Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cara memulakan Perniagaan Internet Tanpa Produk Sendiri!

Wednesday, September 27, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Assalamualaikum,
Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Sejak akhir-akhir ini saya sibuk dengan upgrade website www.blalang.com. Jika anda perasan website ini banyak mengiklankan produk. Sebenarnya produk-produk yang saya iklankan itu bukanlah produk saya. Saya hanya jadi pengiklan ataupun agen jualan sahaja.

salah satu cara memulakan perniagaan Internet tanpa mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri adalah menyertai program yang dipanggil affiliate. Program affiliate bermaksud, anda mempromosikan produk atau perkhidmatan perniagaan Internet lain dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.

Contoh program affliate yang saya sertai ialah program bio-asli desaku dan terbaru bio-asli desaku dari Julai saya telah mendapat komisyen sebanyak RM130.15!!


Dengan menggunakan link dan banner ini, anda boleh meletakkannya di laman web anda, di dalam email anda, atau di Internet. Apabila seseorang klik pada link atau banner khas anda, dan daftar anda akan menerima komisyen atas setiap pendaftaran atau setiap belian. Ini bergantung pada sesebuah program affliate yang anda sertai itu.



Apa Itu Adsense?

Saturday, September 02, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Dengan Adsense, sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang, dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu.Anda perlu memohon dahulu untuk mereka nilaikan website anda. Website mestilah berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang mereka iktiraf. Untuk makluman Bahasa Malaysia tiada dalam senarai mereka.

Artikel penuh.....

Apa itu SCAM

Friday, September 01, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 6 comments

SCAM adalah penipuan diinternet oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah di internet dengan membina website yang menarik netter untuk mendaftar sekaligus melabur wang mereka. Sesiapa yang sudah terkena tu taulah apa dia SCAM. Bagi yang tidak pernah terkena - berhati-hatilah.SCAM antara penyebab orang ramai takut dengan perniagaan di internet.

Berikut adalah penerangan scam yang diambil dari tip saudara Irfan Khairi.

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

1.Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi?
Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.


2.Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang?
Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.

3.Adakah bukti-bukti ditunjukkan?
Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.
Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam.