Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Advertlets VS Nuffnang

Tuesday, January 01, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under:

Nuffnang dan Advertlets adalah satu program pay perklik yang anda boleh letakkan di blog anda yang beroperasi di Malaysia untuk blogger tempatan dalam cari duit di internet.

Walaupun bayaran mereka tidak semahal google adsense tetapi lepaslah untuk bil streamyx anda.

Untuk newbie, di sini saya sertakan pengalaman saya bersama Advertlets dan Nuffnang.

Walau pun CEO Advertlets, saudara Josh Lim menafikan sekeras-kerasnya mereka adalah SCAM dan mengatakan mampu membuktikan para blogger yang salah mengklik sendiri iklan mereka serta berjanji akan membayar pendapatan yang diperolehi tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat sesen pun dari mereka. Sedihnya.

Walau bagaimana pun ramai juga blogger yang mendapat cek dari Advertlets tetapi yang lebih ramai ialah blogger yang mengadu mereka tidak mendapat bayaran dan telah buang iklan Advertlets di blog mereka.

Entahlah samada terdapat fraud click atau terklik sendiri, saya pun tak pasti walau macamana pun saya masih mencuba lagi sebulan untuk mengumpulkan RM100 (minima cashout) dan lihat adakah Josh Lim akan membayar kepada saya. Jika tidak memang sahlah mereka SCAM kerana saya akan pastikan saya atau sesiapa pun yang menggunakan laptop saya ni tidak klik iklan mereka.

Tak pastilah Advertlets menilai fraud click dari IP address atau pun MAC Address untuk memastikan fraud click. Kalau dari IP adress sebenarnya adalah tidak masuk akal kerana jika menggunakan streamyx PPOE ,IP sentiasa berubah dan jika dikesan dari IP pejabat mesti nombor IP di hadapannya adalah sama, lebih-lebih lagi di pejabat saya yang mempunyai lebih 50 host PC.



Manakala Nuffnang, walaupun ada blogger yang mempertikaikan cara earningnya masih tetap bergaya dan menghantar cek ke pintu rumah saya setiap awal bulan. Terima kasih Nuffnang!



Walau macamana pun jika advertlets adalah SCAM masih ada lagi program Pay Perclick lain seperti Nufflet, boleh diletakkan di blog anda.

Comments

3 comments to "Advertlets VS Nuffnang"
  1. blh cik send kt sy alamat web y cik buat n betul2 dpt cek 2 kt sy?ni alamat sy, huahuahua_89@yahoo.com.my

  2. Salam.....boleh ajar saya tak pasal nuffnang nie saya ada juga letak kat blog saya tp takde apa2 pun duit :) emel saya di knoppixgold@yahoo.com. blog saya ialah notaforex2.blogmas.com dan rajalawak.blogmas.com thanks

  3. Maaf lambat nak reply. Saya tiada menggunakan teknik-teknik tertentu untuk nuffnang ni.

    Kalau ada tip pun spt di bawah;

    1. Jadi ahli glitterati.

    2. Pastikan blog anda tu ramai pengunjungnya.