Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label Tip Blogger. Show all posts
Showing posts with label Tip Blogger. Show all posts

Bukan aku tak nak guna WP

Wednesday, October 21, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Dulu blog saya yang hanya menggunakan platform blogspot memang pernah mencecah ranking bawah 100K di alexa tapi selepas itu menaik perlahan-lahan sehingga pernah ke rangking 150K. Alhdulillah sejak akhir-akhir ini ranking blog saya tu berjaya menembusi rangking 100,000 lagi bulan ni.



Kesannya banyak memberi pulangan. Komisyen affiliate bertambah, program ppl pun ramai yang download ,



iklan sendiri di blog pun dah sampai ke maksima sehingga terpaksa ditutup.



Dan yang paling best apa lagi kalau tidak iklan advertorial Nuffnang yang masyuk. Pagi tadi dapat SMS dari Karen Nuffnang yang memberitahu draf advetorial saya dah approve. Sayang Karen opps Nuffnang..RM1000 untuk satu post di blog sapa yang nak bayarkan. Memang tak pelik kalau blogger yang menjadi agen iklan Nuffnang teruja kalau dapat iklan advertorial.



Contoh-contoh di atas bukan nak riyak tetapi nak menunjukkan kelebihan 'kuasa trafik' tak kira loyal visitor lebih-lebih lagi dari "organic visitor" . Organic visitor/traffic ialah pengunjung yang datang ke blog kita dari enjin carian.

Ni yang buat saya dalam dilemma, terasa sayang nak meninggalkan blog blogspot ini begitu saja, walau pun aku memang bercadang bertukar ke domain sendiri. Bukan tak nak malah dah booking domain pun cuma sedang tercari-cari hosting local yang ada ummphh.

Bukan nak merendahkan hosting tempatan tapi sejak 4 tahun saya menceburi bidang cari duit internet ni, dah macam-macam syarikat penyedia hosting saya cuba tapi averagenya meninggalkan pengalaman yang menyakitkan hati seperti bandwith exceeded limit lah, cpanel takde fantastico lah, tokleh install plugin, tokleh nak setup SQL, error script , support lemah dan macam-macam lagi.

Dari hosting yang bernama sempot sehingga ke Elabite (bukan nama sebenar) saya dah cuba.

Terasa jauh lagi berbanding dengan syarikat hosting luar punya cpanel,support,template dan lain-lain. Contohnya kalau nak upgrade version Wordpress, kalau company local kena buat secara manual, download dari wordpress.org pastu upload balik melalui ftp. Sedangkan jika dengan hostgator,cheapname etc. kita hanya perlu klik upgrade sahaja dalam masa beberapa minit worpress kita akan automatik upgrade.

Nak park di syarikat hosting luar pulak , nanti slow pula bila pipe TM ada problem. Tapi sejak TM dah upgrade pipe diaorang ke Terabyte, sebulan dua ni rasa macam confident jer tapi kena tengok dulu.

Jadi proses nak upgrade blog saya yang beloksepot tu ke WP terpaksa ditangguh dulu. Yalah benda tengah naik takkan nak kasi potong pula.

Last sekali nak tau berapa Google PR blog tu? Google PR blog tu sekarang ialah kosong alias telur jer...hehehe


Salam,
~blalang~
Cari duit internet dari trafik..

Panduan membuat post sticky di blogspot

Thursday, May 14, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Salam,

Agak lama saya tidak update blog cari duit internet ni. Bukannya apa sibuk dengan urusan harian lain yang 'wajib' saya lakukan.

Post sticky ialah menjadikan sesuatu post pilihan anda sentiasa berada di atas post-post yang lain dalam masa tertentu.

Apabila kita membuat post-post baru, post sticky tadi tetap berada di atas.

Pelbagai tujuan kita stciky post seperti membuat promosi affiliate, menyatakan post kita tu menarik atau penting.

Saya pula terpaksa membuat sticky post untuk iklan advertorial nuffnang dalam masa 48 jam.

Panduan untuk membuat post sticky dengan blogspot begini;

Di ruangan post, klik "post option"

Pada ruangan tarikh kita 'adjust' tarikh ke satu tarikh ke hadapan tu selama mana kita nak sticky.

Bantuan bergambar:



Ok setakat ni saja saya berkongsi tip blogspot kali ni. Harap dengan sticky post dapat membantu kita cari duit internet.


Salam,
~blalang~
Teruskan Cari duit internet !

Memultiplykan blogspot anda

Monday, April 20, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Salam,

Pertanyaan dari rakan blogger Popoknet yang terkenal dengan muatan download lagu-lagu lama yang saya tak sempat-sempat nak menjawabnya.



Multiply.com adalah satu laman komuniti yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum adanya friendster,myspace, facebook lagi.

