Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Laporan percuma kepada newbie

Thursday, February 18, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Alhamdulillah saya baru menyiapkan laporan ringkas berkenaan cari duit internet khas kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam tambah pendapatan melalui internet. Laporan tersebut boleh didapati di:

http://www.blalang.com/cariduitinternet

Di dalam laporan tersebut mengandungi istilah-istilah atau pun jargon dalam perniagaan internet yang semestinya difahami oleh IM.

Laporan ini dibuat khas untuk pengunjung blog cari duit internet ini.

MUAT TURUN



Salam IM
~blalang~
Cari Duit Internet

Rahsia orang kerajaan terbongkar

Thursday, February 11, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Orang kerajaan yang saya maksudkan ialah saudara Jamal. Siang dia adalah jurutera dan malam dia cari duit internet pula.

Jamal boleh dikatakan newbie dalam dunia IM. Saya mengenalinya tidak sampai 2 tahun tetapi dia telah banyak kali mengalahkan saya dalam cabaran Affiliate. Memang dasyat orang kerajaan ni kerana beliau pernah menjana 6 angka sebulan dengan perniagaan internet.

Saya bercerita pasal Jamal ni kerana berkaitan dengan ebook terbaru hasil tulisan beliau sendiri bagaimana boleh berjaya menjadi seorang agen affiliate yang berjaya.

Saya telah mendapatkannya dan memang diakui tulisan Jamal ni memang detail dan siap memberi link-link rahsia lagi tempat dimana beliau promosi. Saya recommend anda membeli produk Affiliate kerajaan Jamal ni kerana beliau mengajar teknik beliau sehingga menjadi super affiliate di Malaysia.

Tidak rugi membeli. Dapat kan di http://www.blalang.com/gov.php

Salam cari duit internet,
~blalang~

http://www.blalang.com/gov.php

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Tuesday, February 02, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam,

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.

Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.
• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?
Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya.

Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:
• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam
~blalang~
Tiada cara cepat nak cari duit internet!

Panduan video Wordpress P.ERCUMA!

Friday, January 22, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Wordpress atau nama glamournya WP adalah platform blog paling popular. Blogger dan WP memang tidak boleh dipisahkan kerana coding php WP telah tersedia aplikasi yang dipermudahkan.

Selain itu WP boleh ditambah plugin untuk pelbagai guna. Plugin paling popular ialah plugin All in one SEO iaitu plugin search engine optimize untuk menarik trafik ke blog kita.

Susah ke nak setup WP? Kalau anda belum menggunakan WP anda boleh mendaftar di www.wordpress.org . Aplikasi untuk WP yang diinstall adalah layout sama macam wordpress.org.

Panduan wordpress berbahasa Melayu tulisan Smartzul banyak membantu blogger Malaysia mula membuat blog .



Ebook ni mengajar langkah demi langkah dari mendaftar domain hingga pemasangan plugin asas.

Di sini saya ingin berkongsi pula PANDUAN VIDEO WORDPRESS secara percuma pula. Panduan dengan video mudah untuk kita belajar kerana kita boleh pause,playback,stop jika tidak faham.

Jika anda ingin mendapatkan video wordpress boleh didapati di :

http://www.blalang.com/videoWP.html

Daftar email anda, kemudian anda akan mendapat email confirmation dan diberikan link ke website video WP tersebut.

Antara chapter video yang anda akan dapat ialah :

Basic:

Purchasing a Domain

Purchasing Hosting

Linking Domain to Host

Installing Wordpress (Fantastico)

Installing Wordpress (Manual Install)

Installing a Free Theme

Adding Your E-mail to your Domain

Installing Google Analytics (Wordpress Plugin)

Installing Google Analytics (Manually)

Threaded Comments

Immediate:

Installing the Twitter Widget

Hiding Affiliate Links

Add an Opt-in Box to your Sidebar

Add an Avatar Next to Blog Comments

Add a Contact Form to your Blog


Apa lagi, jika anda berminat untuk mendapatkan Panduan Video WP ni, jom daftar di

==> http://www.blalang.com/videoWP.html

Sementara ianya PERCUMA!


