Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Hukum kutu internet

Wednesday, September 10, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Macam-macam teknik orang cari duit internet, saya menerima satu email yang mempelawa saya menyertai kutu internet.

Dengan menggunakan ayat power yang berbentuk Islamik sedikit, ramai juga yang terpengaruh dan kemudian menyebarkan email berbentuk spam kepada individu dan mail group mereka.

Bagaimana ia bekerja?

Langkah1

Pertama sekali anda dikehendaki menghulurkan sumbangan RM2 shj kpd setiap peserta. Seterusnya, bank-in kepada setiap nama & nombor peserta yang terdapat pada Senarai Nama Peserta.

Langkah2

Setelah setiap peserta menerima sumbangan drpd anda, maka gugurkan nama & nombor akaun Peserta 1 drpd senarai itu. Anjakkan nama Peserta 2 ke ruang Peserta 1, Peserta 3 ke ruang Peserta 2, Peserta 4 ke ruang Peserta 3, Peserta 5 ke ruang Peserta 4 & masukkan nama &nombor akaun anda pada ruang Peserta 5 yg tlh dikosongkan td. Pastikan senarai nama baru itu berada dlm kedudukan yg betul. Anda juga boleh menggunakan nama samaran jika tidak mahu dikenali.

Langkah3

Kemudian, poskan artikel ini (boleh dibuat pengubahsuaian jika perlu) ke sekurang2nya 200 news group yg terdapat di internet spt laman-laman web diskusi,forum dan message board.

Langkah4

Kemudian, tunggulah giliran anda dgn sabar (biasanya 40-50 hari utk ganjaran yg lbh besar) utk mencapai matlamat ini bilamana wang kiriman drpd peserta2 lain yg menyertai program ini akan anda terima. Semakin ramai yg menyertai program ini, maka semakin berkembanglah kedudukan anda. Sila lihat carta sebagai rujukan (andaian 15 peserta menyertai setiap peringkat,dan setiap seorang menjana 15 lagi peserta).

CARA PENGIRAAN

Peserta 5
(Anda di sini) 15 peserta x RM2 =RM30.00
Peserta 4 15 peserta x (15) x RM2 =RM450.00
Peserta 3 15 peserta x (15) x (15) x RM2 =RM6,750.00
Peserta 2 15 peserta x (15) x (15) x (15) x RM2 =RM101,250.00
Peserta 1 15 peserta x (15) x (15) x (15) x (15) x RM2 =RM1,518,750.00
JUMLAH =RM1,627,230.00

Antara ayat powernya:

Jgn cuba menipu, Allah melihat apa yg anda lakukan. Pastikan anda mengirimkan RM2 kepada peserta setelah meyertai program ini.Sekiranya anda cuba menipu iaitu dengan meletakkan nama anda terus ke No.1, anda hanya kan menerima wang sebanyak RM30 sahaja. Oleh itu, bersabarlah kerana giliran anda akan tiba juga. Anda perlu ingat, bukan semua org berfikiran positif seperti kita. Andainya tidak ramai yg menyertai program ini, tentu jumlah wang anda terima sedikit sahaja kan. Oleh itu anda dinasihatkan supaya poskan sebanyak mungkin artikel tersebut ke internet.
Walaupun 50% sahaja yang menyertainya, anda masih boleh memperolehi sumbangan sebanyak RM406,808. Saya yakin artikel2 yg anda kirim itu akan mendapat jawapan (wang) seperti apa yg telah saya alami. Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan & imbuhan lebih RM1,627,230 boleh menjadi milik anda dalam tempoh 40 - 50 hari sahaja. Program ini masih kekal bertahan atas dasar kejujuran semua pihak. Anda sekarang akan menjadi salah seorang pemilik perniagaan melalui surat-menyurat. Di dalam perniagaan ini anda tidak menjual barang2 yang dapat dilihat tetapi sebaliknya anda menjual perkhidmatan. Perkhidmatan ini terjamin selamat & dibenarkan!! Simpan salinan langkah2 ini & bila-bila masa anda memerlukan duit, anda boleh mencubanya lagi & lagi & lagi.

SILA INGAT bahawa program ini masih terus bertahan kerana kejujuran semua peserta yang telah mengikuti langkah2 yang telah digariskan dengan sempurna. Cuba anda bayangkan, jika anda jujur, program ini akan berterusan & duit yang diterima oleh orang2 lain akan sampai juga ke tangan anda. Hantarkannya sekarang, masukkan nama anda dalam senarai dan anda telah mula berniaga.....!!

SENARAI NAMA PESERTA

bla..bla..

Pendapat saya cara cari duit internet dengan cara ni adalah salah kerana:

1. Salah di sisi undang-undang Malaysia kerana jelas menggunakan konsep piramid

2. Kerja-kerja spam email

3. Mempergunakan Agama

4. Risiko akaun kita kena gantung oleh Bank jika disyaki menjalankan program skim cepat kaya.

4. Yang penting - Ulama telah memberi hukum cari duit internet dengan cara ini adalah Haram

Boleh rujuk di SINI

Sebenarnya konsep kutu internet ini sebenarnya adalah sama dengan Kutu Cara Pos.

Comments

0 comments to "Hukum kutu internet"