Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Pendedahan eksklusif Rahsia Kekayaan "Internet Marketer"

Monday, September 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under:

Bila Zamri Nanyan terbitkan sesebuah produk, saya pasti akan beri perhatian penuh...

...kerana saya tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang amat lumayan di internet.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... cipta dan jual produk digital.

Inilah yang dikongsikan di dalam Pakar Produk Digital.

Ya, mereka mempunyai produk digital sendiri untuk dijual kepada pelanggan pada harga yang tinggi.

Saya sangat teruja bila melihat sendiri senarai audio, video dan terjemahan audio yang diberikan di dalam program ini.

Baca Lagi

Pendapatan 6 angka dari Ebook

Monday, July 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam cari duit internet ,

Ramai yang bertanya siapakah contoh Internet markerter yang berjaya selain Irfan Khari di Malaysia?

Sebenarnya ramai yg telah berjaya membuat duit ratusan ribu RM di Malaysia. Tetapi siapa pula yang menjana wang 6 angka di Malaysia hanya dengan ebook?

Antaranya ialah rakan saya Jamal.

Jamal adalah bekas jurutera di sektor awam sebelum mengambil keputusan menjadi IM sepenuh masa selepas kejayaan demi kejayaan hanya dengan menjual ebook.

Antara ebook tulisan beliau paling meletup ialah Rahsia Temuduga Kerajaan

Jadi tidak hairanlah beliau memang Pakar Ebook berbahasa Melayu.

Terkini dari saudara Jamal .

Sesuatu yang pasti tidak boleh dilepaskan..
Oleh mereka yang menantikannya..

==>http://www.pakarebook.com/index.php?ref=ku

Rahsia Menjana Income Paling Lumayan Di Internet...Buat duit dengan ebook.

Kini dibongkarkan!!

Ianya dilancarkan pada hari ni secara besar-besaran.

26 JULAI telah tiba..

"Pakar Ebook" dilancarkan secara rasmi..

Dapatkannya hari ini juga di:

==>http://www.pakarebook.com/index.php?ref=ku

Dapatkannya sebelum ianya sebelum terlambat.

Sekian.

~Blalang~

Pakej Lumayan Menjadikan Setiap Perniagaan Lebih Sistematik

Thursday, March 12, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam Sejahtera ,

Memiliki perniagaan internet adalah salah satu asset penting milik ramai rakyat Malaysia sekarang. Mungkin ada yang terlibat denganperniagaan jualan barang secara online seperti di ebay ataupun menyediakan servis hosting. Ianya merupakan perniagaan internet yang sentiasa mendapat kedudukan utama dalam senarai perniagaan internet setiap tahun.

Namun tidak ramai yang kekal dengan perniagaan utama mereka hanya kerana mereka merasakan perniagaan tersebut sukar untuk diuruskanataupun tidak memberikan keuntungan. Hakikatnya setiap perniagaan mampu memberikan keuntungan dengan memastikan ianya diuruskan secara sistematik.

Agak sukar untuk mengetahui produk yang manakah yang boleh membantu anda menguruskan perniagaan internet anda dengan lebih sistematik. Mungkin kebanyakkan produk hanya menunjukkan ciri-ciri terbaik yang ada tetapi penjual terlupa tentang keperluan sebenar pembeli. anda beruntung kerana kini Pakej Lumayan menyedia pakej yang lengkap dan tersusun untuk anda memulakan perniagaan internet secara sistematik. Pakej Lumayan bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk dalam niche tertentu malahan turut menyediakan bonus tambahan yang melengkapkan keperluan anda dalam pemasaran internet. anda boleh mendapatkan Pakej Lumayan yang lengkap ini disini:
http://www.pakejlumayan.com

Ikhlas daripada,
~blalang~

Cari duit internet dengan ebook

Tuesday, March 03, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Apa itu ebook?

Ebook adalah seperti buku juga iaitu menulis buku untuk dikongsi atau dijual. Ia adalah satu produk digital iaitu biasanya di buat dalam bentuk fail PDF dan boleh dicetak.Perniagaan ebook adalah salah satu perniagaan internet yang masih popular dari dulu hingga sekarang.

Ramai usahawan internet yang menjadi kaya raya dengan menghasilkan ebook yang laris. Contohnya di Malaysia ialah saudari Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. Shuth ialah owner kepada forum usahawan internet di Malaysia iaitu wangcyber.

Lihatlah kata-kata shuth:
"di dalam bidang perniagaan internet, terdapat banyak cabang dan bentuk. Anda boleh menjalankan perniagaan di internet dengan menjual bermacam-macam jenis produk seperti, baju, minyak wangi, cadar, alat permainan, komputer, telefon bimbit, kamera, mp3 player, ipod, alat perhiasan diri, dan bermacam-macam lagi.

