Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai top ten terkini cabaran blalang

Sunday, January 25, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under: ,

Senarai top ten cabaran affiliate MRR hingga ke 25/1/09.


Affiliate# Of Sales
solehpolysas391
mrr122
jaws
82
hanna
51
xy
46
wanmus40
AceGlobal1331
xerocracker26
nik
21
Geekspro11

Satu yang mengejutkan telah berlaku pada minggu ini iaitu saudara solehpolysas telah berjaya mendapat 391 orang refferer dan telah memotong saudara mrr yang selama ini mendahului selama beberapa minggu.

Tentu saudara solehpolysas menggunakan teknik tertentu sehingga berjaya mendapatkan referrer yang sebegitu banyak dalam masa beberapa hari sahaja. Saya telah menganalisanya dan saya dapati saudara solehpolysas menggunakan teknik pemasaran artikel. Jangan marah ya solehpolysas jika saya mendedahkan teknik saudara.

Saudara mrr yang selama ini menggunakan teknik forum mesti terkejut apabila dipotong tetapi mrr jangan risau, anda masih ada masa sebulan lagi untuk mengejar solepolysas. Begitu juga dengan agen ppl MRR yang lain. Tiada yang mustahilkan. Lihatlah solehpolysas yang telah menukar gearnya dalam masa kurang seminggu beliau dapat mencari referrer yang sebegitu ramai sekali.

Yang penting adalah teruslah promosi produk percuma MRR, walaupun tidak memenangi cabaran ini, saya akan bayar anda komisyen ppl. Jika anda belum mengetahui cabaran tersebut boleh melihat di post ini:

http://blalang.blogspot.com/2008/12/cabaran-pay-per-lead.html



Salam
~blalang~
Cari duit internet dengan ppl - cara mudah cari duit internet

The Bar dan list website scam 2008

www.tips-fb.com by Admin · 5 comments
Filed under: ,

Saya mendapat email program terbaru cari duit internet iaitu get the bar . Boleh layari di SINI
Menurut kata mereka, kita akan dibayar tiap kali kita melayari internet wow! ye ke?

Konsepnya ialah :
1. Daftar di Sini
2. Download dan install bar
3. Refer seramai mana untuk $1

Bar setelah diinstall di IE



Kita akan cari duit internet dengan setiap kali kita buka browser IE dan login, membuat carian,refer kengkawan dan baca email Bmail.

Oleh kerana program ini masih baru, masih panas lagi saya tidak dapat kepastian adakah program ini benar-benar akan membayar kita. Tetapi oleh kerana join free apa salahnya kita mencuba kerana ia tidak memerlukan banyak masa untuk cari duit internet dengan getthebar ini.



Ok di bawah pula ialah senarai website SCAM @ tipu sepanjang tahun 2008. Kebanyakannya telah ditutup.

039.BIZ
1Bux.ORG
1DollarPTC.COM
2Bux.COM
2Bux.NET
2Ree.NET
AgeBux.COM
4Bux.INFO
5Buxs.CN
Active-Clickers.COM
Ad2Bank.INFO
ADBR.site-br.COM
Ads.Own.CZ
AdsTab.COM
Ads.Own.CZ
AdverBux.977mb.COM
AlertBux.COM
AlwaysBux.UNI.CC
AllStarsBux.COM
AuroraBux.COM
Bee-Gold.COM
BestPaidBux.CN
BlackBux.YW.SK
BoostBux.INFO
BRPTC.COM
Bux-4-Clicks.COM
Bux-Cash.COM
Bux-Fever.DE
Bux2You.COM
Bux3.COM
Bux10.INFO
Bux24.COM
Bux100.COM
BuxBank.COM
BuxClickMoney.AlterVista.ORG
BuxClick.IC.CZ
BuxDotCom.COM
Buxear.COM
Buxed.INFO
BuxGalore.COM
Buxing.INFO
BuxIt.INFO
BuxMania.CN
BuxMania.INFO
BuxOne.COM
Buxor.INFO
BuxPlus.ORG
BuxSense.COM
BuxSit.COM
BuxUp.COM
BuyVisitors.NET
CannabisBux.BIZ
Cash2All.CN
Cash4Offers.COM
CashBux.100WebSpace.NET
CashoutClix.COM
CashPosse.NET
CentBux.CO.NR
ClickAndBux.COM
ClickEarnMoney.COM
Clickinsieme.Helloweb.EU
ClickPay.CA
Clicks4Bux.COM
ClickVoid.COM
Clix4Coins.COM
ClixMania.NET
CrazyClicks.COM
DailyBux.INFO
DailyClicks.BIZ
DailyClicksPRO.COM
DedoBux.COM
DeLuxe-Bux.INFO
DiceAd.COM
DollarCornerBux.WebSpaceMania.COM
DotCash.890m.COM
DreamClix.COM
EAO.CC
Earn.NU
EarnBux.INFO
EarnClick.NET
Easy-Clicks.NET
Easy.TC
Ecash-Generator.INFO
EntroClicks.COM
EuroBux.INFO
EuroBux.ZXQ.NET
Eurovisits.ORG
FactorX.EU
Fast.SC
FeelBux.COM
FoxCash.NET
FrBux.Free.FR
FullBux.ORG
GalaxyBux.COM
GatorBux.COM
GetPaidToGuru.COM
GG-Bux.COM
GGMVP.ORG
GGTheater.COM
GigaBux.NET
GoGoBux.COM
Goldclick.ORG
GoldenBux.NET
GoodBux.NET
GrandBux.ORG
GreatBux.COM
GreenBux.CO.CC
HappyClix.NET
HiperBux.INFO
HispanoBux.COM
Hits4Bux.COM
HKBux.COM
HolyBux.INFO
Hot-Bux.info
iCashOut.NET
IClickClub.COM
ImagesBux.Ogamehost.ES
IntBux.NET
IntEearn.COM
Just-Ad.INFO
Just-Click.US
KeyBux.Webspacemania.COM
King-Bux.COM
KingBux.BIZ
Lava-Bux.COM
LithiumBux.COM
LotOfAds.INFO
MasterBux.COM
Max-PTC.COM
McBux.COM
MiniBux.tu2.RU
MinBux.COM
MinCashBux.COM
MoneyBux.INFO
MyBux.IN
MyRealCash.NET
New.Sukces.CZ
NewBuxEra.COM
NineBux.COM
Online4Ads.COM
Paid.VG
PaidBux.ORG
Pay-To-Click.NET
PayToClick.BIZ
PlusBux.COM
PornoBux.COM
ProBux.INFO
ProBux.NET
PTCash.BIZ
QuickestShare.COM
RealBux.US
RealBuxs.Webspacemania.COM
RedLightDistrictPTC.INFO
RoseBux.COM
SansaBux.INFO
SeaBux.COM
SebasBux.COM
SmartBox.PCRiot.COM
SmartBux.NET
SoulBux.COM
SpainBux.COM
SpeedBux.UW.HU
StandardBux.ZXQ.NET
StrawberryClick.COM
StrawberryClicks.info
Super-Bux.NET
Superbux.INFO
TechnoBux.COM
TechnoBux.FreeHostia.COM
TheBux.INFO
TinCity.NET
TiserBux.NET
TopBux.ORG
TripleBux.COM
TrustUrBux.COM
TurboBux.COM
UberBux.Hostsnake.COM
UBux.TK
UBux.US
UltraClix.99k.ORG
UniqueBux.INFO
UtopiaBux.COM
VelocityClicks.COM
VooBux.COM
WeezyBux.WU.CZ
WolfBux.COM
World-Clix.COM
WRMoney.COM
X-Bux.NET
XClix.NET
Xeni.DK
XS-PTC.ORG
XtremePTC.COM
YayClick.COM
YourBux.NET
ZBestBux.COM

