Pelaburan di internet kian menjadi-jadi dan jika dilihat trend sekarang , rakyat Malaysia yang berinternet atau tidak pernah sekalipun melayari internet malah tidak tahu apa itu internet semakin mempercayai urusniaga di internet. Dari satu aspek ternampak ada kemajuan it tetapi jika dibiarkan akan menjadi satu barah pula.
Kenapa? Mereka tipu ker? Hanguskah duit aku?
Ok sebenarnya jawapannya saya pun tidak tahu.Walau bagaimanapun pengalaman saya bermain hyip sebelum ini, 99% adalah akan ditutup (boleh lihat di post sebelum ini). Sememangnya program HYIP adalah sebegitu, malah ada program-program yang sudah declaire awal: Bayaran akan dibuat sehingga program ini bekerja.
Itu adalah satu hal yang lain, tetapi yang saya tekankan bahawa dari segi hukum Syara'. Halal atau haram duit-duit pelaburan tersebut. Sebagai orang Islam kita wajib mencari rezeki yang halal!!! Jika sebelum ini kita terlalai diharap kita akan membuang program-program tersebut.
Kenapa Ia Haram?
Senang sahaja, di dalam Islam dimana perniagaan atau pelaburan yang mempunyai pulangan yang tetap adalah di HARAM!!! Saya bukan ustaz untuk memberi hukum halal-haram, tetapi setelah saya terjumpa seorang Ustaz yang celik IT, yang boleh memberi hujah yang kukuh beserta dengan dalil-dalilnya sekali yang mengatakan program-program tersebut adalah haram.
Antara petikan mengenai Empay:
Jelasnya, ia adalah amat jelas, 'bermain dengan kepala' ( komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat).
Justeru jelas lagi bersuluh ia adalah haram dan termasuk dalam kategori yang disebut oleh Allah sebagai : ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل Ertinya : Dan janganlah kamu memakan harta sesame kamu dengan cara yang bathil (salah)..( Al-Baqarah : 188) Inilah sistem piramid bentuk cara yang salah dan tidak menepati Islam. Tambahan pula, setiap lot yang dibeli bermakna akan menghasilkan untung yang telah ditetapkan jumlahnya. Inilah namanya 'Mudarabah Palsu'.
Tiada jaminan untung dalam Mudarabah sama sekali walaupun dari pihak ketiga. Ia tidak ubah seperti ‘Fixed Deposit' dari satu sudut: Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %) dari jumlah pelaburan anda. Cuma perbezaannya adalah ia lebih teruk lagi kerana Fixed Depost tidak meletakkan perbezaan perolehan komisyen kepada pencarian ahli. Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba.
Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :
أن الخراج بالضمان
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram
Sumber: www.zaharuddin.net . Ustaz Zaharuddin adalah seorang kolumnis ruangan agama di Harian Metro Ahad. Berikut diantara jawapan-jawapan atau hujah-hujah dari Ustaz Zaharuddin mengenai pelaburan Empay dan Swisscash:
Hukum Empay:
http://tinyurl.com/2uhnxx
Hukum Swisscash:
1. http://tinyurl.com/2ath86
2. http://tinyurl.com/ynl59d
Program-program yang lain seperti Abfund, winlifunfd dan beribu-ribu lagi program HYIP yang lain, jika melibatkan pulangan secara tetap, tanpa aqad dan sebagainya pun sama juga.
Oleh itu marilah kita sama-sama meninggalkan rezeki yang haram kerana dari rezeki tersebut kita akan membeli makanan untuk kita,isteri/suami dan anak-anak. Jika kita sudah terbiasa memakan dari sumber yang haram akan menyebabkan hati kita mati.
Carilah yang halal. Jika anda tidak berminat dengan ASB dan sebagainya, masih ada program pelaburan yang halal yang saya recommend iaitu FOREX.
Panduan Forex secara asas :
http://www.blalang.com/forex
Hukum Forex dari pelbagai sumber:
http://tinyurl.com/229v8k
Hukum forex dari diskusi egroup Assunah (Indonesia) :
http://tinyurl.com/ypbmsh
Lain-lain:
http://users.cjb.net/onlinetrading/hukum.html
Atau anda boleh bertanya sendiri melalui googling atau yahoo menggunakan keyword: HUKUM FOREX.
Sekian, diharap para pelabur Empay,Swisscash,Abfund,Uptrend,erafa, winlifund dan lain-lain program hyip dan MLM, tidak berdendam dengan saya, saya sekadar ingat mengingati sesama Muslim.Marilah kita sama-sama bertaubat selagi masih bernafas.
Cari Duit Internet: Pelaburan Di Internet Haram ?
Filed under: Empay Haram, Hukum Forex, Hukum MLM, Hukum Swisscash