Biasanya blogger-blogger otai menggunakan site multiply.com. Dengan multiply.com kita boleh membina rangkaian teman kita sendiri. Multiply adalah terlebih dahulu terkenal sebelum adanya blogger.com atau lebih dikenali dengan blogspot.

Kelemahan multiply ialah kita tidak boleh cari duit internet dengan google adsense melaluinya kerana kita tidak dibenarkan meletakkan google adsense.Juga sukar untuk kita menvariasikan blog kita dengan template yang lebih cantik dan juga widget berbanding blogger.com

Seperti tajuk post di atas, kita sebenarnya boleh membuat post di blogger.com (blogspot) dan membuat auto post ke blog multiply kita atau di dalam multiply dipanggil cross posting.

Ni yang bestnya kerana secara tidak langsung kita boleh update 2 blog yang berlainan domain sekaligus tanpa perlu login ke akaun multiply langsung.

Ini secara tidak langsung dapat membantu kerja-kerja SEO blog kita sekali kerana multiply juga mempunyai beribu-ribu peminatnya tersendiri.

Cara nak membuat auto post multiply.com melalui blog blogger.com (blogspot) ialah:

Kepada yang sudah ada akaun multiply boleh terus login akaun anda, jika tiada sila daftar (sign up) dahulu.

1. Pada main page , klik pada my account di sebelah atas kiri

2. Klik pada Posting option

3. Scroll down dan klik pada Import Journal Entries

4. Anda boleh pilih nak import dari akaun blogger, yahoo 360, type Pad dan sebagainya. Oleh kerana saya nak cerita pasal akaun blogger, klik pada logo blogger.

5. Masukkan user id dan password akaun blogger anda. Proses ini mungkin kena buat banyak kali kerana proses handshake antara blogger dan multiply.

6. Tandakan (check) Enable cross-posting between Multiply and Blogger dan klik ok.

7. Kemudian pilih blog mana dan posting mana yang anda pilih untuk cross posting.

8. Klik butang import

9. Klik Finished .

Proses selesai dan selepas ini setiap kali anda update atau membuat post baru di blogger.com secara automatik akan update di blog multiply anda sekali.

harap memberi sedikit info kepada anda dan mengapa tidak kita boleh cari duit internet dengan blog multiply sekali kan.


Salam,
~blalang~
Blog cari duit internet

Membuat posting blog melalui email

Thursday, April 16, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Pertanyaan melalui email oleh Mohd Faisal kepada saya berkenaan tajuk di atas, membuat post melalui email untuk blogspot.

Seperti biasa saya akan menjawabnya melalui blog cari duit internet ini supaya dapat dikongsi dengan pengunjung yang lain. Manalah tahu ini adalah ilmu baru bagi anda.

Mudah saja caranya tetapi jika kita membuat post melalui email di blogspot tetapi saya cadangkan ia tidak terus posted ke blog tetapi menjadi draft post dahulu.

Di bawah ialah langkah-langkah yang perlu dibuat,

1. Klik di menu SETTING
2. Pilih menu Email & Mobile
3. Di ruangan posting option,

Masukkan nama pilihan anda (rahsiakan daripada umum) diruangan kosong yang disediakan. Ini ialah alamat email yang akan anda hantar jika mahu membuat post melalui email.

Pilih salah satu antara pilihan yang diberi samada;

1. Terus posted ke blog serta-merta
2. Menjadi draf post dahulu

Kemudian apabila anda hendak membuat post melalui email, taip alamat email seperti yang telah anda setkan tadi.

Penerangan bergambar di bawah;

cari duit internet

Di harap anda dapat memahaminya dan sebenarnya anda boleh membuat auto blog atau sebenarnya semi auto dengan menggunakan teknik ini.

tq

~blalang~
Sama-sama cari duit internet.

Panduan meletakkan iklan Nuffnang / Adsense di Wordpress

Friday, March 27, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under: ,

Soalan dari saudara mali

salam..
saya dh daftar nuffnang & GA dan saya berjaya tempekkan kat blogger.
saya nak tanya cam mana nak tempekkan kat wordpress?

tq

Jawapan :

Saya tak pasti anda menggunakan WP version berapa. Saya terangkan untuk WP 2.7.1 tetapi penampilannya lebih kurang sama dengan WP 2.7. Jika anda menggunakan version sebelumnya saya nasihatkan anda supaya upgrade WP anda.

Tetapi jika untuk ditempekkan di wordpress.org memang tak boleh sbb tu syarat diaorang. Cara ni untuk yg menggunakan WP di domain sendiri shj.

Ada dua cara untuk letakkan iklan Nuffnang, Adsense atau apa-apa script di Wordpress

Cara pertama: Widget

- Klik pada menu apperance

- Klik pada widget

- Klik pada current widget, pilih hendak diletakkan di mana biasanya sidebar

- Pada available widget klik Add pada text tetapi kalau sudah add (ada di sebelah kiri) klik edit.

