Soalan dari armizi seman seman
Assalamualaikum...
Pada admin blalang.blogspot.com, di sini saya ingin tanya saudara mengenai google adsense. Saya ingin bertanya saudara sedikit, bank-bank manakah di malaysia ini yang menerima atau yang boleh kita cash kan cheak dari pihak google. Kalau boleh saudara nyatakan antara bank yang menerima cheak dari google ini, dan berapa lama cheak yang kita cash tersebut akan masuk ke akaun kita. Terima kasih keran sudi membantu.
Jawapan
Walaikumsalam armizi,
Tahniah jika anda telah menerima cek google adsense. Cari duit internet dengan Google Adsense sememangnya paling popular di Malaysia.
Sebenarnya semua bank di Malaysia menerima cek dari google adsense. Perbezaannya ialah caj yang dikenakan dan berapa lama boleh dicairkan. Saya dahulu pernah cashkan melalui Maybank dalam 3-4 minggu dan Bank Islam - dekat 2 bulan.
Sekarang ni saya dan kebanyakan pengamal adsense di Malaysia menggunakan Western Union. Mudah dan cepat. Iaitu kita boleh cashkan on the spot. Saya cadangkan anda juga menggunakan Western Union.
Cara nak setup penerimaan western union:
Mesti sebelum 15hb
* Login
* Klik tab My Account
* Pilih Setup Western Union Quick Cash
* Klik Continiue
* Pastikan Payee Name adalah sama dengan Nama di Mykad kita.
- Kalau tak sama, kita boleh ubah dan menghantar email kepada support GA dan mengatakan kita mahu edit nama kerana ingin menggunakan Western Union.
* Save
Selepas itu, jangan lupa update semula di ruangan Tax information
* Klik tab My Account
* Klik tax information
* Klik pada "change your tax information"
* Check No, no dan submit.
Western Union boleh ditunaikan di mana-mana bank yang ada tampal sticker Western Union juga di Pejabat Pos
Cara nak keluarkan wang dari Western Union ialah:
1. Photostat MyKad
2. Minta borang WU di kaunter
3. Isi maklumat yang diperlukan
4. Jangan lupa letak penghantar Google Inc.
Ada kaunter akan menyoal anda sedikit soalan kerana memang dah prosedurnya tetapi kebanyakannya tak tanya pun..
Soalan yang biasa di tanya:
1. Dari negara mana - jawapan United States
2. Atas tujuan apa - pembayaran iklan GA
Kemudian tunggu sekejap (kadang-kadang lama juga) tunggu diaorang fax form kita ke HQ dan apabila sudah diapprove, kita akan mendapat secara tunai masa tu juga. maksimum pengeluaran GA melalui Western Union ialah $2,800.00 US.
Saya biasa cashkan WU melalui bank BSN. BSN tempat saya biasa keluarkan (BSN Kulai) pun sudah kenal dan tiada soal jawab lagi.
Semoga membantu
~blalang~
Jom Cari Duit Internet
Melanggan Melalui Email PERCUMA
Kongsi fail di internet
Salam,
Jawapan
Salam kembali Wan Shah.
Jika kita tiada mempunyai hosting ataupun untuk menjimatkan space hosting kita, kita boleh berkongsi fail/ebook dengan upload ebook tersebut di file hosting percuma. Malah ada yang memberi sedikit pulangan kepada kita, jika ada orang download seperti
Ziddu.com
Bizhat.com
Lain-lain free fail hosting yang biasa orang guna ialah:
http://savefile.com/
http://fileden.com
http://www.mediafire.com
http://www.4shared.com
http://boxstr.com
http://rapidshare.com/
Kita boleh upload fail/ebook kita dan kemudian beri URL fail tersebut untuk di muat turun.
Semoga bermanafaat dan meh cari duit internet!
~blalang~
CARI DUIT INTERNET
Masyuk dari matched.co
e
Related post http://blalang.blogspot.com/2008/07/cari-duit-internet-di-blog.html
Hmm lambat sungguh nak masyuk dari matched.co ni dah bebeberapa bulan baru dapat payment.. setelah aku pun tak letak iklan matched ni kat blog.
Matched ni agak leceh sikit pasal nak matchkan kandungan blog kita dengan iklan advertiser dia. Saya submit 5 blog dan hanya diterima satu blog sahaja. Lagi satu pengiklan di matched.co ni kebanyakannya adalah company yang berurusniaga berlandaskan riba' seperti loan,credit dan sebagainya.