DI dalam bidang perniagan internet, kami gelarkan bentuk perniagaan sebegitu sebagai perniagaan produk fizikal di internet.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 kategori produk yang boleh anda pilih apabila ingin memulakan perniagaan di internet. Iaitu..

  1. Produk Fizikal (Menjual Baju, Kamera, Minyak Wangi dll)

  2. Produk Digital (Menjual Ebook, Video, Lagu mp3, Grafik Template dll)

  3. Perkhidmatan (Merekabentuk grafik, membina website dll).

Saya telah melakukan semua bentuk perniagaan tersebut, dan dari pengalaman saya selama 4 tahun di dalam bidang perniagaan internet ini, saya mendapati, bentuk perniagaan internet yang paling mudah dan paling menguntungkan .. ialah.. PERNIAGAAN PRODUK DIGITAL, ataupun untuk lebih khusus lagi.... PERNIAGAAN EBOOK!."

Satu berita menggembirakan ialah Shuth akan membuka seminar atau bengkel cara-cara membuat ebook dengan berkesan dan mula cari duit di internet dengannya.

Boleh melawati web jualannya di:

>>http://www.seminarebook.com<<

seminar ebook shuth @ cari duit internet

Salam
~blalang~
Jom cari duit internet dengan ebook

Pelancaran Ebook Store

Thursday, December 11, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

sekejap saja dah hujung tahun kan? Bagaimana dengan target anda tahun ni? dah tercapai belum?

Buat saya pula, bulan november dan disember ni adalah bulan paling sibuk tahun ni.Ini kerana nak mengejar kerja-kerja to do list saya yang belum siap. Sebab tu saya jarang sangat berkesempatan nak update blog Cari Duit Internet ni.

Alhamdulillah, akhirnya ebook store yang menjadi target saya pada awal tahun ini akhirnya siap juga. Ni pasal kerja tangguh-tangguh la. Siap pun lambat. Lambat siap-lambat masyukkk. Duit paypal pun dah kering. Site ni saya gunakan untuk menggantikan blog lama saya www.blalang.com/digitalproducts yang saya menggunakan WP. Leceh sikit nak update kena buat manual. Oleh itu ebook store ni, saya gunakan script PHP.

Ok, ebook store saya tu, boleh dilayari di sini:-

FREE EBOOK DOWNLOAD

Dijemput juga kepada sesiapa yang nak bertukar link dengan site saya tu, mendaftar di ruangan menu "Join Our Link Exchange" . Juga sesiapa nak beli produk digital saya tu, janganlah malu-malu untuk beli. hehe. Buat masa ni, saya hanya menggunakan transaksi paypal sahaja kerana paypal boleh auto delivery produk. Kalau guna maybank2u ke leceh sikit kena reply guna email.

Yang istimewanya ebook store ni ialah harganya yang boleh dikira harga lelong. Ada produk yang berharga hanya $0.01 sen sahaja.

Site baru siap, lepas ni kena buat kerja-kerja SEO pulak... semoga projek terbaru saya ni berjaya memberi pendapatan internet kepada saya. Tak banyak pun takpe janji ada masyukkk.

Salam IM
~blalang~
Meh cari duit internet!

Pelancaran Hot Megasale!

Sunday, November 30, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Saya baru siap menyiapkan produk terbaru saya iaitu:



Produk-produk PANAS tahun 2008, saya jualkan kembali dengan HARGA YANG TERENDAH! Iaitu satu produk hanya RM1 sahaja!

Tetapi sempena bulan pelancaran, saya membuat potongan harga iaitu RM45 sahaja!

Pada produk kali ini, saya menawarkan anda untuk menjadi agen affiliate HOT Megasale! ini.

Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate Hot Megasale! DI SINI

Saya juga membuat Cabaran Affiliate Hot Megasale! pada bulan ini iaitu:

Cabaran ini bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2008 pukul 11.59 pm

Tempat Pertama:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM50+Iklan bernilai RM50 di www.blalang.com

Tempat kedua:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM30+Iklan bernilai RM25 di www.blalang.com

Tempat ketiga:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM15+Iklan bernilai RM25 di www.blalang.com

Syarat pertandingan:

Pemenang pertama mestilah melebihi 10 jualan.

Jangan tunggu lagi, dapatkan Hot Megasale! pada harga promosi :


Bagaimana untuk cari duit dengan ebook

Wednesday, November 05, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Bagaimana e-book bleh membantu cari duit. Boleh terangkn x..saya ni kurang ilmu pasal IT...

cumi_yan

Soalan cumi_yan ini agak umum sebenarnya. Jika di book store kita boleh dapatkan buku yang boleh disentuh, diselak,dicium (hehe biasanya buku baru baunya sedap) iaitu produk fizikal, ebook pula ialah buku digital yang kebiasaanya ialah berbentuk fail PDF atau stand alone program yang berformat exe dsb.

Siapa yang hendak membeli ebook? Mereka yang berkehendakkan info/ilmu dari ebook tersebut.

