Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Apa yang tak tahu tentang buat duit di internet (percuma)

Thursday, June 25, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

Bila rakan saya beritahu saya bahawa beliau akan 'bocor'kan perbualan sulit beliau dengan C secara percuma, sayaberitahu beliau yang saya ingin sangat berkongsi maklumat ini dengan anda secepat mungkin.

Perbualan sulit ini merupakan sesi 'mentoring' sebenar di antara seorang rakyat Malaysia biasa dengan seorang guru internet yang boleh dipakej dan jual dengan harga $47 dengan senangnya
(tetapi PERCUMA buat anda hari ini).

Muatturun keseluruhan rakaman audio di...

Saya sangat teruja dapat berkongsi audio ini bersama anda kerana anda tidak akan
dapat memperolehinya daripada tempat lain.

Pertama sekali, C tidak pernah menawarkan program mentoring one-on-one (secara
peribadi) kerana beliau sibuk membina bisnes internet SEBENAR untuk diri beliau
sendiri. Keduanya, jikalau beliau tawarkan program sebegini, beliau cuma akan mengambil klien yang sudahpun berjaya dalam bisnes dan sanggup membayar yuran sehingga 5-angka untuk masa beliau.

Jadi, tak tahulah bagaimana rakan saya ini berjaya mendedahkan sesi konsultasi
sulit beliau ini. Yang pastinya, ianya sudahpun bocor.

Saya sudah mendengar perbualan sulit tersebut dan saya boleh katakan yang ianya bakal mengubah hidup anda sekiranya anda berhasrat untuk meninggalkan kerja anda dan membina bisnes internet.

Dapatkan rakaman audio ini di:


Ikhlas dari;
~blalang~
Jom cari duit internet

Buat duit internet dengan facebook

Friday, June 19, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam ,

Inilah cabaran IM separuh masa seperti saya. Terpaksa kurangkan cari duit internet bagi bulan Jun ni kerana membuat benda-benda lain yang offline apabila berpindah ke pejabat baru , tempat baru dan tugas-tugas yang baru juga.

Bulan Jun 2009 ialah bulan yang amat bermakna bagi saya. Ini kerana saya telah mendapat jawatan baru di tempat bekerja saya, memindah web dan blog ke hosting baru, menggunakan laptop baru (sony vaio) dan bekerja di pejabat baru.

Kira bulan jun ni serba baru la. Malangnya oleh kerana persekitaran yang baru termasuk hosting dan laptop banyak kerja-kerja perpindahan fail terpaksa dilakukan. Maklumlah saya dah guna laptop lama lebih 3 tahun juga hosting lama yang saya dah guna lebih 3 tahun juga.

Walaupun dah backup oleh kerana hosting baru ni control panelnya agak berbeza juga dengan hosting-hosting lain - terpaksalah study dulu bagaimana ia bekerja. Malangnya ada satu folder tu dah missing jadi banyak fail yang hilang. Begitu juga dengan OS laptop baru ni iaitu Vista dan juga microsoft office 2007 yang agak berbeza dengan version sebelumnya memaksa saya belajar dulu sikit bagaimana menggunakannya. Bayangkan saya terpaksa mencari "mail option" di conrol panel vista ni hampir setengah hari untuk setup Microsoft outlook saya hehe. Begitu juga untuk mencari aplikasi "run" untuk menggunakan cmd.

Bercerita pasal buat duit internet dengan facebook, sebenarnya jemputan yang dibuat oleh Bro Richie ni dah agak lama juga tetapi kerana saya terlupa membuka google doc untuk form online blog cari duit internet ni saya bermula agak lambat. Maaf ya Richie.

Facebook biasanya tempat orang bersosial di alam cyber, mencari teman dan sebagainya. Facebook juga adalah laman komuniti sosial yang paling terkenal di Malaysia sekarang sudah melebih Myspace dan Friendster. Jadi pengguna di Malaysia ini amat ramai apa lagi jika di dunia. Maka peluang untuk buat duit internet adalah amat luas jika kita tahu cara cari duit internet dengan facebook ini.