Salam,

~blalang~

Cari duit internet dengan blog

Auto notes Facebook

Thursday, January 21, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: , ,

Soalan dari Najib di wall FB saya,

salam nk tnyer dalam notes abg ni....iklan abg tu rapat2 la...camner abg buat.....?????saya punye jarak besar sgt....tk reti nak rapatkan..tolong ajar.....

Jawapan.

T.kasih Najib yang tak jemu bertanya, sebenarnya notes saya di Facebook tu dibuat secara auto post atau pun dari konfigurasi RSS blog http://www.isuhangat.net/. Sebagai seorang yg part time ni saya suka membuat benda yang auto sebab tu saya suka main dengan RSS.

Jadi iklan saya pada notes FB tu bukannya iklan saya sendiri pun, ianya adalah iklan dari pelanggan saya di http://www.isuhangat.net/iklan-di-sini/ . Ini sebagai add on servis iklan kerana iklan banner juga mereka kerana iklan mereka akan automatik di sasarkan di FB, multiply, feed.com dan ke mailbox mereka yang melanggan blog isuhangat melalui email.

Sebab tu pelanggan yang iklan di blog isu hangat akan berulang kali mengiklan di isuhangat mungkin kerana berbaloi dengan pulangan yang mereka dapat.

Untuk memultipykan blog anda telah saya tulis di blog cari duit internet ini, kali ini saya nak berkongsi cara untuk setup RSS di Facebook supaya ia secara automatik menjadi notes FB anda.

Facebook adalah laman sosial paling top sekarang ni. Ia sesuai untuk semua peringkat umur tetapi kebiasaannya digemari oleh orang dewasa. Tidak seperti twitter yang hanya tinggalkan mesej, facebook mempunyai pelbagai aplikasi yang membuatkan penggemarnya duduk berjam-jam melayan FB ni.

Kepada teman blogger rasanya sememangnya sudah tau facebook boleh menarik trafik ke blog kita. Ada beberapa cara seperti submit link, menulis di wall , menulis di notes dan macam-macam lagi. Ridzuan richie ada menulis mengenai kuasa viral facebook untuk menarik trafik dari facebook di Rahsia Facebook

Ok berbalik pada notes FB saya , saya tidaklah rajin menulis notes melalui cara biasa dengan code HTML untuk letak banner tu semua setiap hari.

Cara meletakkan alamat RSS/Atom blog anda di notes Facebook ialah:

1. Klik menu setting

2. Pilih aplication setting

3. Klik pada notes

4. Sekarang kita akan nampak notes rakan kita.

5. Lihat di kanan - notes setting - klik import a blog spt gambar di bawah

cari duit internet
6. Letak alamat RSS atau ATOM anda, jika anda tida tahu alamat RSS atau ATOM anda, cara mudah ialah dengan mendaftar di feedburner.com untuk mendapatkannya.

cari duit internet

7. Check di kotak yang disediakan dan klik Start Importing

Done! selepas itu apabila anda update blog secara automatik notes FB anda akan mempunyai post yang sama.

Saya juga mempunyai banyak blog lain yang dibuat secara auto post dengan menggunakan plugin WP. Selain menggunakan plug in WP-o-Matic yang menggunakan RSS blog orang lain, saya mempunyai plugin lain yang tidak menggunakan RSS iaitu menggunakan artikel yang diimport dari database artikel.

Walau pun ia tidak unique tetapi ia akan auto update artikel mengikut niche yang kita pilih setiap hari. Sesuai untuk cari duit internet dengan Google Adsense. Ada beratus niche kita boleh pilih. Oleh kerana saya membelinya , jika siapa yang berminat untuk membelinya boleh PM kepada saya :)


Selamat berjaya.

