Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

10 Langkah Kejayaan di dalam Perniagaan Lelongan Online:

Monday, June 30, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

10 Langkah Kejayaan di dalam Perniagaan Lelongan Online:

Lelongan Online ialah seperti ebay.com dan lelong.com

1. Kenalpasti pasaran -
Ambil sedikit masa untuk membuat kajian pasaran mengenai barangan yang anda berminat untuk menjual. Kenalpasti barangan yang mempunyai potensi besar untuk dijual dan yang sudah terdapat ramai pengunjung yang berminat terhadapnya. Sudah pasti terdapat satu atau dua barangan yang anda minati terjual dengan lebih banyak berbanding barangan lain.

2. Perhatikan saingan -
Sebelum anda mula melaburkan wang, cuba lihat apa yang sedang dilakukan oleh penjual lain di dalam kategori anda. Apakah strategi yang mereka gunakan? Kenalpasti kekurangan mereka kerana ini akan memberikan peluang kepada anda untuk bersaing dengan mereka dengan lebih mudah dan mendapat penguasaan pasaran yang lebih besar.

3. Cari produk -
Cuba dapatkan pembekal yang boleh membekalkan barangan yang ingin anda jual dengan harga yang murah. Jangan takut untuk menghubungi pelbagai pembekal untuk mendapatkan tawaran terbaik. Sekiranya harga pasaran lelongan online barangan tersebut jauh lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan oleh pembekal anda, maka anda sudah mempunyai peluang untuk mendapat keuntungan yang lumayan.

4. Bermula secara kecil-kecilan -
Jangan terus membelanjakan duit yang banyak untuk satu-satu idea barangan. Mulakan secara kecil-kecilan dan cuba kenalpasti strategi mana yang berhasil dan mana yang tidak berhasil. Ingat! Ianya sangat murah
untuk menguji idea gila di dalam lelongan online. Mana tahu, idea gila anda mungkin boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan untuk anda!

5. Kaji dan Ulang -
Cuba gunakan pelbagai jenis strategi sehingga anda menjumpai satu yang betul-betul berjaya dan jangan berhenti daripada terus melakukannya. Besar kemungkinan anda sudah menjumpai satu pasaran yang belum lagi dikenalpasti oleh penjual lain.

6. Rangka Pelan Perniagaan -
Ini tidak bermaksud yang anda perlu menghasilkan pelan perniagaan yang formal dan mempunyai beratus-ratus mukasurat. Cuma beberapa helaian rangka mengenai peluang yang telah anda kenalpasti, strategi anda, kekuatan anda, kekurangan anda dan ringkasan budjet. Ini sebenarnya untuk diri anda sendiri supaya anda dapat melihat gambaran keseluruhan perniagaan anda dan tidak akan terpesong daripada tujuan asalnya.

7. Melabur dan Mengembangkan -
Ini adalah masa terbaik untuk melaburkan wang ke dalam perniagaan anda. Beli bekalan barangan dan luangkan lebih banyak masa di dalam perniagaan anda. Sasarankan jumlah jualan dalam seminggu dan cuba tingkatkan jumlahnya secara berperingkat.

8. Penubuhan Syarikat -
Setelah anda mula mendapat keuntungan yang banyak daripada perniagaan lelongan online, sudah tiba masanya untuk anda mewujudkan syarikat anda sendiri. Penubuhan syarikat adalah mudah dan tidak membabitkan kos yang banyak. Anda juga akan mendapat pelbagai potongan cukai pendapatan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar. Dapatkan khidmat nasihat daripada pihak-pihak yang sesuai untuk membantu anda di dalam penubuhan syarikat.

9. Otomasi -
Sampai ke satu ketika anda mungkin mendapati yang anda sering menulis email atau melakukan sesuatu kerja yang sama secara berulang-ulang. Sekiranya ini berlaku, sudah sampai masanya untuk anda mencari cara untuk melakukan otomasi terhadap kerja anda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan auto-responder untuk email-email anda dan penggunaan perisian yang sesuai untuk kerja-kerja yang lain.

10. Jangan berputus asa -
Akan ada masanya yang mana anda mendapati segala usaha yang telah anda curahkan tidak membuahkan hasil. Jangan mengalah! Teruskan sehingga anda mencapai kejayaan! Pada kebiasaannya, kejayaan cuma akan dapat dicapai setelah anda melalui satu proses kegagalan dan penambahan pengalaman.

Begitulah 10 langkah untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan lelongan online. Ianya tidak mudah tetapi ganjarannya adalah sangat lumayan sekiranya kita meneruskan usaha dengan tabah!

Artikel ini adalah tulisan,

Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan OnlineTM
www.RahsiaRajaLelong.com

Comments

0 comments to "10 Langkah Kejayaan di dalam Perniagaan Lelongan Online:"