Saya sudah membaca ebook ini, terima kasih kepada richie yang membuat ebook ini yang diterangkan secara detail dan penuh teknikal bagaimana cari duit internet dengan facebook yang tak terjangkau dek fikiran saya. Tahniah kepada beliau kerana mengajar kita cari duit internet dengan facebook yang istimewanya ianya berbahasa melayu 100% saya percaya dengan kuasa viral yang mampu kita buat dengan facebook berbanding dengan jumlah penggunanya di seluruh dunia.

Ok, kalau anda hendak tahu bagaimana caranya cari duit internet dengan facebook boleh layari link ini:

http://www.KuasaVFB.com/


Chow dulu dan jumpa lagi di lain kali.
tqvm

~blalang~
Cari duirt internet

Trafik dari nuffnang

Friday, May 22, 2009 by Admin · 1 comments
Filed under:

Kepada para nuffnanger, nuffnang telah menyediakan satu widget yang membenarkan para blogger bertukar-tukar trafik sesama nuffnanger yang diberi nama Xchange.

Meletakkan widget Xchange nuffnang di blog seperti di blog ini sebelah bawah kanan yang bersifat 'floating' iaitu apabila kita scroll down widget tu akan tetap di kedudukannya.

Rasanya ramai yang dah tahu tetapi buat kepada nuffnanger yang sudah tahu tetapi tidak pasti apakah kelebihan meletakkan widget ini.

Tujuannya hanya satu iaitu menarik trafik dari blog nuffnanger lain. Iaitu apabila kita membuat post baru, rss tulisan kita itu akan muncul di blog nuffnanger lain. Jika ada yang tertarik dengan post anda mereka akan klik di link widget tersebut.

Sebab itu ia diberi nama 'Xchange' iaitu kita boleh bertukar-tukar link dengan nuffnanger lain.

Secara tidak langsung kita boleh menambah pengunjung ke blog kita terutama dari pengunjung fresh yang kali pertama datang ke blog kita. Ingat "lebih trafik lebih duit".

Di harap pengunjung-pengunjung baru ini akan klik mana yang patut untuk membantu kita cari duit internet seperti adsense, iklan affiliate dan sebagainya. Janji masyukkk.

Seperti yang saya pengunjung regular atau setia akan klik sekali sahaja kerana mereka tahu itu adalah iklan. Rasanya kurang orang yang suka klik iklan kan? Tetapi tak tentu juga kerana wife saya suka baca iklan di akhbar dengan tanpa tujuan hehe..

Ok cara meletakkan widget Xchange nuffnang ni pun senang jer..

1. Klik pada menu "Xchange"

cari duit internet widget xchange nuffnang


2. Letak message anda kepada pengunjung blog

3. Pilih template widget mana yang kita hendak

4. Copy code

5. Buka layout jika blogspot

6. Add widget -- pilih HTML/Script

7. Pastekan script tadi dan save.

Semoga dengan Xchange Nuffnang ni dapat menambah trafik ke blog anda.


Salam xchange,

~blalang~
Cari duit internet tau!

Panduan membuat post sticky di blogspot

Thursday, May 14, 2009 by Admin · 1 comments
Filed under:

Salam,

Agak lama saya tidak update blog cari duit internet ni. Bukannya apa sibuk dengan urusan harian lain yang 'wajib' saya lakukan.

Post sticky ialah menjadikan sesuatu post pilihan anda sentiasa berada di atas post-post yang lain dalam masa tertentu.

Apabila kita membuat post-post baru, post sticky tadi tetap berada di atas.

Pelbagai tujuan kita stciky post seperti membuat promosi affiliate, menyatakan post kita tu menarik atau penting.

Saya pula terpaksa membuat sticky post untuk iklan advertorial nuffnang dalam masa 48 jam.

Panduan untuk membuat post sticky dengan blogspot begini;

Di ruangan post, klik "post option"

Pada ruangan tarikh kita 'adjust' tarikh ke satu tarikh ke hadapan tu selama mana kita nak sticky.

