Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cara mengeluarkan wang Google Adsense

Sunday, September 28, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 6 comments
Filed under:

Soalan dari armizi seman seman

Assalamualaikum...
Pada admin blalang.blogspot.com, di sini saya ingin tanya saudara mengenai google adsense. Saya ingin bertanya saudara sedikit, bank-bank manakah di malaysia ini yang menerima atau yang boleh kita cash kan cheak dari pihak google. Kalau boleh saudara nyatakan antara bank yang menerima cheak dari google ini, dan berapa lama cheak yang kita cash tersebut akan masuk ke akaun kita. Terima kasih keran sudi membantu.

Jawapan

Walaikumsalam armizi,

Tahniah jika anda telah menerima cek google adsense. Cari duit internet dengan Google Adsense sememangnya paling popular di Malaysia.

Sebenarnya semua bank di Malaysia menerima cek dari google adsense. Perbezaannya ialah caj yang dikenakan dan berapa lama boleh dicairkan. Saya dahulu pernah cashkan melalui Maybank dalam 3-4 minggu dan Bank Islam - dekat 2 bulan.

Sekarang ni saya dan kebanyakan pengamal adsense di Malaysia menggunakan Western Union. Mudah dan cepat. Iaitu kita boleh cashkan on the spot. Saya cadangkan anda juga menggunakan Western Union.

Cara nak setup penerimaan western union:

Mesti sebelum 15hb

* Login
* Klik tab My Account
* Pilih Setup Western Union Quick Cash
* Klik Continiue
* Pastikan Payee Name adalah sama dengan Nama di Mykad kita.
- Kalau tak sama, kita boleh ubah dan menghantar email kepada support GA dan mengatakan kita mahu edit nama kerana ingin menggunakan Western Union.
* Save

Selepas itu, jangan lupa update semula di ruangan Tax information

* Klik tab My Account
* Klik tax information
* Klik pada "change your tax information"
* Check No, no dan submit.

Western Union boleh ditunaikan di mana-mana bank yang ada tampal sticker Western Union juga di Pejabat Pos

Cara nak keluarkan wang dari Western Union ialah:

1. Photostat MyKad
2. Minta borang WU di kaunter
3. Isi maklumat yang diperlukan
4. Jangan lupa letak penghantar Google Inc.

Ada kaunter akan menyoal anda sedikit soalan kerana memang dah prosedurnya tetapi kebanyakannya tak tanya pun..

Soalan yang biasa di tanya:

1. Dari negara mana - jawapan United States
2. Atas tujuan apa - pembayaran iklan GA

Kemudian tunggu sekejap (kadang-kadang lama juga) tunggu diaorang fax form kita ke HQ dan apabila sudah diapprove, kita akan mendapat secara tunai masa tu juga. maksimum pengeluaran GA melalui Western Union ialah $2,800.00 US.

Saya biasa cashkan WU melalui bank BSN. BSN tempat saya biasa keluarkan (BSN Kulai) pun sudah kenal dan tiada soal jawab lagi.

Semoga membantu
~blalang~

Jom Cari Duit Internet

Comments

6 comments to "Cara mengeluarkan wang Google Adsense"
  1. nice artikel.. thanks

  2. kalau dah cukup google akan automatik send cek kat kita ke atau kita kena apply untuk keluarkan duit..harap saudara dapat beri penerangan sedikit tentang bila dan bagaimana google adsense membuat pembayaran...payment treshold tu macam mana?

  3. klik kat menu 'My Account' .Edit kat Payment Detail. Pilih western union dan ikut arahannya.

    Nanti setiap hujung bulan kalau dah cukup USD100, akan ada 'payment issued', klik details- salin nombor MTCN dan bawa nombor tersebut ke agen Western Union dgn salinan IC. Isi borang dan tukarkan terus ke RM!

  4. terima kasih! kerana kongsi cara2 nak mengeluarkan adsense nie...

  5. Mcm mana nk tukan nama d akaun ads

  6. Terbaik