- Di sinilah tempat kita paste code nuffnang tersebut.

- Kita juga boleh letak text ini ke atas atau ke bawah dengan hanya drag sahaja.

Bantuan bergambar:

panduan percuma wordpress @ cari duit internet


Cara kedua : editor
Cara ini untuk yg biasa bermain dengan script.

- Pastikan setting chmod ke 777 dengan menggunakan ftp anda

- Klik pada menu apperance

- Klik pada editor

- Pilih pada thmes file di sebelah kiri

- Pilih di mana anda hendak letak iklan nuffnang tersebut antara header,sidebar atau single post atau mana-mana yang anda minat.

- Pada coding PHP,letakkan script anda di bawah kod kemudian update file

Bantuan bergambar

panduan percuma wordpress @ cari duit internet

Selamat membantu

~blalang~
Cari Duit Internet~

MyBlogLog Click Tagging

Tuesday, March 17, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Soalan dari saudara armizi melalui email;

Assalamualaikum...
Saudara blalang. Sy pelawat blog http://blalang.blogspot.com/, sy ingin tanya sikit pasal nak buat MyBlogLog Click Tagging. Kalau saudara sudi berkongsi caranya sy berterima kasih bayak2. Sy sebenar dah cuba beberapa kali namun tak jadi, sy dah memiliki akaun MyBlogLog, tapi saya tak tahu nak ambil widget yang mana satu dan kat mana nak sisipkan widget tersebut agar berfungsi, harap saudara blalang dapat menunjuk ajar. di atas sy ada sertakan imej MyBlogLog Click Tagging.




Jawapan;

Maaf jika lambat nak reply soalan saudara,

Caranya ialah:

Klik setting pada mybloglog blog saudara spt imej di bawah:



Di belah bawah, kiri ada setting untuk click tagging, pilih yang mana pilihan anda,


Kemudian save profile changes.
Dan jangan lupa copy semula widget script MBL dan update di blog saudara.

Harap membantu,

~blalang~
Cari duit internet

Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot

Tuesday, March 10, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Soalan dari zodak,

salam..
blh tlg jelaskan skit apakah beza feed dgn subscription dlm gadget kt blog??icon macam sama je..

Jawapan cari duit internet:

Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot ialah:

Jika kita menambah subcription dengan gadget ialah untuk tujuan bookmark blog kita iaitu melanggan blog kita melalui konsep feed reader.Melalui bookmark atau pun dipanggil feed reader. Cara ini kurang polular di Malaysia tetapi popular di antarabangsa.

Dengan membaca blog melalui feed reader, kita boleh membaca semua posting dengan cepat kerana tidak perlu menunggu loading browser blog tersebut yang mungkin lambat kerana banyak iklan atau gambar.

Jika kita banyak sangat blog yang kita buka setiap hari. Kita tidak perlu membuka semua laman blog tersebut. Jika kita melanggan melalui feed reader kita boleh bookmark dan hanya membaca di bookmark rss sahaja.

Contoh seperti gambar di bawah. Untuk bookmark sesuatu blog tersebut hanya perlu klik icon add to Google contohnya. Kita hanya perlu membuka igoogle atau my google dan secara automatik semua link rss mana blog yang kita bookmark akan appear.

Selain google, banyak lagi website bookmark yang digunakan tetapi setiap satunya kita perlu mendaftar dahulu seperti gambar di bawah
cari duit di internet


Manakala untuk feed pula, ialah membenarkan kita meletakkan mana-mana blog yang kita suka dan akan appear blog kita sendiri. Contohnya jika anda meletakkan feed blog cari duit internet ini akan appear di seperti gambar di bawah:

cari duit di internet

Cara menambah alamat feed dan info mengenai rss boleh dilihat di post saya sebelum ini di blog cari duit internet ini;

http://blalang.blogspot.com/search?q=rss

Lagi satu servis feed ialah melanggan melalui email. Servis feed paling popular ialah feedburner. Selain feedburner, feedblitz pun menyediakan perkhidmatan tersebut.

Apabila mendaftar dengan feedburner dan feedblitz, kita boleh konfigurasi dan meletakkan form seperti di belah kanan blog cari duit internet ni untuk memudahkan pelanggan blog anda melanggan melalui email.

Harap membantu, maaf jika ayat saya tunggang langgang :)

~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET 2009!

Jual Avon di internet

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Soalan dari Dhia Farish,

sekali lagi sy ingin bertanya beberapa perkara kpd en,
1.sy sdh berdaftar dengan nuffnang ttp msh blm dpt apa2 profit darinya,knp ye?
2. jika tidak keberatan bleh en bgtau kt sy langkah yg perlu sy buat step by step?
3.bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?

Jawapan cari duit internet:

Soalan 1 & 2.

