Salam,
Jika anda mahuu cepat, boleh terus ke http://sharecash.org
Ramai pencari-pencari duit internet menggunakan ziddu.com untuk mendapat sedikit sen semasa berkongsi fail.
Tetapi saya mendapat komen juga yang mengatakan ziddu.com ni ada tipu sikit apabila ada orang download tetapi statistiknya kosong. Saya pun tidak perasan sebab saya tak monitor benda ni. Biasanya saya upload fail dan kemudian share. $0.01 sen untuk seorang download.
Susah sikit juga nak masyuk banyak tetapi ada juga masyuk kan.
Hari ini saya nak berkongsi lagi satu fail hosting yang kita boleh cari duit internat iaitu Share cash .
Caranya mudah sahaja, kita upload fail lepas tu berkongsi dengan orang lain suruh download. Saiz maksimum untuk satu file ialah 150MB dan setakat ini belum ada had berapakah file yang boleh anda upload. Pembayaran adalah melalui paypal.
Jika ziddu hanya $0.01 perdownload, sharecash pula menawarkan $0.15 - $0.60 perdownload. Ini bermakna jika 10 orang download fail kita - kita sudah mampu cari duit internet sehingga $3.00 !
Mana sharecash dapat duit untuk bayar kita? Apa lagi kalau tidak iklan CPA dan CPC google adsense kerana apabila kita memberi link kepada orang lain untuk download, link untuk download tersebut diletakkan iklan GA
Nampak macam mudahkan? Tetapi oleh kerana Sharecash ni program baru, belum banyak komplen yang diterima tetapi tak salah untuk kita mencubakan?
Jom cari duit internet dengan Sharecash , daftar di Sini
~blalang~
Cari duit internet
Melanggan Melalui Email PERCUMA
Memultiplykan blogspot anda
Salam,
Pertanyaan dari rakan blogger Popoknet yang terkenal dengan muatan download lagu-lagu lama yang saya tak sempat-sempat nak menjawabnya.
Multiply.com adalah satu laman komuniti yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum adanya friendster,myspace, facebook lagi.
Biasanya blogger-blogger otai menggunakan site multiply.com. Dengan multiply.com kita boleh membina rangkaian teman kita sendiri. Multiply adalah terlebih dahulu terkenal sebelum adanya blogger.com atau lebih dikenali dengan blogspot.
Kelemahan multiply ialah kita tidak boleh cari duit internet dengan google adsense melaluinya kerana kita tidak dibenarkan meletakkan google adsense.Juga sukar untuk kita menvariasikan blog kita dengan template yang lebih cantik dan juga widget berbanding blogger.com
Seperti tajuk post di atas, kita sebenarnya boleh membuat post di blogger.com (blogspot) dan membuat auto post ke blog multiply kita atau di dalam multiply dipanggil cross posting.
Ni yang bestnya kerana secara tidak langsung kita boleh update 2 blog yang berlainan domain sekaligus tanpa perlu login ke akaun multiply langsung.
Ini secara tidak langsung dapat membantu kerja-kerja SEO blog kita sekali kerana multiply juga mempunyai beribu-ribu peminatnya tersendiri.
Cara nak membuat auto post multiply.com melalui blog blogger.com (blogspot) ialah:
Kepada yang sudah ada akaun multiply boleh terus login akaun anda, jika tiada sila daftar (sign up) dahulu.
1. Pada main page , klik pada my account di sebelah atas kiri
2. Klik pada Posting option
3. Scroll down dan klik pada Import Journal Entries
4. Anda boleh pilih nak import dari akaun blogger, yahoo 360, type Pad dan sebagainya. Oleh kerana saya nak cerita pasal akaun blogger, klik pada logo blogger.
5. Masukkan user id dan password akaun blogger anda. Proses ini mungkin kena buat banyak kali kerana proses handshake antara blogger dan multiply.
6. Tandakan (check) Enable cross-posting between Multiply and Blogger dan klik ok.
7. Kemudian pilih blog mana dan posting mana yang anda pilih untuk cross posting.
8. Klik butang import
9. Klik Finished .
Proses selesai dan selepas ini setiap kali anda update atau membuat post baru di blogger.com secara automatik akan update di blog multiply anda sekali.
harap memberi sedikit info kepada anda dan mengapa tidak kita boleh cari duit internet dengan blog multiply sekali kan.
Salam,
~blalang~
Blog cari duit internet
Iklan Advertorial Nuffnang

Alhamdulillah dapat tawaran iklan advertorials lagi dari Nuffnang. Semenjak saya jadi nuffnager ni, ini adalah kali kedua saya mendapat tawaran iklan advertorials dari Nuffnang. Dulu saya mendapat advertorials untuk promosi gua.com.my. Bayaran masa tu ialah RM350.
Advertorials ialah membuat artikel promosi untuk sesebuah event syarikat yang berbayar dengan Nuffnang. Kita diupah membuat artikel dan kemudiannya membuat satu post mengenai event tersebut di blog yang terpilih.
Apa ciri-ciri blog yang terpilih saya tidak berapa pasti tetapi pastinya ialah blog yang banyak klik iklan nuffnang atau ramai pengunjung dalam satu hari. Blog saya yang terpilih mempunyai purata 7k - 8 k pengunjung dalam sehari.
Kali ini iklan advertorials tooot ... tak boleh beritahu sebab Nuffnang belum approvekan lagi artikel yang saya hantar. Bayaran kalin ini lebih lumayan lagi RM1062 . Minta-mintalah Nuffnang luluskan artikel saya tu. Kalau tak approve pun apa nak buat belum ada rezeki tapi cuba mesti cuba.
Sesiapa yang mendapat tawaran advertorial dari Nuffnang janganlah ditolak. Kalau tak tau buat artikel pun contohnya akan Nuffnang diberi. Cuma kita mengolahnya menggunakan ayat kita sendiri.Siapa nak bagi satu post berharga RM1000. Memang boleh cari duit internet dengan blog.
Dari pengalaman saya dahulu semasa advertorial dengan gua.com.my bayaran diterima selepas 3 bulan. Biasalah lambat sikit kerana invoice dari syarikat tu kepada nuffnang dalam masa 2 bulan, lepas tu baru nuffnang baru bayar kepada kita. Tu yang makan 3 bulan. Biar lambat janji masyuk dan boleh cari duit internet.
Para blogger nuffnanger tu kena ambil serius dengan cari duit internet dengan Nuffnang. Saya sendiri pun dah 2 bulan tak dapat cash out dari Nuffnang sebab banyak sangkut kat buffered campaign. Tak pelah tak boleh cash out sebulan, kita forward ke bulan depan.
Saya buat post ni pun sementara tunggu wife saya bersiap nak pergi ke karnival saham amanah di Plaza Angsana..ok saya chow dulu dan jangan lupa cari duit internet untuk shopping huhu..
Salam
~blalang~
Cari duit internet -- cayok~
Membuat posting blog melalui email
Pertanyaan melalui email oleh Mohd Faisal kepada saya berkenaan tajuk di atas, membuat post melalui email untuk blogspot.
Seperti biasa saya akan menjawabnya melalui blog cari duit internet ini supaya dapat dikongsi dengan pengunjung yang lain. Manalah tahu ini adalah ilmu baru bagi anda.
Mudah saja caranya tetapi jika kita membuat post melalui email di blogspot tetapi saya cadangkan ia tidak terus posted ke blog tetapi menjadi draft post dahulu.
Di bawah ialah langkah-langkah yang perlu dibuat,
1. Klik di menu SETTING
2. Pilih menu Email & Mobile
3. Di ruangan posting option,
Masukkan nama pilihan anda (rahsiakan daripada umum) diruangan kosong yang disediakan. Ini ialah alamat email yang akan anda hantar jika mahu membuat post melalui email.
Pilih salah satu antara pilihan yang diberi samada;
1. Terus posted ke blog serta-merta
2. Menjadi draf post dahulu
Kemudian apabila anda hendak membuat post melalui email, taip alamat email seperti yang telah anda setkan tadi.
Penerangan bergambar di bawah;
Di harap anda dapat memahaminya dan sebenarnya anda boleh membuat auto blog atau sebenarnya semi auto dengan menggunakan teknik ini.
tq
~blalang~
Sama-sama cari duit internet.
