Soalan dari zodak,
salam..
blh tlg jelaskan skit apakah beza feed dgn subscription dlm gadget kt blog??icon macam sama je..
Jawapan cari duit internet:
Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot ialah:
Jika kita menambah subcription dengan gadget ialah untuk tujuan bookmark blog kita iaitu melanggan blog kita melalui konsep feed reader.Melalui bookmark atau pun dipanggil feed reader. Cara ini kurang polular di Malaysia tetapi popular di antarabangsa.
Dengan membaca blog melalui feed reader, kita boleh membaca semua posting dengan cepat kerana tidak perlu menunggu loading browser blog tersebut yang mungkin lambat kerana banyak iklan atau gambar.
Jika kita banyak sangat blog yang kita buka setiap hari. Kita tidak perlu membuka semua laman blog tersebut. Jika kita melanggan melalui feed reader kita boleh bookmark dan hanya membaca di bookmark rss sahaja.
Contoh seperti gambar di bawah. Untuk bookmark sesuatu blog tersebut hanya perlu klik icon add to Google contohnya. Kita hanya perlu membuka igoogle atau my google dan secara automatik semua link rss mana blog yang kita bookmark akan appear.
Selain google, banyak lagi website bookmark yang digunakan tetapi setiap satunya kita perlu mendaftar dahulu seperti gambar di bawah
Manakala untuk feed pula, ialah membenarkan kita meletakkan mana-mana blog yang kita suka dan akan appear blog kita sendiri. Contohnya jika anda meletakkan feed blog cari duit internet ini akan appear di seperti gambar di bawah:
Cara menambah alamat feed dan info mengenai rss boleh dilihat di post saya sebelum ini di blog cari duit internet ini;
http://blalang.blogspot.com/search?q=rss
Lagi satu servis feed ialah melanggan melalui email. Servis feed paling popular ialah feedburner. Selain feedburner, feedblitz pun menyediakan perkhidmatan tersebut.
Apabila mendaftar dengan feedburner dan feedblitz, kita boleh konfigurasi dan meletakkan form seperti di belah kanan blog cari duit internet ni untuk memudahkan pelanggan blog anda melanggan melalui email.
Harap membantu, maaf jika ayat saya tunggang langgang :)
~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET 2009!
Melanggan Melalui Email PERCUMA
Apa itu RSS dan automatic blogging
Soalan oleh M scok melalui email,
Saudara Mohd Shaid Sitam aka blalang.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya mengganggu En blalang.
Sebenarnya saya ingin mendapatkan serba sedikit bantuan daripada En blalang.
Walaupun belajar daripada e-book semata-mata tetapi tanpa mentor atau 'GURU', saya fikir sukar untuk berjaya dalam IM.
Saya ada pertanyaan sebagai newbie dalam IM.
Diharap mendapat jawapan daripada En blalang.
Saya akui bukan mudah sekiranya tanpa usaha.
1- apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?
2- bagaimana memulakan automatic blogging?
3- cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?
Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)
Jawapan,
Tahniah M scok, anda mempunyai minat untuk cari duit internet. Sebenarnya tidak kira newbie atau siapa saja boleh buat duit internet. Semua otai tu bermula dengan newbie. Ada newbie yang bertuah berjaya menjadi "otai segera" setelah produk yang mereka keluarkan meletup, berjaya membuat jualan melebihi orang yang sudah lama. Yang penting kita mesti sanggup berkorban masa dan mungkin wang ringgit untuk "cari duit internet".
Malah hari ini, sudah ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai "guru", "otai", "sifu", "pakar" dan sebagainya. Mungkin dengan gelaran tersebut membuatkan mereka cepat mendapat pengikut mereka sendiri. Terpulanglah, kalau anda rasa diri anda sudah pakar, bolehlah menggelar diri anda pakar. Bagi saya pula, saya bukan lah seorang otai IM tetapi mungkin otai sebab dah berumur 37 tahun..:) . Juga bukan sifu,guru dan pakar kerana bagi saya untuk mendapat gelaran tersebut bukanlah senang dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang berat.
Tapi jika ada yang ingin bertanya, Insyallah saya jawab dengan setakat mana yang mampu. Berbalik kepada soalan tadi,
Soalan 1-
apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?
RSS adalah singkatan dari "Really Simple Syndication". RSS adalah protokol yang membenarkan kita meletakkan tajuk-tajuk post blog kita yang terbaru di blog yang lain. Setiap kali kita membuat satu post baru, secara automatik RSS ini akan berubah.
Saya juga menggunakan alamat RSS untuk menunjukkan latest post di blog sendiri.
Untuk memulakannya jika anda menggunakan blogspot.