Bantuan bergambar:



Ok setakat ni saja saya berkongsi tip blogspot kali ni. Harap dengan sticky post dapat membantu kita cari duit internet.


Salam,
~blalang~
Teruskan Cari duit internet !

Software percuma untuk skrip HTML

Tuesday, May 05, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Webmaster Tools Black Label Edition II adalah satu perisian untuk memudahkan webmaster atau blogger meletakkan script-script HTML dan javascript.

Boleh download percuma di menu-link- download.

http://muatturun-percuma.blogspot.com/2009/05/webmaster-tools-black-label-edition-ii.html

Cara penggunaanya ialah :

- Unzip,
- Extract ke mana kita nak simpan perisian ini,
- Klik blacklabelII.exe
- Pilih mana-mana menu/action yang kita hendak buat
- Ubah setting di mana yang perlu
- Klik butang create ... script
- Scroll down
- Nah inilah script yang terhasil dan boleh copy
- Jika anda hendak meletakkan script di blogspot.
- Klik menu layout
- Klik add gadget
- Pilih HTML/script
- pastekan script tadi
- Save

Bantuan bergambar





Walau bagaimana pun kemungkinan script anda tidak berfungsi di sesetengah browser tetapi amat berfungsi jika menggunakan Internet Explorer.

Semoga membantu
~blalang~
CARI DUIT INTERNET DEMI NEGARA


P/s: Jika anda baru pertama kali berkunjung ke blog cari duit internet ini, anda boleh subcribe post blog ini di ruangan yang di sediakan di atas

Plugin untuk SEO Wordpress

Sunday, May 03, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Kepada pengguna WP, plugin adalah perkara biasa bagi anda, tetapi kepada blogger yang menggunakan blogger.com dan sebagainya , anda di nasihatkan membeli panduan asas blog
http://www.blalang.com/rahsiablog.html

Berikut adalah plugin SEO yang kita boleh install di blog Wordpress untuk kerja-kerja SEO. Diharap dengan install plugin di bawah dapat membantu pengguna WP dalam kerja-kerja SEO dan menaikkan SERP blog anda. Anda hendaklah upgrade WP anda sekurang-kurangnya ke WP version 2.7 supaya semua plugin ini dapat bekerja.

1.0 Plug in utama SEO

1.1 All-In-One-SEO Pack

Plugin ini adalah penting dalam SEO. Plugin ini akan set tajuk tag dan metatag termasuk keyword dan description. Perbezaan tajuk tag menentukan keyword dalam tag tajuk dan custom tag pada setiap post dan mencipta lebih unique content for search engines.

Boleh download All ini seo di link ini:
http://wordpress.org/extend/plugins/all-in-one-seo-pack/

Dapatkan laporan penuh plugin yang perlu ada untuk SEO di WP tulisan saya sendiri di:

http://www.ziddu.com/download/4587278/LaporanSEOWP.pdf.html


Semoga bermanfaat kepada blogger WP.

Salam
~blalang~
Cari duit internet

Review Duitmania Ammar Zahar

Saturday, May 02, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

Saya telah mendapatkan produk DuitMania Ammar Zahar dan saya berpendapat transkrip tersebut memang membantu kepada usahawan internet terutamanya newbie .

Dengan bantuan video dan menjadi gold member Ammar Zahar memudahkan kita belajar sampai jadi pandai.

Ini adalah kerana produk fizikal tersebut memang mengajar step by step cara buat duit internet. Saya dahulu terpaksa mempelajari sendiri dari ebook-ebook bahasa Inggeris dan terkial-kial tak tahu mana yang patut dibuat dahulu.

Ini menyebabkan saya menghabiskan masa selama lebih 2 tahun untuk memahami perniagaan internet baru dapat menghasilkan income yang agak stabil setiap bulan.

Kalau jika dahulu Ammar Zahar mengeluarkan buku ini tentu senang kerja saya dan tidak membuang masa selama 2 tahun. Bayangkan berapa banyak modal membeli produk lain, "terlabur" program pelaburan internet akhirnya lebur dan bil streamyx setiap bulan.