Aku Dan Skim Cepat Kaya

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam sejahtera,

Cuti Tahun Baru Cina tahun 2009 agak istimewa kerana ramai yang bercuti panjang. Anak-anak saya yang bersekolah mendapat cuti selama seminggu. Tetapi ada yang sedih kepada pekerja kilang yang dipaksa mengambil cuti rehat tahunan ada yang selama 3 minggu kerana katanya tiada permintaan dari luar negara.

Ini adalah dugaan Allah SWT dan semoga anda bersabar dalam menjalani kegawatan ekomoni sekarang ini. Mungkin anda boleh mencari pendapatan melalui internet selepas ini. Jika selama ini kita hanya melayari internet dengan minat masing-masing, di zaman kegawatan ini jom kita cari duit di internet.

Kini skim pelaburan skim cepat kaya sudah beralih arah semula kepada offline kerana mungkin penganjur skim cepat kaya ini sedar ramai yang sudah fobia dengan skim cepat kaya melalui internet selepas isu swisscash,swissfund dan bermacam jenis lagi tu. Saya masih mendengar lagi skim cepat kaya , labur,duduk diam dapat duit secara offline . Ada bermacam-macam konsep ada yang jual pinggan,jual alat pengurus badan, alat penapis air malah ada yang berkonsepkan "loan". Kononya syarikat civil yang mempunyai pelaburan di luar negara. Kalau difikir secara logik apa kena mengena syarikat pembinaan dengan program sebegini? Kenapa memerlukan modal dari rakyat marhaen sedangkan mereka sudah mendapat kontrak berjuta-juta dari luar negara. Kenapa nak buka saham secara kecil-kecilan , kenapa tak nak listing di BSKL? Alasan normal - nak tolong kaum Bumiputera.

Hari Jumaat yang lepas , apabila sudah solat Jumaat ada kertas terselit di wiper kereta saya mengenai skim pelaburan berupa ini. Ayat pujuknya memang power boleh mencairkan iman seseorang yang membacanya. Seperti biasa kandungan flyer skim pelaburan ialah

1. Testimoni dari pensyarah , kerani,pegawai,profesional, pelajar, penganggur dan pekerja industri untuk menunjukkan siapa sahaja boleh kaya dengan menyertai program mereka sambil bergaya dengan kereta BMW.

2. Memberi perbezaan program mereka dengan program skim cepat kaya yang telah dikebumikan oleh BNM seperti mereka beroperasi di Malaysia, program mereka adalah "halal" kononya ada pegawai syariah lagi.

3. Menunjukkan no pendaftaran syarikat, gambar, dan alamat pejabat untuk menunjukkan mereka adalah "real and legal"

4. Menunjukkan produk mereka.

5. Kononnya program mereka untuk orang Melayu dan ingin membantu ekonomi orang Melayu sendiri.

6. Nombor HP agen.

Ok kalau dibaca memang nampak macam best dan terbayang mudahnya mereka menjadi jutawan kalau sehari boleh dapat RM5000. Tetapi jika di kaji secara kasar :

1.Testimoni memang hebat dan mungkin kata-kata mereka adalah betul. Mereka memang sudah berjaya memakai kereta BMW . Pakai BMW adalah tak bermakna mereka sudah mempunyai kereta tersebut 100%, kerana mungkin mereka memang boleh membeli kereta tersebut tetapi masih berhutang dengan bank. Mungkin mereka mampu kerana mereka mempunyai downline yang ramai di bawah mereka (yang berangan nak pakai BMW juga).

Atau pun setakat bergambar dengan kereta BMW kepunyaan orang lain

2. Perbezaan dengan program yang lain yang telah bungkus tetapi mempunyai konsep yang sama - labur,cukup bulan dapat duit, kalau nak lebih kaya cepat dan dapat pakai BMW cepat cari downline seramai mungkin.

3. Menunjukkan syarikat mereka adalah legal adalah tidak susah mana, hanya perlu daftar syarikat dan buka pejabat dengan sedikit modal. Ada pejabat tidak bermakna mereka tidak boleh berpindah atau tutup pejabat dalam masa kurang 2 jam kerana mereka hanya menyewa.

4. Menunjukkan produk mereka tetapi tidak menerangkan secara detail produk mereka (gambar pun tidak jelas). Sebenarnya mereka memang ada produk tetapi macam kes gores dan menang juga barangan yang mereka jual sebenarnya berkali ganda lebih mahal dari harga di pasaran luar atau pun kurang kualiti. Pendek kata produk mereka hanya menutup mata untuk mendapat lesen MLM.

5. Untuk orang Melayu sahaja. Di sini mereka menggunakan teknik kebangsaan dan agama untuk meyakinkan kita kononnya niat mereka ikhlas ingin membantu bangsa, malahan pula Melayu mudah lupa dengan swisscash,monsun.biz dan sebagainya.

6. Nombor HP agen. SMS sahaja dan mereka akan hubungi anda semula. (Ikan sudah gigit sikit-sikit umpan). Mereka akan approach anda untuk menyertai mereka.

Ok saya seterusnya sampai di pejabat. Oleh kerana masih awal, saya cuba menghubungi melalui panggilan telefon kepada agen tadi . Agen tadi sungguh gembira dan mengucapkan tahniah keran a saya berani mengubah cara hidup saya dan ingin berjumpa secara live untuk menerangkan program tersebut kepada saya. Saya berkata saya tiada masa untuk berjumpa tetapi agen tersebut mempelawa saya menyertai seminar mereka di hotel pada tarikh tertentu dan akan dijemput otai-otai mereka yang berjaya.

Saya cakap okey tetapi meminta nama syarikat mereka dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka . Bagaimana jual produk tersebut boleh kaya dan nak buat apa produk tersebut saya beli banyak-banyak- nak jual pada sapa?Agen tersebut berkata "jumpa dulu, nanti saya akan terangkan dengan lebih jelas".

Saya berkata saya ingin menyemak dahulu syarikat tersebut dengan Bank negara Malaysia. Tetapi dia agak gementar dengar perkataan BNM dan menjawab "bang, saya dah dapat beribu sebulan dengan program ini kalau abang tidak berminat takpe, ramai lagi yang nak join dan abang akan terus makan gaji dan tak pernah cukup makan" dan terus off handphone.

Saya terpinga-pinga sambil tersengih.............Lu fikir la sendrik!

~blalang~
Cari duit internet pelan-pelan kayuh...

4 Cara dapatkan traffic percuma

Thursday, January 22, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Anda seorang blogger? Anda mahu menarik trafik/pengunjung ke blog anda? Jika kita ada blog yang menggunakan template yang canggih sekalipun dan mengandungi content yang bagus sekalipun tetapi jika tiada siapa yang membacanya adalah satu yang tidak berguna.

Melainkan blog tersebut hanya dibina sekadar memberi kepuasan kepada dan mungkin blog peribadi yang hanya dikongsi kepada prang tertentu sahaja.

Pada post kali ini saya tidak bercerita bagaimana buat duit internet melalui blog tetapi ialah bagaimana menarik trafik ke blog kita

Ada dua orang IM antarabangsa yang bijak telah membuat satu LAPORAN PERCUMA sudi berkongsi 4 cara yang bagus untuk menarik trafik ke blog kita.

Mereka akan memberi teknik bagaimana membawa 1000 orang ke blog anda dalam masa kurang dari sebulan!

Laporan tersebut boleh di dapati di:

http://www.beverlyhillstrafficreport.com

Apa yang menarik selain ianya P.ERCUMA, kita boleh cari duit internet melaluinya iaitu program pay per lead.

$1 untuk setiap orang yang kita refer dan bayaran adalah melalui paypal. $1 sama dengan RM3.30 - RM3.60 jika ditukar ke RM. Bayangkan kalau kita dapat 100 orang download maka kita akan mendapat RM330 secara MUDAH dan PERCUMA.

Apa lagi jom buat duit internet di:

http://www.beverlyhillstrafficreport.com/go.php?af=917363


Moga berjaya
~blalang~
Jadikan 2009 tahun perniagaan internet anda bermula dan JOM CARI DUIT INTERNET!

Akhirnya Nuffnang pos semula cek

Monday, January 19, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Akhirnya setelah saya create ticket kepada Nuffnang kerana tidak menerima cek untuk bulan Okt 2008 yang sepatutnya dapat pada bulan Dis 2008 berhasil apabila pihak Nuffnang akan repost semula cek tersebut.



