semalam 28 Feb berakhirlah cabaran plr-mrr saya.

Sebahagian besar komisyen telah saya bayar petang tadi kepada agen affiliate , cuma ada sebahagian kecil yang saya belum bayar iaitu yang yang bukan dari bank Maybank dan CIMB. Yang bukan dari Maybank dan CIMB, caj yang dikenakan oleh bank ialah RM2.00 jadi saya memerlukan jumlah sekurang-kurangnya RM10 untuk berbaloi saya bayar.

Ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang menyertai cabaran ini. Dimaklumkan bahawa ppl mrr ini saya masih teruskan lagi. Pembayaran dibuat setiap awal bulan tetapi dengan syarat baru iaitu minima ialah RM10.00.

Keputusan penuh cabaran plr - mrr adalah seperti di bawah.:

Tempat pertama: Wang tunai RM100
Solehpolysas

Tempat Kedua dan ketiga (
Pakej iklan bernilai RM50 di www.blalang.com atau isuhangat.blogspot.com)

mrr dan xy (diharap mrr dan xy dapat email kepada saya detail iklan anda)

Dan sepuluh tempat teratas yang layak mendapat ebook cari duit internet yang pada saya adalah ebook yang terbaik lubang-lubang cari duit di internet iaitu ebook tulisan Raja Affiliate antarabangsa Ewin Chia iaitu No Sales System ialah seperti di bawah:

Affiliate# Of SalesEarned
solehpolysas550137.5
mrr35488.5
xy
12731.75
jaws
103
25.75
wanmus69
17.25
hanna
6015
pay4u
55
13.75
AceGlobal134812
cyberking
369
nik297.25

Salam
~blalang~
Cari duit internet