Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Akhirnya ku pakai juga topi empat segi

Thursday, September 04, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Sebenarnya dah lama nak tulis dalam blog ni tetapi tak sempat-sempat. Tujuan aku tulis pun bukannya nak riyak, ujub dan sebagainya hanya sebagai memberi motivasi kepada adik-adik kat luar sana yang masih study.

Pada Isnin minggu lepas, 25 Ogos 08 akhirnya impian aku selama ini tercapai iaitu menggenggam skroll Ijazah Sarjana Muda walau pun aku ni dah tua huhuhu.. Insyallah jika ada kekuatan dan semangat akan ku ambil Ijazah Sarjana( Master) pula.

Ya aku berjaya mendapat Ijazah pada umur 37 tahun, sudah mempunyai 3 orang anak dan yang sulung sudah berusia 11 tahun. AKHIRNYA.....


Dan yang aku bangga, walau pun aku belajar secara ciput (biasalah student Melayu-belajar last minit) aku masih dapat three pointer juga. Mana taknya nak membahagi masa dengan kerja/keluarga/cari duit internet dan belajar dalam satu masa.

Dulu masa muda-muda aku hanyut dengan keseronokan jadi remaja yang enjoy ntahapapantah dan tak dengar nasihat orang tua aku. Walau apa pun aku bangga jugalah sebab aku tak menyusahkan kewangan diaorang. Aku biaya study aku sendiri (sebenarnya loan). Yang aku ingat ialah setiap kali nak menghadap exam, aku akan call emak aku minta doa restu dari dia.Benda ni yang aku tak pernah buat masa zaman sekolah dulu.

Terima kasih kepada isteri aku Mazlina Zainal yang memberi sokongan padu di belakang aku dan semoga kejayaan ini boleh memberi motivasi kepada anak-anak aku kelak.


Apa la Along ni, sempat pulak cubit pipi Afif sampai naik herot di buatnya.

Comments

0 comments to "Akhirnya ku pakai juga topi empat segi"