Kronologi :

3 Dec 08: Menerima email payment advice dari HSBC sebanyak RM418.

17 Dec 08:
i.Create ticket di nuffnang.com.my setelah masih tidak menerima cek yang kebiasaannya di terima sebelum 15hb setiap bulan.
ii. Pihak Nuffnang membalas dan meminta support dokumen
iii. Saya attachkan file PDF payment advice dari HSBC

18 Dec 08:
i.Nuffnang berkata sepatutnya saya telah mendapat cek tersebut
ii. Saya membalas mengatakan saya sememangnya belum terima

2 Jan 09: Nuffnang hantar mesej, kemungkinan saya belum terima kerana cuti panjang Malaysia dan meminta saya memberitahu jika belum terima dalam masa 2 minggu

12 Jan 09: Saya reply message masih belum terima untuk payment bulan Oct 08 tetapi telah menerima cek untuk payment bulan Nov 08.

14 Jan 09: Nuffnang meminta pengesahan alamat dan nama mengikut I/C dan saya mengesahkannya.

dan

15 Jan 09: balasan dari Nuffnang



Kemungkinan cek tersebut tidak sampai kepada saya kerana kecuaian atau mana-mana kesilapan teknik pihak Pos Malaysia. Saya harap minggu depan saya akan terima cek tersebut.

Saya post di sini sebagai berkongsi pengalaman dengan anda dan sebagai panduan jika anda juga menerima kes seperti saya. Jangan malu-malu, jangan bikin kecoh mengatakan itu scam, ini scam, semuanya boleh disettlekan dengan menghubungi mana-mana program cari duit internet tersebut jika ada sebarang kemusykilan.

Bukan nak bodek tapi saya rasa Nuffnang adalah syarikat pengiklanan online yang boleh dipercayai dan kita boleh buat duit internet dengan hanya meletakkan iklan mereka di blog kita.

Alang-alang buat blog, biar buat duit sekali!


~blalang~
cari duit internet - jalan terus di 2009

Carta Top Ten Terkini Cabaran Affiliate

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Carta Top Ten Cabaran Affiliate MRR sehingga 19 Jan 09 adalah seperti di bawah. Satu lagi berita gempak, saya kan menghadiahkan ebook SaleNoSystem tulisan Ewen Chia yang bernilai $47 kepada top ten apabila cabaran affiliate ini berakhir pada malam 29 Feb 09.

Affiliate# Of Sales
mrr100
solehpolysas75
jaws70
hanna
49
xy
45
wanmus
30
xerocracker25
nik19
AceGlobal1311
rina088

Ada lebih kurang 40 hari lagi cabaran affilliate ini ditutup, masih ada masa untuk agen affilliate MRR mendapatkan sebanyak mungkin referal. Tiada yang mustahil. Teruskan usaha anda mempromosi 22 ebook percuma Master-resell. Selain dapat hadiah anda juga akan dapat duit internet dengan cara mudah!

Semoga berjaya
~blalang~
Cari duit internet

Pub Adsense

Thursday, January 15, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Soalan dari saudara zodak,

salam...
saya nak tanya,...
bila kita copy kod dr google adsense pub yang ada hanya pub kita kn??
tapi nape lps kita paste dia ada 2 pub..ada pub host lak..
camna 2??
tlg bagi komen skit..
risaula..kot2 hasil adsense dapat kt pihak ketiga..
terima kasih..

Jawapan:

Zodak, saya tidak pernah mengalami masalah seperti awak. Biasanya kita paste hanya mempunyai satu pub sahaja.

Paste biasanya sama dengan code yang kita copy. Macamana boleh ada 2 pub ? Hmm saya pun tak tahu. Pastikan teknik copy dan paste anda betul

Script dari google adsense




Harap membantu,
~blalang~
Cari Duit Internet

Pentingnya fokus dan tip affiliate

www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam,

Apabila mula-mula cari duit internet biasanya kita akan mencuba semua jenis program yang memberi pulangan duit online. Seperti saya juga, saya telah mencuba MLM,adsense,affiliate,Paid to click, survey, forex dan sebagainya. Sebenarnya kita telah membuang masa membuat semua benda dalam satu masa sedangkan pulangannya belum tentu lagi.

Apa yang penting ialah penumpuan (fokus) terhadap sesuatu program tersebut untuk kita mendapatkan pulangan lumayan.

Tidak semua program tersebut sesuai dengan kita, mungkin teknik program tersebut hanya sesuai untuk orang lain tetapi tidak bagi kita. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu fokus kepada satu program sahaja adalah penting supaya kita boleh berjaya cari duit internet.Dengan fokus kepada satu-satu program kita boleh mengkaji, membuat pelbagai teknik supaya dapat menjana wang onlinen dengan beribu-ribu RM.

Pilihlah program yang sesuai dengan kita dan tumpukan perhatian kepadanya. Contohnya jika anda nmenetapkan untuk cari duit internet melalui affiliate , cuba ambil serius dengannya seperti mempromosi link affiliate kita seperti:

Email
- Email juga kepada rakan-rakan dan juga kepada white list (jika ada).

- Email kepada mana-mana google atau yahoogroup dengan cara berhemah dan bukan spam. Apa yang dimaksudkan cara berhemah ialah kita menulis artikel atau copy dari mana-mana dan menghantar ke newsgroup tersebut. Di samping itu kita boleh selitkan banner atau text link yang boleh menarik perhatian kepada pembaca email tersebut untuk klik link affiliate kita. Cara ini adalah lebih disenangi oleh moderator sesebuah egroup tersebut dan email anda akan dilepaskan.

Blog
- Membuat review, text link atau banner di blog kita.

