Saya terbaca di blog Alang yang memang full time Usahawan Internet betapa seronoknya menjadi full time IM. Walau bagaimana pun ada pro dan kontranya iaitu betapa sukarnya beliau nak buat loan bank nak beli kereta kerana tanpa slip gaji. Walau pun tunjuklah akaun bank yang masuk lebih RM10,000 sebulan. Padanlah selama ni saya selalu terbaca dari full time IM ni yang nampak macam anti kad kredit, rupanya nak apply kad kredit pun diaorang susah nak approve rupanya. huhuhu.
Bukan saya kata guna kad kredit tu bagus sangat tetapi jika kita pandai mengawalnya ia sebenarnya memberi faedah kepada kita tanpa hutang satu sen pun. Caranya mudah saja, selesai guna kad kredit shopping ker isi minyak ker balik rumah terus lah online maybank2u dan terus bayar semua. Jangan tinggal balance sikit pun, so kita takde hutang dan dapat point lagi dan urusan kita jadi mudah dengan tanpa perlu membawa tunai ke sana sini. Contohnya kalau kita nak beli TV LCD yang berharga RM4000 tunai. Kan ke susah kena bawa RM4000 cash dalam wallet, siap-siap kena rompak naya jer..
Itu lah kelebihan cari duit internet secara part time ni rupanya.. senang nak loan bank huhuhu..tapi pelik juga yer apasal bangsa cina yang nampaknya macam tiada kerja tapi senang nak loan bank? Malah semasa zaman swisscash dulu, ada sorang mamat tu beli kereta guna slip swisscash jer.
Kesimpulannya ialah kebanyakan IM yang full time di Malaysia ni membuat bisnes secara illegal! Sebab tu la susah nak berurusan dengan pihak Bank. Tiada company, tiada penyata akaun, tiada quoatation, tiada invoice, tiada audit dan sebagainya. Macam mana bank nak percaya. Saya rasa kalau mereka mempunyai syarikat yang berdaftar tak kiralah enterprise sekalipun dan mempunyai penyata kewangan dan diaudit oleh Auditor yang diiktiraf tiada masalah nak buat loan dengan bank.
Yang dinyatakan di atas tadi ialah kontra jadi IM sepenuh masa, yang pronya pulak bagi sayalah ialah boleh kerja sesuka hati kita, tak payah dengar arahan boss, boleh tentukan masa kita sendiri, boleh uruskan kewangan kita sendiri dan sebagainya.
Malah kenyataan yang sedih tapi benar TAK PERLU BODEK BOSS! Sebab ini yang aku tak pandai ni... akhirnya orang lain yang dapat kenaikan pangkat, aku yang kena transfer ke tempat lain.. Adusssss rasa nak hantar notis berhenti kerja hari ini juga!
Melanggan Melalui Email PERCUMA
Panduan setup getresponse
Getresponse dan aweber ialah satu website tool yang membenarkan kita mengumpul list, menghantar mesej kepada list kita, membuat opt-in ( pengesahan list), kempen dan sebagainya.
Getresponse adalah satu program yang berbayar secara bulanan. Jika anda serius dalam pengumpulan list, rasanya anda akan dapat balik modal dari list yang kita kumpul tu seperti melalui penjualan ebook, affiliate, pay per lead dan sebagainya.
Saudara Mazli telah membuat ebook panduan bagaimana untuk setup getresponse dan berita baiknya ebook ini di beri percuma sahaja. Apa lagi jom download ebook tersebut dengan klik gambar di bawah.
Jom CARI DUIT INTERNET!
DVD panduan cari duit internet
Salam Ramadhan,
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat meningkatkan amalan-amalan kita dengan membanyakkan zikir,tahmid,membaca Al-Quran, sedekah dan jangan lupa solat Tarawih dan witir pada malam harinya serta membanyakkan sembahyang sunat malam.
Sebagai usahawan internet bulan puasa tidak menghalang untuk kita cari duit internet dan mana tau rezeki lebih, dapatlah juga cover untuk perbelanjaan hari raya nanti.
Jika anda belum memulakan langkah untuk CARI DUIT INTERNET, sedang cari duit internet ataupun memang dah lama cari duit internet, saya syorkan anda membeli produk dari gabungan idea tiga orang usahawan internet yang memang terkenal di Malaysia iaitu Syed Ikhwan (pakar google adsense yang memeperolehi pendapatan 5 angka dengan adsense), Fuad Latif (pakar dalam SEO dan juga pakar dalam programming membuat kerja secara auto, juga pendapatan 5 angka sebulan dengan perniagaan internet) dan saudari Yusri jomseminar ( seorang yang selama ini bergerak secara underground dalam usahawan internet tetapi juga memperolehi pendapatan 5 angka sebulan)
Mereka telah mengeluarkan sebuah DVD yang sangat lengkap bagaimana boleh mendapatkan duit di internet.
Jika biasanya usahawan internet menjual ebook tetapi berbeza dengan produk mereka kali ini iaitu dengan menggunakan video.