- Klik Menu Layout
- Klik "Add gadget"
- Pilih Feed
- Masukkan alamat feed blog yang berkaitan
Saya sudah menulis mengenai alamat feed di blog cari duit internet ini di:
http://blalang.blogspot.com/2008/08/url-blogger-feed.html
Alamat feed juga boleh dibuat apabila mendaftar dengan feedburner , feedblitz dll. Dengan menggunakan feedburner, kita boleh menghantar post-post terbaru melalui email mereka yang melanggan di blog kita.
Begitu juga dengan menggunakan Wordpress. Kita boleh letakkan widget RSS.
Kelebihan RSS ialah :
1. Boleh menarik pengunjung (SEO)
2. Boleh meletakkan alamat feed ini di mana-mana platform yang menyediakannya seperti di My Yahoo, My Google dan sebagainya sebagai backlink
3. Boleh letak di siggy forum dengan menggunakan script dari feedburner.
4. Ada juga yang suka membaca blog dengan menggunakan RSS. Mat Salleh la ni, orang Malaysia, RSS ini masih benda baru.
5. Untuk tujuan SERP (Search Engine Rangking Page) di muka surat pertama (SEO) kita juga boleh submit link RSS kita ke blog web2.0 dan bookmark seperti blogdigger.com, blogarama, pingoat.com,feedvalidator dan banyak lagi. Di sini saya ingin berkongsi mnega link untuk submit RSS blog anda iaitu di Submit Blog
Inilah sebenarnya power RSS!
Soalan 2:
bagaimana memulakan automatic blogging?
Untuk menggunakan automatic blogging, kebanyakan blogger menggunakan software HyperVRE . Saudara Azam menerangkan lebih detail melalui Rahsia F2R nya.
Apa yang hendak saya kata ialah automatic blogging ini ialah:
1. adalah berkaitan rapat dengan RSS.
2. Search Engine tidak menggemari automatic blogging
3. Mesti menyewa tapak hosting dan domain sendiri.
Soalan 3:
cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?
Pada saya cara paling berkesan mendapatkan pengunjug ke blog ialah dengan teknik SEO. Saya ada juga buat blog teknik SEO semasa cabaran SEO di Wangcyber iaitu di SINI .
Walaupun saya tewas dalam cabaran tersebut blog belajar SEO saya tu sekarang di rangking ke 20 (page no 2) dalam keyword "belajar SEO" walaupun sudah lama tidak update blog tersebut. Ini memberi keyakinan kepada saya teknik SEO saya di landasan yang betul, cuma mungkin kekurangan lagi 2-3 teknik. Pakar SEO yang diiktriraf ialah saudara Fuad Latif dan Inspiration.
Saudara inspiration ada menulis mengenai belajar SEO di SINI
Saya juga pernah menulis tip mendapat pengunjung ke blog di post :
http://blalang.blogspot.com/2008/05/tip-seo.html
Dan yang terakhir:
Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)
Komen saya, saya juga bermula zero sama dengan anda. Tidak pernah memasuki seminar dan juga bermula dengan tiada modal. Insyallah, jika ada diizinkan Allah dan ada masa saya akan menulis sebuah artikel percuma cara-cara cari duit internet dengan tanpa modal.
Sekian,
Harap membantu saudara M scok dan lain-lain.
~Blalang~
Moh kita - Cari Duit Internet
Harga Runtuh!
Categories
- Adsense
- affiliates
- Agloco
- artikel
- auto blog
- autosurf
- autosurf malaysia
- backlink
- banner
- belajar forex
- blalang cari duit
- blog
- blog basic
- blogging
- buat duit di internet
- cabaran blalang
- cara menghadapi pesaing
- Cari duit
- Cari duit internet
- clickbank
- clicksor
- CPA
- ebook
- Ebook Percuma
- email marketing
- emas
- Empay Haram
- feed
- forex
- forum
- grafik
- Hukum Adsense
- Hukum Forex
- Hukum kutu internet
- Hukum MLM
- Hukum Swisscash
- iklan
- indexing
- info
- kertas kerja perniagaan
- keyword
- komen
- kongsi fail
- laporan percuma
- lelong
- Lisa Hilmi
- manggaad
- marketiva melayu
- melayu boleh
- meniaga tanpa produk
- minisite
- MLM
- motivasi
- multiply
- mybloglog
- network
- newbie
- nuffnang
- paid forum
- panduan forex
- panduan Membuat Blog
- Pay per register
- Pay per review
- pay perinstall
- paypal
- Pendapat
- percuma
- ping
- PPC
- ppl
- produk blalang
- proxy site
- RSS
- Scam
- search and earn
- seminar
- Seo
- skim cepat kaya
- slashmysearch
- Soal Jawab
- streamyx
- sucess story
- survey
- Tip
- Tip Blogger
- to-do-list
- tool
- trafik
- Viral Friend Generator
- webhosting
- WP