Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Panduan Wordpress

Monday, September 22, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menggunakan WP untuk blog Cari Duit Internet ni. Blalang, ko tak tau wordpress ke? hehe sebenarnya saya memang tahu membuat blog wordpress dan memang dah ada pun.. cuma untuk blog CARI DUIT INTERNET ni memang dah asalnya saya menggunakan blogger.com malas nak tukar-tukar. Lagi satu dengan menggunakan blogger:-

1. Tak perlu maintance aspek sekuriti
Kerana tak boleh spam dalam blogger. Kalau dengan Wordpress beribu spam di makan oleh spam karma :)

2. Tak perlu nak upgrade
Selalunya WP akan upgrade versionnya, dan kita terpaksalah upgrade juga untuk tampal lubang-lubangnya.

3. Template
Dengan blogger, kalau kita rajin cari akan jumpa juga template yang cun-cun ala wordpresskan.

4. Tak perlu takut kena hack
Kerana blogger ni kan kepunyaan google, so sekuriti dia sikit punya power.

5. kita boleh hide identity
Terlepas dari whois.

Ala ko cakaplah ko tak pandai buat WP blalang...:))

Saja gurau, sebenarnya saya ada 5-6 blog menggunakan WP contohnya yang tak cun ni :)
-->Lubuk Buku

WP ni memang bagus jika dikira templatenya yang cun, mudah dan segi SEO nya. Kalau tak percaya cuba search di yahoo dengan keyword "cari duit internet" , rangking kedua ialah blog saya yang menggunakan WP yang dah hampir setahun saya tak update ..blog tu kira blog cari duit internet versi BI la ..

Kepada newbie yang tak tahu wordpress jangan stress sangat, bukan susah sangat pemasangannya pun. Saya dulu pun sudah terbeli panduan WP yang dijual di pasaran dan rasa frust dengan kandungannya . Alangkah baiknya duit tu saya belanja anak saya belanja KFC , dan panduan WP dalam BI FOC sahaja. Takpelah kalau dah bukan rezeki kita ye tak...

Kalau nak tahu layout dia macam mana ada banyak blog wordpress yang free seperti wordpress.org dan orang malaysia punya pun ada iaitu blogmas.

Saya cadangkan anda menggunakan blogmas sebab blog tu lebih dinamik dan boleh letak iklan adsense etc.


Layout WP

Belajar dulu dengan menu-menu yang ada

1. dashboard
kira macam dashboard kereta la ni...macam main menu

2. write
tempat nak mula menulis post

3. Manage
tempat kita mengawal blog kita seperti edit post,edit page, kategori, moderate komen dan spam karma.

4. Link

5. Presentation
Tempat kita ubah theme

6. Plugin
Tempat tambah plugin

7. User
Tempat konfigurasi profail kita, edit password etc

8. Option
Untuk konfigurasi blog

etc...malas pula nak elobrate..kalau anda dah biasa di wordpress.org dan blogmas, saya rasa ini semua tak jadi masalah.

Kalau dah biasa dengan layout dia dan dah berani godek-godek plugin baru lah boleh register domain dan hosting sendiri. Teringat kata Gobala, kalau tak tau nak letak nama apa sebagai domain letak saja nama sendiri. Unik dan tidak ada persaingan. Contohnya www.harunsalimbahcik.com :)

Untuk pemasangan wordpress yang mudah iaitu tak perlu upload script melaui ftp etc anda MESTI cari hosting yang ada fantastico kerana masih ada lagi hosting yang tidak menyediakan perkhidmatan ni. Jangan tersalah beli bai..Dengan fantastico kita cuma perlu add script WP dan lain-lainnya untuk bermula memblog dengan Wordpress. Malah bukan WP sahaja anda juga boleh create forum, joomla, PHP Nuke dan sebagainya.


Logo/ikon fantastico. Lebih memudahkan kerja anda.

Semoga bermanafaat
~blalang~
Cari duit internet

Comments

0 comments to "Panduan Wordpress"