Belum dapat profit mungkin kerana tiada/kurang orang klik iklan Nuffnang tersebut.Sila pastikan juga code yang dicopy tersebut adalah betul. Had minima untuk cash earning ialah RM50.

Tip utk lebih org klik iklan Nuffnang

1. Nuffnang membenarkan blogger menggalakkan pengunjung blog klik iklannya, tidak seperti Google Adsense yang melarang keras.

Untuk menggalakkan org klik iklan Nuffnang, kita perlu kreatif dan peka dengan iklan apa yng sedang berlangsung di blog kita. Contohnya iklan Castrol, anda boleh letak ayat : mahu lebih penjimatan? klik iklan di bawah

Tetapi anda jangan klik iklan tersebut sendiri. Ini rule utama bagi setiap program Pay per Click (PPC)

Kalau nak tau apa kandungan iklan yang sedang berlangsung , boleh lihat di web Nuffnang.

2. Tarik ramai pelawat ke blog anda terutama yang datang dari search engine. More visitors more click and more income :). Caranya kena guna teknik SEO.

Soalan 3.

bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?

Rasanya tak salah, sebagai dealer avon, tupperware dan sebagainya rasanya tidak salah jika anda membuat jualan promosi melalui blog jika anda sanggup hantar barangan melalui pos.

Bagaimana pun boleh rujuk pada term and condition company tersebut.

Harap membantu

~blalang~
Sama-sama cari duit di internet.

Membuat menu bar dengan blogspot

Sunday, February 01, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Soalan dari wiwijaya

blalang tolong mcmana nak wat blog full screen mcm u ne

Jawapan

Saya tak faham maksud blog full screen yang di maksudkan. Mungkin yang dimaksudkan ialah seperti menu bar atau navigation bar seperti di atas blog ini.

Untuk membuat menu-menu di atas jika menggunakan blogspot.com ialah:

1. Memilih template percuma yang menangandungi menu bar.

2. Untuk mengubah link di navigation bar



Ubah kod seperti di bawah dengan link bogspot anda yang lain. Ini bermakna anda perlu create blog-blog lain yang berkaitan dan gantikan link tersebut pada YOUR-LINK-HERE



Seperti blog cari duit internet ini saya menjadikan blalang.blogspot.com (cari duit internet) sebagai home dan create blog lain seperti http://muatturun-percuma.blogspot.com/ pada menu download percuma.

Maaf jika jawapan saya tidak menepati soalan saudara dan jika bukan seperti maksud saudara boleh membuat komen di ruangan komen.


Salam IM
~blalang~
CARI DUIT INTERNET

Apa itu RSS dan automatic blogging

Sunday, January 04, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , , ,

Soalan oleh M scok melalui email,

Saudara Mohd Shaid Sitam aka blalang.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya mengganggu En blalang.
Sebenarnya saya ingin mendapatkan serba sedikit bantuan daripada En blalang.
Walaupun belajar daripada e-book semata-mata tetapi tanpa mentor atau 'GURU', saya fikir sukar untuk berjaya dalam IM.
Saya ada pertanyaan sebagai newbie dalam IM.
Diharap mendapat jawapan daripada En blalang.
Saya akui bukan mudah sekiranya tanpa usaha.

1- apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?
2- bagaimana memulakan automatic blogging?
3- cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Jawapan,

Tahniah M scok, anda mempunyai minat untuk cari duit internet. Sebenarnya tidak kira newbie atau siapa saja boleh buat duit internet. Semua otai tu bermula dengan newbie. Ada newbie yang bertuah berjaya menjadi "otai segera" setelah produk yang mereka keluarkan meletup, berjaya membuat jualan melebihi orang yang sudah lama. Yang penting kita mesti sanggup berkorban masa dan mungkin wang ringgit untuk "cari duit internet".

Malah hari ini, sudah ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai "guru", "otai", "sifu", "pakar" dan sebagainya. Mungkin dengan gelaran tersebut membuatkan mereka cepat mendapat pengikut mereka sendiri. Terpulanglah, kalau anda rasa diri anda sudah pakar, bolehlah menggelar diri anda pakar. Bagi saya pula, saya bukan lah seorang otai IM tetapi mungkin otai sebab dah berumur 37 tahun..:) . Juga bukan sifu,guru dan pakar kerana bagi saya untuk mendapat gelaran tersebut bukanlah senang dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang berat.

Tapi jika ada yang ingin bertanya, Insyallah saya jawab dengan setakat mana yang mampu. Berbalik kepada soalan tadi,

Soalan 1-
apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?

RSS adalah singkatan dari "Really Simple Syndication". RSS adalah protokol yang membenarkan kita meletakkan tajuk-tajuk post blog kita yang terbaru di blog yang lain. Setiap kali kita membuat satu post baru, secara automatik RSS ini akan berubah.
Saya juga menggunakan alamat RSS untuk menunjukkan latest post di blog sendiri.

