Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Aku Dan Skim Cepat Kaya

Sunday, January 25, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam sejahtera,

Cuti Tahun Baru Cina tahun 2009 agak istimewa kerana ramai yang bercuti panjang. Anak-anak saya yang bersekolah mendapat cuti selama seminggu. Tetapi ada yang sedih kepada pekerja kilang yang dipaksa mengambil cuti rehat tahunan ada yang selama 3 minggu kerana katanya tiada permintaan dari luar negara.

Ini adalah dugaan Allah SWT dan semoga anda bersabar dalam menjalani kegawatan ekomoni sekarang ini. Mungkin anda boleh mencari pendapatan melalui internet selepas ini. Jika selama ini kita hanya melayari internet dengan minat masing-masing, di zaman kegawatan ini jom kita cari duit di internet.

Kini skim pelaburan skim cepat kaya sudah beralih arah semula kepada offline kerana mungkin penganjur skim cepat kaya ini sedar ramai yang sudah fobia dengan skim cepat kaya melalui internet selepas isu swisscash,swissfund dan bermacam jenis lagi tu. Saya masih mendengar lagi skim cepat kaya , labur,duduk diam dapat duit secara offline . Ada bermacam-macam konsep ada yang jual pinggan,jual alat pengurus badan, alat penapis air malah ada yang berkonsepkan "loan". Kononya syarikat civil yang mempunyai pelaburan di luar negara. Kalau difikir secara logik apa kena mengena syarikat pembinaan dengan program sebegini? Kenapa memerlukan modal dari rakyat marhaen sedangkan mereka sudah mendapat kontrak berjuta-juta dari luar negara. Kenapa nak buka saham secara kecil-kecilan , kenapa tak nak listing di BSKL? Alasan normal - nak tolong kaum Bumiputera.

Hari Jumaat yang lepas , apabila sudah solat Jumaat ada kertas terselit di wiper kereta saya mengenai skim pelaburan berupa ini. Ayat pujuknya memang power boleh mencairkan iman seseorang yang membacanya. Seperti biasa kandungan flyer skim pelaburan ialah

1. Testimoni dari pensyarah , kerani,pegawai,profesional, pelajar, penganggur dan pekerja industri untuk menunjukkan siapa sahaja boleh kaya dengan menyertai program mereka sambil bergaya dengan kereta BMW.

2. Memberi perbezaan program mereka dengan program skim cepat kaya yang telah dikebumikan oleh BNM seperti mereka beroperasi di Malaysia, program mereka adalah "halal" kononya ada pegawai syariah lagi.

3. Menunjukkan no pendaftaran syarikat, gambar, dan alamat pejabat untuk menunjukkan mereka adalah "real and legal"

4. Menunjukkan produk mereka.

5. Kononnya program mereka untuk orang Melayu dan ingin membantu ekonomi orang Melayu sendiri.

6. Nombor HP agen.

Ok kalau dibaca memang nampak macam best dan terbayang mudahnya mereka menjadi jutawan kalau sehari boleh dapat RM5000. Tetapi jika di kaji secara kasar :

1.Testimoni memang hebat dan mungkin kata-kata mereka adalah betul. Mereka memang sudah berjaya memakai kereta BMW . Pakai BMW adalah tak bermakna mereka sudah mempunyai kereta tersebut 100%, kerana mungkin mereka memang boleh membeli kereta tersebut tetapi masih berhutang dengan bank. Mungkin mereka mampu kerana mereka mempunyai downline yang ramai di bawah mereka (yang berangan nak pakai BMW juga).

Atau pun setakat bergambar dengan kereta BMW kepunyaan orang lain

2. Perbezaan dengan program yang lain yang telah bungkus tetapi mempunyai konsep yang sama - labur,cukup bulan dapat duit, kalau nak lebih kaya cepat dan dapat pakai BMW cepat cari downline seramai mungkin.

3. Menunjukkan syarikat mereka adalah legal adalah tidak susah mana, hanya perlu daftar syarikat dan buka pejabat dengan sedikit modal. Ada pejabat tidak bermakna mereka tidak boleh berpindah atau tutup pejabat dalam masa kurang 2 jam kerana mereka hanya menyewa.

4. Menunjukkan produk mereka tetapi tidak menerangkan secara detail produk mereka (gambar pun tidak jelas). Sebenarnya mereka memang ada produk tetapi macam kes gores dan menang juga barangan yang mereka jual sebenarnya berkali ganda lebih mahal dari harga di pasaran luar atau pun kurang kualiti. Pendek kata produk mereka hanya menutup mata untuk mendapat lesen MLM.

5. Untuk orang Melayu sahaja. Di sini mereka menggunakan teknik kebangsaan dan agama untuk meyakinkan kita kononnya niat mereka ikhlas ingin membantu bangsa, malahan pula Melayu mudah lupa dengan swisscash,monsun.biz dan sebagainya.

6. Nombor HP agen. SMS sahaja dan mereka akan hubungi anda semula. (Ikan sudah gigit sikit-sikit umpan). Mereka akan approach anda untuk menyertai mereka.

Ok saya seterusnya sampai di pejabat. Oleh kerana masih awal, saya cuba menghubungi melalui panggilan telefon kepada agen tadi . Agen tadi sungguh gembira dan mengucapkan tahniah keran a saya berani mengubah cara hidup saya dan ingin berjumpa secara live untuk menerangkan program tersebut kepada saya. Saya berkata saya tiada masa untuk berjumpa tetapi agen tersebut mempelawa saya menyertai seminar mereka di hotel pada tarikh tertentu dan akan dijemput otai-otai mereka yang berjaya.

Saya cakap okey tetapi meminta nama syarikat mereka dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka . Bagaimana jual produk tersebut boleh kaya dan nak buat apa produk tersebut saya beli banyak-banyak- nak jual pada sapa?Agen tersebut berkata "jumpa dulu, nanti saya akan terangkan dengan lebih jelas".

Saya berkata saya ingin menyemak dahulu syarikat tersebut dengan Bank negara Malaysia. Tetapi dia agak gementar dengar perkataan BNM dan menjawab "bang, saya dah dapat beribu sebulan dengan program ini kalau abang tidak berminat takpe, ramai lagi yang nak join dan abang akan terus makan gaji dan tak pernah cukup makan" dan terus off handphone.

Saya terpinga-pinga sambil tersengih.............Lu fikir la sendrik!

~blalang~
Cari duit internet pelan-pelan kayuh...

Comments

0 comments to "Aku Dan Skim Cepat Kaya"