~blalang~
Cari duit di internet

Cek dari affiliate

Wednesday, January 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Duit dari internet? Macam mana tu? Boleh percaya ke? Itulah yang bermain di fikiran netter. Pada saya rugilah siapa yang berinternet tetapi tidak dapat menjana wang sesen pun darinya. Kepada yang mereka yang telah berjaya berkata Internet adalah lubuk emas yang menanti untuk kita mengautnya.

Macamana nak cari duit internet tapi tiada pengalaman langsung? Saya banyak kali recommendkan masuk program affiliate. Hari ini saya mendapat email lagi dari sebuah program affiliate yang saya join.

Nak hantar cek katanya.



Saya pun semaklah di web mereka tak sangka dah dapat RM589. Alhamdulillah, Dapat balik bayar yuran dan baju taekwando anak saya baru mendaftar hari ni sebanyak RM100 tu.



Cerita pasal affiliate ni, saya ni taklah pakar sangat. Ada ramai lagi yang pakar affiliate seperti Ammar Zahar, Jamal, Zamri Nanyan dan ramai lagi.

Saya baru terima email ini dari Zamri Nanyan dan beliau buka satu peluang keemasan untuk setiap orang yang berminat untuk berjumpa jutawan dan usahawan internet negara!
Saya rasa biar Zamri sahaja terangkan kepada anda di bawah... tapi pastikan anda ambil tindakan segera dan buat pesanan secepat mungkin.
Selalunya, seminar sebegini memang sold-out!

Salam,
~blalang~

Seminar Pakar Affiliate akan berlangsung pada hari Sabtu, 23 Januari nanti dan 100 tempat duduk sudah dipenuhi dengan pembeli Pakar Affiliate.

Namun ada berita baik untuk anda yang ingin hadir ke seminar ini tapi tidak ingin untuk dapatkan program Pakar Affiliate buat masa sekarang (mungkin anda akan beli pada masa akan datang).

Jadi, saya sediakan tawaran istimewa untuk anda hadirkan diri juga.
Seminar adalah tempat untuk anda belajar dan juga buat 'networking'. Networking adalah penting untuk memudahkan bisnes anda. Jadi,tak hairanlah ada yang sanggup habiskan ribuan ringgit setiap tahun semata-mata untuk hadiri seminar walaupun seminar yang dihadiri tak berkaitan dengan bidang mereka.

Berita baiknya ialah seminar Pakar Affiliate dapat menerima beberapa lagi tempahan pada harga diskaun 50%!

Kenapa ianya berlaku?
Anda boleh baca di laman web di bawah dan ambil tindakan segera.
http://www.blalang.com/seminaraffiliate.html

Jumpa anda di seminar nanti!
ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.blalang.com/seminaraffiliate.html

ps. dengan kurang RM100, anda dapat jumpa jutawan internet dan usahawan yang telahpun
berjaya di dalam bidang ini. Siapa lagi boleh berikan harga sebegini?
pps. seminar ini benar-benar bernilai RM1,299 kerana saya sendiri akan dedahkan kepada anda strategi (bukan sekadar tactic) $1,000 sebulan yang saya praktikkan.

http://www.blalang.com/seminaraffiliate.html

Seminar Cari Duit Internet Termurah

Monday, January 18, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Seminar yang menampilkan tiga penceramah hebat yang telah membuktikan kejayaan mereka. Seminar ni adalah seminar pada "harga patut". Biasanya kalau seminar perniagaan internet ni memang makan ratus-ratus bayarannya.

==> http://www.blalang.com/seminar.html

Pembongkaran Teknik Serta Tips-Tips Bagaimana Memulakan Dan Mengembangkan Perniagaan Online Mahupun Perniagaan Offline Anda.

Anda kini sedar bahawa seminar ini menampilkan bukan calang-calang penceramah. Mereka akan berkongsi dengan anda berdasarkan pengalaman kejayaan dan kegagalan mereka sendiri.