Meninggalkan jejak di blog orang lain
Salam,
Lama juga tak buat post di blog cari duit internet ni. Bukan apa sebenarnya tiada idea untuk menulis. nak bagi tip pun takut tip tersebut tidak berguna kerana ramai dah tahu almaklumlah saya bukan otai.
Alhamdulillah semalam mendapat hadiah affiliate dari seseorang bernilai RM875. Bagus juga ya jadi affiliater ni, dah la dapat komisyen hasil jualan, kalau ada pertandingan atau cabaran dapat lagi bonus tambahan.
Walaupun memenangi pertandingan atau cabaran bukanlah satu target saya kerana pada saya, apabila saya menyertai affiliate saya akan cuba promosi sebaiknya untuk mendapatkan komisyen affiliate. Janji ada masyukkk..
Blog hangat saya akhir-akhir ini sudah mencecah 8 ribu orang pelawat dalam masa satu hari. Alhamdulillah kerana target saya pada tahun ini ialah 7 ribu orang shj tetapi telah melebihi target dalam masa 4 bulan sahaja.
Dari pelawat yang datang tersebut pecahan peratus ialah :
16.35% dari blog-blog atau website lain
dan 20.67% dari search engine.
Yang selebihnya ialah pelawat setia, terima kasih.
Pelawat dari website lain adalah termasuk dari Mybloglog, technorati, feedjit juga termasuk dari refferer.com, my bloglist dan follower serta shoutmix
Kesemua aplikasi web di atas adalah sistem yang berguna yang kita boleh meninggalkan jejak kita ke blog org lain dengan aplikasi yang berbeza. Contohnya jika anda "memolow" sesebuah blog, avatar anda akan tinggal di blog tersebut. Begitu juga dengan MBL (mybloglog) dan juga blog catalog.
Sebab tu ramai juga yang menggunakan teknik meletakkan avatar awek cun supaya menarik org klik avatar mereka. Tapi saya sebenarnya tak berkenan dengan teknik guna avatar org lain ni.
Meletakkan jejak blog anda di blog orang lain yang memasang reffererX.com dan feedjit ialah dengan anda memberi kredit kepada blog tersebut atau membuat review atau apa-apa caralah janji ramai orang yang klik ke blog tersebut bertujuan jika ramai pengunjung blog anda yang ikut klik ke blog tersebut akan meninggalkan jejak blog anda di blog tersebut dan bertujuan backlink sekaligus.
Lain-lain sistem di atas pernah saya tuliskan sebelum ini dan saya harap anda faham bagaimana kesemua aplikasi web di atas berfungsi kerana saya lihat kebanyakan blogger di Malaysia ada memasangnya di blog mereka. Samada mereka memasangnya hanya untuk menghiasi blog tetapi sebenarnya benda-benda ni memang berfaedah.
Jika tak faham boleh selak-selak post saya yang lama atau menggunakan pertolongan pak cik google dan mak cik yahoo.
Juga untuk mengekalkan pelawat pada blog ialah mengekalkan kualiti content supaya mereka yang sudah 'terdatang' blog kita akan datang lagi berkali-kali. Lagi cantek kalau diaorang terus bookmark blog kita.
Ok, setakat ni saya melepaskan gian menulis di blog cari duit internet ini dan semoga memberi sedikit idea kepada anda bagaimana untuk menarik lagi pelawat ke blog anda serta menunjukkan bukti keberkesanan sistem-sistem yang disebutkan di atas dalam cari duit internet.
Salam Jumaat
~blalang~
Cari Duit Internet Best!!!
Panduan meletakkan iklan Nuffnang / Adsense di Wordpress
Soalan dari saudara mali
salam..
saya dh daftar nuffnang & GA dan saya berjaya tempekkan kat blogger.
saya nak tanya cam mana nak tempekkan kat wordpress?
tq
Jawapan :
Saya tak pasti anda menggunakan WP version berapa. Saya terangkan untuk WP 2.7.1 tetapi penampilannya lebih kurang sama dengan WP 2.7. Jika anda menggunakan version sebelumnya saya nasihatkan anda supaya upgrade WP anda.
