Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Masalah utama pembina minisite

Saturday, June 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam sejahtera,

Jika anda merupakan usahawan internet atau berminat untuk menjadi usahawan internet, saya pasti anda tahu betapa pentingnya penggunaan minisite bagi menghasilkan jualan.
Namun begitu, ramai yang menghadapi masalah untuk membina minisite kerana mereka tidak mengetahui perkara asas seperti.

# HTML dan CSS

Buat pengetahuan anda, asas pembinaan minisite bergantung pada pemahaman anda tentang HTML dan CSS.
Walaupun ramai yang sedar tentang perkara ini, namun hanya segelintir orang sahaja yang dapat membina minisite mereka sendiri.

Bagaimana pula dengan yang lain?

Mereka terpaksa melaburkan wang sebanyak RM100 hingga RM300 untuk mengupah pereka laman web untuk menyediakan minisite.
Berita buruknya, kebanyakkan pereka minisite ini tidak akan membantu dalam bahagian teknikal yang lain seperti pemasangan dan proses muat naik minisite.

Sekali lagi anda dalam dilema...

Sebab itu berani saya katakan bahawa 95% usahawan internet gagal kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas berkenaan laman web.
Bagaimana untuk anda mengekang masalah ini?

Buat pengetahuan anda, kita semua bernasib baik kerana terdapat golongan usahawan yang mempunyai inisiatif untuk mencipta sebuah sistem.
Sistem yang dapat membantu mereka yang ZERO' dalam pembinaan minisite.

Jika anda ingin tahu maklumat lanjut, boleh klik pada pautan di bawah:

http://mininiaga.com

Secara peribadi, saya amat syorkan sistem ini jika anda ingin menjimatkan masa, wang dan tenaga bagi mencipta minisite.
Jumpa lagi.

~blalang~

P/S:

Minisite umpama kedai anda, jadi jadikan ia menarik dan nampak pro.

Cari duit internet dengan mangga

Sunday, June 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam,

Ini bukan majalah mangga dan tidak kena mengena dengan komik manga :)

Ramai blogger yang telah mencuba iklan Nuffnang, ramai yang dah berjaya tapi ramai juga yang belum mendapat sekeping cek pun dari Nuffnang. Saya telah dapat hampir RM10,000 dari Nuffnang. Apa rahsianya?

Rahsianya mudah saja: Trafik!

Lagi banyak trafik ke blog anda, banyak anda boleh cari duit internet dengan Nuffnang. Iklan nuffnang biasanya menarik jadi lebih ramai pengunjung blog anda, maka makin banyak kliklah anda akan dapat. Begitu juga dengan buffered earning, makin banyak hits blog anda makin banyak masyuk dari iklan buffer Nuffnang.

Ramai kata Nuffnang ni selow,hmm saya akui juga pasal susah nak keluar iklan Nuffnang ni. Sebabnya ialah beribu malah mungkin berpuluh ribu blogger yang memasang iklan Nuffnang ni.

Apabila pengiklan Nuffnang mengiklan produk mereka di Nuffnang, mereka akan setkan berapa banyak impression/view yang keluar. Makin banyak blog pasang nuffnang maka makin cepat habislah iklan tu. Tu yang kadang-kadang keluar tengah malam tapi 2-3 jam dah tak keluar lagi.

Sekarang blogger ramai yang pelan2 meninggalkan Nuffnang kerana nak dapat RM100 sebulan pun sakit, saya pun mencuba satu program PPC yang seakan Nuffnang ni iaitu ManggaAd dari website manggaonline.

Jika anda nak mencuba, boleh klik iklan di bawah terus ke manggad.




Berapa hebatnya manggaad ni saya belum pastikan lagi sebab ni program baru dan belum ada blogger yang pernah cashout lagi. Minimum pengeluaran manggad ialah RM100, bayaran melalui cek atau paypal.

Kata orang tak cuba tak tau, sebelum ini heboh kejap program Innity, mula dengarnya memang gempak tapi akhir-akhir ini dengarnya makin selow dan makin ramai blogger yang kembali kepada Nuffnang. Adakah manggad pun akan mengikut jejak Innity, sama-samalah kita cuba-try-test :). Agak-agak tak berbaloi, just remove jer script dia.


Salam PPC
~blalang~
Cari Duit Dengan Manggaad pulak..

Aku senang menjadi part time blogger/IM

Friday, May 21, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Salam,

Pekabar? Harap korang dapat cari duit internet hari ini.

Ada seorang remaja yang baru graduate bertanya kepada saya boleh ke full time IM atau blogger ni? Jawapan saya ialah Insyallah boleh pasal ramai yang dah buat ni.

Jika 5 tahun dulu kerjaya ini dianggap pelik tetapi sekarang ni sudah perkara biasa. Janji masyuk..

