Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Masih Ada Yang Tertipu

Saturday, December 01, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: ,

Akhir-akhir ini, semakin galak saya menerima email yang mempelawa saya menyertai program-program Autosurf, Klik banner, Baca Email Dapat Duit dan sebagainya.

Kepada penghantar-penghantar email tersebut, ini ada kata-kata dari saya:

Maaflah, benda ni semuanya saya dah lalui sebelum ini,dan boleh dikatakan semuanya HAMPEH-HAMPEH belaka. Kalau sekali klik hanya mendapat 0.01 sen, bila nak dapat mengumpul USD100.00 ? Huhuhu, anda akan terpaksa membayar untuk mendapat jumlah yang lebih untuk sekali klik. Sekurang-kurangnya USD20.00, dan jika tiada rezeki anda belum balik modal tauke program tersebut akan cabut lari.

Siapa yang sudah berjaya?

Bagaimana nak dapat untung dengan program-program ini ialah dengan cari downline sebanyak mungkin. Jika anda ada banyak downline mudahlah anda boleh redeem duit anda. Jika tidak...

Bukan saya nak mengata tetapi sedarkah anda,dengan anda mempromosi program-program tersebut untuk cari downline anda sebenarnya telah membawa orang lain supaya tertipu. Seperti peniup seruling membawa tikus ke gaung!. Apabila program tersebut telah ditutup, bolehkah anda dengan selambanya meneruskan perjuangan cari duit di internet. Orang sudah tidak percaya dengan kredibiliti anda. Dan silap langkah ada yang membuat laporan kepada pihak yang berkuasa.

Bukan tiada program tersebut yang betul tapi percayalah 99% adalah SCAM. Saya pernah mendapat wang dinar Iraq sebanyak 250,000 yang dipos melalui program tersebut tetapi jika ditukar dengan RM hanyalah RM8.00 sahaja untuk kerja lebih 6 bulan klik banner. Tak berbaloi kan?

Mungkin anda tidak percaya dengan kata-kata saya hari ini, tetapi esok lusa anda akan sedar dengan kata-kata saya. Lihatlah post-post awal saya di blog ini. Semua saya dah join bro! Semua program-program yang saya join dulu telah ditutup. Yang saya masih stick ialah dengan Forex. Untuk belajar secara asas Forex Marketiva saya pernah menulis di SINI

So, sendrik mau ingat!Jadilah Internet Marketer yang sebenar!

Comments

2 comments to "Masih Ada Yang Tertipu"
  1. Abd Rafi says:

    Blalang,

    Try click and pay Malaysia punya. Company yang registered company besar2 spt Air Asia, semua e-media di Malaysia:

    http://www.cash88.com/pages/index.php?refid=cashier

    Cubalah.

  2. oooo.... macam tue ker? aq ada gak tau pasal laman yang sediakan autosurf. Bila aq tgk rating diaorg kat alexa masih tinggi lg tuk bln oktober 2008 nie. Camner ek kata "scammer" jer tp masih ramai org surf jer....