Iklan
- Iklan di blog/website yang menyediakan iklan percuma
- Iklankan di blog yang mempunyai ribuan pengunjung dalam masa sehari.
- Di forum-forum terkenal yang mempunyai hits yang banyak
- Di utusan online, berita harian , harakahdaily, tranungkite dan sebagainya
- Google Adword, Bidvister, YSM dan sebagainya
Seperti yang diketahui ini memerlukan kos dan pilihlah tempat pengiklanan yang sesuai.

Forum
- Membuka thread di ruangan pengiklanan di forum
- Meletakkan link affiliate di signature (siggy)

Landing page
- Kita juga boleh membuat landing page khas untuk sesuatu program affiliate itu sendiri dan menawarkan bonus-bonus atau tawaran percuma jika membeli melalui link affilate kita.
- Membeli domain khas untuk sesuatu program affiliate. Contohnya kalau untuk affiliate kuasaforex, anda boleh membeli domain belajar-forex.com, panduan-forex dan sebagainya.
- Membuat teknik SEO untuk landing page kita seperti metatag, mencari backlink, social bookmark dan sebagainya.

Dari langkah di atas menunjukkan betapa seriusnya kita untuk mendapat duit online melalui affiliate sebagai contoh. Tidak mengapa jika membuat sedikit pelaburan untuk iklan, menyewa domain dan sebagainya tetapi mestilah mendapat profit jika ditolak modal iklan.
Begitu juga dengan program-program yang lain, jika anda ingin cari duit internet - buatlah secara serius dan fokus.

Harap dapat memberi sedikit tip kepada anda, saya bukanlah raja affiliate tapi Alhamdulillah saya dapat cari duit internet sedikit melaluinya.

~blalang~
Jadikan tahun 2009 sebagai tahun cari duit internet kita!

Menarik trafik melalui "keyword"

Sunday, January 11, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: , ,

Keyword adalah satu yang amat penting untuk SEO dan untuk meletakkan blog/website anda di muka surat pertama google, yahoo dan lain-lain search engine.

Apa itu "keyword"?
Keyword dari segi istilahnya ialah kata kunci utama. Kata kunci ialah berkaitan dengan apa yang pengunjung suka taip di kotak enjin carian.

Setiap artikel/post dan blog anda semestinya anda setkan dahulu kata kuncinya. Seperti di blog ini saya menggunakan kata kunci "cari duit internet". Apabila pelayar menaip cari duit internet semestinya saya mahu meletakkan blog cari duit internet ini di muka pertama dan sebaiknya di tempat pertama,kedua dan ketiga hasil carian.

Ini kerana memang dah tabiat pencari pelayar internet akan mencari hasil carian yang paling atas dan yang paling rajin pun akan mencari di dua muka utama enjin carian.

Seperti yang pernah saya tulis dahulu pengunjung blog yang datang dari enjin carian adalah prospek terbesar kita untuk membuat jualan atau untuk klik iklan PPC kita.

Sebelum anda menentukan kata kunci untuk blog/artikel/post anda, kita memerlukan membuat sedikit analisa kata kunci itu.

Bagaimana untuk membuat keyword research?
Kebiasaan Internet Marketer akan menggunakan website wordtracker.com. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan cara terbaik menggunakan wordtracker.com , saya memberi secara P.ERCUMA di ruangan download. Sebuah ebook yang bertajuk "Keyword Research Guide"

Selamat mendownload dan diharap kita akan sama-sama menggunakan wordtracker ini dengan semaksimanya supaya dan optimakan pendapatan online melalui blog kita.

~blalang~

*P/s: Jika anda tidak mahu ketinggalan tip-tip perniagaan internet secara percuma dan juga semestinya download percuma, jangan lupa langgan cari duit internet

No Sales System - Ewen Chia

Friday, January 09, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Saya ada lesen MRR untuk ebook No Sales System ini dan ingin berkongsi dengan anda.

Siapa tak kenal Ewen Chia, boleh semak di thread ni:

Siapakah Ewen Chia?.

Dia boleh dianggap Raja Affiliate Asia.

Ebook No Sales System ini mengajar 7 teknik cari duit online.

Anda pernah dengar zangocash kan? Alang ada menulis ebook mengenainya..tapi ebook No Sales System ada 6 lagi teknik cari duit internet dari Ewen Chia selain zangocash.

Juga cara untuk mempromosinya. Antara kelainannya ialah cara membuat jualan affiliate melalui Bit torent (P2P).

Ebook No Sales System adalah produk beliau yang masih hangat lagi. Harga pasaran ialah $47 .

Boleh lihat mini site DI SINI

Atau taip je kat search engine "no sales system review"

Tetapi istimewa untuk anda, saya tawarkan cuma $10 (RM33) sahaja beserta lesen MRR.

Satu pelaburan yang sangat murah untuk mengetahui pelbagai projek cari duit yang kebanyakan belum diexposekan oleh IM tempatan

Siapa berminat sila buat bayaran ke akaun paypal saya:

blalanggg@gmail.com

Untuk melalui bank tempatan:

Maybank
Akaun: 101011048437
Nama: Mohd Shaid Sitam
Email: blalang|at|gmail.com (gantikan |at| dengan @)

Dan isi borang di bawah :








Nama *
E-mail Address: *
Bukti Transaksi *
Tarikh *
Masa *

* Required

Syok SEO

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Kedudukan terkini cabaran MRR sehingga 8 Jan 09. Nampaknya saudara mrr masih mendahului dengan jumlah 65, kedua xy dan hanna - 32 diikuti xerocraker - 20.

