Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Website ping tempatan

Friday, February 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under:

Pertanyaan dari Mohd Fahmi,

Salam bro blalang,

Mula-mula sy nak ucapkan terima kasih kerana saya dah lama follow blog saudara dan dah banyak juga info yang saudara kongsikan yang saya dah praktikkan dan berjaya.
Di sini saya nak tanya, ada tak website ping macam pingomatic yang local punya?

tq


Salam Fahmi,

Terima kasih kerana follow blog cari duit internet ni, memang pun tujuan blog ni untuk berkongsi ilmu, bukan nak tunjuk pandai tapi ramai yang bertanya melalui email yang rasanya rugi jika saya menjawabnya secara personal dan tak dikongsi dengan orang lain.

Tetapi tak semuanya saya jawab kerana untuk soalan-soalan basic yang boleh minta bantuan pak cik google dengan mudah saya malas tak sempat nak menjawabnya.

Ping mengeping adalah salah satu teknik untuk menarik trafik ke blog kita. Dengan ping kepada website ping bermaksud kita hantar data ke server seolah memberitahu blog kita ada update terbaru.

Rasanya ramai dah tau tempat-tempat ping untuk luar negara kan?

Takpe saya listkan lagi sekali,

- http://pingomatic.com/,
- http://pingmyblog.com/ ,
- http://www.pingoat.com/

Ingat jangan ping selalu nanti dikategorikan spam pula. Seminggu sekali oklah.

Di Malaysia pula saya masih tak jumpa website yang ping secara terus macam di atas tetapi masih ada website komuniti tempat berkumpul blogger yang kita boleh ping blog kita.

Antara yang saya pernah guna ialah:

http://komuniti-blogger.com/

http://www.gengblogger.com/ --> connect dengan FB.

http://www.petalingstreet.org/

dan

http://innit.nuffnang.com/ (untuk nuffnanger sahaja)


Ini sahaja yang saya pernah jumpa, jika ada rakan lain nak share pun amat dialu-alukan.

Semoga anda dapat tarik trafik dari local.


Salam cari duit internet,
~blalang~
More Traffic=More Money

Cari duit dengan blog

Wednesday, February 24, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Jika anda ada blog, saya ingin menawarkan sedikit duit kocek untuk anda. Ini ialah cara cari duit internet juga.



Pertandingan Review Blog Isuhangat.Ini sebenarnya antara tektik untuk menarik trafik ke blog anda. Secara tidak langsung peminat blog dari blog lain akan datang ke blog anda.

Selain dari review, anda juga boleh menarik pengunjung ke blog anda dengan menjalinkan hubungan dengan pengunjung seperti membuat pertandingan komen terbanyak, memberi hadiah kepada pengunjung ke 1,000,memberi hadiah ebook dan macam-macam lagi.

Tetapi seeloknya sebelum anda mengadakan pertandingan review pastikan blog anda sudah bersedia untuk cari duit internet. Maksud saya link dan banner affiliate kita dipastikan bekerja kerana inilah peluang untuk masyukkk.

Jika anda mempunyai blog tidak kira kurang pengunjung ke tidak ,saya cabar anda untuk menyertai pertandingan review blog di bawah kerana inilah masanya anda mengasah bakat penulisan anda sebagai seorang blogger.

Ni yang bestnya menjadi blogger berbanding wartawan. Wartawan mempunyai etika kewartawanannya sendiri yang perlu dipatuhi. Gaya bahasa dan penulisan dititik berat ataupun artikel anda dibakulsampahkan.

Apa yang paling penting bagi wartawan tetapi memang tidak diambil kisah oleh blogger ialah format-format asas.

Where
What
Who
Why
When
How


5 Wife 1 Husband (5W+1H) ni memang wajib dalam sebuah artikel wartawan dan mempunyai formatnya sendiri.

Blogger bebas sebebasnya, boleh buat ayat dalam bahasa slanga kalau ambil exam UPSR pun kantul. Namun jika blogger mengikut format wartawan media cetak pun bagus juga dapat meningkatkan kredibiti blogger.

Gaya bebas blogger bagaimanapun mempunyai limitnya sendiri. Kalau tidak - lu sendrik tanggung!

Ok terus ke cari duit internet dengan review:

Untuk tujuan penambaikan blog www.isuhangat.net , saya sedang menganjurkan sebuah pertandingan review blog isuhangat.

