Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Memultiplykan blogspot anda

Monday, April 20, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Pertanyaan dari rakan blogger Popoknet yang terkenal dengan muatan download lagu-lagu lama yang saya tak sempat-sempat nak menjawabnya.



Multiply.com adalah satu laman komuniti yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum adanya friendster,myspace, facebook lagi.

Biasanya blogger-blogger otai menggunakan site multiply.com. Dengan multiply.com kita boleh membina rangkaian teman kita sendiri. Multiply adalah terlebih dahulu terkenal sebelum adanya blogger.com atau lebih dikenali dengan blogspot.

Kelemahan multiply ialah kita tidak boleh cari duit internet dengan google adsense melaluinya kerana kita tidak dibenarkan meletakkan google adsense.Juga sukar untuk kita menvariasikan blog kita dengan template yang lebih cantik dan juga widget berbanding blogger.com

Seperti tajuk post di atas, kita sebenarnya boleh membuat post di blogger.com (blogspot) dan membuat auto post ke blog multiply kita atau di dalam multiply dipanggil cross posting.

Ni yang bestnya kerana secara tidak langsung kita boleh update 2 blog yang berlainan domain sekaligus tanpa perlu login ke akaun multiply langsung.

Ini secara tidak langsung dapat membantu kerja-kerja SEO blog kita sekali kerana multiply juga mempunyai beribu-ribu peminatnya tersendiri.

Cara nak membuat auto post multiply.com melalui blog blogger.com (blogspot) ialah:

Kepada yang sudah ada akaun multiply boleh terus login akaun anda, jika tiada sila daftar (sign up) dahulu.

1. Pada main page , klik pada my account di sebelah atas kiri

2. Klik pada Posting option

3. Scroll down dan klik pada Import Journal Entries

4. Anda boleh pilih nak import dari akaun blogger, yahoo 360, type Pad dan sebagainya. Oleh kerana saya nak cerita pasal akaun blogger, klik pada logo blogger.

5. Masukkan user id dan password akaun blogger anda. Proses ini mungkin kena buat banyak kali kerana proses handshake antara blogger dan multiply.

6. Tandakan (check) Enable cross-posting between Multiply and Blogger dan klik ok.

7. Kemudian pilih blog mana dan posting mana yang anda pilih untuk cross posting.

8. Klik butang import

9. Klik Finished .

Proses selesai dan selepas ini setiap kali anda update atau membuat post baru di blogger.com secara automatik akan update di blog multiply anda sekali.

harap memberi sedikit info kepada anda dan mengapa tidak kita boleh cari duit internet dengan blog multiply sekali kan.


Salam,
~blalang~
Blog cari duit internet

Comments

0 comments to "Memultiplykan blogspot anda"