Untuk memulakannya jika anda menggunakan blogspot.
- Klik Menu Layout
- Klik "Add gadget"
- Pilih Feed
- Masukkan alamat feed blog yang berkaitan

Saya sudah menulis mengenai alamat feed di blog cari duit internet ini di:

http://blalang.blogspot.com/2008/08/url-blogger-feed.html

Alamat feed juga boleh dibuat apabila mendaftar dengan feedburner , feedblitz dll. Dengan menggunakan feedburner, kita boleh menghantar post-post terbaru melalui email mereka yang melanggan di blog kita.

Begitu juga dengan menggunakan Wordpress. Kita boleh letakkan widget RSS.

Kelebihan RSS ialah :
1. Boleh menarik pengunjung (SEO)
2. Boleh meletakkan alamat feed ini di mana-mana platform yang menyediakannya seperti di My Yahoo, My Google dan sebagainya sebagai backlink
3. Boleh letak di siggy forum dengan menggunakan script dari feedburner.
4. Ada juga yang suka membaca blog dengan menggunakan RSS. Mat Salleh la ni, orang Malaysia, RSS ini masih benda baru.
5. Untuk tujuan SERP (Search Engine Rangking Page) di muka surat pertama (SEO) kita juga boleh submit link RSS kita ke blog web2.0 dan bookmark seperti blogdigger.com, blogarama, pingoat.com,feedvalidator dan banyak lagi. Di sini saya ingin berkongsi mnega link untuk submit RSS blog anda iaitu di Submit Blog
Inilah sebenarnya power RSS!

Soalan 2:
bagaimana memulakan automatic blogging?

Untuk menggunakan automatic blogging, kebanyakan blogger menggunakan software HyperVRE . Saudara Azam menerangkan lebih detail melalui Rahsia F2R nya.

Apa yang hendak saya kata ialah automatic blogging ini ialah:
1. adalah berkaitan rapat dengan RSS.
2. Search Engine tidak menggemari automatic blogging
3. Mesti menyewa tapak hosting dan domain sendiri.

Soalan 3:
cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Pada saya cara paling berkesan mendapatkan pengunjug ke blog ialah dengan teknik SEO. Saya ada juga buat blog teknik SEO semasa cabaran SEO di Wangcyber iaitu di SINI .
Walaupun saya tewas dalam cabaran tersebut blog belajar SEO saya tu sekarang di rangking ke 20 (page no 2) dalam keyword "belajar SEO" walaupun sudah lama tidak update blog tersebut. Ini memberi keyakinan kepada saya teknik SEO saya di landasan yang betul, cuma mungkin kekurangan lagi 2-3 teknik. Pakar SEO yang diiktriraf ialah saudara Fuad Latif dan Inspiration.

Saudara inspiration ada menulis mengenai belajar SEO di SINI

Saya juga pernah menulis tip mendapat pengunjung ke blog di post :
http://blalang.blogspot.com/2008/05/tip-seo.html

Dan yang terakhir:
Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Komen saya, saya juga bermula zero sama dengan anda. Tidak pernah memasuki seminar dan juga bermula dengan tiada modal. Insyallah, jika ada diizinkan Allah dan ada masa saya akan menulis sebuah artikel percuma cara-cara cari duit internet dengan tanpa modal.

Sekian,
Harap membantu saudara M scok dan lain-lain.


~Blalang~
Moh kita - Cari Duit Internet

Senangnya buat blog

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Cuti sekolah sudah berakhir, Isnin depan bermulalah penggal persekolahan yang baru. Maka akan aman la semula rumah saya dari riuh rendah anak-anak yang bercuti.

Pada akhir-akhir cuti sekolah yang lalu, saya berjaya melatih 2 anak murid baru membuat blog dengan menggunakan blog percuma iaitu blogger.com

Blog pertama ialah blog anak saudara saya Haziq, 14 tahun yang gila EPL. Jadi dia pun buat blog berkaitan EPL iaitu:

http://blalang-gila-bola.blogspot.com

Mungkin kerana dia hormat dengan Pak Usu dia ni, dia menggunakan nama blalang juga. Hmmm

Blog kedua ialah blog anak sulung saya Afiq, 11 tahun. Dia ni gila game jadi dia buat blog berkaitan game.

http://blalang-games.blogspot.com

Oleh kerana dia under age, saya ajar dia buat blog guna akaun blogger saya sendiri.

Diaorang ni buat blog hanya suka-suka nak kerek dengan kawan-kawan sekolah la tu.. hehe..Tapi dari sini saya membuat kesimpulan, jika budak-budak sekolah ni boleh buat blog, apa lagi untuk orang dewasa.

Jika anda belum ada blog, create la satu bukan susah sangat pun. Mula-mula memblogkan diri anda, bina blog mengikut minat anda sendiri. Bila sudah ada blog, cari trafik ( haziq promote melalui myspace dia).

