Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Program Autosurf

Monday, August 28, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Assalamualaikum,

Semalam saya dah terangkan berkenaan HYIP dan cara melabur dengan program HYIP.Hari ini saya akan cuba memberi penerangan berkenaan program Autosurf pula.

Apa itu Autosurf?

Autosurf ialah program yang memberi kita pulangan dengan melihat iklan-iklan yang telah membayar di website mereka. Autosurf juga adalah sebenarnya untuk webmaster mempromosi website mereka. Iaitu dengan cara mereka lihat website mereka dan mereka lihat website kita. Sebab itulah jika kita mendaftar dengan autosurf mereka menyediakan ruang yang wajib diisi ialah alamat website kita. Mereka menggunakan sistem kredit setiap kali kita surf iklan-iklan yang terdapat di website mereka.Jumlah kredit itu ialah jumlah ahli lain melihat website kita.Ini bermakna bagi webmaster mereka boleh menarik jumlah pelawat ke website kita.

Bagaimana jika kita tiada website?
Kalau tiada website tetapi hendak juga join program autosurf pun boleh.Jika sesak sangat boleh juga letakkan website saya ---> www.blalang.com . Terima Kasih

Adakah autosurf mengenakan bayaran?

Seperti program-program lain,autosurf juga mengenakan bayaran tetapi bayarannya tidaklah mahal sangat, biasanya dalam USD5-USD10. Tetapi jika tidak mahu membayar pun tidak apa cuma untuk mendapat pulangan tu lambatlah malah ada juga yang langsung tidak membayar dalam bentuk wang, hanya bayar menggunakan kredit surf sahaja.

Di bawah ini saya listkan program autosurf yang telah saya sertai dan anda juga boleh menyertainya juga : Just click the banner.







Bagaimana Mereka membayar anda?
Mereka mendapat pendapatan dari pengiklan-pengiklan yang menyertai program mereka

Seperti HYIP, autosurf juga mempunyai website-website monitor yang memberi rating kepada program autosurf tersebut.Ini adalah kerana dunia internet ini penuh dengan scam. Berikut saya listkan antaranya:

1.
Autosurfmonitor.com
2.

3.

4. Hotsurf
5.
Vip-Monitor

Ok,setakat ini setakat ini sahaja.Anda dijemput menyatakan pendapat anda di ruangan komen.Terima Kasih

Apa Itu HYIP

Sunday, August 27, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments



Assalamualaikum,

Salah satu cara mendapat duit dengan mudah adalah dengan program HYIP. Tapi ingat semudah anda dapat duit semudah itu juga anda kena tipu.Jadi sila baca artikel di bawah sehingga habis.

HYIP adalah singkatan kepada High Yields Investment Program.
HYIP adalah satu program pelaburan di internet yang berbeza dengan autosurf. Bayangkan anda melabur dalam pasaran saham atau hartanah. Ini adalah amat sama dengan HYIP. HYIP adalah satu pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan dengan tidak perlu melakukan apa-apa tetapi mempunyai risiko untuk mengalami kerugian.

Bagaimana cara pelaburan HYIP ?
Anda perlu memasukkan pelaburan anda kepada program HYIP tersebut dan membiarkan pihak mereka menggunakan wang anda sebagai modal untuk pelaburan mereka di tukaran wanga asing. Kemudian mereka akan membayar peratusan komisen berdasarkan keuntungan mereka, Anda hanya perlu menyumbangkan wang anda dan menunggu mereka untuk membayar komisyen di atas pelaburan anda tersebut. Selalunya komisyen dibayar pada tiap-tiap hari tetapi ada juga yang dibayar mengikut minggu atau bulan.Ada program yang membuat bayaran secara manual iaitu anda perlu pergi ke website mereka dan withdraw secara manual.Program secara auto ialah bayaran dibuat secara automatik ke akaun egold anda.

Apakah contoh program HYIP yang ada ?