Oleh itu, apa yang anda perolehi daripada seminar ini adalah tips-tips perniagaan sebenar merangkumi perniagaan produk digital, produk fizikal mahupun perkhidmatan.

Ia juga merangkumi perniagaan online mahupun offline.

Ia sesuai sama ada anda seorang yang mempunyai pekerjaan tetap, masih seorang pelajar atau ingin menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Maklumat lanjut => http://www.blalang.com/seminar.html

Cepat sementara ada tempat kosong.


Meh cari duit internet

Ambil aset orang lain demi traffik

Friday, January 08, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Nama: naquib
Soalan: asslamualaikum....
abg sy nk tnyer pasal pakej lisahilmi..sy baru beli pakej ni...belum mula lagi..sebab ade keraguan pasal hukum haramhalal..pakej nih.....yela...dlm satu pakej tu kite kene upload video..tapi kite tk dpt kebenaran tuan punyer video tu then kite upload tu tk haram kew???
then minta abg bagi penjelasan yg abg tahu pasal pakej lisa nih..dari segi hukum syara'....tq



Jawapan saya,

W'salam naquib,

Saya tidak membeli produk
pakejvideo lisahilmi tersebut tapi saya rasa saya tahu teknik lisa hilmi tu iaitu download video , edit watermark dan upload semula utk tarik trafik rite?

Sebenarnya di dunia internet ini semuanya berkonsepkan perkongsian, owner tidak boleh marah jika originilty video/gambar masing-masing. Sebab itu pentingnya watermark. Dari segi hukum tu saya tak pasti tetapi kalau ambil barang tanpa kebenaran tu memang haram ler kot.

Sebaiknya kita minta kebenaran dahulu, jika boleh bermaksud kalau ada email/borang yang boleh dictc. Cth kalau dlm youtube, kita boleh mesej kepada tuan punya video yang original. Klu tak ada cara utk contact yang owner original rasanya tak haram 'agaknya'.

Tak pun di ruangan mesej kita boelh kredit kepada owner, sekurang-kurangnya pengunjung tahu siapa punya tuan punya video tersebut.

Just pendapat sebab bab hukum ni kena tanya Ustaz Zaharudin :)


Tahniah kepada En Naquib yang sentiasa mementingkan halal haram. Cari duit internet, cari jugakan tetapi mesti cari yang halal.



Salam
~blalang~
Cari duit internet yang halal jer.



Payment Advice Nuffnang

Monday, January 04, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 8 comments
Filed under:

Salam 2010,

Kali ni saya nak bercerita lagi pasal nuffnang. Kenapa saya suka pasal nuffnang ialah sebab nuffnang ni untuk blogger Malaysia dan Singapura. Nuffnang menerima apa jenis blog sekalipun samada BM atau BI.

Jadi boleh dikatakan semua blogger boleh join nuffnang. Tak kira blog Melayu,cina, India 1Malaysia boleh join. Kelmarin mendapat Payment Advice dari HSBC pasal cashout Nuffnang bulan November punya. Selepas dapat payment advice ni biasanya dalam seminggu baru cek tersebut sampai ke rumah. Jika masih tak dapat apa lagi submit ticket la kepada Nuffnang.



Pada bulan Dis, pendapatan Nuffnang saya baru RM50 lebih sahaja tetapi pada 4hb Jan 2010 adalah date untuk cashout bayaran untuk advertorial pada bulan oktober 2009. Biasanya kalau iklan advertorial memang 3 bulan baru boleh cashout.






Sejak saya join Nuffnang dari bulan Dis 2007 sehingga kini dah RM8 ribu cari duit internet dari blog dengan Nuffnang ni. Ini bermakna company dari Malaysia pun boleh bayar kepada blogger, bukan dari oversea sahaja. Ramai lagi blogger yang lebih berjaya buat duit cengan Nuffnang dari saya seperti blog Nufnara, redmummy dan budiey.



