Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cara untuk mengatasi kekurangan masa

Sunday, October 12, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam dan rasanya belum terlewat untuk mengucakan selamat hari raya, maaf zahir batin jika ada di post saya di blog ini yang menyinggung perasaan anda.

Lama rasanya saya tak update blog kerana saya fokus kepada satu projek cari duit internet saya. Saya rasa tak perlulah saya beritahu apa projek saya tu, cukuplah saya katakan projek untuk cari duit internet ke peringkat lebih global.

MASA adalah masalah kepada pencari duit online secara separuh masa seperti saya dan begitu juga dengan kawan-kawan yang lain rasanya. Lebih-lebih di bulan raya ni, projek offline lebih banyak tetapi nak buat camana, benda ini tak perlu dielakkan. Jemputan rumah terbuka, berkunjung ke rumah teman dan saudara , marhaban dan sebagainya. Yalah walaupun sibuk cari duit internet tanggungjawab kepada keluarga, sahabat handai dan masyarakat jangan dilupa. Walaupun kita aktif beronline aktiviti offline adalah lebih perlu diutamakan.

Untuk seminggu dua ini, saya terpaksa online hampir pukul 12 malam kerana marhaban ke rumah jiran tetangga ( aktiviti biasa bagi orang-orang Johor, tidak pasti di negeri-negeri lain) dan offline sebelum pukul 2 pagi kerana esoknya nak bekerja. Bermakna saya hanya mempunyai masa 1-2 jam sahaja sehari untuk online dan banyak masa dihabiskan untuk update blog dan layan email group.

Untuk mengatasi masalah kekurangan masa ini, berikut adalah langkah-langkah yang saya terpaksa buat untuk mengatasi masalah kekurangan masa untuk dikongsi :

1. Upah orang lain buat projek (outsource ). Untuk projek global, saya terjumpa 3 website yang mana kita boleh mencari freelancer atau anda sendiri boleh kerja-kerja freelancer di sini:

http://www.elance.com
http://www.guru.com
http://www.scriptlance.com

2. Membeli ebook yang berkaitan atau mencari guru yang lebih pakar supaya dapat mengurangkan masa kita membuat research.

3. Lebih fokus kepada projek supaya masa tidak terbuang.

4. Kurangkan masa untuk aktiviti-aktiviti seperti berforum/chatting dan sebagainya

5. Buat "to do list' supaya tidak kelam kabut dan mengikut susunan . Di sini saya menggunakan perisian Microsoft Project 2003

6. Setkan target untuk projek itu siap untuk motivasikan diri kita sendiri

Ada lagi yang mungkin saya buat ialah Joint Venture. Iaitu membuat projek ini bersama rakan-rakan IM.


~blalang~
Jom "CARI DUIT INTERNET"

Comments

0 comments to "Cara untuk mengatasi kekurangan masa"