Masih ada banyak masa lagi untuk anda mengejar mereka kerana tarikh tutup cabaran ini ialah 29 Feb 2009

Affiliate# Of Sales
nik5
mrr65
xerocracker20
admin59
xy32
liana2
hanna32
Rina082
arangu2
download3
milamin4


Manakala pada hari semalam, Alhamdulillah saya mencipta rekod saya sendiri untuk salah sebuah blog saya yang mencapai hit tertinggi semalam iaitu 6,687 orang unique visitor dalam masa sehari.


Bagaimana saya melakukannya? Sebenarnya saya menggunakan salah satu teknik yang telah saya terangkan dalam blog cari duit internet ini, bagaimana menarik pelawat ke blog kita.

Apa yang saya dapat dari kenaikan jumlah pengunjung ?

Alhamdulillah kenaikan mendadak iklan PPC dan 3 jualan dari affiliate yang berjumlah RM99.90 . Sebab itu beberapa kali saya tekankan bahawa trafik blog adalah satu yang penting dalam cari duit internet.

Ada teman yang bertanya apa petua untuk mendapat bayaran Nuffnang 3-4 ratus sebulan...Petuanya mudah sahaja "Lebih banyak trafik - lebih banyak klik!"

Lagi satu berita gembira untuk saya ialah blog cari duit internet ni sudah mendapat tempat pertama dalam enjin gelintar google dalam keyword "cari duit internet". Saya baru perasan malam ni kerana dah lama tak check. Dulu saya check di tempat ke 7.



Wangcyber telah menganjur kan satu lagi cabaran SEO di sana tetapi saya tidak dapat menyertainya kerana buat masa ini, saya kurang masa untuk memberi komitmen untuk cabaran tersebut.

Semoga berjaya kepada mereka yang menyertainya dan kali ini bro Inspiration yang boleh digelar pakar SEO turut menyertainya untuk memburu gelaran ketiga selepas kemenangan 2 berturut-turut di tempat pertama cabaran seo di forum wangcyber dan jombincang sebelum ini.

Inspiration juga telah mendedahkan teknik-teknik SEO beliau di SINI

Manakala untuk cabaran seo world cup iaitu Busby SEO Test di peringkat pertengahan telah dimenangi oleh IM dari Filipina. Tidak dinafikan IM-IM dari Asean memang hebat dengan skill SEO.

Seronokkan bermain SEO selain menambah ilmu kita juga boleh menambah duit poket. Oh ya sebelum terlupa saya ada menambah produk di ruangan DOWNLOAD PERCUMA iaitu salah satu SEO Tools - Directory Submitter. Boleh dapatkan di menu download percuma.


Salam,
~blalang~
Jom arr cari duit internet!

Apa itu RSS dan automatic blogging

Sunday, January 04, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , , ,

Soalan oleh M scok melalui email,

Saudara Mohd Shaid Sitam aka blalang.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya mengganggu En blalang.
Sebenarnya saya ingin mendapatkan serba sedikit bantuan daripada En blalang.
Walaupun belajar daripada e-book semata-mata tetapi tanpa mentor atau 'GURU', saya fikir sukar untuk berjaya dalam IM.
Saya ada pertanyaan sebagai newbie dalam IM.
Diharap mendapat jawapan daripada En blalang.
Saya akui bukan mudah sekiranya tanpa usaha.

1- apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?
2- bagaimana memulakan automatic blogging?
3- cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Jawapan,

Tahniah M scok, anda mempunyai minat untuk cari duit internet. Sebenarnya tidak kira newbie atau siapa saja boleh buat duit internet. Semua otai tu bermula dengan newbie. Ada newbie yang bertuah berjaya menjadi "otai segera" setelah produk yang mereka keluarkan meletup, berjaya membuat jualan melebihi orang yang sudah lama. Yang penting kita mesti sanggup berkorban masa dan mungkin wang ringgit untuk "cari duit internet".

Malah hari ini, sudah ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai "guru", "otai", "sifu", "pakar" dan sebagainya. Mungkin dengan gelaran tersebut membuatkan mereka cepat mendapat pengikut mereka sendiri. Terpulanglah, kalau anda rasa diri anda sudah pakar, bolehlah menggelar diri anda pakar. Bagi saya pula, saya bukan lah seorang otai IM tetapi mungkin otai sebab dah berumur 37 tahun..:) . Juga bukan sifu,guru dan pakar kerana bagi saya untuk mendapat gelaran tersebut bukanlah senang dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang berat.

Tapi jika ada yang ingin bertanya, Insyallah saya jawab dengan setakat mana yang mampu. Berbalik kepada soalan tadi,

Soalan 1-
apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?

RSS adalah singkatan dari "Really Simple Syndication". RSS adalah protokol yang membenarkan kita meletakkan tajuk-tajuk post blog kita yang terbaru di blog yang lain. Setiap kali kita membuat satu post baru, secara automatik RSS ini akan berubah.
Saya juga menggunakan alamat RSS untuk menunjukkan latest post di blog sendiri.

Untuk memulakannya jika anda menggunakan blogspot.
- Klik Menu Layout
- Klik "Add gadget"
- Pilih Feed
- Masukkan alamat feed blog yang berkaitan

Saya sudah menulis mengenai alamat feed di blog cari duit internet ini di:

http://blalang.blogspot.com/2008/08/url-blogger-feed.html

Alamat feed juga boleh dibuat apabila mendaftar dengan feedburner , feedblitz dll. Dengan menggunakan feedburner, kita boleh menghantar post-post terbaru melalui email mereka yang melanggan di blog kita.