Bagaimana untuk cari duit melalui ebook?

1. Menulis ebook sendiri dengan menggunakan Microsoft Word dan di convert ke PDF kemudian dijual. Apa yang hendak ditulis? Apa-apa kemahiran kita yang mungkin orang lain tak tahu dan sanggup beli untuk mendapatkan ilmu tersebut. Contohnya "Panduan Menjaga Kucing" dll. Pastikan anda memang mahir atau kalau kurang mahir pastikan anda membuat research berkenaan apa yang hendak anda tuliskan seperti membuat tesis atau projek di IPT.

Ebook juga boleh mencakupi program-program tertentu, link-link, grafik,video dan sebagainya.

Tujuan membeli ebook ialah secara jalan pintas kepada pembeli dari mencari maklumat di internet yang terlalu besar maklumatnya. Boleh lihat di post saya yang terdahulu di Cari duit internet. Yang menjadi pokok utamanya ialah siapa yang akan membeli ebook tersebut dan apakah kandungan ebook anda menepati kehendak pembeli.

Trend di Malaysia, ebook seperti ini sebenarnya masih belum menggalakkan lagi. Ebook yang laris di Malaysia ialah ebook yang berbetuk teknikal serta ramai orang ingin tahu seperti ebook Kuasa Forex oleh Nasir, pakej kitblogger Smartzul, panduan adsense oleh Sham. Penulis ebook yang susunan ayat yang menarik ialah adik Labanon walaupun dia baru lepas SPM.

Ebook saya pula ialah Tak Perlu Photoshop, Laporan Adsense di Blog Melayu, Adsense Segera dan Graphic web2.0

2. Jika anda tidak punya kemahiran menulis panduan, kita juga boleh cari duit melalui sistem affiliate. Iaitu menjadi ejen jualan kepada ebook tersebut. Apabila kita mendaftar affiliate, kita akan mendapat link atau web replika kepada website jualan yang asal dan jika ada orang membeli ebook tersebut, kita akan mendapat komisyen dari jualan. Harga komisyen adalah bergantung kepada tawaran penjual ebook tersebut. Kita boleh membuat promosi melalui email, blog,forum, website pengiklanan dan sebagainya.

Kita perlu memikirkan cara pembayaran ebook tersebut samada melalui bank tempatan, paypal,clickbank dan sebagainya.

Untuk peringkat antarabangsa pula, web affiliate ebook yang terkenal ialah clickbank dimana mereka memberi komisyen yang tinggi kepada agen affiliate. Ada yang sehingga 80% dari harga ebook yang sebenar dan mudah untuk konfigurasi link affiliate yang mereka panggil hoplink.

3. Cari duit melalui ebook MRR (Master Resell Right), PLR (private Label Right) dan giveaway. MRR dan PLR ialah lesen hakcipta daripada penulis ebook tersebut. Ebook yang bertaraf MRR membenarkan kita menjual kembali ebook tersebut dengan harga kita sendiri. Ada juga MRR yang membenarkan kita menjual dengan harga yang mereka tetapkan sahaja. Ebook MRR tidak membenarkan kita mengubah apa-apa kandungan ebook tersebut.

Ebook MRR saya yang saya beli dengan harga RM20 telah menjana wang kepada saya lebih dari 500% apabila telah dijual kepada lebih kurang 50 orang. Kini saya telah turunkan harga kepada RM7.50 dan masih ada yang membelinya. Itu yang success storylah ada juga ebook MRR yang langsung takde orang yang hendak membelinya. Ada juga otai yang membuat karnival jualan iaitu jualan besar-besaran ebook MRR yang dipanggil Firesale.

PLR pula membenarkan kita menukar kandungan dan kita boleh menukar nama penulis ebook tersebut kepada nama kita dan link-link di dalamnya dan dijual semula . Biasanya Ebook PLR disertakan sekali dengan format Microsoft Word.

Ebook berstatus giveaway pula biasanya ebook yang lama-lama dan kurang orang hendak membelinya, penulis ebook tersebut akan memberii ebook tersebut secara percuma sahaja tetapi dengan syarat menjadi list viral mereka. Anda akan diminta mengisi email anda untuk menjadi list dan mereka akan menghantar email kepada anda untuk promosi ebook mereka atau affiliate mereka yang lain pula di masa akan datang. Ebook giveaway ini juga kita boleh cari duit melaluinya dengan menjualnya semula.

Penutup.

Pada pendapat saya CARI DUIT INTERNET melalui ebook ada peluangnya yang tersendiri walaupun sebenarnya pakar-pakar IM di dunia boleh mendapatkan sesebuah ebook tersebut dengan secara percuma sahaja melalui website torrent dan sebagainya dan ini adalah mimpi ngeri tetapi kenyataan yang perlu dihadapi oleh penulis ebook. Ini kerana produk digital mudah sahaja untuk dikongsikan.

Semoga membantu,
~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET