Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Meninggalkan jejak di blog orang lain

Friday, April 10, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Lama juga tak buat post di blog cari duit internet ni. Bukan apa sebenarnya tiada idea untuk menulis. nak bagi tip pun takut tip tersebut tidak berguna kerana ramai dah tahu almaklumlah saya bukan otai.

Alhamdulillah semalam mendapat hadiah affiliate dari seseorang bernilai RM875. Bagus juga ya jadi affiliater ni, dah la dapat komisyen hasil jualan, kalau ada pertandingan atau cabaran dapat lagi bonus tambahan.



Walaupun memenangi pertandingan atau cabaran bukanlah satu target saya kerana pada saya, apabila saya menyertai affiliate saya akan cuba promosi sebaiknya untuk mendapatkan komisyen affiliate. Janji ada masyukkk..

Blog hangat saya akhir-akhir ini sudah mencecah 8 ribu orang pelawat dalam masa satu hari. Alhamdulillah kerana target saya pada tahun ini ialah 7 ribu orang shj tetapi telah melebihi target dalam masa 4 bulan sahaja.

Dari pelawat yang datang tersebut pecahan peratus ialah :
16.35% dari blog-blog atau website lain
dan 20.67% dari search engine.
Yang selebihnya ialah pelawat setia, terima kasih.

Pelawat dari website lain adalah termasuk dari Mybloglog, technorati, feedjit juga termasuk dari refferer.com, my bloglist dan follower serta shoutmix

Kesemua aplikasi web di atas adalah sistem yang berguna yang kita boleh meninggalkan jejak kita ke blog org lain dengan aplikasi yang berbeza. Contohnya jika anda "memolow" sesebuah blog, avatar anda akan tinggal di blog tersebut. Begitu juga dengan MBL (mybloglog) dan juga blog catalog.

Sebab tu ramai juga yang menggunakan teknik meletakkan avatar awek cun supaya menarik org klik avatar mereka. Tapi saya sebenarnya tak berkenan dengan teknik guna avatar org lain ni.

Meletakkan jejak blog anda di blog orang lain yang memasang reffererX.com dan feedjit ialah dengan anda memberi kredit kepada blog tersebut atau membuat review atau apa-apa caralah janji ramai orang yang klik ke blog tersebut bertujuan jika ramai pengunjung blog anda yang ikut klik ke blog tersebut akan meninggalkan jejak blog anda di blog tersebut dan bertujuan backlink sekaligus.

Lain-lain sistem di atas pernah saya tuliskan sebelum ini dan saya harap anda faham bagaimana kesemua aplikasi web di atas berfungsi kerana saya lihat kebanyakan blogger di Malaysia ada memasangnya di blog mereka. Samada mereka memasangnya hanya untuk menghiasi blog tetapi sebenarnya benda-benda ni memang berfaedah.

Jika tak faham boleh selak-selak post saya yang lama atau menggunakan pertolongan pak cik google dan mak cik yahoo.

Juga untuk mengekalkan pelawat pada blog ialah mengekalkan kualiti content supaya mereka yang sudah 'terdatang' blog kita akan datang lagi berkali-kali. Lagi cantek kalau diaorang terus bookmark blog kita.

Ok, setakat ni saya melepaskan gian menulis di blog cari duit internet ini dan semoga memberi sedikit idea kepada anda bagaimana untuk menarik lagi pelawat ke blog anda serta menunjukkan bukti keberkesanan sistem-sistem yang disebutkan di atas dalam cari duit internet.

Salam Jumaat
~blalang~
Cari Duit Internet Best!!!

Comments

0 comments to "Meninggalkan jejak di blog orang lain"