Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Pentingnya fokus dan tip affiliate

Thursday, January 15, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam,

Apabila mula-mula cari duit internet biasanya kita akan mencuba semua jenis program yang memberi pulangan duit online. Seperti saya juga, saya telah mencuba MLM,adsense,affiliate,Paid to click, survey, forex dan sebagainya. Sebenarnya kita telah membuang masa membuat semua benda dalam satu masa sedangkan pulangannya belum tentu lagi.

Apa yang penting ialah penumpuan (fokus) terhadap sesuatu program tersebut untuk kita mendapatkan pulangan lumayan.

Tidak semua program tersebut sesuai dengan kita, mungkin teknik program tersebut hanya sesuai untuk orang lain tetapi tidak bagi kita. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu fokus kepada satu program sahaja adalah penting supaya kita boleh berjaya cari duit internet.Dengan fokus kepada satu-satu program kita boleh mengkaji, membuat pelbagai teknik supaya dapat menjana wang onlinen dengan beribu-ribu RM.

Pilihlah program yang sesuai dengan kita dan tumpukan perhatian kepadanya. Contohnya jika anda nmenetapkan untuk cari duit internet melalui affiliate , cuba ambil serius dengannya seperti mempromosi link affiliate kita seperti:

Email
- Email juga kepada rakan-rakan dan juga kepada white list (jika ada).

- Email kepada mana-mana google atau yahoogroup dengan cara berhemah dan bukan spam. Apa yang dimaksudkan cara berhemah ialah kita menulis artikel atau copy dari mana-mana dan menghantar ke newsgroup tersebut. Di samping itu kita boleh selitkan banner atau text link yang boleh menarik perhatian kepada pembaca email tersebut untuk klik link affiliate kita. Cara ini adalah lebih disenangi oleh moderator sesebuah egroup tersebut dan email anda akan dilepaskan.

Blog
- Membuat review, text link atau banner di blog kita.

Iklan
- Iklan di blog/website yang menyediakan iklan percuma
- Iklankan di blog yang mempunyai ribuan pengunjung dalam masa sehari.
- Di forum-forum terkenal yang mempunyai hits yang banyak
- Di utusan online, berita harian , harakahdaily, tranungkite dan sebagainya
- Google Adword, Bidvister, YSM dan sebagainya
Seperti yang diketahui ini memerlukan kos dan pilihlah tempat pengiklanan yang sesuai.

Forum
- Membuka thread di ruangan pengiklanan di forum
- Meletakkan link affiliate di signature (siggy)

Landing page
- Kita juga boleh membuat landing page khas untuk sesuatu program affiliate itu sendiri dan menawarkan bonus-bonus atau tawaran percuma jika membeli melalui link affilate kita.
- Membeli domain khas untuk sesuatu program affiliate. Contohnya kalau untuk affiliate kuasaforex, anda boleh membeli domain belajar-forex.com, panduan-forex dan sebagainya.
- Membuat teknik SEO untuk landing page kita seperti metatag, mencari backlink, social bookmark dan sebagainya.

Dari langkah di atas menunjukkan betapa seriusnya kita untuk mendapat duit online melalui affiliate sebagai contoh. Tidak mengapa jika membuat sedikit pelaburan untuk iklan, menyewa domain dan sebagainya tetapi mestilah mendapat profit jika ditolak modal iklan.
Begitu juga dengan program-program yang lain, jika anda ingin cari duit internet - buatlah secara serius dan fokus.

Harap dapat memberi sedikit tip kepada anda, saya bukanlah raja affiliate tapi Alhamdulillah saya dapat cari duit internet sedikit melaluinya.

~blalang~
Jadikan tahun 2009 sebagai tahun cari duit internet kita!

Comments

1 comments to "Pentingnya fokus dan tip affiliate"
  1. senang saje nak cari duit lebih..sila bukak website ni..
    www.memangmasyuk.blospot.com