Saya sendiri telah mendapatkannya dan berikut adalah review saya mengenai Video Usahawan ini.
Material yang paling saya suka ialah temuramah bersama 5 orang usahawan internet yang berjaya berkenaan pengalaman dan bagaimana mereka boleh berjaya. DVD ini amat sesuai kepada newbie, pertengahan malah mereka yang bergelar 'otai' sekalipun... Boleh dikatakan seseorang usahawan internet adalah tidak lengkap jika anda tidak mendapatkan pakej DVD Video Usahawan yang hebat ini. Tahniah kepada team Jomseminar kerana membantu usahawan internet seperti saya ini untuk terus berjaya. |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Video Usawahawan ini boleh lah melawat web jualan mereka --> Video Usahawan
*P/s : Rebutlah semasa harga promosi sekarang sebelum harganya naik kelak pada 10 September ini.
50 Template Adsense Percuma
Ingin mendapatkan 50 template website yang siap dipasang dengan script adsense . Anda hanya perlu menukar PUB ID anda sahaja.
Template-template ini juga terdapat dalam produk Adsense Segera saya.
Jika anda yang membeli Adsense Segera , anda hanya perlu menggunakan software yang telah dibekalkan dahulu untuk replace ID anda dalam masa seminit!
Klik banner di bawah untuk mendapatkannya
MARI CARI DUIT INTERNET!
Nak USD1 percuma?
Cari duit internet kali ni ialah dengan USD1 percuma jika mendaftar fail hosting di bawah.
Ada lagi file hosting selain ZIDDU yang membayar kepada kita jika ada orang download fail yang kita upload dan refer kawan.
Boleh daftar Di SINI dan sekali pendaftaran kita akan dapat free USD1.00. Tiap kali orang download fail kita akan mendapat bayaran mengikut bilangan trafik. Minima pengeluaran ialah USD5.00 sahaja dan pembayaran melalui paypal atau money booker.
Mari CARI DUIT INTERNET
Pay per register
Salam blogger,
Kerja senang nak dapat RM0.50 per register.
Nampak tak banyak ke? Tapi oklah kerja senang, macam pay per lead juga. Jika 10 orang anda boleh dapat income online RM5.00 , jika 100 orang anda boleh dapat RM50.00, siapa nak bagi kan?
Jika anda mempunyai blog sendiri anda hanya perlu letak iklan yang menarik pelawat untuk mendaftar ke website tersebut anda akan mendapat imbuhan.
Jika anda tidak mempunyai blog, anda juga boleh CARI DUIT INTERNET dengan portal ini dengan menghantar email kepada teman-teman anda.
Link ke portal tersebut ialah PAY PER REGISTER
Jangan lupa daftar dan mari cari duit internet!
Anda tak pandai photoshop?
Jika anda tidak berapa pandai photoshop, tahukah anda ada satu 'tool' yang membolehkan kita membuat logo,image editing, button dengan mudah?
Kita boleh membuat logo seperti di bawah dalam masa kurang dari seminit sahaja..
Untuk maklumat lanjut sila ke salespage saya :
TAK PERLU PHOTOSHOP
Harga promosi sempena Merdeka ke 51 ini, tamat sehingga 31 Ogos 12 malam RM21 sahaja..
Jika berminat sila isi borang tempahan yang di sediakan di web jualan atau boleh pm saya di sini..
tq
Minggu yang sibuk
Salam,
Saya tak dapat hantar post di blog ini kerana agak sibuk dengan pelbagai urusan online dan offline, jadi saya tak dapat explore mana-mana peluang cari duit di internet untuk dikongsi bersama.
Biasalah IM part time seperti saya. Dengarnya founder wangcyber dan owner server sempoihosting En Shuth dah pun meletakkan jawatannya di NIOSH dan ingin menjadi IM sepenuh masa.Tahniah kepada beliau dan semoga beliau terus berjaya.
Kesibukan Online:
1.Masalah dengan hosting
Sejak akhir-akhir ini, website saya selalu keluar error "suspended page" hingga membuatkan saya hangin juga la. Dah deal dgn pihak hosting, diaorang kata masalah dari website saya sendiri yang banyak ada bug scipt. Saya telah meminta diaorang script mana yang problem dan diaorang pun dah bagi dan syaki salah satu website wordpress saya yang bermasaalah.
Oleh kerana website tu tak banyak memberi pulangan kepada saya, saya teleh delete website tersebut. Mulanya ok dalam 3-4 hari dan hari ini datang balik...sabar jer lah.
2. Sibuk meyiapkan satu ebook "Tak Perlu Photoshop"
Masa yang paling lama ialah untuk pemasangan sistem affiliate. Dulu saya dah pernah pasang sistemn affiliate ni tetapi oleh kerana dah lama dah ingat-ingat lupa. Sehingga sekarang masih try and error lagi huhu. Tu la "ilmu tanpa amal" - boleh hilang memori kita
Secara ringkasnya ebook ini adalah satu "tool" yang memudahkan kita membuat grafik dengan mudah sekali dan hasilnya lagak seperti seorang pro yang design.