Video percuma
Video percuma klik di ruangan ebook percuma atau link di bawah
ADWORD CODE
~semoga bermanafaat dan mari cari duit internet~
blalang
Cara Melayari internet melalui IP adress US
Soalan
dARe has left a new comment on your post "Cara tukar IP Address":
saya pun ada msalah yang sama, macam mana nk tukar dan gunakan IP address USA dgn FoxyProxy?
Dah banyak kali try tp xdpt...
Kalau saya beli kt Strongvpn.com bole selesai ke masalah nie?
Jawapan
Mungkin saya tersalah faham dengan soalan diLLz abraham berkenaan IP adress sebelum ini. Ini kerana saya sendiri belum beli lagi ebook pendapatansurvey kerana saya tak sempat nak Cari Duit Internet melalui survey.
mengenai IP adress melaui proxy IP USA, pendapat saya tidak perlu untuk membeli di strongvpn.com . Cukuplah dengan melayari program survey tersebut dengan menggunakan website-website proxy yang telah sedia ada.
Terdapat berpuluh-puluh malah mungkin beratus website proxy US yang dapat saya sertakan ialah:
http://keezap.com
proxytoyoutube.com (US)
BeMyproxy.com (US)
azzoop.info (US)
likewhatever.info (US)
yourseeweb.com (US)
schoolprox.co.cc (US)
fezv.com (US)
divoxo.com (US)
sp-9.info (US)
brownproxy.info (US)
proxypitstop.com (US)
onlineprotected.info (US)
browse-more.info (US)
kk99.info (US)
filterpass55.info (US)
fahu.info
ditchfilter.info (US)
dopeproxy.com (US)
desireproxy.com (US)
slimtrust.com (US)
proxyhero.com (Canada)
proxycraze.com (US)
yourproxi.com (US)
hasslefreesurf.com (US)
wrate.info (US)
filterzap.info (Canada)
nchausa.org (US)
eproxy.pl (US)
unblockinschool.info (US)
ibypass.us (US)
proxican.com (US)
geelax.com (US)
dan banyak lagi yang anda boleh dapat dari link-link yang diberi dalam website proxy di atas.
Caranya hanya memasukkan URL program survey tersebut di ruangan URL yang di sediakan dalam website tersebut. Contoh dari web keezap.com
Atau jika website-website tersebut kena block oleh admin IT pejabat anda, kita perlu memasukkan no IP Adress proxy US yang boleh didapati dengan membuat carian di search engine.
Contohnya IP adress proxy US :
12.47.164.114:8888
Cara setup untuk Mozilla firefox:
Pilih tab network kemudian pilih setting
masukkan IP tadi dan juga port
Boleh check balik IP anda di http://www.ip-adress.com
Selain kegunaan untuk program survey, banyak lagi kita boleh gunakan apabila melayari internet menggunakan proxy IP seperti melayari web yang dihalang di ofis seperti youtube,myspace,friendster dsb..untuk surfing sebagai anonymous etc.
Saya biasa gunakan website free proxy list tapi nampaknya semasa artikel ini ditulis ia tak boleh browse pula.
Kita juga boleh membuat website proxy kita sendiri dengan menggunakan template-template wordpress tetapi kita memerlukan bandwith yang besar kerana orang lain akan melayari internet menggunakan bandwith website kita.
Template boleh dimuat turun di http://www.freeproxytemplates.com dan banyak lagi.
Semoga bermanafaat
~blalang~
Cari duit internet
Panduan Wordpress
Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menggunakan WP untuk blog Cari Duit Internet ni. Blalang, ko tak tau wordpress ke? hehe sebenarnya saya memang tahu membuat blog wordpress dan memang dah ada pun.. cuma untuk blog CARI DUIT INTERNET ni memang dah asalnya saya menggunakan blogger.com malas nak tukar-tukar. Lagi satu dengan menggunakan blogger:-
1. Tak perlu maintance aspek sekuriti
Kerana tak boleh spam dalam blogger. Kalau dengan Wordpress beribu spam di makan oleh spam karma :)
2. Tak perlu nak upgrade
Selalunya WP akan upgrade versionnya, dan kita terpaksalah upgrade juga untuk tampal lubang-lubangnya.
3. Template
Dengan blogger, kalau kita rajin cari akan jumpa juga template yang cun-cun ala wordpresskan.
4. Tak perlu takut kena hack
Kerana blogger ni kan kepunyaan google, so sekuriti dia sikit punya power.
5. kita boleh hide identity
Terlepas dari whois.
Ala ko cakaplah ko tak pandai buat WP blalang...:))
Saja gurau, sebenarnya saya ada 5-6 blog menggunakan WP contohnya yang tak cun ni :)
-->Lubuk Buku
WP ni memang bagus jika dikira templatenya yang cun, mudah dan segi SEO nya. Kalau tak percaya cuba search di yahoo dengan keyword "cari duit internet" , rangking kedua ialah blog saya yang menggunakan WP yang dah hampir setahun saya tak update ..blog tu kira blog cari duit internet versi BI la ..
Kepada newbie yang tak tahu wordpress jangan stress sangat, bukan susah sangat pemasangannya pun. Saya dulu pun sudah terbeli panduan WP yang dijual di pasaran dan rasa frust dengan kandungannya . Alangkah baiknya duit tu saya belanja anak saya belanja KFC , dan panduan WP dalam BI FOC sahaja. Takpelah kalau dah bukan rezeki kita ye tak...
Kalau nak tahu layout dia macam mana ada banyak blog wordpress yang free seperti wordpress.org dan orang malaysia punya pun ada iaitu blogmas.
Saya cadangkan anda menggunakan blogmas sebab blog tu lebih dinamik dan boleh letak iklan adsense etc.
Layout WP
Belajar dulu dengan menu-menu yang ada
1. dashboard
kira macam dashboard kereta la ni...macam main menu
2. write
tempat nak mula menulis post
3. Manage
tempat kita mengawal blog kita seperti edit post,edit page, kategori, moderate komen dan spam karma.
4. Link
5. Presentation
Tempat kita ubah theme
6. Plugin
Tempat tambah plugin
7. User
Tempat konfigurasi profail kita, edit password etc
8. Option
Untuk konfigurasi blog
etc...malas pula nak elobrate..kalau anda dah biasa di wordpress.org dan blogmas, saya rasa ini semua tak jadi masalah.
Kalau dah biasa dengan layout dia dan dah berani godek-godek plugin baru lah boleh register domain dan hosting sendiri. Teringat kata Gobala, kalau tak tau nak letak nama apa sebagai domain letak saja nama sendiri. Unik dan tidak ada persaingan. Contohnya www.harunsalimbahcik.com :)
Untuk pemasangan wordpress yang mudah iaitu tak perlu upload script melaui ftp etc anda MESTI cari hosting yang ada fantastico kerana masih ada lagi hosting yang tidak menyediakan perkhidmatan ni. Jangan tersalah beli bai..Dengan fantastico kita cuma perlu add script WP dan lain-lainnya untuk bermula memblog dengan Wordpress. Malah bukan WP sahaja anda juga boleh create forum, joomla, PHP Nuke dan sebagainya.
Logo/ikon fantastico. Lebih memudahkan kerja anda.
Semoga bermanafaat
~blalang~
Cari duit internet
Tip menarik trafik secara percuma
Laporan percuma dari Justin Michie bagaimana untuk menarik visitor atau pelawat ke blog anda secara percuma.
Untuk maklumat lanjut atau untuk download sila klik DI SINI atau di ruangan ebook percuma
Download secara PERCUMA dan ini adalah program Pay Per Lead yang membenarkan kita mendapat komisyen $1 US per download person.
Cara tukar IP Address
Soalan dari diLLz abraham
salam...
saya dah beli ebook survey dari pendapatansurvey (azman)..
tapi yang jadi masalah skrg,penjelasan dia mengenai cara nk tukar ip address xdetail sgt..saya gagal nk tukar..
boleh tlg bagi tahu cara nak setting dia?
Jawapan
Salam diLLz,
Sebenarnya untuk menukar IP address adalah bergantung kepada bagaimana kita akses ke internet.
Anda boleh semak IP adress anda yang didaftarkan di internet di :
http://www.ip-adress.com/
1. Streamyx
Jika anda menggunakan streamyx biasa (ppoe-tanpa fix IP address).
Ada 2 cara untuk setup untuk akses ke internet iaitu dengan menggunakan auto (router) atau manual (dial up).
1. Auto
Jika anda menggunakan setting auto untuk menukar ip address adalah sangat mudah. Hanya perlu reset power modem ( off dan on semula dalam 1-2 minit) secara automatik IP address anda sudah berubah ke Ip address baru.
2. Dial up
Anda hanya perlu disconnect - biar 1-2 minit dan conect semula.
2. LAN
Jika anda akses ke internet di pejabat iaitu menggunakan LAN (local Area Network) atau intra adalah bergantung kepada kebenaran IT department anda.
Untuk menukar IP address LAN ialah :
-- Control Panel
-- Klik Local Area Conection
-- Klik kanan pada Local Area Conection
-- Scroll down dan pilih Internet Protocol (TCP/IP)
-- Anda hanya perlu mengubah nombor di ruangan IP Adress yang sebelah hujung sahaja (range 0 - 255).