Bila sudah ada trafik, barulah kita optimize blog kita dengan cari duit internet melalui blog.

"Traffic must come first and money can come later" hoho


~blalang~
CARI DUIT INTERNET

Hantar URL ke search engine

Monday, November 03, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam sahabat IM,

Saya ingin berkongsi link dengan anda, iaitu link untuk menghantar URL blog anda supaya cepat diindexkan oleh search engine dan juga cepat untuk mendapatkan backlink ke blog kita

http://ruhuu.com/submit

Saya juga ingin memberitahu satu link dalam Malaysia yang agak menarik . Walau bagaimana pun oleh kerana web tersebut belum dilancarkan lagi dan diminta dirahsiakan dahulu oleh pemiliknya cukuplah saya katakan kehebatannya sudah terasa kerana mereka menyediakan satu sistem yang hebat bagaimana untuk setup satu web e-commerce dalam masa hanya 5 minit!

Jaminan kepada anda yang menggunakan sistem ini ialah:

[+] Anda akan menjadi usahawan Internet kelak.
[+] Anda akan menjana wang di Internet kelak dan jumlahnya bergantung terhadap usaha pemasaran anda.
[+] Sistem ini akan membuat anda tersenyum lebar kerana banyak masa anda dapat dijimatkan.

Dan banyak lagi.

Itulah realitinya produk yang baru akan lancarkan kelak. Soal harga saya rasa anda sememangnya perlu bekorban sedikit kerana untuk membuat sistem ini menelan kos yang agak besar dan saya percaya sistem ini akan mampu mengubah hidup anda!


Salam,
~blalang~
MEH CARI DUIT INTERNET

Panduan Wordpress

Monday, September 22, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menggunakan WP untuk blog Cari Duit Internet ni. Blalang, ko tak tau wordpress ke? hehe sebenarnya saya memang tahu membuat blog wordpress dan memang dah ada pun.. cuma untuk blog CARI DUIT INTERNET ni memang dah asalnya saya menggunakan blogger.com malas nak tukar-tukar. Lagi satu dengan menggunakan blogger:-

1. Tak perlu maintance aspek sekuriti
Kerana tak boleh spam dalam blogger. Kalau dengan Wordpress beribu spam di makan oleh spam karma :)

2. Tak perlu nak upgrade
Selalunya WP akan upgrade versionnya, dan kita terpaksalah upgrade juga untuk tampal lubang-lubangnya.

3. Template
Dengan blogger, kalau kita rajin cari akan jumpa juga template yang cun-cun ala wordpresskan.

4. Tak perlu takut kena hack
Kerana blogger ni kan kepunyaan google, so sekuriti dia sikit punya power.

5. kita boleh hide identity
Terlepas dari whois.

Ala ko cakaplah ko tak pandai buat WP blalang...:))

Saja gurau, sebenarnya saya ada 5-6 blog menggunakan WP contohnya yang tak cun ni :)
-->Lubuk Buku

WP ni memang bagus jika dikira templatenya yang cun, mudah dan segi SEO nya. Kalau tak percaya cuba search di yahoo dengan keyword "cari duit internet" , rangking kedua ialah blog saya yang menggunakan WP yang dah hampir setahun saya tak update ..blog tu kira blog cari duit internet versi BI la ..

Kepada newbie yang tak tahu wordpress jangan stress sangat, bukan susah sangat pemasangannya pun. Saya dulu pun sudah terbeli panduan WP yang dijual di pasaran dan rasa frust dengan kandungannya . Alangkah baiknya duit tu saya belanja anak saya belanja KFC , dan panduan WP dalam BI FOC sahaja. Takpelah kalau dah bukan rezeki kita ye tak...

Kalau nak tahu layout dia macam mana ada banyak blog wordpress yang free seperti wordpress.org dan orang malaysia punya pun ada iaitu blogmas.

Saya cadangkan anda menggunakan blogmas sebab blog tu lebih dinamik dan boleh letak iklan adsense etc.


Layout WP

Belajar dulu dengan menu-menu yang ada

1. dashboard
kira macam dashboard kereta la ni...macam main menu

2. write
tempat nak mula menulis post

3. Manage
tempat kita mengawal blog kita seperti edit post,edit page, kategori, moderate komen dan spam karma.

4. Link

5. Presentation
Tempat kita ubah theme

6. Plugin
Tempat tambah plugin

7. User
Tempat konfigurasi profail kita, edit password etc

8. Option
Untuk konfigurasi blog

etc...malas pula nak elobrate..kalau anda dah biasa di wordpress.org dan blogmas, saya rasa ini semua tak jadi masalah.