Berikut adalah hadiah-hadiah untuk review blog ini:

Tempat Pertama:
- Wang tunai berjumlah RM150.
- Pakej iklan banner antara post yang bernilai RM50
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM230

Tempat Kedua:
- Wang tunai berjumlah RM50
- Pakej iklan banner sidebar yang bernilai RM30
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM110

Tempat Ketiga:
- Wang tunai berjumlah RM25
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM55

3 tempat saguhati
- Pakej iklan text di bawah post bernilai RM455
Jumlah keseluruhan penajaan: RM90

Pakej iklan isuhangat boleh di lihat di :
http://www.isuhangat.net/iklan-di-sini/

Syarat-syarat pertandingan:

1. Mesti ada link ke http://www.isuhangat.net dalam kandungan review.
2. Post mengenai review (permanent link) tidak boleh didelete sehingga 30 hari atau sehingga pertandingan ini tamat.
3. Tiada format gaya penulisan review. Tema adalah bebas.
4. Pakej iklan adalah tidak boleh ditukar ke wang tunai

Tarikh tutup pertandingan 22 Mac 2010.

Daftarkan review anda di http://www.isuhangat.net/2010/02/19/pertandingan-review-blog-isuhangat/


Selamat mereview,
~blalang~
Cari Duit Internet Best!

Panduan menarik trafik melalui forum

Saturday, February 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Salam,

"Traffic= Money". Ini formula ringkas. Untuk anda cari duit di internet dengan blog jangan lupa ini.Selain itu PR pun antara benda utama kita ambil tahu juga untuk terus jana wang dengan blog.

Dah banyak kali juga saya menulis mengenai tarik trafik ni. Selain dari SEO banyak lagi teknik menarik trafik ke blog. Contohnya dengan melalui forum.

Nak suruh orang datang ke blog kita melalui forum mempunyai teknik-teknik tersendiri. Teknik paling famous orang buat ialah di signature. Nak letak signature pun perlu ada hype bukan sekadar letak banner sahaja. Ada tekniknya tu.

Selain dari dari tarik trafik ke blog tetapi boleh juga cari duit internet dengan affiliate melalui forum.

Untuk cari duit melalui forum, kita mestilah aktif berforum. Ada beberapa tip yg saya boleh bagi sikit:

1. Guna saya jangan aku

2. Jangan malu berforum

3. Rajin balas post

Ini hanya tip yang saya kongsikan dari ebook yang hebat Engineer Jamal. Ada sepuluh lagi cara untuk anda cari duit internet dengan affiliate di forum.

Yang penting sekali forum apakah yang anda nak promote tu?

Mestilah forum yang ramai ahlinya tetapi tidak semua forum yang ramai ahli berminat nak ke blog anda. Ramai yang hanya suka berforum dan tidak suka ke blog/website mungkin kerana internet slow.

Antara forum-forum yang boleh cari makan di Malaysia ialah:

1. http://forum.lowyat.net/
2. http://forum.jiwang.org/
3.http://nogold.com/forum/

Dan ada berbelas-belas lagi list forum yang top di Malaysia ni.Ada yang aktif ada yang pasif.

List ini hanya kandungan dari ebook yang hebat Rahsia Affiliate Kerajaan oleh Jamal.

Kandungan ini ada dalam chapter Teknik Pemasaran Melalai Forum. Banyak lagi tip cari duit dengan forum yang diberi oleh En Jamal ni memang tidak terfikir oleh saya.

Ada 3 chapter lain yang hebat lagi iaitu:

Teknik Pemasaran Melalui Blog
Teknik Pemasaran Melalui Email
Teknik Pemasaran Melalui Facebook

Nak tau lebih beli sendirik huhuhu. Memang rugi sapa tak beli.

Kat sini saya nak offer siapa yang beli melalui link affiliate saya saya akan bagi bonus.

http://www.blalang.com/gov.php

Ok di atas ialah link affiliate saya. Berbeza bukan dengan link affiliate saya yang sebenar. Sebenarnya link affiliate saya yang sebenar ialah http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=aff

Inilah dinamakan "teknik cloacking". Menggunakan tinyurl.com bukanlah teknik cloacking yang sebenar. Tinyurl dan website yang sewaktu dengannya tu hanyalah memendekkan link URL anda atau menukar ke URL lain tetapi tetap display link affiliate sebenar.

Menggunakan redirect page pun boleh juga tapi rasanya tetap display link url affiliate kita.

Rasanya anda sudah tahukan kekurangannya jika link affiliate anda terpapar di atas URL bar,

Teknik yang saya guna ni boleh dibuat tak sampai 5 minit dan teknik yang boleh dibuat oleh semua orang yang mempunyai domain.

Ok teknik inilah yang saya akan menjadi bonus saya jika anda membeli ebook rahsia kerajaan Jamal ini.

