Semalam saya berborak dengan pengawal keselamatan di tempat saya bekerja yang bernama Yunus. Saya memang selalu juga lepak-lepak dengan brader ni masa lunch hour kerana sesekali pow rokok gudang garamnya huhuhu.
Brader ni bercerita dengan saya, beliau telah melabur Forex melalui satu broker Forex di Larkin Perdana, JB. Kesian saya mendengarnya apabila duit beliau yang beliau laburkan di Farflex tidak boleh dikeluarkan. Dia membuat pinjaman bank sebanyak RM50,000 untuk melabur kerana terpedaya dengan kata-kata manis tokeynya yang dipanggil Cik Mat dan kuncu-kuncunya.
Bayangkan beliau terpaksa membayar balik pinjaman tersebut sebanyak RM1800 sebulan, melebihi dari gaji dia sendiri!
Saya tak berapa tahu bagaimana company ni beroperasi tetapi walau pun saya dah berkecimpung hampir 2 tahun dengan dunia forex (sekarang berehat kerana terkena spike huhu sedih) tak pula pernah mendengar company farflex sebagai platform forex. Sah platform farflex ni hanya sebagai virtual sahaja, entah-entah beroperasi hanya di Malaysia sahaja.
Dari andaian saya, Cik Mat ni memang handal bermain forex dan melabur dari wang pelabur forex di lain-lain company forex yang sudah terkenal. Forex ni biasalah senang dapat duit dan senang loss juga walaupun sehandal mana pun ilmu forex. Apabila ada news secara tiba-tiba trend forex boleh swing secara mendadak. Cik Mat ni pula membina sistem dia sendiri yang dinamakan farflex bertujuan mengambil caj dari trade pelaburnya. Saya dengar 12 pip. Peh tinggi gila tu Cik Mat!
Apabila sudah rugi dan tak boleh pusing balik bermacam-macam alasan diberi kepada pelabur yang telah terpedaya. Setahu saya jika company forex yang besar-besar yang lain duit boleh di withdraw dengan money transfer, egold, ebullion dll dengan mudah saja (paling lama sebulan) yang company farflex ini pula kononnya difreeze pembayarannya atas arahan BNM. Secara logiknya takkan BNM mempunyai kuasa yang sebegitu cepat untuk memberi arahan pembekuan pembayaran oleh syarikat yang beroperasi di US.
Saya tengok design website farflex ni nampak sangat tak pro. Navigasi menunya begitu statik sekali, tiada forum, tiada support online , tiada kabinet akaun di website semuanya kena download dari platformnya.
Kesian Brader Yunos dan kawan-kawannya yang kurang pengetahuan IT dan forex dimainkan gitu-gitu ajer oleh orang lama forex. Ada yang bercerai berai malah sekali gus membawa risiko forex akan diharamkan di Malaysia. Ramailah pemorex-pemorex yang akan meraung!
Melanggan Melalui Email PERCUMA
Blalang Cari Duit: Cukup!! Jangan Buang Duit Anda
Filed under: belajar forex, Cari duit, forex, marketiva melayu, panduan forex

BERHENTI BERMAIN HYIP,AUTOSURF,MLM DAN SEBAGAINYA...!!!!
Ya benar seperti kata otai-otai komuniti wangcyber, program-program di atas adalah program taik,busuk lagi membusukkan nama buat duit di internet.
Seperti orang lain,saya juga mempunyai pengalaman melibatkan diri dengan program-program di atas (lihat post terdahulu).Saya akui memang mudah untuk buat duit dengan HYIP. Tetapi seperti diketahui 90%-99% program di atas adalah SCAM. Mereka tidak boleh tahan lama,bila tuan punya web kaya raya mereka akan cabut.
Kebanyakan mereka rolling duit pelabur dengan bermain forex. Mereka laburkan wang kita dan mendapat keuntungan berlipat ganda untuk membayar kembali percentnya kepada pelabur. Kemudian apabila mereka dah kaya-raya,mereka akan cabut...!!Siapa yang bermain HYIP mesti masak benar mengenai perkara ini.Sebenarnya saya sudah bosan dengan program-program sebegini. Tersilap percaturan, bukannya dapat duit mudah tetapi buang duit secara mudah. :)
Oleh itu, dari kita biarkan mereka buat duit dengan duit kita, kenapa tidak kita sendiri buat duit dengan duit kita? Oleh sebab itulah , saya belajar bermain FOREX dari kawan-kawan. Dan seperti biasa saya akan kongsi dengan kawan-kawan yang lain.
Saya telah membina website mengenai FOREX marketiva secara asasnya. Cara untuk buka akaun, dan langkah-langkah untuk mula bermain FOREX. Selepas itu saya serahkan kepada anda untuk belajar dari otai-otai forex dan dengan membaca ebook percuma di link yang saya berikan kerana saya pun masih amatur lagi.
Jom belajar FOREX dengan klik banner di bawah :-
Harga Runtuh!
Categories
- Adsense
- affiliates
- Agloco
- artikel
- auto blog
- autosurf
- autosurf malaysia
- backlink
- banner
- belajar forex
- blalang cari duit
- blog
- blog basic
- blogging
- buat duit di internet
- cabaran blalang
- cara menghadapi pesaing
- Cari duit
- Cari duit internet
- clickbank
- clicksor
- CPA
- ebook
- Ebook Percuma
- email marketing
- emas
- Empay Haram
- feed
- forex
- forum
- grafik
- Hukum Adsense
- Hukum Forex
- Hukum kutu internet
- Hukum MLM
- Hukum Swisscash
- iklan
- indexing
- info
- kertas kerja perniagaan
- keyword
- komen
- kongsi fail
- laporan percuma
- lelong
- Lisa Hilmi
- manggaad
- marketiva melayu
- melayu boleh
- meniaga tanpa produk
- minisite
- MLM
- motivasi
- multiply
- mybloglog
- network
- newbie
- nuffnang
- paid forum
- panduan forex
- panduan Membuat Blog
- Pay per register
- Pay per review
- pay perinstall
- paypal
- Pendapat
- percuma
- ping
- PPC
- ppl
- produk blalang
- proxy site
- RSS
- Scam
- search and earn
- seminar
- Seo
- skim cepat kaya
- slashmysearch
- Soal Jawab
- streamyx
- sucess story
- survey
- Tip
- Tip Blogger
- to-do-list
- tool
- trafik
- Viral Friend Generator
- webhosting
- WP