Harap membantu
~blalang~
Cari Duit Internet
Penjenamaan blog
Jenama atau brand adalah satu yang mustahak apabila anda mula untuk cari duit internet iaitu semasa membuat blog dan menulis blog.
Proses menamakan blog ini adalah mustahak untuk menentukan niche blog kita. Sebelum membuat blog kita mesti fikirkan niche yang sesuai dan orang suka cari. Niche ini boleh dikira melalui tajuk blog,template dan kandungan blog tersebut. Apabila orang sudah mengenali blog kita dengan jenama kita sendiri, mereka akan selalu berkunjug ke blog kita.
Apa yang mustahak dalam penjenamaan blog ialah:
- Cipta imej yang positif
- Mudah diingat
- Mudah ditaip
- Mudah disebut
- Berbeza dengan pesaing
Teknik blackhat dalam menamakan blog
Sebenarnya ramai juga blogger yang suka ambil kesempatan dengan jenama blog yang sudah terkenal tetapi menggunakan sedikit perubahan kepada nama blog mereka. Tujuannya ialah supaya apabila orang membuat search di search engine, blog mereka akan ada dalam senarai result search engine atau pun kesilapan menaip di search engine oleh pelawat.
Contohnya blog yang sudah terkenal : http://muaturun.blogspot.com , anda boleh ubah sedikit kepada muat-turun.blogspot.com, muatturun.blogspot.com muat-turun-lagu.blogspot.com (sekadar contoh tak cuba available ke tak :))
Ada juga yang menggunakan domain yang sudah expired kerana website yang sudah expired terutama yang sudah ramai visitor akan ke blog/website mereka
Macam-macam cara untuk CARI DUIT INTERNET
Semoga bermanafaat
~blalang~
Cari Duit Internet
Alamat USA
Soalan dari Rose
Macammana nak dapatkan address U.S untuk isi form dalam sesetengah survey website? Saya cuba cari dalam ebay... mahalnya, sewa bulanan address dan consignment saja dah 40usd... survey belum tentu boleh banyak itu. Tolong bantu..
Jawapan saya:
Ya untuk mendaftar alamat U.S memang agak mahal. Dulu saya pernah mendaftar untuk verify akaun Clickbank (dulu M'sian tak boleh,skrg dah boleh) di USA2ME, dulu USA2ME yang paling murah. Saya masih guna alamat ini jika mana-mana program yang minta alamat US.
Bagaimana ia bekerja?
Jika dapat surat/cek, mereka akan pos ke PO Box US yang kita daftar tadi dan kemudian syarikat mail address ini akan pos pula kepada kita dengan bayaran yang telah ditentukan.
Anda boleh search dan compare harga dengan keyword "USA address" melalui google. Nampaknya tiada pilihan lain dan tiada yang percuma.
Walau bagaimanapun, untuk program yang membayar melalui cek, kita tiada pilihan lain tetapi kalau program yang boleh membayar melalui paypal etc, saya rasa tiada masalah untuk search alamat U.S melalui enjin carian. Walau pun fake address tetapi pembayaran adalah melalui paypal dan tidak melibatkan penghantaran surat. Saya selalu jumpa, mereka hanya minta kita letak poskod sahaja.. cara senang cari poskod US ialah sekali lagi meinta bantuan uncle Google dengan keyword "US postcode".
Memang banyak program khas untuk US dan Canada sahaja, tetapi masih banyak lagi yang dibuka kepada International. Malangnya rakyat Malaysia lebih terkenal sebagai spammer sebab tu banyak program yang tak dibuka kepada rakyat Malaysia. Nak buat camana..
Harap membantu
Panduan Paypal
Paypal adalah satu ecurrency atau payment processor yang membenarkan kita membuat urusniaga di atas talian dan di kira macam standard yang digunakan di seluruh dunia. Jika anda hendak membuat urus niaga atau menjual produk/servis peringkat global, paypal adalah dicadangkan.
Bagaimana nak memulakannya.
-Layari website Paypal <--klik
-Klik sign up
-Pilih negara
-Pilih personal, premier atau bussiness . Macam saya register bussiness
- Ikut step by step sampai selesai.
Kebanyakan orang tiada masalah untuk mendaftar dengan Paypal sehingga ke peringkat verify account. Paypal memerlukan kad kredit untuk verify dan aktifkan akaun anda kemudian barulah boleh mula berurusniaga.
Kalau ada kredit no hal la.. tapi saya ingatkan supaya berhati-hati menggunakan kad kredit di atas talian. Ok kalau takde kad kredit bagaimana?
Kalau tiada kad kredit, kita gunakan sahaja kad debit. Sekarang Kad ATM Maybank pun dah dikira kad debit. Kalau anda guna kad ATM lama, cuba upgrade kad baru. Siap on the spot.
Atau cara yang biasa ialah memohon kad debit dari Public Bank. Pergi ke PB kemudian jumpa pegawai pemasarannya yang duduk kat meja tepi-tepi tu dan cakap nak apply kad debit. Dia akan kasi fornm dan suruh kita isi kemudian submit balik kat dia.
Lebih kurang seminggu dua, kita akan mendapat surat dari PB yang meminta kita mengambil kad yang dah siap dan meminta kita memasukkan duit minimanya RM25 untuk kad debit tersebut.
Ok sekarang kita dah ada kad debit dan dah boleh verify akaun paypal.
Lagi satu cara ialah memohon secara online. Ni lagi senang
Layari website PB ,
1. http://www.pbebank.com.my
2. Klik pada perkataan "Cards" di sebelah kiri website tersebut
3. Klik pada button "Online Debit Card Application Form”
4. Isi maklumat yang dikehendaki
5. Print
6. Hantar form yang telah diprint dan attachkan sekali salinan IC dan hantar kepada alamat yang diberi.
Dalam masa 2 minggu kita akan mendapat surat dari PB, seperti di atas tadi.
Bagaimana nak keluarkan wang dari paypal?
Pada My tab account , klik menu withdraw
Klik "Withdraw funds to your card"
Proses dalam 5-7 hari dan boleh keluarkan wang anda menggunakan kad debit di mesin ATM.
Atau un nak cepat lagi, jual saja di forum-forum perniagaan internet di Malaysia seperti Wangcyber, Carigold, Nogold etc..
Kita hanya perlu klik tab "Send money" kepada mereka yang hendak membelinya.
Tapi perlu berhati-hati takut kena tipu.
Semoga bermanfaat.
~blalang~
Mari Cari Duit Intenet
Majalah Usahawan Internet Percuma
Review dan link untuk download Majalah IM percuma edisi 7
Di ruangan ebook percuma..
Cari Duit Internet - survey
Soalan dari Rose
Minta nasihat, saya telah cuba mencari duit dengan survey tapi setakat ni kalau ada pun ciput sangat. Saya bercadang nak laburkan sikit duit untuk fee dalam Survey Scout tapi berbaloikah? Mungkin Tuan Admin ada pengalaman dengan Survey Scout atau apa-apa Survey company yang boleh dipercayai...boleh tolong citer..
Jawapan saya:
Mengenai cari duit internet dengan srvey Survey Scout, saya nasihatkan saudari JANGAN melabur di situ. Scout Survey adalah program survey scam. Ramai yang telah tertipu
Boleh lihat di forum tersebut
http://www.better-internet-bureau.org/discus/messages/3/144.html
http://www.screwedcentral.com/ubb/Forum1/HTML/000417.html
List paid survey
http://freepaidsurveys.net/intDir.php
http://www.paid-survey-success.com/top-surveys/
Namun begitu, saya sebenarnya pun dah lama tak CARI DUIT INTERNET dengan survey ni, so tak berani nak guarantee program survey yang betul-betul berbayar. Oleh itu supaya kita tidak membuang masa dan tertipu , kita hendaklah rujuk kepada pakar dalam cari duit internet survey ni.
Pakar yang dimaksudkan ialah saudara Azman yang telah berpengalaman dan telah dapat pulangan lumayan dari program survey. Beliau telah menulis buku mengenai survey dan bagaimana dapat income Jana Wang Survey.
Saudara Azman sangat yakin kita juga boleh capat income melalui survey dengan tanpa kepakaran langsung mengenai IT. Sebab itu beliau berani memulangkan wang pembeli ebook beliau dalam masa 8 minggu jika tidak dapat income dari survey.
Untuk view web Saudara Azman
Rahsia Usahawan Internet
Laporan percuma Rahsia Usahawan Internet ,
Boleh klik di ruangan download
Dan jangan lupa daftar affiliate untuk program pay per lead tersebut.
Jom cari duit internet
~blalang~
Bagaimana hendak bermula CARI DUIT INTERNET
Untuk menjawab pertanyaan dari saudara fadhil abdullah, bagaimana untuk memulakan cari duit internet. Saya menceritakan pengalaman saya dahulu semasa saya memulakannya pada tahun 2006 dahulu.
Saya mendapat duit dari internet pertama kali ialah melalui iklan online saya. Kemudian saya banyak mendapat dengan program HYIP . Program HYIP adalah program SCAM dan saya telah lama meninggalkannya.
Setelah itu saya cari duit internet dengan produk Master-resell pula. Saya membeli produk tersebut dari saudara Nizam dengan harga RM20 dan saya Alhamdulillah telah mendapat pulanggannya lebh dari RM1000 sehingga sekarang.
Tak dapat digambarkan perasaan semasa mula-mula dapat duit secara online ni - gembira, bersemangat dan takut pun ada. Takut kerana mendedahkan maklumat akaun di internet dan sebagainya.
Berikut ialah nasihat saya pula berdasarkan pengalaman.
Sebagai baru nak bermula berikut adalah perkataan-perkataan (jargon) yang perlu wajib diketahui dahulu:
CPC – Cost per click. Berapa bayaran yang akan diterima.
PPC – Pay Per Click.
Berkaitan dengan CPC dimana kita akan di bayar mengikut jumlah klik link iklan kita. Google Adword adalah contoh pengiklanan PPC .
CPA – Cost per action, or cost per acquisition.
Secara asasnya bermakna kita akan di bayar setiap kali 'action' di buat melalui link/URL kita. Ia mungkin berapa kali orang klik link kita, daftar atau mendapat maklumat melalui link kita.Google Adsense adalah contoh terbaik CPA
CTR – Click Through Rate.
Nombor yang selalu di persembahkan melalui percentage dan merujuk jumlah iklan anda di klik.
CPM – Cost per thousand.
Jumlah wang yang anda akan terima dalam setiap seribu klik.
URL -Uniform Relay Link,
Selalunya dikenali sebagai link atau alamat website.
Affiliate Link –
URL atau link yang akan diberi kepada kita jika kita mendaftar dengan program affilliate. Ia boleh ditrack berapa kali ia diklik dan jumlah jualan yang berjaya dijual melalui link kita.
Jika belum mempunyai blog, kita boleh cari duit internet hanya melalui email sahaja. Program yang saya cadangkan ialah program Affiliate. Program affiliate , secara bahasa mudahnya ialah kita mendapat komisyen dari jualan sesuatu produk orang lain. Jika orang klik link/URL affiliate produk tersebut. Contohnya :
Kita email kepada rakan kita ; jom beli buku XXXX, sangat berbaloi. XXXX itu ialah link affilliate kita.
Jika hendak tahu dan nak jadi pro dalam affilliate, boleh download laporan percuma tulisan Din Beramboi:
Selain affilliate, program lain yang anda boleh sertai ialah:
- Google Adsense (ada blog)
- Survey (tanpa atau ada blog)
- Pay per clik (tanpa atau ada blog)
- Pay per lead (tanpa atau ada blog)
- Menjual ebook (ada blog atau website)
Jika ada sedikit modal dan hendak menjimatkan masa, banyak ebook dan seminar yang ada di Malaysia ni untuk bermula cari duit internet
Boleh lihat post saya sebelum ini:
http://blalang.blogspot.com/2007/11/cari-duit-internet.html
Boleh juga selongkar semua post-post saya sebelum ini mengenai cari duit di internet, banyak link-link dan panduan cari duit internet secara percuma dan jangan lupa melanggan secara percuma posting dari blog ini supaya tidak ketinggalan. Insyallah saya akan memberi tip-tip dan panduan cari duit internet secara terkini.
Salam usahawan
~blalang~
Mari Cari duit internet.
Cari duit internet - laporan percuma
Muat turun laporan percuma 6 figure secret di ruangan link
Semoga bermanfaat
Jom CARI DUIT INTERNET!
Swap tajuk untuk blogger/blogspot
Macam mana nak buat ayat ek ..
macam ginilah, tengok gambar di bawah dari result enjin carian google
Sebelum
Selepas
Perasan tak keyword tag blog ISUHANGAT tu sebelum swap dan selepas swap? Mana lebih menarik? Tentu yang selepas lebih bagus kerana ia adalah SEO friendly berdasarkan keyword yang orang cari.
Jika sebelum tu hanya keyword ISUHANGAT sahaja yang di beri prioriti tetapi selepas di swap ia lebih friendly dengan keyword-keyword lain yang mengikut tajuk posting kita dan orang suka cari mengikut perubahan semasa. Lagi satu kalau keyword utama blog kita terlalu panjang, bayangkanlah nanti di result enjin carian.
Tapi untuk blog anda, mestilah dahulu telah SERP keyword utama blog anda sebelum di buat teknik ini. Contoh keyword AKU POWER sebagai keyword utama blog anda. Mestilah blog anda dah di rangking teratas apabila orang taip perkataan aku power. Sebab keyword utama blog tu lebih penting.
Bagaimana nak buat Title Swap ni
Cari line ni yang biasanya ada di atas
<title><data:blog.title/></title>
Dan gantikan dengan code ini:
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> |<data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title> </b:if>
dan Save Changes
Selamat mencuba dan Jom cari duit internet.
Hukum kutu internet
Macam-macam teknik orang cari duit internet, saya menerima satu email yang mempelawa saya menyertai kutu internet.
Dengan menggunakan ayat power yang berbentuk Islamik sedikit, ramai juga yang terpengaruh dan kemudian menyebarkan email berbentuk spam kepada individu dan mail group mereka.
Bagaimana ia bekerja?
Langkah1
Pertama sekali anda dikehendaki menghulurkan sumbangan RM2 shj kpd setiap peserta. Seterusnya, bank-in kepada setiap nama & nombor peserta yang terdapat pada Senarai Nama Peserta.
Langkah2
Setelah setiap peserta menerima sumbangan drpd anda, maka gugurkan nama & nombor akaun Peserta 1 drpd senarai itu. Anjakkan nama Peserta 2 ke ruang Peserta 1, Peserta 3 ke ruang Peserta 2, Peserta 4 ke ruang Peserta 3, Peserta 5 ke ruang Peserta 4 & masukkan nama &nombor akaun anda pada ruang Peserta 5 yg tlh dikosongkan td. Pastikan senarai nama baru itu berada dlm kedudukan yg betul. Anda juga boleh menggunakan nama samaran jika tidak mahu dikenali.
Langkah3
Kemudian, poskan artikel ini (boleh dibuat pengubahsuaian jika perlu) ke sekurang2nya 200 news group yg terdapat di internet spt laman-laman web diskusi,forum dan message board.
Langkah4
Kemudian, tunggulah giliran anda dgn sabar (biasanya 40-50 hari utk ganjaran yg lbh besar) utk mencapai matlamat ini bilamana wang kiriman drpd peserta2 lain yg menyertai program ini akan anda terima. Semakin ramai yg menyertai program ini, maka semakin berkembanglah kedudukan anda. Sila lihat carta sebagai rujukan (andaian 15 peserta menyertai setiap peringkat,dan setiap seorang menjana 15 lagi peserta).
CARA PENGIRAAN
Peserta 5
(Anda di sini) 15 peserta x RM2 =RM30.00
Peserta 4 15 peserta x (15) x RM2 =RM450.00
Peserta 3 15 peserta x (15) x (15) x RM2 =RM6,750.00
Peserta 2 15 peserta x (15) x (15) x (15) x RM2 =RM101,250.00
Peserta 1 15 peserta x (15) x (15) x (15) x (15) x RM2 =RM1,518,750.00
JUMLAH =RM1,627,230.00
Antara ayat powernya:
Jgn cuba menipu, Allah melihat apa yg anda lakukan. Pastikan anda mengirimkan RM2 kepada peserta setelah meyertai program ini.Sekiranya anda cuba menipu iaitu dengan meletakkan nama anda terus ke No.1, anda hanya kan menerima wang sebanyak RM30 sahaja. Oleh itu, bersabarlah kerana giliran anda akan tiba juga. Anda perlu ingat, bukan semua org berfikiran positif seperti kita. Andainya tidak ramai yg menyertai program ini, tentu jumlah wang anda terima sedikit sahaja kan. Oleh itu anda dinasihatkan supaya poskan sebanyak mungkin artikel tersebut ke internet.
Walaupun 50% sahaja yang menyertainya, anda masih boleh memperolehi sumbangan sebanyak RM406,808. Saya yakin artikel2 yg anda kirim itu akan mendapat jawapan (wang) seperti apa yg telah saya alami. Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan & imbuhan lebih RM1,627,230 boleh menjadi milik anda dalam tempoh 40 - 50 hari sahaja. Program ini masih kekal bertahan atas dasar kejujuran semua pihak. Anda sekarang akan menjadi salah seorang pemilik perniagaan melalui surat-menyurat. Di dalam perniagaan ini anda tidak menjual barang2 yang dapat dilihat tetapi sebaliknya anda menjual perkhidmatan. Perkhidmatan ini terjamin selamat & dibenarkan!! Simpan salinan langkah2 ini & bila-bila masa anda memerlukan duit, anda boleh mencubanya lagi & lagi & lagi.
SILA INGAT bahawa program ini masih terus bertahan kerana kejujuran semua peserta yang telah mengikuti langkah2 yang telah digariskan dengan sempurna. Cuba anda bayangkan, jika anda jujur, program ini akan berterusan & duit yang diterima oleh orang2 lain akan sampai juga ke tangan anda. Hantarkannya sekarang, masukkan nama anda dalam senarai dan anda telah mula berniaga.....!!
SENARAI NAMA PESERTA
bla..bla..
Pendapat saya cara cari duit internet dengan cara ni adalah salah kerana:
1. Salah di sisi undang-undang Malaysia kerana jelas menggunakan konsep piramid
2. Kerja-kerja spam email
3. Mempergunakan Agama
4. Risiko akaun kita kena gantung oleh Bank jika disyaki menjalankan program skim cepat kaya.
4. Yang penting - Ulama telah memberi hukum cari duit internet dengan cara ini adalah Haram
Boleh rujuk di SINI
Sebenarnya konsep kutu internet ini sebenarnya adalah sama dengan Kutu Cara Pos.
14 software percuma
14 tool/software percuma di link terbaru saya ebook percuma
Boleh download di sini
Ziddu ada malware!!
Hari ni bila saya cuba untuk memasuki website Ziddu untuk upload file, tetapi teroeranjat kerana keluar alert dari google yang mengatakan Ziddu.com disyaki menjadi host malware , program yang boleh memberi kesan kepada komputer kita apabila kita memasukinya.
Alert melalui browser Mozilla Firefox:
Alert melalui browser Google Chrome:
AWAS kepada pengguna Internet Explorer tiada alert jika anda masuk ke Ziddu ! Pendek kata jangan melawat ke Ziddu.com dalam waktu terdekat ni sehingga webmaster mereka membaikpulih site mereka
Harga Runtuh!
Categories
- Adsense
- affiliates
- Agloco
- artikel
- auto blog
- autosurf
- autosurf malaysia
- backlink
- banner
- belajar forex
- blalang cari duit
- blog
- blog basic
- blogging
- buat duit di internet
- cabaran blalang
- cara menghadapi pesaing
- Cari duit
- Cari duit internet
- clickbank
- clicksor
- CPA
- ebook
- Ebook Percuma
- email marketing
- emas
- Empay Haram
- feed
- forex
- forum
- grafik
- Hukum Adsense
- Hukum Forex
- Hukum kutu internet
- Hukum MLM
- Hukum Swisscash
- iklan
- indexing
- info
- kertas kerja perniagaan
- keyword
- komen
- kongsi fail
- laporan percuma
- lelong
- Lisa Hilmi
- manggaad
- marketiva melayu
- melayu boleh
- meniaga tanpa produk
- minisite
- MLM
- motivasi
- multiply
- mybloglog
- network
- newbie
- nuffnang
- paid forum
- panduan forex
- panduan Membuat Blog
- Pay per register
- Pay per review
- pay perinstall
- paypal
- Pendapat
- percuma
- ping
- PPC
- ppl
- produk blalang
- proxy site
- RSS
- Scam
- search and earn
- seminar
- Seo
- skim cepat kaya
- slashmysearch
- Soal Jawab
- streamyx
- sucess story
- survey
- Tip
- Tip Blogger
- to-do-list
- tool
- trafik
- Viral Friend Generator
- webhosting
- WP
Archives
-
▼
2008
-
▼
September
- Cara mengeluarkan wang Google Adsense
- Software percuma
- Kongsi fail di internet
- Masyuk dari matched.co
- Video percuma
- Cara Melayari internet melalui IP adress US
- Panduan Wordpress
- Tip menarik trafik secara percuma
- Cara tukar IP Address
- Penjenamaan blog
- Alamat USA
- Panduan Paypal
- Majalah Usahawan Internet Percuma
- Cari Duit Internet - survey
- Rahsia Usahawan Internet
- Bagaimana hendak bermula CARI DUIT INTERNET
- Cari duit internet - laporan percuma
- Swap tajuk untuk blogger/blogspot
- Ebook percuma dari Stephanie
- Hukum kutu internet
- 14 software percuma
- Ziddu ada malware!!
- Video IM percuma Mike Filsaime
- Link berguna
- Dapatkan VIDEO USAHAWAN dan dapat BONUS HEBAT!
- Ebook dan tool PERCUMA*
- Akhirnya ku pakai juga topi empat segi
- Pro kontra menjadi Usahawan Internet sepenuh masa
- Panduan setup getresponse
-
▼
September