Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Bagaimana untuk cari duit dengan ebook

Wednesday, November 05, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Bagaimana e-book bleh membantu cari duit. Boleh terangkn x..saya ni kurang ilmu pasal IT...

cumi_yan

Soalan cumi_yan ini agak umum sebenarnya. Jika di book store kita boleh dapatkan buku yang boleh disentuh, diselak,dicium (hehe biasanya buku baru baunya sedap) iaitu produk fizikal, ebook pula ialah buku digital yang kebiasaanya ialah berbentuk fail PDF atau stand alone program yang berformat exe dsb.

Siapa yang hendak membeli ebook? Mereka yang berkehendakkan info/ilmu dari ebook tersebut.

Bagaimana untuk cari duit melalui ebook?

1. Menulis ebook sendiri dengan menggunakan Microsoft Word dan di convert ke PDF kemudian dijual. Apa yang hendak ditulis? Apa-apa kemahiran kita yang mungkin orang lain tak tahu dan sanggup beli untuk mendapatkan ilmu tersebut. Contohnya "Panduan Menjaga Kucing" dll. Pastikan anda memang mahir atau kalau kurang mahir pastikan anda membuat research berkenaan apa yang hendak anda tuliskan seperti membuat tesis atau projek di IPT.

Ebook juga boleh mencakupi program-program tertentu, link-link, grafik,video dan sebagainya.

Tujuan membeli ebook ialah secara jalan pintas kepada pembeli dari mencari maklumat di internet yang terlalu besar maklumatnya. Boleh lihat di post saya yang terdahulu di Cari duit internet. Yang menjadi pokok utamanya ialah siapa yang akan membeli ebook tersebut dan apakah kandungan ebook anda menepati kehendak pembeli.

Trend di Malaysia, ebook seperti ini sebenarnya masih belum menggalakkan lagi. Ebook yang laris di Malaysia ialah ebook yang berbetuk teknikal serta ramai orang ingin tahu seperti ebook Kuasa Forex oleh Nasir, pakej kitblogger Smartzul, panduan adsense oleh Sham. Penulis ebook yang susunan ayat yang menarik ialah adik Labanon walaupun dia baru lepas SPM.

Ebook saya pula ialah Tak Perlu Photoshop, Laporan Adsense di Blog Melayu, Adsense Segera dan Graphic web2.0

2. Jika anda tidak punya kemahiran menulis panduan, kita juga boleh cari duit melalui sistem affiliate. Iaitu menjadi ejen jualan kepada ebook tersebut. Apabila kita mendaftar affiliate, kita akan mendapat link atau web replika kepada website jualan yang asal dan jika ada orang membeli ebook tersebut, kita akan mendapat komisyen dari jualan. Harga komisyen adalah bergantung kepada tawaran penjual ebook tersebut. Kita boleh membuat promosi melalui email, blog,forum, website pengiklanan dan sebagainya.

Kita perlu memikirkan cara pembayaran ebook tersebut samada melalui bank tempatan, paypal,clickbank dan sebagainya.

Untuk peringkat antarabangsa pula, web affiliate ebook yang terkenal ialah clickbank dimana mereka memberi komisyen yang tinggi kepada agen affiliate. Ada yang sehingga 80% dari harga ebook yang sebenar dan mudah untuk konfigurasi link affiliate yang mereka panggil hoplink.

3. Cari duit melalui ebook MRR (Master Resell Right), PLR (private Label Right) dan giveaway. MRR dan PLR ialah lesen hakcipta daripada penulis ebook tersebut. Ebook yang bertaraf MRR membenarkan kita menjual kembali ebook tersebut dengan harga kita sendiri. Ada juga MRR yang membenarkan kita menjual dengan harga yang mereka tetapkan sahaja. Ebook MRR tidak membenarkan kita mengubah apa-apa kandungan ebook tersebut.

Ebook MRR saya yang saya beli dengan harga RM20 telah menjana wang kepada saya lebih dari 500% apabila telah dijual kepada lebih kurang 50 orang. Kini saya telah turunkan harga kepada RM7.50 dan masih ada yang membelinya. Itu yang success storylah ada juga ebook MRR yang langsung takde orang yang hendak membelinya. Ada juga otai yang membuat karnival jualan iaitu jualan besar-besaran ebook MRR yang dipanggil Firesale.

PLR pula membenarkan kita menukar kandungan dan kita boleh menukar nama penulis ebook tersebut kepada nama kita dan link-link di dalamnya dan dijual semula . Biasanya Ebook PLR disertakan sekali dengan format Microsoft Word.

Ebook berstatus giveaway pula biasanya ebook yang lama-lama dan kurang orang hendak membelinya, penulis ebook tersebut akan memberii ebook tersebut secara percuma sahaja tetapi dengan syarat menjadi list viral mereka. Anda akan diminta mengisi email anda untuk menjadi list dan mereka akan menghantar email kepada anda untuk promosi ebook mereka atau affiliate mereka yang lain pula di masa akan datang. Ebook giveaway ini juga kita boleh cari duit melaluinya dengan menjualnya semula.

Penutup.

Pada pendapat saya CARI DUIT INTERNET melalui ebook ada peluangnya yang tersendiri walaupun sebenarnya pakar-pakar IM di dunia boleh mendapatkan sesebuah ebook tersebut dengan secara percuma sahaja melalui website torrent dan sebagainya dan ini adalah mimpi ngeri tetapi kenyataan yang perlu dihadapi oleh penulis ebook. Ini kerana produk digital mudah sahaja untuk dikongsikan.

Semoga membantu,
~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET

Comments

0 comments to "Bagaimana untuk cari duit dengan ebook"