Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Farflex forex SCAM!!

Wednesday, November 05, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Semalam saya berborak dengan pengawal keselamatan di tempat saya bekerja yang bernama Yunus. Saya memang selalu juga lepak-lepak dengan brader ni masa lunch hour kerana sesekali pow rokok gudang garamnya huhuhu.

Brader ni bercerita dengan saya, beliau telah melabur Forex melalui satu broker Forex di Larkin Perdana, JB. Kesian saya mendengarnya apabila duit beliau yang beliau laburkan di Farflex tidak boleh dikeluarkan. Dia membuat pinjaman bank sebanyak RM50,000 untuk melabur kerana terpedaya dengan kata-kata manis tokeynya yang dipanggil Cik Mat dan kuncu-kuncunya.

Bayangkan beliau terpaksa membayar balik pinjaman tersebut sebanyak RM1800 sebulan, melebihi dari gaji dia sendiri!

Saya tak berapa tahu bagaimana company ni beroperasi tetapi walau pun saya dah berkecimpung hampir 2 tahun dengan dunia forex (sekarang berehat kerana terkena spike huhu sedih) tak pula pernah mendengar company farflex sebagai platform forex. Sah platform farflex ni hanya sebagai virtual sahaja, entah-entah beroperasi hanya di Malaysia sahaja.

Dari andaian saya, Cik Mat ni memang handal bermain forex dan melabur dari wang pelabur forex di lain-lain company forex yang sudah terkenal. Forex ni biasalah senang dapat duit dan senang loss juga walaupun sehandal mana pun ilmu forex. Apabila ada news secara tiba-tiba trend forex boleh swing secara mendadak. Cik Mat ni pula membina sistem dia sendiri yang dinamakan farflex bertujuan mengambil caj dari trade pelaburnya. Saya dengar 12 pip. Peh tinggi gila tu Cik Mat!

Apabila sudah rugi dan tak boleh pusing balik bermacam-macam alasan diberi kepada pelabur yang telah terpedaya. Setahu saya jika company forex yang besar-besar yang lain duit boleh di withdraw dengan money transfer, egold, ebullion dll dengan mudah saja (paling lama sebulan) yang company farflex ini pula kononnya difreeze pembayarannya atas arahan BNM. Secara logiknya takkan BNM mempunyai kuasa yang sebegitu cepat untuk memberi arahan pembekuan pembayaran oleh syarikat yang beroperasi di US.

Saya tengok design website farflex ni nampak sangat tak pro. Navigasi menunya begitu statik sekali, tiada forum, tiada support online , tiada kabinet akaun di website semuanya kena download dari platformnya.



Kesian Brader Yunos dan kawan-kawannya yang kurang pengetahuan IT dan forex dimainkan gitu-gitu ajer oleh orang lama forex. Ada yang bercerai berai malah sekali gus membawa risiko forex akan diharamkan di Malaysia. Ramailah pemorex-pemorex yang akan meraung!

Comments

1 comments to "Farflex forex SCAM!!"
  1. Anonymous says:

    salam....saya seorg penuntut di ipta...saya ingin mengetahui lbh lanjut mengenai forex....saya hndk th bagaimana hndak memulakan bidang ini.....saya tinggal di ipoh dan blajar di p.pinang.....saya ingin cr pendapatan saya sendiri.....adakah modalnya besar sampai beribu2....sebb saya dgr ada akaun mini yg modalnya 50 USD....sekian terima kasih....