Kalau dah biasa dengan layout dia dan dah berani godek-godek plugin baru lah boleh register domain dan hosting sendiri. Teringat kata Gobala, kalau tak tau nak letak nama apa sebagai domain letak saja nama sendiri. Unik dan tidak ada persaingan. Contohnya www.harunsalimbahcik.com :)

Untuk pemasangan wordpress yang mudah iaitu tak perlu upload script melaui ftp etc anda MESTI cari hosting yang ada fantastico kerana masih ada lagi hosting yang tidak menyediakan perkhidmatan ni. Jangan tersalah beli bai..Dengan fantastico kita cuma perlu add script WP dan lain-lainnya untuk bermula memblog dengan Wordpress. Malah bukan WP sahaja anda juga boleh create forum, joomla, PHP Nuke dan sebagainya.


Logo/ikon fantastico. Lebih memudahkan kerja anda.

Semoga bermanafaat
~blalang~
Cari duit internet

Penjenamaan blog

Sunday, September 21, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Jenama atau brand adalah satu yang mustahak apabila anda mula untuk cari duit internet iaitu semasa membuat blog dan menulis blog.

Proses menamakan blog ini adalah mustahak untuk menentukan niche blog kita. Sebelum membuat blog kita mesti fikirkan niche yang sesuai dan orang suka cari. Niche ini boleh dikira melalui tajuk blog,template dan kandungan blog tersebut. Apabila orang sudah mengenali blog kita dengan jenama kita sendiri, mereka akan selalu berkunjug ke blog kita.

Apa yang mustahak dalam penjenamaan blog ialah:

- Cipta imej yang positif
- Mudah diingat
- Mudah ditaip
- Mudah disebut
- Berbeza dengan pesaing

Teknik blackhat dalam menamakan blog

Sebenarnya ramai juga blogger yang suka ambil kesempatan dengan jenama blog yang sudah terkenal tetapi menggunakan sedikit perubahan kepada nama blog mereka. Tujuannya ialah supaya apabila orang membuat search di search engine, blog mereka akan ada dalam senarai result search engine atau pun kesilapan menaip di search engine oleh pelawat.

Contohnya blog yang sudah terkenal : http://muaturun.blogspot.com , anda boleh ubah sedikit kepada muat-turun.blogspot.com, muatturun.blogspot.com muat-turun-lagu.blogspot.com (sekadar contoh tak cuba available ke tak :))

Ada juga yang menggunakan domain yang sudah expired kerana website yang sudah expired terutama yang sudah ramai visitor akan ke blog/website mereka

Macam-macam cara untuk CARI DUIT INTERNET

Semoga bermanafaat

~blalang~
Cari Duit Internet

Swap tajuk untuk blogger/blogspot

Thursday, September 11, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Macam mana nak buat ayat ek ..

macam ginilah, tengok gambar di bawah dari result enjin carian google

Sebelum

Selepas

Perasan tak keyword tag blog ISUHANGAT tu sebelum swap dan selepas swap? Mana lebih menarik? Tentu yang selepas lebih bagus kerana ia adalah SEO friendly berdasarkan keyword yang orang cari.

Jika sebelum tu hanya keyword ISUHANGAT sahaja yang di beri prioriti tetapi selepas di swap ia lebih friendly dengan keyword-keyword lain yang mengikut tajuk posting kita dan orang suka cari mengikut perubahan semasa. Lagi satu kalau keyword utama blog kita terlalu panjang, bayangkanlah nanti di result enjin carian.

Tapi untuk blog anda, mestilah dahulu telah SERP keyword utama blog anda sebelum di buat teknik ini. Contoh keyword AKU POWER sebagai keyword utama blog anda. Mestilah blog anda dah di rangking teratas apabila orang taip perkataan aku power. Sebab keyword utama blog tu lebih penting.

Bagaimana nak buat Title Swap ni

Seperti biasa, sign in Blogger » Layout » Edit html

Cari line ni yang biasanya ada di atas

<title><data:blog.title/></title>

Dan gantikan dengan code ini:

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> |<data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title> </b:if>

dan Save Changes

Selamat mencuba dan Jom cari duit internet.

URL Blogger Feed

Monday, August 11, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam, kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai URL feed blog anda.

Apabila kita selesai setup URL feed blog anda, kita boleh buat syndication seperti gambar di bawah dan boleh buat tambah di blog-blog kita yang lain.



Juga kita boleh letakkan URL feed untuk komen-komen yang diberi oleh pengunjung seperti yang saya lakukan di kanan blog CARI DUIT INTERNET ini.

Full site feed:


* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/posts/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Comments-only feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss

Label-specific site feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default/-/labelname
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss/-/labelname

Individual post comment feed:
* Atom 1.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/postId/comments/default
* RSS 2.0: http://namabloganda.blogspot.com/feeds/postId/comments/default?alt=rss


Semoga bermanfaat dan mari kita "cari duit internet"

Membuat tag technorati secara auto

Thursday, August 07, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,



Semua blogger tau pasal technorati. Technorati ialah web2.0 yang mempunyai tarikan SEO yang baik dan diguna pakai seluruh dunia oleh blogger kerana dengan link technorati pelawat boleh datang ke blog kita. Technorati memang powerful.