Tetapi dengan Duitmania Ammar Zahar ini telah "All in one" bersama lubuk-lubuk link rahsia yang biasa digunakan oleh otai perniagaan internet.

Seminar perniagaan internet Ammar Zahar adalah yang termurah dan berkesan berbanding dengan seminar lain yang hanya mengajar secara luaran sahaja"



Ekslusif untuk pengunjung blog ini, bonus ekslusif berdasarkan keuntungan menang-menang, saya ingin membantu anda mengurangkan kos anda.

Saya sebagai JV partner Ammar Zahar ingin berkongsi bonus ekslusif bernilai RM207 jika anda membeli melalui saya. Ingat bonus ini hanya yang membeli melalui link ini sahaja,

>>>www.blalang.com/duitmania<<<

Cari duit dengan Sharecash

Thursday, April 23, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Jika anda mahuu cepat, boleh terus ke http://sharecash.org

Ramai pencari-pencari duit internet menggunakan ziddu.com untuk mendapat sedikit sen semasa berkongsi fail.

Tetapi saya mendapat komen juga yang mengatakan ziddu.com ni ada tipu sikit apabila ada orang download tetapi statistiknya kosong. Saya pun tidak perasan sebab saya tak monitor benda ni. Biasanya saya upload fail dan kemudian share. $0.01 sen untuk seorang download.

Susah sikit juga nak masyuk banyak tetapi ada juga masyuk kan.

Hari ini saya nak berkongsi lagi satu fail hosting yang kita boleh cari duit internat iaitu Share cash .

Caranya mudah sahaja, kita upload fail lepas tu berkongsi dengan orang lain suruh download. Saiz maksimum untuk satu file ialah 150MB dan setakat ini belum ada had berapakah file yang boleh anda upload. Pembayaran adalah melalui paypal.

Jika ziddu hanya $0.01 perdownload, sharecash pula menawarkan $0.15 - $0.60 perdownload. Ini bermakna jika 10 orang download fail kita - kita sudah mampu cari duit internet sehingga $3.00 !

Mana sharecash dapat duit untuk bayar kita? Apa lagi kalau tidak iklan CPA dan CPC google adsense kerana apabila kita memberi link kepada orang lain untuk download, link untuk download tersebut diletakkan iklan GA

Nampak macam mudahkan? Tetapi oleh kerana Sharecash ni program baru, belum banyak komplen yang diterima tetapi tak salah untuk kita mencubakan?

Jom cari duit internet dengan Sharecash , daftar di Sini

~blalang~
Cari duit internet

Memultiplykan blogspot anda

Monday, April 20, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Pertanyaan dari rakan blogger Popoknet yang terkenal dengan muatan download lagu-lagu lama yang saya tak sempat-sempat nak menjawabnya.



Multiply.com adalah satu laman komuniti yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum adanya friendster,myspace, facebook lagi.

Biasanya blogger-blogger otai menggunakan site multiply.com. Dengan multiply.com kita boleh membina rangkaian teman kita sendiri. Multiply adalah terlebih dahulu terkenal sebelum adanya blogger.com atau lebih dikenali dengan blogspot.

Kelemahan multiply ialah kita tidak boleh cari duit internet dengan google adsense melaluinya kerana kita tidak dibenarkan meletakkan google adsense.Juga sukar untuk kita menvariasikan blog kita dengan template yang lebih cantik dan juga widget berbanding blogger.com

Seperti tajuk post di atas, kita sebenarnya boleh membuat post di blogger.com (blogspot) dan membuat auto post ke blog multiply kita atau di dalam multiply dipanggil cross posting.

Ni yang bestnya kerana secara tidak langsung kita boleh update 2 blog yang berlainan domain sekaligus tanpa perlu login ke akaun multiply langsung.

Ini secara tidak langsung dapat membantu kerja-kerja SEO blog kita sekali kerana multiply juga mempunyai beribu-ribu peminatnya tersendiri.