Ramai yang bertanya mengenai cari duit internet dari Nuffnang ni. Saya katakan kita bolehlah lepaskan duit bayar bil streamyx dan celcom broadband. Tak la banyak sangat, saja suka-suka meriahkan blog sambil masyuk...Tengok pada kempen Nuffnang, ada yang bayar murah RM0.15 perclick untuk kempen global_CPC tapi kalau kempen geomCPM boleh dapat banyak juga.

Tapi paling best kalau dapat tawaran advertorial. Bayarannya pun tak tentu tapi kalau dapat yang RM1062 satu post tu. Memang rezeki la..





Mudahkan cari duit internet?
~blalang~

Crawl Google

Sunday, December 20, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Agak lama saya tak update blog cari duit internet ni. Maklum la part time jer. Kalau sibuk dengan urusan kerja dan offline, masa untuk online tu terlalu limited digunakan utk benda-benda penting jer.

Kali ni mari kita sama fikirkan soalan dari saudara Zie melalui email.

Assalamualaikum

Nak tanya saudara sikit.. kenapa ya, sudah lama saya buat blog ini, tapi google masih tidah boleh crawl blog saya, biasanya 1 minggu saya buat blog google dah boleh crawl blog saya.. Ada masalah ke dengan blog saya. Saya dah submit ke berpuluh-puluh submit url di internet. boleh tak saudara bagi penerangan kat sy sedikit.


W'salam Zie.

Saya tak mahu kongsikan link anda di sini (mungkin Zie sendiri pun tak mahukan?).

Untuk dicrawl digoogle.Berikut perkara yang saya buat jika untuk blog baru:

1. Submit site ke search engine
2. Submit link ke laman social bookmark seperti digg, twitter,fb, delicious,technorati, mybloglog dan sebagainya.
3. Submit RSS /feed ke laman yang membenarkan RSS. Yang wajib saya submit ialah di My Yahoo dan Igoogle. Tapi banyak lagi ada..
4.Ping, gunakan pingomatic.com. Jangan terlalu kerap , dalam seminggu sekali pun ok.
5. Jangan lupa buat apa yang patut untuk SEO.Tak perlu didetailkan kerana dah banyak kali saya post pasal seo ni.
6.Selain itu ada apa yang penting ialah robot.txt dan membuat sitemap. Kita biasanya tiada masalah untuk blog yang menggunakan blogspot tetapi jika menggunakan worpress ada sedikit konfigurasi yang perlu dibuat.

Saya biasanya menggunakan tool dari google sendiri.

https://www.google.com/webmasters/tools/

Langkah yang perlu dibuat ialah:

1.Login dengan email gmail,

2.Add A site

3. Letak URL web anda

4. Kemudian kita diminta buat verification. Cara yang senang ialah dengan menggunakan meta tag. Google akan memberikan codenya. Jika dengan HTML tiada masalah untuk meletakkan code tersebut di bawah dan sebelum .

Tetapi jika menggunakan WP, anda boleh install plugin dari meta tag manager. Boleh download di http://wordpress.org/extend/plugins/meta-tag-manager/

Step install plugin tidak perlu saya ajarkan di sini ya. Ok selepas anda upload plugin , activate plugin meta tag manager tersebut anda klik di menu setting.

Anda hanya perlu masukkan code dari google tadi diruangan meta name dan meta content. Selepas itu buka page google webmaster tadi dan klik verify. Ok sudah selesai urusan add URL di google webmaster.

Ok harap apa yang saya tuliskan dapat membantu Zie, maaf jika apa yang saya tulis di blog cari duit internet ni telah Zie lakukan. Ini antara yang terfikir secara spontan dari saya. Oh ya semasa menghantar link blog kita tu jangan terlalu banyak dan kerap dalam masa sehari kecuali anda menukar IP. Ini kerana silap-silap blog kita dianggap spam.

Selamat mencuba!

Salam,

~blalang~

Cari duit internet lagi dan lagi...