Begitu juga dengan menggunakan Wordpress. Kita boleh letakkan widget RSS.

Kelebihan RSS ialah :
1. Boleh menarik pengunjung (SEO)
2. Boleh meletakkan alamat feed ini di mana-mana platform yang menyediakannya seperti di My Yahoo, My Google dan sebagainya sebagai backlink
3. Boleh letak di siggy forum dengan menggunakan script dari feedburner.
4. Ada juga yang suka membaca blog dengan menggunakan RSS. Mat Salleh la ni, orang Malaysia, RSS ini masih benda baru.
5. Untuk tujuan SERP (Search Engine Rangking Page) di muka surat pertama (SEO) kita juga boleh submit link RSS kita ke blog web2.0 dan bookmark seperti blogdigger.com, blogarama, pingoat.com,feedvalidator dan banyak lagi. Di sini saya ingin berkongsi mnega link untuk submit RSS blog anda iaitu di Submit Blog
Inilah sebenarnya power RSS!

Soalan 2:
bagaimana memulakan automatic blogging?

Untuk menggunakan automatic blogging, kebanyakan blogger menggunakan software HyperVRE . Saudara Azam menerangkan lebih detail melalui Rahsia F2R nya.

Apa yang hendak saya kata ialah automatic blogging ini ialah:
1. adalah berkaitan rapat dengan RSS.
2. Search Engine tidak menggemari automatic blogging
3. Mesti menyewa tapak hosting dan domain sendiri.

Soalan 3:
cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Pada saya cara paling berkesan mendapatkan pengunjug ke blog ialah dengan teknik SEO. Saya ada juga buat blog teknik SEO semasa cabaran SEO di Wangcyber iaitu di SINI .
Walaupun saya tewas dalam cabaran tersebut blog belajar SEO saya tu sekarang di rangking ke 20 (page no 2) dalam keyword "belajar SEO" walaupun sudah lama tidak update blog tersebut. Ini memberi keyakinan kepada saya teknik SEO saya di landasan yang betul, cuma mungkin kekurangan lagi 2-3 teknik. Pakar SEO yang diiktriraf ialah saudara Fuad Latif dan Inspiration.

Saudara inspiration ada menulis mengenai belajar SEO di SINI

Saya juga pernah menulis tip mendapat pengunjung ke blog di post :
http://blalang.blogspot.com/2008/05/tip-seo.html

Dan yang terakhir:
Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Komen saya, saya juga bermula zero sama dengan anda. Tidak pernah memasuki seminar dan juga bermula dengan tiada modal. Insyallah, jika ada diizinkan Allah dan ada masa saya akan menulis sebuah artikel percuma cara-cara cari duit internet dengan tanpa modal.

Sekian,
Harap membantu saudara M scok dan lain-lain.


~Blalang~
Moh kita - Cari Duit Internet

Senangnya buat blog

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Cuti sekolah sudah berakhir, Isnin depan bermulalah penggal persekolahan yang baru. Maka akan aman la semula rumah saya dari riuh rendah anak-anak yang bercuti.

Pada akhir-akhir cuti sekolah yang lalu, saya berjaya melatih 2 anak murid baru membuat blog dengan menggunakan blog percuma iaitu blogger.com

Blog pertama ialah blog anak saudara saya Haziq, 14 tahun yang gila EPL. Jadi dia pun buat blog berkaitan EPL iaitu:

http://blalang-gila-bola.blogspot.com

Mungkin kerana dia hormat dengan Pak Usu dia ni, dia menggunakan nama blalang juga. Hmmm

Blog kedua ialah blog anak sulung saya Afiq, 11 tahun. Dia ni gila game jadi dia buat blog berkaitan game.

http://blalang-games.blogspot.com

Oleh kerana dia under age, saya ajar dia buat blog guna akaun blogger saya sendiri.

Diaorang ni buat blog hanya suka-suka nak kerek dengan kawan-kawan sekolah la tu.. hehe..Tapi dari sini saya membuat kesimpulan, jika budak-budak sekolah ni boleh buat blog, apa lagi untuk orang dewasa.

Jika anda belum ada blog, create la satu bukan susah sangat pun. Mula-mula memblogkan diri anda, bina blog mengikut minat anda sendiri. Bila sudah ada blog, cari trafik ( haziq promote melalui myspace dia).

Bila sudah ada trafik, barulah kita optimize blog kita dengan cari duit internet melalui blog.

"Traffic must come first and money can come later" hoho


~blalang~
CARI DUIT INTERNET

Perkembangan Cabaran Pay per lead MRR

Friday, January 02, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Salam,

Perkembangan terkini cabaran pay per lead mrr sehingga 2 Jan 2009. Cabaran akan berakhir pada 28 Feb 2009


Affiliate# Of SalesEarned
mrr348.5
hanna140.25
xy7
0.25
xerocracker41
download
3
11.25


Kepada sesiapa belum mendaftar boleh daftar di :

http://www.blalang.com/master-resell/user

Maklumat syarat pertandingan boleh di dapati di :

http://blalang.blogspot.com/2008/12/cabaran-pay-per-lead.html

Makluman tambahan ,

Saya tidak menetapkan bayaran minima untuk pembayaran ppl ini , bergantung kepada pembayaran minima Maybank2u. Bayaran akan di buat melalui bank Maybank dan CIMB sahaja. Jika bank-bank lain caj RM2.00 akan dikenakan oleh Maybank2u jadi jika jumlah komisyen yang dapat kurang dari RM5.00 tidak dapat dilakukan.