Ingatkan nak lancarlah ebook ini pada minggu ni tetapi memandangkan masalah server hosting tu, saya hold dulu. Sehingga semua dah smooth baru la nak lancarkan.
Tungguuuu!
Kesibukan Offline pulak
Biasanya pada hujung minggu la saya boleh stay back lama sikit untuk kerja-kerja online tetapi oleh kerana banyak sangat jemputan kahwin (biasalah dah musim cuti sekolah) saya tak dapat nak online lama-lama. Ini kerana jemputan kahwin dari rakan-rakan tu agak jauh dari rumah saya. Tak nak pergi tak sedap pula menolak jemputan orang.
Biasalah sebagai family man, musim cuti sekolah ni bawa anak jalan-jalan. Tu hari dah ajak pergi mandi laut di Pantai Batu Layar di Kota Tinggi dan pada hujung minggu depan ni pula, nak naik KL pula.
Selepas semua ini berakhir saya akan membuat post di blog CARI DUIT INTERNET ini seperti biasa.
Cari duit internet dengan survey
Cari duit internet melalui survey pernah saya tulis dahulu. Saya memang yakin melalui survey kita boleh menjana pendapatan kita melalui internet.
Dalam perniagaan online atau offline membuat survey atau kajiselidik adalah penting kerana mereka:
1. Memerlukan menerima maklumbalas pengguna mengenai produk mereka
2. Perlu memahami kehendak pasaran
3. Ingin mengetahui kehendak pengguna sebelum melancarkan sesuatu produk supaya tidak syok sendiri.
4. Ingin melihat respon pengguna mengenai reka bentuk website mereka
5. Ingin tindakbalas mengenai produk mereka
6. Ingin mengetahui geografi bakal pelanggan mereka.
Dari maklumbalas survey yang mereka buat mereka akan mengetahui statistik data yang mereka perlukan. Teknik ini dinamakan sampling.
Bagaimana syarikat survey membayar kita?
Seperti program google adsense juga, syarikat survey membayar kita dari syarikat-syarikat atau webmaster-webmaster yang mendaftar berbayar dengan mereka. Cari duit internet dengan survey,autosurf,pay per click dan sebagainya memerlukan kesabaran dan usaha yang tekun kerana kita perlu menjawab survey setiap hari.
Sebelum ini saya rajin juga mendaftar dengan program survey ni tetapi kerana saya ketiadaan masa dan tidak tekun kebanyakkannya jadi daftar dan tinggal sahaja. Tetapi kebiasaannya program cari duit internet survey ni ada jadi ahli biasa, silver, gold,platinum, VIP dan sebagainya. Terpulanglah ayat yang digunakannya.
Juga perlu diingatkan tidak semua program-program survey ni betul-betul membayar kita, banyak juga yang SCAM! Oleh itu supaya kita tidak membuang masa dan tertipu , kita hendaklah rujuk kepada pakar dalam cari duit internet survey ni.
Pakar yang dimaksudkan ialah saudara Azman yang telah berpengalaman dan telah dapat pulangan lumayan dari program survey. Beliau telah menulis buku mengenai survey dan bagaimana dapat income Jana Wang Survey.
Saudara Azman sangat yakin kita juga boleh capat income melalui survey dengan tanpa kepakaran langsung mengenai IT. Sebab itu beliau berani memulangkan wang pembeli ebook beliau dalam masa 8 minggu jika tidak dapat income dari survey.
Jom layan pendapatan survey <--- dan mari cari duit internet...!
Harga Runtuh!
Categories
- Adsense
- affiliates
- Agloco
- artikel
- auto blog
- autosurf
- autosurf malaysia
- backlink
- banner
- belajar forex
- blalang cari duit
- blog
- blog basic
- blogging
- buat duit di internet
- cabaran blalang
- cara menghadapi pesaing
- Cari duit
- Cari duit internet
- clickbank
- clicksor
- CPA
- ebook
- Ebook Percuma
- email marketing
- emas
- Empay Haram
- feed
- forex
- forum
- grafik
- Hukum Adsense
- Hukum Forex
- Hukum kutu internet
- Hukum MLM
- Hukum Swisscash
- iklan
- indexing
- info
- kertas kerja perniagaan
- keyword
- komen
- kongsi fail
- laporan percuma
- lelong
- Lisa Hilmi
- manggaad
- marketiva melayu
- melayu boleh
- meniaga tanpa produk
- minisite
- MLM
- motivasi
- multiply
- mybloglog
- network
- newbie
- nuffnang
- paid forum
- panduan forex
- panduan Membuat Blog
- Pay per register
- Pay per review
- pay perinstall
- paypal
- Pendapat
- percuma
- ping
- PPC
- ppl
- produk blalang
- proxy site
- RSS
- Scam
- search and earn
- seminar
- Seo
- skim cepat kaya
- slashmysearch
- Soal Jawab
- streamyx
- sucess story
- survey
- Tip
- Tip Blogger
- to-do-list
- tool
- trafik
- Viral Friend Generator
- webhosting
- WP