Tetapi jika untuk ditempekkan di wordpress.org memang tak boleh sbb tu syarat diaorang. Cara ni untuk yg menggunakan WP di domain sendiri shj.
Ada dua cara untuk letakkan iklan Nuffnang, Adsense atau apa-apa script di Wordpress
Cara pertama: Widget
- Klik pada menu apperance
- Klik pada widget
- Klik pada current widget, pilih hendak diletakkan di mana biasanya sidebar
- Pada available widget klik Add pada text tetapi kalau sudah add (ada di sebelah kiri) klik edit.
- Di sinilah tempat kita paste code nuffnang tersebut.
- Kita juga boleh letak text ini ke atas atau ke bawah dengan hanya drag sahaja.
Bantuan bergambar:
Cara kedua : editor
Cara ini untuk yg biasa bermain dengan script.
- Pastikan setting chmod ke 777 dengan menggunakan ftp anda
- Klik pada menu apperance
- Klik pada editor
- Pilih pada thmes file di sebelah kiri
- Pilih di mana anda hendak letak iklan nuffnang tersebut antara header,sidebar atau single post atau mana-mana yang anda minat.
- Pada coding PHP,letakkan script anda di bawah kod kemudian update file
Bantuan bergambar
Selamat membantu
~blalang~
Cari Duit Internet~
Template sementara
Oleh kerana template sebelum ini mempunyai masalah kerana fail gambar yang ditumpangkan di photobucket terdapat error bandwith exceeded limit. Saya menukar sementara template gambar laptop ini.
Akan kembali kepada template lama jika error tersebut hilang.
Harap maklum
MyBlogLog Click Tagging
Soalan dari saudara armizi melalui email;
Assalamualaikum...
Saudara blalang. Sy pelawat blog http://blalang.blogspot.com/, sy ingin tanya sikit pasal nak buat MyBlogLog Click Tagging. Kalau saudara sudi berkongsi caranya sy berterima kasih bayak2. Sy sebenar dah cuba beberapa kali namun tak jadi, sy dah memiliki akaun MyBlogLog, tapi saya tak tahu nak ambil widget yang mana satu dan kat mana nak sisipkan widget tersebut agar berfungsi, harap saudara blalang dapat menunjuk ajar. di atas sy ada sertakan imej MyBlogLog Click Tagging.
Jawapan;
Maaf jika lambat nak reply soalan saudara,
Caranya ialah:
Klik setting pada mybloglog blog saudara spt imej di bawah:
Di belah bawah, kiri ada setting untuk click tagging, pilih yang mana pilihan anda,
Kemudian save profile changes.
Dan jangan lupa copy semula widget script MBL dan update di blog saudara.
Harap membantu,
~blalang~
Cari duit internet
Pakej Lumayan Menjadikan Setiap Perniagaan Lebih Sistematik
Salam Sejahtera ,
Memiliki perniagaan internet adalah salah satu asset penting milik ramai rakyat Malaysia sekarang. Mungkin ada yang terlibat denganperniagaan jualan barang secara online seperti di ebay ataupun menyediakan servis hosting. Ianya merupakan perniagaan internet yang sentiasa mendapat kedudukan utama dalam senarai perniagaan internet setiap tahun.
Namun tidak ramai yang kekal dengan perniagaan utama mereka hanya kerana mereka merasakan perniagaan tersebut sukar untuk diuruskanataupun tidak memberikan keuntungan. Hakikatnya setiap perniagaan mampu memberikan keuntungan dengan memastikan ianya diuruskan secara sistematik.
Agak sukar untuk mengetahui produk yang manakah yang boleh membantu anda menguruskan perniagaan internet anda dengan lebih sistematik. Mungkin kebanyakkan produk hanya menunjukkan ciri-ciri terbaik yang ada tetapi penjual terlupa tentang keperluan sebenar pembeli. anda beruntung kerana kini Pakej Lumayan menyedia pakej yang lengkap dan tersusun untuk anda memulakan perniagaan internet secara sistematik. Pakej Lumayan bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk dalam niche tertentu malahan turut menyediakan bonus tambahan yang melengkapkan keperluan anda dalam pemasaran internet. anda boleh mendapatkan Pakej Lumayan yang lengkap ini disini:
http://www.pakejlumayan.com
Ikhlas daripada,
~blalang~
Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot
Soalan dari zodak,
salam..
blh tlg jelaskan skit apakah beza feed dgn subscription dlm gadget kt blog??icon macam sama je..
