Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Selamat tahun Baru 2009

Thursday, January 01, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,

Alhamdulillah, usaia kita dipanjangkan setahun lagi. Masuk tahun 2009 ini bermakna sudah 3 tahun saya mencari duit di internet. Bagaimana dengan azam anda tahun lepas? Sudah tercapai ker belum?

Saya pula, sebenarnya saya tiada azam tetapi ada target to-do-list yang saya buat pada januari 2008, Alhamdulillah kebanyakan tercapai walaupun ada yang masih tidak tercapai lagi. Baru check email tadi, Alhamdulillah mendapat komisyen affiliate dari Lisa Hilmi sebanyak RM80. Nampaknya rezeki pertama di tahun 2009. Tq Lisa.

Antara pencapaian manis saya tahun lepas:

1. Mendapat pendapatan tambahan RM3000 sebulan melalui perniagaan internet - Alhmadulillah secara puratanya saya mendapat pendapatan RM3000 walaupun ada yang lebih tetapi ada juga bulan yang kurang RM3k. Pendapatan tertinggi saya ialah pada bulan April iaitu RM4135 dan yang terendah pada bulan Januari iaitu RM1400 sahaja. Tak banyak? Ok lah berbanding dengan pendapatan cari duit internet pada tahun 2007 - purata RM1000, tahun 2006 - purata RM500 sebulan. Bermakna saya berjaya mendapat 3 kali ganda dari tahun 2007 melalui cari duit internet. Sebagai seorang yang menjalankan sebagai part time saya rasa amat bersyukur.

Secara kasarnya 50% pendapatan online saya ialah dengan melalui iklan PPC seperti Adsense dan Nuffnang, 50% lagi dari program affiliate, iklan ,jualan ebook produk sendiri dan pelbagai program bermusim seperti pay per lead.

2. Mendapat purata 5,000 pengunjung di salah sebuah blog saya yang paling hangat.
Alhamdulillah tercapai.

3. Menambah bilangan ahli yahoogroup saya ke jumlah 12,400 orang

4. Mendapat tempat kedua dalam cabaran SEO forum jombincang selepas Inspiration
http://blalang.blogspot.com/2008/07/belajar-seo-melalui-cabaran.html

5. Berkongsi tempat ke-4 bersama Labanon dalam pertandingan JV giveaway Mawardee
http://blalang.blogspot.com/2008/06/laporan-jv-giveaway-mawardee-berakhir.html

To-do-list tahun 2008 yang berjaya disiapkan:
1. Membuat satu ebook store - http://download-ebook.biz

2. Membuat blog mengenai streamyx - http://mystreamyx.download-enbook.biz

3. Program pay per lead - http://www.blalang.com/master-resell

To-do-list 2008 yang tidak berjaya:

1. Membuat JV dengan otai-otai IM di Malaysia.
Sedih juga kerana kebanyakan email pelawaan JV tidak dilayan. Mungkin minisite saya tidak power, produk hampeh atau saya lebih sendiri buat sendiri kerja-kerja teknikal (tidak upah diaorang). Pengajarannya kalau nak JV dengan otai mesti keluar modal sikit untuk upah diaorang sedikit tugas seperti membuat minisite,grafik dan sebagainya. Ada juga otai yang meminta lin download tetapi apabila kita dah beri, dia menghilang dan JV kita diabaikan. Walau bagaimanapun ada juga otai IM yang menolak dengan bahasa yang lembut.

2.Membuat produk yang meletup.
Produk saya walaupun ada jualan tetapi tiada yang meletup sangat. Walaubagaimanapun Alhamdulillah dapat juga memberi keuntungan:

- Adsense Segera - membuat lebih 40 jualan .

- Tak Perlu Photoshop - membuat lebih 10 jualan

- Hot Megasale! - berjaya mendapat 25 jualan

- Rahsia Adsense di blog Melayu - mendapat 33 jualan

Produk yang tidak berjaya

Koleksi grafik - hanya membuat 4 jualan

Kelemahan kenapa produk tidak meletup dikenalpasti iaitu:
1. tiada JV
2. Tiada membuat gimik
3. Kurang ayat pemanis - (kena upah otai)

3. Menembusi pasaran antarabangsa.
Dulu saya target RM3 K sebulan setelah menembusi pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya saya belum berjaya menembusi pasaran antarabangsa kerana sibuk dengan pasaran tempatan.

Target 2009
1. Apa lagi go to International Market dan cari duit internet dari pasaran global. Sebenarnya jika kita akan membuat market antarabangsa - pulangannya ialah tiga kali ganda dari pasaran tempatan. Itu kira purata $1 USD = RM3.00 . Saudara Alang pun sudah mengurangkan aktiviti local dan menumpukan perhatian ke global.

2. Purata RM4k -RM5k sebulan melalui perniagaan internet

3. Ada lagi to-do-list 2008 yang saya akan forwardkan pada tahun ini.

4. Mendapat 7,000 orang pelawat local untuk salah sebuah blog saya.

5. Menjadikan ahli yahoogroup saya ke 15,000 orang ahli

6. Mengumpul list local dan international seramai yang boleh.

Tulisan kali ini adalah untuk menguatkan semangat saya dan juga memberi motivasi kepada newbie supaya dapat cari duit internet. Siapa kata kita tidak boleh cari duit melalui internet? Saya telah lakukan, mereka juga ramai yang sudah berjaya dan saya harap anda pun memasang azam dan sama-sama cari duit internet!

Salam tahun baru
~blalang~

Comments

2 comments to "Selamat tahun Baru 2009"
  1. selamat tahun baru 2009

    moga lebih sukses sukses

  2. salam..

    boleh ceritakan sikit pasal hukum haram halal buat pakej lisa ni tak.....sy cam ragu2 nk stat bisnes nih tq...