Terlalu banyak program HYIP di internet masa ini. Antara program yang admin telah menyertainya dan telah dapat pulangan adalah seperti
DI SINI. Tetapi AWAS!!! banyak HYIP adalah satu penipuan atau dipangggil SCAM. Admin sendiri telah beberapa kali terkena. Almaklumlah dunia siber ini begitu mudah penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah. Untuk membuat semakan program HYIP itu adalah scam atau tidak, kita boleh semak di website-website monitor seperti DI SINI atau DI SINI. Di bawah saya ada senaraikan lagi banyak website-website monitor.


Apakah Keperluan Untuk Menyertai ?

Menyertai pelaburan menggunakan matawang elektronik E-GOLD,netpay,paypal atau kredit kad.Artikel berkenaan egold telah saya ataachkan sebelum ini atau boleh juga dibaca tentang e-gold klik
DI SINI. Atau di website egold (klik)

Tip-tip sebelum melabur di HYIP:
1. Jangan melabur terlalu banyak. Lebih baik jika melabur d bawah USD10 dahulu untuk menguji kebenaran program itu.
2. Baca dari forum-forum di internet mengenai program HYIP yang anda ingin sertai itu.Banyak forum berkaitan berkenaan dengan HYIP ini di dunia internet. Bermakna anda perlu membuat sedikit research sebelum melabur.
3. Jangan tamak
4. Jangan menyertai terlalu awal iaitu program HYIP yang baru dilancarkan. Biasanya program-program baru ada menyediakan banner link rating (monitoring button) di bawah site mereka. Sila browse semua website-website tersebut dan nilai rating yang diberi oleh mereka yang telah melabur.
5. Jangan terlalu mempercayai kata-kata slogan syarikat HYIP tersebut walaupun tertera perkataan GUARANTEED.
6. Fikir Logik. Jangan terlalu mempercayai pulangan yang sangat besar seperti 100 %- 400 % anda boleh dapat dalam masa sehari. Tiada perniagaan di dunia ini yang membolehkan anda mendapat pulangan sebegitu mudah.
7. Halal atau Haram?? Sila lihat dahulu keterangan pelaburan yang dibuat. Jika pelaburan untuk perniagaan yang haram maka haramlah hukumnya begitu juga berhati-hati dengan HYIP yang menyokong keganasan Israel.
8. Jika anda mahu melabur dengan jumlah yang banyak dinasihatkan supaya melabur di pelbagai HYIP dengan amaun yang kecil setiap satunya untuk mengelakkan anda ditipu.
10. Senarai website yang memberi rating kepada program-program HYIP atau pun dipanggil website monitor seperti di bawah ini: Sila layari dahulu website-website tersebut sebelum melabur.
1-
Surf4others
2-
hyipexpelorer
3-GoldPoll
4-
HYIP RANKS
5-HYIPMonitor
6-HYIP Catalog
7-
hyipia
8-TOP 100 HYIP
9 -
WorldHYIP
10-
HYIP-analysis

Sebenarnya banyak lagi website-website monitor yang ada.Anda boleh cari sendiri jika anda telah melibatkan diri dengan HYIP.

Saya juga menjemput anda untuk menambah tip dan trick berkenaan HYIP di ruangan comments. Setakat ini untuk HYIP, saya akan bercerita pula berkenaan autosurf,email berbayar,google adsense,affliate, merchant dan bermacam-macam cara lagi yang boleh membuatkan kita mendapat duit di atas talian.

Terima Kasih


Tempat melabur

Langkah Pertama : Apa itu egold

Friday, August 25, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments

Dari website blalang.egold

Sebelum anda ingin membuat duit online, anda mestilah mempunyai transaksi untuk menukarkan semula ke RM kerana kebiasaannya mereka menggunkan US Dollar. Antaranya ialah dengan menggunakan egold.

Apa itu e-gold?
E-gold, Ltd adalah suatu perusahaan financial ternama di dunia yang berpusat di Amerika, yang mengkhususkan dirinya pada transaksi internet. Boleh dikatakan bahwa secara de-facto e-gold adalah mata wang internet. Transaksi dengan menggunakan kad kredit sangat terbuka terhadap pembocoran kad kredit. Kerana itu, e-gold menawarkan solusi pembayaran di internet yang relatif dan selamat..
Cara kerja e-gold adalah seperti bank - bank tradisional pada umumnya. E-gold menerima deposit dari penyimpan, dimana pengguna boleh bertransaksi transfer keluar ataupun masuk melalui e-gold. Seperti bank tradisional pada umumnya.
E-gold menyimpan deposit penyimpan dalam bentuk emas. Jadi ketika pelabur menyimpan sejumlah wang dalam mata wang tertentu, wang tersebut akan di konversikan menjadi emas. Mengapa emas ?? karena emas adalah mata uang yang paling stabil saat ini. Jadi apabila harga emas dunia naik, nilai wang kita di e-gold juga akan naik, demikian sebaliknya.
Lalu bagaimana cara mendapatkan account e-gold ??? Mudah sekali, cukup hanya dengan mengisikan aplikasi pendaftaran pada website e-gold , anda sudah dapat mendapatkan account e-gold.
Account e-gold anda baru berguna apabila anda memiliki wang di dalamnya. Sama seperti account anda di bank tradisional. Apabila tidak memiliki dana, jangan harap dapat transfer ke luar, walaupun hanya $0,1.
Untuk membeli e-gold di Malaysia ada beberapa website yang telah menyediakannya. Saya juga adalah agen kepada syarikat jual-beli egold di Malaysia--> egoldmalaysia

Disertakan transaksi egold saya :
Klik untuk besarkan Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Salam Perkenalan

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam perkenalan dari saya. Saya berasal dan tinggal di Johor, Malaysia. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk menceritakan pengalaman saya di dalam dunia internet untuk cari duit tambahan. Pada mulanya saya layari internet hanya suka-suka untuk menambahkan ilmu. Lama-lama apabila kos hidup semakin meningkat semenjak kenaikan harga minyak pada tahun 2006 ini, saya gagahi juga ilmu cari duit di dunia internet ini.

Aktiviti saya di dunia internet mula bermakna pada diri saya setelah saya mencipta sebuah egroup dari facilities yahoo iaitu
blalang_group(click to view). Dari lebih kurang 15 orang ahli sahaja iaitu kawan-kawan saya di dunia nyata telah menjadi semakin besar dan sehingga blog ini ditulis telah ada 7755 orang ahli.

Saya sebenarnya seorang moderator yang tidak terlalu menonjol dan jarang menyampuk email dari ahli. Malah di kalangan ahli blalang_group ni pun tidak ambil kisah siapa owner
blalang_group ini. Saya lebih suka begini.

Pada mulanya saya memang tidak percaya langsung dengan perniagaan di internet. Akan tetapi setelah membaca forum-forum dan melayari website-website saya mula percaya kita memang boleh menambah pendapatan melalui internet. Contoh terbaik ialah jutawan muda saudara Irfan Khairi. Beliau telah membuktikan kita boleh menjadi jutawan senyap.

Saya pula tiada niat langsung untuk menjadi jutawan melaui perniagaan internet. Buat masa ini cukuplah sekadar menambah duit poket saya.

Mungkin pengalaman saya adalah amat sedikit berbanding dengan mereka yang telah lama menceburi bidang ini. Mentelahan pula saya tiada modal yang banyak. Oleh sebab itu di blog ini saya akan cuba menceritakan bagaiman mendapat duit dengan mudah melalui internet dengan modal yang sedikit dan saya lebihkan pada program yang tidak memerlukan modal.

Sebenarnya blog ini sesuai kepada mereka yang baru hendak mencuba cari duit melalui internet dan diharap ada blogger yang lebih senior dalam cari duit di internet dapat memberi tip dan menokok tambah mana yang kurang.