Selamat tahun Baru 2009

Thursday, January 01, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,

Alhamdulillah, usaia kita dipanjangkan setahun lagi. Masuk tahun 2009 ini bermakna sudah 3 tahun saya mencari duit di internet. Bagaimana dengan azam anda tahun lepas? Sudah tercapai ker belum?

Saya pula, sebenarnya saya tiada azam tetapi ada target to-do-list yang saya buat pada januari 2008, Alhamdulillah kebanyakan tercapai walaupun ada yang masih tidak tercapai lagi. Baru check email tadi, Alhamdulillah mendapat komisyen affiliate dari Lisa Hilmi sebanyak RM80. Nampaknya rezeki pertama di tahun 2009. Tq Lisa.

Antara pencapaian manis saya tahun lepas:

1. Mendapat pendapatan tambahan RM3000 sebulan melalui perniagaan internet - Alhmadulillah secara puratanya saya mendapat pendapatan RM3000 walaupun ada yang lebih tetapi ada juga bulan yang kurang RM3k. Pendapatan tertinggi saya ialah pada bulan April iaitu RM4135 dan yang terendah pada bulan Januari iaitu RM1400 sahaja. Tak banyak? Ok lah berbanding dengan pendapatan cari duit internet pada tahun 2007 - purata RM1000, tahun 2006 - purata RM500 sebulan. Bermakna saya berjaya mendapat 3 kali ganda dari tahun 2007 melalui cari duit internet. Sebagai seorang yang menjalankan sebagai part time saya rasa amat bersyukur.

Secara kasarnya 50% pendapatan online saya ialah dengan melalui iklan PPC seperti Adsense dan Nuffnang, 50% lagi dari program affiliate, iklan ,jualan ebook produk sendiri dan pelbagai program bermusim seperti pay per lead.

2. Mendapat purata 5,000 pengunjung di salah sebuah blog saya yang paling hangat.
Alhamdulillah tercapai.

3. Menambah bilangan ahli yahoogroup saya ke jumlah 12,400 orang

4. Mendapat tempat kedua dalam cabaran SEO forum jombincang selepas Inspiration
http://blalang.blogspot.com/2008/07/belajar-seo-melalui-cabaran.html

5. Berkongsi tempat ke-4 bersama Labanon dalam pertandingan JV giveaway Mawardee
http://blalang.blogspot.com/2008/06/laporan-jv-giveaway-mawardee-berakhir.html

To-do-list tahun 2008 yang berjaya disiapkan:
1. Membuat satu ebook store - http://download-ebook.biz

2. Membuat blog mengenai streamyx - http://mystreamyx.download-enbook.biz

3. Program pay per lead - http://www.blalang.com/master-resell

To-do-list 2008 yang tidak berjaya:

1. Membuat JV dengan otai-otai IM di Malaysia.
Sedih juga kerana kebanyakan email pelawaan JV tidak dilayan. Mungkin minisite saya tidak power, produk hampeh atau saya lebih sendiri buat sendiri kerja-kerja teknikal (tidak upah diaorang). Pengajarannya kalau nak JV dengan otai mesti keluar modal sikit untuk upah diaorang sedikit tugas seperti membuat minisite,grafik dan sebagainya. Ada juga otai yang meminta lin download tetapi apabila kita dah beri, dia menghilang dan JV kita diabaikan. Walau bagaimanapun ada juga otai IM yang menolak dengan bahasa yang lembut.

2.Membuat produk yang meletup.
Produk saya walaupun ada jualan tetapi tiada yang meletup sangat. Walaubagaimanapun Alhamdulillah dapat juga memberi keuntungan:

- Adsense Segera - membuat lebih 40 jualan .

- Tak Perlu Photoshop - membuat lebih 10 jualan

- Hot Megasale! - berjaya mendapat 25 jualan

- Rahsia Adsense di blog Melayu - mendapat 33 jualan

Produk yang tidak berjaya

Koleksi grafik - hanya membuat 4 jualan

Kelemahan kenapa produk tidak meletup dikenalpasti iaitu:
1. tiada JV
2. Tiada membuat gimik
3. Kurang ayat pemanis - (kena upah otai)

3. Menembusi pasaran antarabangsa.
Dulu saya target RM3 K sebulan setelah menembusi pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya saya belum berjaya menembusi pasaran antarabangsa kerana sibuk dengan pasaran tempatan.

Target 2009
1. Apa lagi go to International Market dan cari duit internet dari pasaran global. Sebenarnya jika kita akan membuat market antarabangsa - pulangannya ialah tiga kali ganda dari pasaran tempatan. Itu kira purata $1 USD = RM3.00 . Saudara Alang pun sudah mengurangkan aktiviti local dan menumpukan perhatian ke global.

2. Purata RM4k -RM5k sebulan melalui perniagaan internet

3. Ada lagi to-do-list 2008 yang saya akan forwardkan pada tahun ini.

4. Mendapat 7,000 orang pelawat local untuk salah sebuah blog saya.

5. Menjadikan ahli yahoogroup saya ke 15,000 orang ahli

6. Mengumpul list local dan international seramai yang boleh.

Tulisan kali ini adalah untuk menguatkan semangat saya dan juga memberi motivasi kepada newbie supaya dapat cari duit internet. Siapa kata kita tidak boleh cari duit melalui internet? Saya telah lakukan, mereka juga ramai yang sudah berjaya dan saya harap anda pun memasang azam dan sama-sama cari duit internet!

Salam tahun baru
~blalang~