Saya pernah bertanya dengan seorang blogger yang mempunyai pelawat 7,000 orang sehari, dia menggunakan teknik SEO apa dan dia menjawab beliau hanya menggunakan tag technorati sahaja.

Saya dahulu membuat tag technorati secara manual dan ini amat meletihkan kerana kita bermain dengan kod sehinggalah saya terjumpa website yang menyediakan kod tag technorati secara auto generate.

Hari ini saya senang hati nak berkongsi dengan anda semua supaya kita boleh cari duit internet dengan lebih efektif lagi. Pelawat yang datang dari technorati kebiasaannya adalah dari carian di search engine. Saya pernah menulis dalam post terdahulu dalam blog cari duit internet ni bahawa pelawat yang datang dari hasil carian di search engine adalah prospek besar yang akan menambah pendapatan online kita berbanding dengan pelawat setia yang berkunjung ke blog kita setiap hari kerana mereka dah kenal benar dengan iklan CPA/PPC,affiliate dsb di blog kita.

Website auto generate tag technorati yang saya maksudkan ialah :

http://tags.atspace.com/#skokni
Walau bagaimanapun blog ini ada kalanya tidak boleh dibuka mungkin kerana servernya ditutup.

Lagi satu website yang saya rasa paling best perfomancenya ialah:

http://www.egmstrategy.com/ice/tag-generator.cfm
Ini kerana website ini membenarkan kita meletakkan social bookmark sekali.

Ok selamat mencuba dan semoga berjaya.

Mari kita CARI DUIT INTERNET

*P/s: Jgn lupa melanggan melalui email blog ini supaya tidak terlepas tip-tip yang akan saya kongsi lagi lain kali.

Halang klik kanan di blogger

Wednesday, August 06, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Jika anda menggunakan blogger bertujuan untuk menghalang pelawat klik kanan (biasanya untuk copy artikel/post anda) , berikut adalah caranya:

1. Menggunakan skrip javascript yang anda boleh dapati Di Sini
2. Kemudian pergi blogger dashboad>layout>Add a Pageelement>html/javascript(seperti screenshot di bawah)

3. Dan pastekan skrip java tadi.

Bagaimana ia bekerja?
Tiap kali seseorang klik kanan di blog anda akan keluar pop up "function disable" . Anda boleh ubah dengan perkataan anda sendiri seperti "Maaf klik kanan tidak dibenarkan".

Tetapi fungsi ini sangat bekerja untuk Internet Explorer, kalau browser Mozilla masih boleh copy tetapi popup tadi tetap akan keluar, anda boleh buat kenyataan "Jika anda nak copy dari blog ini mestilah beri kredit kepada bla..bla.."

Semoga berjaya

Mari CARI DUIT INTERNET

Menghilangkan navbar blogspot

Monday, June 16, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Cara untuk menghilangkan navbar blogspot. Apa itu navbar? Navbar ialah bar yang biasanya ada secara default kalau anda menggunakan template-template biasa blogger.com. Ala..yang line biru kat atas blog tu...

Caranya ialah:

1) Pada Dashboard anda, pilih layout, kemudian klik pada tab template. Selepas itu, klik pada EDIT HTML, dan anda akan di bawa ke satu window baru lengkap dengan HTML code blog anda. Silakan, saya tunggu. Kalau sudah, ikuti langkah selanjutnya.
2) 'Paste'kan CSS code ini di bagian atas template code


#navbar-iframe {
display: none !important;
}

letak mana-mana pun boleh kat atas sekali pun boleh.


3) Klik save template dan nav. bar anda sekarang dah hilang!

Semoga berjaya!

Letak adsense di tengah-tengah post untuk blogspot

Thursday, May 22, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Sedikit tip adsense,

Jika anda mahu letakkan iklan adsense di tengah-tengah setiap post, begini caranya:

  1. Klik layout, page element
  2. Di bawah kiri dalam kotak “Blog Posts” widget, klik Edit .

  3. Akan keluar “Configure Blog Posts” ,pilih dan tick check box untuk Show Ads Between Posts setting bawah “Select Items” section.
  4. Bila “Show Ads Between Posts” option is selected, “Configure Inline Ads” configuration options section akan appear. Di sini kita boleh pilih berapa iklan adsense akan keluar 1,2,3,4, atau 5. Anda boleh pilih format Adsense yang automatik di blendkan oleh blogger.com atau kta ubah sendiri sesuka hati warna background, border, text, title and URL.

  5. Klik SAVE CHANGES button apabila dah siap.





Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,