Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Peluang Dapat Duit Melalui Laporan

Wednesday, January 31, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , , ,

Salam Sejahtera ,

Seperti yang saya janjikan, Blalang Cari Duit akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru berhubung perniagaan internet dan peluang-peluang menjana pendapatan di internet.

Jika anda tiada masa, atau ingin cepat, sila ke http://tinyurl.com/38on4z
sekarang!!

Kali ini saya bawakan satu lagi peluang untuk menjana pendapatan di internet dengan hanya membaca laporan yang disediakan. Nampaknya trend ini semakin berleluasa dan kita akan mendapat $1 untuk setiap laporan yang kita sebarkan.

Jika Blalang berminat untuk mendapat $1 untuk setiap pembaca laporan ini, sila ke http://tinyurl.com/38on4z

Jika anda cepat, Blalang akan berpeluang mendapat pelbagai hadiah percuma selain mendapat $1 bagi setiap yang membaca laporan melalui link Blalang.

Apa tunggu lagi? Segeralah ke http://tinyurl.com/38on4z

Bertindak sekarang sebelum terlambat! Tawaran ini bukan untuk selama-lamanya, ia akan berakhir dalam masa terdekat!

Ikhlas,

Berforum pun boleh buat duit

Wednesday, January 24, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Ya seperti sebenarnya banyak lubang buat duit di internet antaranya ialah dengan hanya berforum. Jika mesej yang hantar berkualiti dan diaorang terima,kita akan dapat habuannya.

Berforum bersama orang2 seluruh dunia memang mencabar tetapi anda tidak perlu risau kerana mereka semua sporting dan akan membalas mesej anda.Ya lah untuk untuk mendapatkan komisyen.Sistem akan memberi sistem bintang atau mata untuk menilai kualiti mesej yang anda beri.Biasanya reply yang panjang dengan sedikit huraian akan mendapat mata yang tinggi

Kita juga boleh improve english kita. Kalau anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, inilah peluang untuk anda,jika yang separa mahir atau tidak mahir boleh improve english kita.Walaupun susunan ayat terbalik-balik - Takder org gelak punya la...

Isu yang diperbincangkan adalah bebas.Tiada sekatan politik,ekonomi dsb.Inilah masa untuk kita berbahas dan bertukar pendapat dengan American dan org2 barat dan menyampaikan pendapat kita tetapi jangan sampai bertegang urat pula.Isu Iran,Iraq pun ada dan anda bebas nak suarakan bantahan anda.

Forum yang saya sertai sekarang dan mula popular di kalangan pencari-pencari duit di internet ialah:

1. Mylot

2. GOT PAID FORUM

3. GOLD AGE

Ok selamat mencuba

Produk pertama 2007 Berjaya Dipasang Affiliate

Tuesday, January 09, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya produk pertama saya pada tahun 2007 telah siap 90%. Produk tersebut ialah menjual ebook. Ebook-ebook yang saya jual adalah amat berguna kepada usahawan Internet. Ebook ini juga adalah master-resell right iaitu anda berhak untuk menjual semula ebook ini dengan harga yang anda suka. Jika anda pandai bermain promosi atau di ebay dan lelong dot com, keuntungan boleh berlipat ganda hanya dengan satu buku sahaja.

Produk master-resell ini boleh didapati Di SINI atau http://www.blalang.com/master-resell

Untuk produk master-resell ini saya telah membuka peluang kepada anda untuk tolong promosi/iklankan produk saya ini . Jika anda dapat jual satu pakej master-resell anda akan mendapat RM3.00.


Sistem ini dipanggil affiliate. Saya belajar memasangnya dari ebook ini:


Ebook ini sangat berguna untuk cara-cara memasang affiliate di dalam website anda.

Dapatkan ebook dari En Rosli Hassan di link di bawah:

Lelabu Dot Com

Di harap saudara/i sudi menjadi affiliate saya , klik buku di bawah



Terima Kasih

Blalang Dot Com

Kenapa saya teruja dengan perniagaan di Internet?

Wednesday, January 03, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Salam,

2-3 hari ni saya sengaja tidak moderate email blalang_group. Oleh kerana cuti panjang saya amat bersimpati jika saya luluskan 90 pending message akan memenuhi inbox ahli. Jika melanggan email blalang_group melalui email syarikat akan membawa pelbagai masalah seperti email penuh. Jika anda perasan trend di blalang_group sekarang ialah email bergambar yang mempunyai saiz fail yang besar.

Ok lah , balik kepada tajuk - Kenapa saya semakin teruja dengan perniagaan internet?
Cuba kita renung sejenak,
Jika kita memiliki kedai sendiri, berapa ramai pelanggan yang masuk kedai kita dalam masa satu hari? Di dunia internet,lihatlah purata pengujung laman web saya di sini. Anda boleh menilai sendiri. Jika kita sanggup keluar modal sedikit pengunjung akan meningkat ke ribuan pengunjung sehari dengan promosi-promosi secara internet.

Belanja untuk www.blalang.com lebih kurang RM20 sahaja sebulan. Bagaimana pula dengan harga sewa kedai? Push Cart di Shopping Complex pun mencecah sehingga RM1500 sebulan.

Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!


Lihatlah statsistik pengguna internet (dr blog Irfan Khairi)

Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Jumlah Pengguna Internet Di Malaysia dan sekitarnya:

Malaysia - 10,040,000
Singapura - 2,135,000
Brunei - 35,000
Indonesia - 15,300,000

Ringkasan Statistik
Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.
Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.

Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna.

Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!
Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007

Monday, January 01, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Salam,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan juga selamat menyambut tahun baru 2007.

Selamat memasang azam baru dan semoga azam tahun lepas telah tercapai. Jika belum/tidak tercapai semoga anda bekerja lebih keras untuk tahun 2007.Azam saya di arena cyber ini ialah untuk mendapat lebih dari RM1K sebulan melalui aktiviti online saya : http://www.blalang.com. Saya menjemput anda semua untuk join aktiviti-aktiviti cari duit saya sempena tahun 2007 ini. http://blalang.blogspot.com.

Antara program 2007 yang saya nantikan ialah Agloco
Ramai sudah mendengar Agloco bukan? Lagi 9 minggu agloco akan dilancarkan dan anda masih berpeluang untuk membina network anda sendiri. Saya sendiri secara peribadi tidak sabar menunggu Agloco ini dilancarkan dan untuk muat turun viewbar tool seperti yang mereka canangkan.

Blog melayu mengenai agloco ---> http://agloco-malay.blogspot.com

Selain dari itu saya juga akan menumpukan perhatian untuk jual semula ebook yang saya beli dengan harga yang sangat murah Rm20.00 sahaja. --> http://www.blalang.com/master-resell
Saya telah memasarkannya di ebay Malaysia dan sedang dalam proses untuk menjualnya di peringkat antarabangsa. Kemungkinan sempena tahu baru ini harga ebook ini akan dinaikkan lagi kerana saya mendapat nasihat dari seseorang internet-marketer SOHO yang menyatakan harga ebook ini terlalu murah dan merosakkan pasaran. Tetapi setakat ini saya belum bercadang untuk menaikkan harga ebook ini kerana saya hanya sekadar berkongsi.

Lagi satu berita menggembirakan untuk saya ialah dengan Plan 5 Bintang di mana pihak pengurusannya akan menaikkan dari level 5 ke level 10. Ini bermakna peluang untuk menambah komisyen bulanan saya. Pada bulan Dis 06 saya telah mendapat komisyen sebanyak RM81.00!!!! Lihat buktinya DI SINI. Saya juga mempelawa anda untuk sertai Plan 5 Bintang ini.Insyallah saya akan buat post khas Plan 5 bintang ini.


Untuk tahun 2006, saya bersyukur kerana mendapat pendapatan purata RM300-RM400 sebulan dari aktiviti internet blalang cari duit walau hanya 5- 6 bulan saya melibatkan diri secara serius. Ini sudah memuaskan hati saya kerana hampir 10 tahun saya berinternet tanpa income satu sen pun sebelum ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Tidak lama lagi saya akan membuat post iaitu program numenmail yang popular di blalang_group adalah program SCAM!!!