Jawapan cari duit internet:
Perbezaan feed dan subcription dalam gadget blogspot ialah:
Jika kita menambah subcription dengan gadget ialah untuk tujuan bookmark blog kita iaitu melanggan blog kita melalui konsep feed reader.Melalui bookmark atau pun dipanggil feed reader. Cara ini kurang polular di Malaysia tetapi popular di antarabangsa.
Dengan membaca blog melalui feed reader, kita boleh membaca semua posting dengan cepat kerana tidak perlu menunggu loading browser blog tersebut yang mungkin lambat kerana banyak iklan atau gambar.
Jika kita banyak sangat blog yang kita buka setiap hari. Kita tidak perlu membuka semua laman blog tersebut. Jika kita melanggan melalui feed reader kita boleh bookmark dan hanya membaca di bookmark rss sahaja.
Contoh seperti gambar di bawah. Untuk bookmark sesuatu blog tersebut hanya perlu klik icon add to Google contohnya. Kita hanya perlu membuka igoogle atau my google dan secara automatik semua link rss mana blog yang kita bookmark akan appear.
Selain google, banyak lagi website bookmark yang digunakan tetapi setiap satunya kita perlu mendaftar dahulu seperti gambar di bawah
Manakala untuk feed pula, ialah membenarkan kita meletakkan mana-mana blog yang kita suka dan akan appear blog kita sendiri. Contohnya jika anda meletakkan feed blog cari duit internet ini akan appear di seperti gambar di bawah:
Cara menambah alamat feed dan info mengenai rss boleh dilihat di post saya sebelum ini di blog cari duit internet ini;
http://blalang.blogspot.com/search?q=rss
Lagi satu servis feed ialah melanggan melalui email. Servis feed paling popular ialah feedburner. Selain feedburner, feedblitz pun menyediakan perkhidmatan tersebut.
Apabila mendaftar dengan feedburner dan feedblitz, kita boleh konfigurasi dan meletakkan form seperti di belah kanan blog cari duit internet ni untuk memudahkan pelanggan blog anda melanggan melalui email.
Harap membantu, maaf jika ayat saya tunggang langgang :)
~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET 2009!
Harga Runtuh!
Categories
- Adsense
- affiliates
- Agloco
- artikel
- auto blog
- autosurf
- autosurf malaysia
- backlink
- banner
- belajar forex
- blalang cari duit
- blog
- blog basic
- blogging
- buat duit di internet
- cabaran blalang
- cara menghadapi pesaing
- Cari duit
- Cari duit internet
- clickbank
- clicksor
- CPA
- ebook
- Ebook Percuma
- email marketing
- emas
- Empay Haram
- feed
- forex
- forum
- grafik
- Hukum Adsense
- Hukum Forex
- Hukum kutu internet
- Hukum MLM
- Hukum Swisscash
- iklan
- indexing
- info
- kertas kerja perniagaan
- keyword
- komen
- kongsi fail
- laporan percuma
- lelong
- Lisa Hilmi
- manggaad
- marketiva melayu
- melayu boleh
- meniaga tanpa produk
- minisite
- MLM
- motivasi
- multiply
- mybloglog
- network
- newbie
- nuffnang
- paid forum
- panduan forex
- panduan Membuat Blog
- Pay per register
- Pay per review
- pay perinstall
- paypal
- Pendapat
- percuma
- ping
- PPC
- ppl
- produk blalang
- proxy site
- RSS
- Scam
- search and earn
- seminar
- Seo
- skim cepat kaya
- slashmysearch
- Soal Jawab
- streamyx
- sucess story
- survey
- Tip
- Tip Blogger
- to-do-list
- tool
- trafik
- Viral Friend Generator
- webhosting
- WP