Abis tu apasal bro tak fulltime jer? tanyanya lagi.

Hmm susah nak jawab jugak ni. Ok saya listkan sebab saya senang menjadi part time blogger:

* income online saya belum sampai ke 5 angka sebulan lagi. Kalau tetap dapat 5 angka sebulan selama 2 tahun, confirm saya berhenti kerja. Kata kawan saya kalau berniaga success selama 3 tahun baru boleh kata perniagaan kita berjaya.

* sayangkan potongan KWSP yang nak RM1000 sebulan tu, simpanan hari tua beb.
walau pun increment gaji kecik tp tetap ada kenaikan.

* Boleh dapat bonus!

* Kos perubatan percuma di klinik dan hospital swasta. Tak payah beratur berjam-jam di Klinik/hospital kerajaan.

* Duit gaji untuk bayar hutang kereta dan rumah , duit online boleh simpan sambil kita enjoy..!!

* Cari duit internet boleh dibuat sebelah malam shj.Siang kerja beb dan takdelah saya membuang masa dengan melepak di warung kopi malam-malam. Boleh lepak di rumah disamping isteri dan anak-anak tercinta.

* Boleh mendapat ilmu yg tak mungkin akan diambil tahu jika tak bekerja seperti ISO, OSH,5's dan lain-lain ilmu pentadbiran,pernigaan,pemasaran etc.

* Tidak 100% bergantung kepada laptop dan sambungan internet.

Ada lagi sebabnya yang tak perlu saya kongsikan.Tu pada sayalah, lain orang lain pendapatnya. Jikalau saya ambil VSS pun saya akan membuat perniagaan offline dan cari duit internet ni sbg part time shj kerana saya tak sanggup mengadap laptop sepanjang hari saya.

Hari ni saya masyuk RM90 dari online, semalam RM88, kelmarin RM90 ++. Kalau saya fulltime IM dan blogger itu sahaja income saya. Sedangkan kerana bekerja saya boleh dapat gaji RM100 lebih dicampur dengan income online dah nak dekat RM200 sehari kan?

Dari mana saya dapat duit online tu? Ok untuk 3 hari contoh yang lepas saya dapat dari iklan dari blog dan komisyen affiliate. Semuanya datang dari blog sahaja bukan dari list.

Bagaimana caranya?

Panjang ceritanya, 8 jam masih tak cukup tapi sudah boleh cari duit internet dari blog!

Nak tau lagi detail, jom sertai 'Bengkel Blog Dan Menjana Wang Darinya' yang akan saya adakan di Taman Senai Utama, Senai, Johor pada 29hb May ini.

Bengkel ini hanya untuk 10 orang sahaja supaya senang kita sama-sama fokus. Sehingga hari ini sudah 7 org yang telah mendaftar , bermakna hanya tinggal TIGA kekosongan sahaja!

Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.

Daftar dan buat pembayaran di :

http://www.isuhangat.net/2010/04/28/bengkel-blog-dan-menjana-wang-darinya/

Digalakkan membawa laptop sendiri kerana senang terus install software-software yang bernilai beratus RM yang akan saya kongsikan secara PERCUMA!

Photobucket

Jumpa anda di sana,

~blalang~

Cari duit internet beb..apa guna berinternet jika tidak boleh masyuk sesen pun.

Blogging antara hobi dan masyuk...

Wednesday, April 28, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 6 comments
Filed under:

Salam ,

Anda ada blog? Kalau ada bagus lah kerana buat blog tidaklah sesusah mana. Org yang tak tau script HTML pun sudah boleh berblogging. Malah percuma pula dengan blogger.com.

Terpulang kepada minat masing-masing blogging mempunyai niche masing-masing tapi paling ramai yang bertemakan peribadi kerana banyak boleh ditulis. Biasala tu kan..

Namun begitu jika anda berminat dengan cari duit di internet, blogging selain dari hobi ianya adalah sumber duit juga. Saya baru mendapat email dari bank HSBC semalam berkaitan cek yg mereka proses dari Nuffnang untuk saya.

Alhamdulillah RM1095 jumlahnya. Baru dua bulan lepas saya menerima RM1144 dari Nuffnang. Masuk ini saya sudah 25 kali cashout dari Nuffnang yang jumlah keseluruhannya RM9243.99 selama 2 tahun setengah. Ini bermakna saya mendapat hasil lebih kurang RM256 sebulan secara puratanya. Esok atau lusa saya akan cashout buat kali ke 26 yang jumlah terkini RM95.47.


Email payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan


Payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan


Jumlah terkini cashout dari Nuffnang. Klik atas gambar untuk besarkan.

