Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Mana lebih baik hosting tempatan atau luar negara

Tuesday, December 23, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Ini adalah pengalaman saya menggunakan webhosting untuk dikongsikan

Sebelum ini, saya banyak menggunakan web hosting tempatan, dah banyak yang saya pernah cuba antaranya netkl,sempoi dan saleiz. Mungkin masa tu saya baru berjinak-jinak dalam menyewa hosting, masa tu saya tak ambil kisah mengenai bandwith. Yang penting masa tu saya lebih kepada harga yang murah. Ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada saya kerana apabila mengambil pakej yang murah akhirnya bandhwith tidak cukup, apabila pengunjung ke website saya bertambah. Apabila kita request tambah bandhwirth, biasanya kita akan dikenakan caj.

Ada juga webhosting yang saya dah lama guna mempunyai bandwith yang besar sampai 300G dengan harga boleh dikatakan berpatutan tetapi malangnya sistem yang digunakan ketinggalan zaman, tiada fantastico menyebabkan kita terpaksa belajar pelbagai configuration untuk muat naik script PHP seperti Wordpress, Joomla,Nuke dan sebagainya. Mungkin baik sebagai pembelajaran tetapi jika kita seorang IM, masa itu adalah emas. Kita tak perlu belajar semua benda tu kerana nak belajar sesuatu program tu pun kadang-kadang jejak seminggu dua untuk saya berjaya launchkannya.

Selain itu, kita mesti memilih webhosting yang mempunyai support yang bagus dan reliable. Bukannya kita submit ticket tapi tak reply-reply.

Akhirnya pada tahun ini saya mula menyewa dengan webhosting luar negara seperti cheapname dan hostgator. Hasilnya wow,selain harganya kalau diconvert ke RM sebenarnya lebih kurang sama dengan webhosting dalam negara tetapi servisnya amat berpuas hati. Selain supportnya yang profesional, webhosting-webhosting ini tak pernah down, cpanelnya sentiasa boleh diaccess. Dengan pakej Baby Hostgator (direcommend oleh Lisa Hilmi kepada saya) baru $7.99 sebulan kita kana mendapat unlimited bandwith dan unlimited space!

Tetapi malangnya apabila terjadi kabel fiber TM di luar negara breakdown huhu masa inilah pengalaman yang menyedihkan kerana selain tidak boleh access ke cpanel, website kita pun tak boleh nak browse ataupun slow browsing.

Jika kita sasarkan untuk pelawat dari luar negara, lebih sesuai untuk kita menggunakan webhosting luar negara seperti Hostgator . Dengan hostgator, sebelum kita mendaftar kita boleh mencari coupn code untuk mendapatkan potongan harga, biasanya dalam kadar 15%. Cuma search di search engine, hostgator coupon.

Kesimpulannya, sebelum kita mengambil keputusan menyewa tapak hosting, kita mesti mengenalpasti keperluan storage dan bandwith yang akan kita perlukan. Untuk website-website yang kecil seperti minisite sahaja untuk pasaran dalam Malaysia, tidak mengapa kita menyewa hosting yang murah seperti Jomhosting yang berkadar harga RM10 sahaja setahun! Murah giler..kalau kita hendak meyewa hosting dengan storan yang besar juga bandwith yang besar untuk pelawat dalam Malaysia kena la juga dengan harganya yang besar seperti exabytes hosting.

Antara hosting-hosting :


Comments

0 comments to "Mana lebih baik hosting tempatan atau luar negara"