Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Konsep yang sama usahawan online dan offline

Sunday, July 13, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Salam,

Agak lama juga saya tidak sempat update blog cari duit internet ini. Ini adalah kerana kesibukan urusan perpindahan ke rumah baru erk..sebenarnya rumah lelong yang saya baru beli. Oleh kerana kenaikan harga barang-barang kesan dari kenaikan minyak menyebabkan harga rumah pun dah melambung naik. Bayangkan jika rumah yang mempunyai keluasan 20' X 70' sudah berharga RM125,000 ke atas. Tu yang membuatkan saya membeli rumah lelong kerana rumah pertama saya telah diselesaikan melalui KWSP. Ini kelebihan kepada usahawan internet secara separuh masa seperti saya, jika secara full time , KWSP tadak.. kena sendrik mau ingat untuk menabung.

Saya telah berjaya memenangi bidaan rumah yang berusia 4-5 tahun dengan keluasan 24' X 75', 4 bilik, 2 bilik air hanya dengan harga RM92,700 sahaja dan menghabiskan lebih kurang RM20,000 (termasuk bayaran peguam) untuk membuat sedikit renovation iaitu table top,cornice,grill dan awning. (tak tahu spelling betul ke tak hehe). Ini bermaksud saya mengeluarkan lebih kurang RM115,000.00 untuk rumah yang mempunyai keluasan yang lebih besar berbading dengan harga pasaran termasuk majlis doa selamat yang selamat diadakan untuk berkenalan dengan jiran-jiran baru.

Sebenarnya cerita rumah lelong ni hanya mukadimah sahaja, yang hendak saya bercerita mengenai Pak Cik yang menjadi kontraktor saya renovate rumah. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas dalam binaan bangunan malah jika suruh dia plaster dinding rumah pun tak pandai tetapi kerana dengan sedikit pengalaman membuat quotation, beliau mendapat komisyen dari sub-sub konntraktor yang lain. Komisyen dari membuat table top, kabinet dapur,cornice,wiring dan awning, saya rasa beliau boleh mendapat RM1,000 - RM3,000 dalam masa kurang sebulan dengan hanya part time.

Ini menunjukkan usahawan secara offline dan secara online lebih kurang sama sahaja konsepnya. Sebagai usahawan internet, kita mendapat komisyen dari program-program affiliate, secara offline , kita boleh mendapat komisyen dengan menjadi agen-agen barangan dan perkhidmatan orang lain seperti kisah Pak cik tadi, agen streamyx, agen MLM dan sebagainya. Ini bermakna peluang cari duit sebenarnya adalah terbuka luas untuk kita, terpulang kepada kita untuk merebut peluang yang terbuka peluang. Jika kita tidak merebut peluang tersebut, orang lain akan sambar dahulu.


*P/s:
Saya ada membuka peluang cari duit dengan streamyx di post saya terdahulu.
http://blalang.blogspot.com/2007/11/cari-duit-melalui-streamyx.html

Comments

1 comments to "Konsep yang sama usahawan online dan offline"
  1. Anonymous says:

    wah blalang, buat kenduri tak jemput :)