Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Minggu yang sibuk

Tuesday, August 19, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments

Salam,

Saya tak dapat hantar post di blog ini kerana agak sibuk dengan pelbagai urusan online dan offline, jadi saya tak dapat explore mana-mana peluang cari duit di internet untuk dikongsi bersama.

Biasalah IM part time seperti saya. Dengarnya founder wangcyber dan owner server sempoihosting En Shuth dah pun meletakkan jawatannya di NIOSH dan ingin menjadi IM sepenuh masa.Tahniah kepada beliau dan semoga beliau terus berjaya.

Kesibukan Online:

1.Masalah dengan hosting

Sejak akhir-akhir ini, website saya selalu keluar error "suspended page" hingga membuatkan saya hangin juga la. Dah deal dgn pihak hosting, diaorang kata masalah dari website saya sendiri yang banyak ada bug scipt. Saya telah meminta diaorang script mana yang problem dan diaorang pun dah bagi dan syaki salah satu website wordpress saya yang bermasaalah.

Oleh kerana website tu tak banyak memberi pulangan kepada saya, saya teleh delete website tersebut. Mulanya ok dalam 3-4 hari dan hari ini datang balik...sabar jer lah.

2. Sibuk meyiapkan satu ebook "Tak Perlu Photoshop"

Masa yang paling lama ialah untuk pemasangan sistem affiliate. Dulu saya dah pernah pasang sistemn affiliate ni tetapi oleh kerana dah lama dah ingat-ingat lupa. Sehingga sekarang masih try and error lagi huhu. Tu la "ilmu tanpa amal" - boleh hilang memori kita

Secara ringkasnya ebook ini adalah satu "tool" yang memudahkan kita membuat grafik dengan mudah sekali dan hasilnya lagak seperti seorang pro yang design.

Ingatkan nak lancarlah ebook ini pada minggu ni tetapi memandangkan masalah server hosting tu, saya hold dulu. Sehingga semua dah smooth baru la nak lancarkan.




Tungguuuu!

Kesibukan Offline pulak

Biasanya pada hujung minggu la saya boleh stay back lama sikit untuk kerja-kerja online tetapi oleh kerana banyak sangat jemputan kahwin (biasalah dah musim cuti sekolah) saya tak dapat nak online lama-lama. Ini kerana jemputan kahwin dari rakan-rakan tu agak jauh dari rumah saya. Tak nak pergi tak sedap pula menolak jemputan orang.

Biasalah sebagai family man, musim cuti sekolah ni bawa anak jalan-jalan. Tu hari dah ajak pergi mandi laut di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi dan pada hujung minggu depan ni pula, nak naik KL pula.

Selepas semua ini berakhir saya akan membuat post di blog CARI DUIT INTERNET ini seperti biasa.

Comments

1 comments to "Minggu yang sibuk"
  1. Anonymous says:

    orait bro...gua tunggu!