Cara nak membuat auto post multiply.com melalui blog blogger.com (blogspot) ialah:

Kepada yang sudah ada akaun multiply boleh terus login akaun anda, jika tiada sila daftar (sign up) dahulu.

1. Pada main page , klik pada my account di sebelah atas kiri

2. Klik pada Posting option

3. Scroll down dan klik pada Import Journal Entries

4. Anda boleh pilih nak import dari akaun blogger, yahoo 360, type Pad dan sebagainya. Oleh kerana saya nak cerita pasal akaun blogger, klik pada logo blogger.

5. Masukkan user id dan password akaun blogger anda. Proses ini mungkin kena buat banyak kali kerana proses handshake antara blogger dan multiply.

6. Tandakan (check) Enable cross-posting between Multiply and Blogger dan klik ok.

7. Kemudian pilih blog mana dan posting mana yang anda pilih untuk cross posting.

8. Klik butang import

9. Klik Finished .

Proses selesai dan selepas ini setiap kali anda update atau membuat post baru di blogger.com secara automatik akan update di blog multiply anda sekali.

harap memberi sedikit info kepada anda dan mengapa tidak kita boleh cari duit internet dengan blog multiply sekali kan.


Salam,
~blalang~
Blog cari duit internet

Iklan Advertorial Nuffnang

Sunday, April 19, 2009 by Admin · 0 comments
Filed under:

cari duit internet nuffnang

Alhamdulillah dapat tawaran iklan advertorials lagi dari Nuffnang. Semenjak saya jadi nuffnager ni, ini adalah kali kedua saya mendapat tawaran iklan advertorials dari Nuffnang. Dulu saya mendapat advertorials untuk promosi gua.com.my. Bayaran masa tu ialah RM350.

Advertorials ialah membuat artikel promosi untuk sesebuah event syarikat yang berbayar dengan Nuffnang. Kita diupah membuat artikel dan kemudiannya membuat satu post mengenai event tersebut di blog yang terpilih.

Apa ciri-ciri blog yang terpilih saya tidak berapa pasti tetapi pastinya ialah blog yang banyak klik iklan nuffnang atau ramai pengunjung dalam satu hari. Blog saya yang terpilih mempunyai purata 7k - 8 k pengunjung dalam sehari.

Kali ini iklan advertorials tooot ... tak boleh beritahu sebab Nuffnang belum approvekan lagi artikel yang saya hantar. Bayaran kalin ini lebih lumayan lagi RM1062 . Minta-mintalah Nuffnang luluskan artikel saya tu. Kalau tak approve pun apa nak buat belum ada rezeki tapi cuba mesti cuba.

Sesiapa yang mendapat tawaran advertorial dari Nuffnang janganlah ditolak. Kalau tak tau buat artikel pun contohnya akan Nuffnang diberi. Cuma kita mengolahnya menggunakan ayat kita sendiri.Siapa nak bagi satu post berharga RM1000. Memang boleh cari duit internet dengan blog.

Dari pengalaman saya dahulu semasa advertorial dengan gua.com.my bayaran diterima selepas 3 bulan. Biasalah lambat sikit kerana invoice dari syarikat tu kepada nuffnang dalam masa 2 bulan, lepas tu baru nuffnang baru bayar kepada kita. Tu yang makan 3 bulan. Biar lambat janji masyuk dan boleh cari duit internet.

Para blogger nuffnanger tu kena ambil serius dengan cari duit internet dengan Nuffnang. Saya sendiri pun dah 2 bulan tak dapat cash out dari Nuffnang sebab banyak sangkut kat buffered campaign. Tak pelah tak boleh cash out sebulan, kita forward ke bulan depan.

Saya buat post ni pun sementara tunggu wife saya bersiap nak pergi ke karnival saham amanah di Plaza Angsana..ok saya chow dulu dan jangan lupa cari duit internet untuk shopping huhu..


Salam
~blalang~
Cari duit internet -- cayok~