Jangan lupa, beli di :

http://www.blalang.com/gov.php


Salam IM
~blalang~
Cari Duit internet

Cari duit dengan streamyx : komisyen 200%!

Friday, February 19, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Peluang cari duit dengan streamyx? Streamyx boleh cari duit ker? Membayar bil ada la.

Ya cari duit dengan streamyx dengan menjadi agen/reseller streamyx. Komisyennya besar 200%! Mana ada bisnes yang komisyennya sebesar ini.

Kalau pelanggan yang kita cari masuk pakej kombo RM110. Kita akan mendapat komisyen RM220!

Caranya mudah jer..

Step pertama : daftar email anda di

http://www.blalang.com/streamyx.html

Step kedua : Tunggu email activation dari company micropurle.

Step ketiga: anda dah boleh login di link yang diberi melalui email.

Step keempat: Anda dah boleh mula cari duit dengan streamyx.

Segala panduan dan dokumen ada di website tersebut.

Cara untuk mendaftar pelanggan streamyx.

Langkah pertama anda mesti scan dan save dalam fail komupter anda.

1. Klik menu STREAMYX

1.1 Klik di menu kiri "CREATE A NEW CUSTOMER
1.2 Masuk no telefon. Mesti ada lapan digit. Jika no di luar Sel/KL contohnya:

007 - 0599XXXX
- submit number
1.3 Pilih personal / Business
1.4 Pilih pakej mana.
1.5 Isi maklumat yang diperlukan. Pastikan alamat yang diberi adalah betul.
- Submit
1.6 Upload IC yang anda scan tadi.
- FInish!

Lain-lain info:

* SIB - self installation - tiada bayaran pemasangan sebanyak RM88 tetapi pelanggan/anda kena pasang sendiri. Modem akan dipos di alamat pelanggan atau alamat anda.Cara configuration tidaklah sesusah mana, anda dalam manual yg diberi.

* Untuk pelanggan yang belum ada talian telefon. Klik di Menu TELEPHONE dan ikut step seperti di atas. Mesti ada No KP lama untuk pelanggan yang lahir sebelum tahun 1977.

Ok jangan lepaskan peluang cari duit dengan streamyx, komisyen besar untuk anda!

Daftar segera: http://www.blalang.com/streamyx.html

Untuk daftar celcom broadband, komisyen sehingga 150%. Untuk membeli modem , transfer dahulu harga modem (harga rahsia untuk agen sahaja) pada no akaun yang diberi. Dan ikut step yang diberi.

Modem dan simcard 3G broadband akan dicourrier kepada pelanggan atau rumah anda.

Jom cari duit poket!

Salam ,
~blalang~
- Cari duit dengan broadband

Laporan percuma kepada newbie

Thursday, February 18, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Alhamdulillah saya baru menyiapkan laporan ringkas berkenaan cari duit internet khas kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam tambah pendapatan melalui internet. Laporan tersebut boleh didapati di:

http://www.blalang.com/cariduitinternet

Di dalam laporan tersebut mengandungi istilah-istilah atau pun jargon dalam perniagaan internet yang semestinya difahami oleh IM.

Laporan ini dibuat khas untuk pengunjung blog cari duit internet ini.

MUAT TURUN



Salam IM
~blalang~
Cari Duit Internet

Rahsia orang kerajaan terbongkar

Thursday, February 11, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Orang kerajaan yang saya maksudkan ialah saudara Jamal. Siang dia adalah jurutera dan malam dia cari duit internet pula.

Jamal boleh dikatakan newbie dalam dunia IM. Saya mengenalinya tidak sampai 2 tahun tetapi dia telah banyak kali mengalahkan saya dalam cabaran Affiliate. Memang dasyat orang kerajaan ni kerana beliau pernah menjana 6 angka sebulan dengan perniagaan internet.

Saya bercerita pasal Jamal ni kerana berkaitan dengan ebook terbaru hasil tulisan beliau sendiri bagaimana boleh berjaya menjadi seorang agen affiliate yang berjaya.

Saya telah mendapatkannya dan memang diakui tulisan Jamal ni memang detail dan siap memberi link-link rahsia lagi tempat dimana beliau promosi. Saya recommend anda membeli produk Affiliate kerajaan Jamal ni kerana beliau mengajar teknik beliau sehingga menjadi super affiliate di Malaysia.

Tidak rugi membeli. Dapat kan di http://www.blalang.com/gov.php

Salam cari duit internet,
~blalang~

http://www.blalang.com/gov.php

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Tuesday, February 02, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam,

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.

Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.
• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?
Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya.

Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:
• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam
~blalang~
Tiada cara cepat nak cari duit internet!