Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Crawl Google

Sunday, December 20, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Agak lama saya tak update blog cari duit internet ni. Maklum la part time jer. Kalau sibuk dengan urusan kerja dan offline, masa untuk online tu terlalu limited digunakan utk benda-benda penting jer.

Kali ni mari kita sama fikirkan soalan dari saudara Zie melalui email.

Assalamualaikum

Nak tanya saudara sikit.. kenapa ya, sudah lama saya buat blog ini, tapi google masih tidah boleh crawl blog saya, biasanya 1 minggu saya buat blog google dah boleh crawl blog saya.. Ada masalah ke dengan blog saya. Saya dah submit ke berpuluh-puluh submit url di internet. boleh tak saudara bagi penerangan kat sy sedikit.


W'salam Zie.

Saya tak mahu kongsikan link anda di sini (mungkin Zie sendiri pun tak mahukan?).

Untuk dicrawl digoogle.Berikut perkara yang saya buat jika untuk blog baru:

1. Submit site ke search engine
2. Submit link ke laman social bookmark seperti digg, twitter,fb, delicious,technorati, mybloglog dan sebagainya.
3. Submit RSS /feed ke laman yang membenarkan RSS. Yang wajib saya submit ialah di My Yahoo dan Igoogle. Tapi banyak lagi ada..
4.Ping, gunakan pingomatic.com. Jangan terlalu kerap , dalam seminggu sekali pun ok.
5. Jangan lupa buat apa yang patut untuk SEO.Tak perlu didetailkan kerana dah banyak kali saya post pasal seo ni.
6.Selain itu ada apa yang penting ialah robot.txt dan membuat sitemap. Kita biasanya tiada masalah untuk blog yang menggunakan blogspot tetapi jika menggunakan worpress ada sedikit konfigurasi yang perlu dibuat.

Saya biasanya menggunakan tool dari google sendiri.

https://www.google.com/webmasters/tools/

Langkah yang perlu dibuat ialah:

1.Login dengan email gmail,

2.Add A site

3. Letak URL web anda

4. Kemudian kita diminta buat verification. Cara yang senang ialah dengan menggunakan meta tag. Google akan memberikan codenya. Jika dengan HTML tiada masalah untuk meletakkan code tersebut di bawah dan sebelum .

Tetapi jika menggunakan WP, anda boleh install plugin dari meta tag manager. Boleh download di http://wordpress.org/extend/plugins/meta-tag-manager/

Step install plugin tidak perlu saya ajarkan di sini ya. Ok selepas anda upload plugin , activate plugin meta tag manager tersebut anda klik di menu setting.

Anda hanya perlu masukkan code dari google tadi diruangan meta name dan meta content. Selepas itu buka page google webmaster tadi dan klik verify. Ok sudah selesai urusan add URL di google webmaster.

Ok harap apa yang saya tuliskan dapat membantu Zie, maaf jika apa yang saya tulis di blog cari duit internet ni telah Zie lakukan. Ini antara yang terfikir secara spontan dari saya. Oh ya semasa menghantar link blog kita tu jangan terlalu banyak dan kerap dalam masa sehari kecuali anda menukar IP. Ini kerana silap-silap blog kita dianggap spam.

Selamat mencuba!

Salam,

~blalang~

Cari duit internet lagi dan lagi...