Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Apa Itu HYIP

Sunday, August 27, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments



Assalamualaikum,

Salah satu cara mendapat duit dengan mudah adalah dengan program HYIP. Tapi ingat semudah anda dapat duit semudah itu juga anda kena tipu.Jadi sila baca artikel di bawah sehingga habis.

HYIP adalah singkatan kepada High Yields Investment Program.
HYIP adalah satu program pelaburan di internet yang berbeza dengan autosurf. Bayangkan anda melabur dalam pasaran saham atau hartanah. Ini adalah amat sama dengan HYIP. HYIP adalah satu pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan dengan tidak perlu melakukan apa-apa tetapi mempunyai risiko untuk mengalami kerugian.

Bagaimana cara pelaburan HYIP ?
Anda perlu memasukkan pelaburan anda kepada program HYIP tersebut dan membiarkan pihak mereka menggunakan wang anda sebagai modal untuk pelaburan mereka di tukaran wanga asing. Kemudian mereka akan membayar peratusan komisen berdasarkan keuntungan mereka, Anda hanya perlu menyumbangkan wang anda dan menunggu mereka untuk membayar komisyen di atas pelaburan anda tersebut. Selalunya komisyen dibayar pada tiap-tiap hari tetapi ada juga yang dibayar mengikut minggu atau bulan.Ada program yang membuat bayaran secara manual iaitu anda perlu pergi ke website mereka dan withdraw secara manual.Program secara auto ialah bayaran dibuat secara automatik ke akaun egold anda.

Apakah contoh program HYIP yang ada ?

Terlalu banyak program HYIP di internet masa ini. Antara program yang admin telah menyertainya dan telah dapat pulangan adalah seperti
DI SINI. Tetapi AWAS!!! banyak HYIP adalah satu penipuan atau dipangggil SCAM. Admin sendiri telah beberapa kali terkena. Almaklumlah dunia siber ini begitu mudah penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah. Untuk membuat semakan program HYIP itu adalah scam atau tidak, kita boleh semak di website-website monitor seperti DI SINI atau DI SINI. Di bawah saya ada senaraikan lagi banyak website-website monitor.


Apakah Keperluan Untuk Menyertai ?

Menyertai pelaburan menggunakan matawang elektronik E-GOLD,netpay,paypal atau kredit kad.Artikel berkenaan egold telah saya ataachkan sebelum ini atau boleh juga dibaca tentang e-gold klik
DI SINI. Atau di website egold (klik)

Tip-tip sebelum melabur di HYIP:
1. Jangan melabur terlalu banyak. Lebih baik jika melabur d bawah USD10 dahulu untuk menguji kebenaran program itu.
2. Baca dari forum-forum di internet mengenai program HYIP yang anda ingin sertai itu.Banyak forum berkaitan berkenaan dengan HYIP ini di dunia internet. Bermakna anda perlu membuat sedikit research sebelum melabur.
3. Jangan tamak
4. Jangan menyertai terlalu awal iaitu program HYIP yang baru dilancarkan. Biasanya program-program baru ada menyediakan banner link rating (monitoring button) di bawah site mereka. Sila browse semua website-website tersebut dan nilai rating yang diberi oleh mereka yang telah melabur.
5. Jangan terlalu mempercayai kata-kata slogan syarikat HYIP tersebut walaupun tertera perkataan GUARANTEED.
6. Fikir Logik. Jangan terlalu mempercayai pulangan yang sangat besar seperti 100 %- 400 % anda boleh dapat dalam masa sehari. Tiada perniagaan di dunia ini yang membolehkan anda mendapat pulangan sebegitu mudah.
7. Halal atau Haram?? Sila lihat dahulu keterangan pelaburan yang dibuat. Jika pelaburan untuk perniagaan yang haram maka haramlah hukumnya begitu juga berhati-hati dengan HYIP yang menyokong keganasan Israel.
8. Jika anda mahu melabur dengan jumlah yang banyak dinasihatkan supaya melabur di pelbagai HYIP dengan amaun yang kecil setiap satunya untuk mengelakkan anda ditipu.
10. Senarai website yang memberi rating kepada program-program HYIP atau pun dipanggil website monitor seperti di bawah ini: Sila layari dahulu website-website tersebut sebelum melabur.
1-
Surf4others
2-
hyipexpelorer
3-GoldPoll
4-
HYIP RANKS
5-HYIPMonitor
6-HYIP Catalog
7-
hyipia
8-TOP 100 HYIP
9 -
WorldHYIP
10-
HYIP-analysis

Sebenarnya banyak lagi website-website monitor yang ada.Anda boleh cari sendiri jika anda telah melibatkan diri dengan HYIP.

Saya juga menjemput anda untuk menambah tip dan trick berkenaan HYIP di ruangan comments. Setakat ini untuk HYIP, saya akan bercerita pula berkenaan autosurf,email berbayar,google adsense,affliate, merchant dan bermacam-macam cara lagi yang boleh membuatkan kita mendapat duit di atas talian.

Terima Kasih


Tempat melabur

Comments

1 comments to "Apa Itu HYIP"
  1. Anonymous says:

    assalamualaikum....
    u ni yg main HYIP kat eutrade kan.
    tp et scam kan
    saye pn kne gak.
    ni nak yny pasal easy forex.
    u main gak ke.
    leh ajar saye x.
    e-mail saye frienzy_88@yahoo.co.uk