Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Auto notes Facebook

Thursday, January 21, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: , ,

Soalan dari Najib di wall FB saya,

salam nk tnyer dalam notes abg ni....iklan abg tu rapat2 la...camner abg buat.....?????saya punye jarak besar sgt....tk reti nak rapatkan..tolong ajar.....

Jawapan.

T.kasih Najib yang tak jemu bertanya, sebenarnya notes saya di Facebook tu dibuat secara auto post atau pun dari konfigurasi RSS blog http://www.isuhangat.net/. Sebagai seorang yg part time ni saya suka membuat benda yang auto sebab tu saya suka main dengan RSS.

Jadi iklan saya pada notes FB tu bukannya iklan saya sendiri pun, ianya adalah iklan dari pelanggan saya di http://www.isuhangat.net/iklan-di-sini/ . Ini sebagai add on servis iklan kerana iklan banner juga mereka kerana iklan mereka akan automatik di sasarkan di FB, multiply, feed.com dan ke mailbox mereka yang melanggan blog isuhangat melalui email.

Sebab tu pelanggan yang iklan di blog isu hangat akan berulang kali mengiklan di isuhangat mungkin kerana berbaloi dengan pulangan yang mereka dapat.

Untuk memultipykan blog anda telah saya tulis di blog cari duit internet ini, kali ini saya nak berkongsi cara untuk setup RSS di Facebook supaya ia secara automatik menjadi notes FB anda.

Facebook adalah laman sosial paling top sekarang ni. Ia sesuai untuk semua peringkat umur tetapi kebiasaannya digemari oleh orang dewasa. Tidak seperti twitter yang hanya tinggalkan mesej, facebook mempunyai pelbagai aplikasi yang membuatkan penggemarnya duduk berjam-jam melayan FB ni.

Kepada teman blogger rasanya sememangnya sudah tau facebook boleh menarik trafik ke blog kita. Ada beberapa cara seperti submit link, menulis di wall , menulis di notes dan macam-macam lagi. Ridzuan richie ada menulis mengenai kuasa viral facebook untuk menarik trafik dari facebook di Rahsia Facebook

Ok berbalik pada notes FB saya , saya tidaklah rajin menulis notes melalui cara biasa dengan code HTML untuk letak banner tu semua setiap hari.

Cara meletakkan alamat RSS/Atom blog anda di notes Facebook ialah:

1. Klik menu setting

2. Pilih aplication setting

3. Klik pada notes

4. Sekarang kita akan nampak notes rakan kita.

5. Lihat di kanan - notes setting - klik import a blog spt gambar di bawah

cari duit internet
6. Letak alamat RSS atau ATOM anda, jika anda tida tahu alamat RSS atau ATOM anda, cara mudah ialah dengan mendaftar di feedburner.com untuk mendapatkannya.

cari duit internet

7. Check di kotak yang disediakan dan klik Start Importing

Done! selepas itu apabila anda update blog secara automatik notes FB anda akan mempunyai post yang sama.

Saya juga mempunyai banyak blog lain yang dibuat secara auto post dengan menggunakan plugin WP. Selain menggunakan plug in WP-o-Matic yang menggunakan RSS blog orang lain, saya mempunyai plugin lain yang tidak menggunakan RSS iaitu menggunakan artikel yang diimport dari database artikel.

Walau pun ia tidak unique tetapi ia akan auto update artikel mengikut niche yang kita pilih setiap hari. Sesuai untuk cari duit internet dengan Google Adsense. Ada beratus niche kita boleh pilih. Oleh kerana saya membelinya , jika siapa yang berminat untuk membelinya boleh PM kepada saya :)


Selamat berjaya.

~blalang~
Cari duit di internet

Comments

3 comments to "Auto notes Facebook"
  1. ilmu baru...terima kasih

  2. bagus sgt tips ni admin blog?
    saya pun xpenah godek settings FB saya tu.

  3. admin , camne nak buat RSS Feed kat blog sendiri?

    boleh publish detail x?