Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts

Cashout Nuffnang

Tuesday, October 13, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 5 comments
Filed under: ,

Soalan dari Zie melalui email berkaitan Nuffnang.

Salam saudara blalang,

saya nak tanya sikit pasal Nuffnang, sy tengok saudara dah banyak kali cashout dari Nuffnang. Sy bukanya apa cuma nak tahu pengalaman dari saudara tentang cashout pendapatan dari Nuffnang. Mcm ni sy ada cashout pendapatan yg pertama tak la banyak sangat.. lepas cashout yg pertama jaraknya sebelum lepas tu sy boleh cashout lagi buat kali kedua, bayaran yg pertama sy belum dapat apa2 lagi, dan sekarang dah hampir dua bulan sy bekerja dgn mereka dan sudah 3 cashout sy dapat.. tp yg sy hairan dekat akaun sy tercatat unpaid ketiga2nya. Sy ingin tahu, berapa lama setelah cashout pendapatan saudara clear, maksud sy saudara terima cek dari mereka.

Jawapan:

Biasanya nuffnang akan dapat dalam 2 bulan selepas cashout. Saya selalunya cashout pada hujung bulan. Contohnya kalau bulan ni saya cashout pada 30 Okt, pembayaran tersebut akan dapat dlam awal bulan Disember. Nnt ada payment advise dari bank HSBC ke email kita.

Biasanya saya tanya nuffnang sendiri jika ada masalah pembayaran. Hanya submit ticket shj. Saya selalu juga miss tulis dah paid tapi cek tak sampai.

Apa yang penting dalam apa-apa program yang kita sertai, kita mestilah membina hubungan dengan penganjurnya. Jangan malu untuk submit ticket atau email sahaja terus. Bahasa Malaysia pun takpe kerana Nuffnang local company.
Contohnya ialah cek terbaru yang saya terima minggu lepas. Tak sempat nak cashkan lagi.
Tarikh cek : 1/10/2009
Cek ini ialah daripada apa yang saya cashout pada 31 Aug 2009 yang lalu.



Harap membantu.
~blalang~
Cari duit internet - local pun boleh.

Iklan adsense yang akan keluar

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Soalan yang saya tak sempat jawab dari saudara Eddie berkenaan iklan di adsense

Soalan: salam blalang sy tertarik dgn blog saudara blalng penuh dgn info dn tip2 berguna,sy newbie dlm dunia internet marketer dn bermula dgn google adsense sbagai platform utk menjana wang,pertanyaan sy adalah:cth,jika sy membuat hosting berkenaan laptop didlm blog sy,bolehkah sy mencampuradukkan dgn tajuk yg lain pula yg tidak berkaitan dgn laptop tadi?bolehkah satu blog di letak dgn tajuk/hosting yg berbeza2?apakah kesan pd iklan atau paparan yg akan muncul pd iklan adsense kitajika tajuk yg berlainan?harap dpt membantu,sekian.

Jawapan:

Sebelum membuat sesuatu blog apa yang perlu kita fikirkan ialah niche blog itu. Dalam erti kata lain tema sesuatu blog itu.

Nasihat saya , seeloknya jika niche blog kita pasal laptop kita bercerita lah pasal laptop, kalau tidak pun ceritalah berkenaan yang related dengan dunia komputer. Janganlah dicampur adukkan dengan cerita yang tak berkenaan .

Lebih-lebih lagi jika domain kita ada perkataan laptop. Tak sesuai jika nak bercerita pasal bola pula walaupun untuk tujuan meta marketing.

Ini ialah untuk membantu kita dalam SEO. Rasanya tiada masalah untuk mengirim post berkenaan laptop. Kita boleh post berkenaan produk baru laptop. Sesuatu spesifikasi laptop boleh dinyatakan kerana benda ini adalah fakta dan tiada isu copywright akan timbul.

Berkenaan iklan adsense yang akan keluar jika topik yang berbeza ialah jika di laman utama berkenaan ddengan laptop dan dunia perkomputeran tetapu jika di sub topik akan keluar topik yang kita postkan contoh cerita pasal bola akan keluarkan iklan adsense berkaitan bola.

Tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita nak bercerita pasal bola juga mana tahu iklan adsense yang keluar lebih mahal dari iklan komputer/laptop, tetapi sebaiknya kaitkan laptop dengan bola.

Ini nasihat sayalah , harap membantu eddie dan pengunjung blog cari duit internet ini.

~blalang~
Internet - lombong duit yang banyak lagi belum digali!