Ini baru hasil dari Nuffnang, banyak lagi income boleh kita dapat dari berblogging ni seperti google adsense, affiliate, CPA,iklan sendiri dan sebagainya.

Apa itu blog? Blog adalah ringkasan dari "web log" iaitu salah satu jenis laman web yang popular sekarang ini.Semua orang boleh membuat blog walaupun tidak berpengetahuan script.

Dengan blog kita boleh juga jadikan satu laman web perniagaan kita dan dengan blog semestinya kita boleh menjana wang dengan pelbagai cara.

Di atas permintaan ramai melalui email, saya ingin membuka kelas/bengkel panduan membuat blog dan menjana wang darinya.

Berkenaan bengkel

Satu sessi hanya untuk 10 orang sahaja supaya pembelajaran lebih fokus dan dapat dijalankan secara praktikal.
Tarikh : May 2010 (Hari Sabtu)

Masa : 0900 pagi sehingga 5.00 ptg

Tempat : Senai, Johor

Modul:

- Pengenalan asas internet
- HTML dan script

- Panduan analisis niche/tema blog

- Membuat Blog (blogspot dan wordpress)

- Teknik menarik trafik

- SEO

- Panduan mencari idea untuk blog

- Panduan Cari duit dengan blog

- *Ekstra - Lain-lain cara cari duit di internet.

Kursus dibuat secara praktikal, anda digalakkan membawa laptop sendiri namun jika tiada komputer memang telah tersedia.

Harga Kursus : RM250 RM200 Harga Promosi!
Untuk pendaftaran dan pertanyaan , sila isi borang yang disediakan di:-

http://www.isuhangat.net/contact.php

Terima kasih

~blalang~
Cari duit dengan blog

Klik-klik dapat duit

Wednesday, April 14, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,

Salam,

Maaf lama tak update blog ni. Saya memang jarang update blog ni kerana sekarang sudah banyak blog cari duit internet berbahasa Melayu dari rakan-rakan IM yang lain. Apa pun keyword "cari duit internet' dalam google, blog ini masih mengekalkannya.

Klik-klik dapat duit, ingat tak tag ni yang dibuat oleh salah satu program yang gempak sampai iklan di media utama. Ternyata program yang cepat panas ni cepat juga sejuk.

Program sebenar pay per click (PPC) yang proper seperti google adsense,chitika dan sebuah program yang saya akan kongsikan di sini terus mendapat tempat untuk blogger cari duit internet.

Program PPC ni ialah pengunjung datang klik-klik baru dapat duit bukannya kita join program, lepas tu kita yang klik-klik lepas tu kita dapat duit. Memang ada website mat saleh yang klik-klik boleh dapat duit tapi imbuhannya ciput sangat tidak berbaloi dengan masa kita. Tapi masih tidak salah mencuba untuk cari duit internet, janji masyukkk.

Jika anda cari duit internet dengan google adsense, saya amat cadangkan anda mendapatkan produk jana wang adsense tulisan Nawar kerana pada saya produk ini adalah produk yang terbaik dikalangan ebook berbahasa Melayu.

Walau pun tulisannya dalam bahasa Melayu tetapi teknik yang digunakan adalah cukup antarabangsa. Cara menarik trafik yang berkualiti dari global ke blog kita dengan tujuan untuk mengharapkan pelawat klik-klik lubang duit kita.

Memang diakui produk "Jana Wang Adsense" adalah yang terbaik, sebab itu saya tidak bertangguh untuk membeli lesen RR dari Nawar kerana kualiti produk ini. Saya terpaksa menolak tawaran seorang IM yang otai yang lain kerana keyakinan saya kepada produk jana wang adsense ini.

Berkenaan dengan program lain yang saya ingin kongsikan ialah clicksor. Saya dah lama daftar, install dan tinggal di blog saya, semalam saya check dah boleh cash out. Pembayaran adalah melalaui paypal dengan minimum payout USD50.

Secara purata dengan pengunjung blog bawah 500 orang sehari , page impression sahaja kita boleh dapat sekurang-kurangnya USD1 sehari. Itu tak campur dengan earning jika ada klik-klik.

Oleh itu jika anda belum berjaya dengan klik-klik dapat duit dari google adsense saya syorkan anda mendapatkan produk Jana Wang Adsense :

==> http://www.blalang.com/janawangadsense/


Atau mencuba program clicksor.







Selamat mencuba jika belum cuba, tetapi kalau dah cuba diharap sama-sama kita dapat cari duit internet.

Salam.
~blalang~

Cari Duit Internet VS increment ciput hohoho

Kisah kanak-kanak buta

Friday, April 02, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: "Saya buta, tolong bantu." Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.

Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.

Tak lama kemudian cawan itu mulai terisi. Ramai orang memberi wang yang lebih kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, "Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis"

Lelaki itu berkata, "Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis"

Aku menulis: "Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya."

Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?


Moral Story: Sebagai orang yang suka dengan cari duit internet kita mesti berfikiran di luar kotak (pemikiran dari orang biasa), kreatif dan berfikiran inovatif supaya mendapat apa yang kita idamkan.


Salam,

~blalang~

YUK CARI DUIT INTERNET

Seminar internet percuma!

Thursday, March 11, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Saya ingin menunjukkan kepada anda, orang yang telah telah mencapai kebebasan kewangan sebelum dia mencapai usia 30.

Namanya Patric Chan dan di sini adalah mengapa kita harus
belajar dari padanya:

- Kerap dijemput untuk bercakap tentang topik internet marketing di lebih daripada 11 negara
- Dia menunjukkan LIVE bagaimana dia telah menghasilkan $ 36,316.65 USD
on real-time dalam 3 hari dengan hanya berseluar pendek.
- Secara kolektif, lebih dari 200.000 pelanggan telah melanggan Pemasaran internet Patric melanggan untuk belajar dari dia cara membuat wang online dan mempromosikan perniagaan internet.

Patric tidak pernah menerima pendidikan formal. Bahkan, ia telah membina kerajaan juta dolar daripada sifar.

Untuk menunjukkan bahawa dia adalah 'real deal', Patric adalah memberikan
rahsianya di tajuk kursus:

'Internet To Income: Menggunakan Internet Untuk Menghasilkan Pendapatan Berterusan
Ke Bank Anda' (In English)

Jika anda melawat laman web di bawah, anda dapat mendownload secara PERCUMA
sahaja tetapi untuk masa yang terhad:

==> INTERNET TO INCOME

Dalam kursus ini anda akan mempelajari:

* Bagaimana menemukan ribuan syarikat dan individu yang
menunggu untuk memberi anda produk-produk mereka untuk berjualan secara online!

* Rahsia mendapatkan kejayaan dengan iklan dibayar

* A-Z penjelasan cara buat wang online, terpantas mungkin

* Kaedah rahsia yang berkesan untuk mendapatkan bayaran untuk berkongsi
pendapat di internet

* Bagaimana dia membuat 5-angka pendapatan dalam masa kurang 24 jam (dalam
kaedah yang sama dia untuk memulakan perniagaan internet 7 tahun yang lalu ...)

* 5 langkah ke internet yang menguntungkan - "mesin pembuat wang"

* 2 langkah untuk mengembangkan perniagaan internet anda dan membuat lebih
wang online

* Apa yang perlu anda lakukan sebelum menjalankan iklan online yang akan
menyelamatkan anda daripada pembocoran saku anda hari ini

* Contoh bagaimana ia menggunakan blog untuk menghasilkan pendapatan
Buka di sini sekarang untuk memuat kursus anda Percuma:

==> INTERNET TO INCOME

Terbaik,
Mr Blalang
PS: Ini saatnya anda berhenti buang-buang waktu dengan bulu diisi
ebooks dan mengambil kursus oleh ahli yang nyata dengan 7 tahun
pengalaman pemasaran internet.
==> INTERNET TO INCOME

---

Payment Notification

Monday, March 01, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Related dengan post saya sebelum ini, cari duit dengan streamyx ramai yang telah join tetapi belum berapa aktif. Sesiapa yang mendaftar tu jangan malu-malu memperkenalkan diri anda sebagai agen streamyx dan celcom BB.

Komisyennya tinggi beb, rugi kalau dilepaskan. Terutama kalau dapat pakej business seperti PPOA dan SDSL. Komisyen RM1000 untuk satu customer jer. Pak cik kayooo.

Mana tau anda bekerja di kilang dan rapat dengan IT person anda boleh melobi dan komisyen bahagi dua dengan dia. Saya biasanya cari makan macam gitu lah, kita pasang kaki lagi.

Nak proses order pun senang dan tidak banyak birokrasi. Rasanya lagi mudah apply streamyx melalui cara ini dari kedai TM hehe kerana kita boleh buat order malam dan company akan buat esok pagi-pagi lagi.

Ok ini adalah bukti pembayaran dari Micropurple kepada saya dalam bulan Feb 10. Sebulan dia bayar dua kali. Pembayaran melalui cek ke akaun kita, 3 hari dah boleh withdraw.

11 Feb: RM440
28 Feb : RM 291.35





Siapa nak kasi beb, ini kira macam cari duit internet juga kalau anda rajin promosi di internet dengan melalui forum , newsgroup , blog dan sebagainya. Apa yang penting jika ada usaha Insyallah ada rezekinya.

Jangan lupa sekodeng post entry saya yg lepas:

http://blalang.blogspot.com/2010/02/cari-duit-dengan-streamyx-komisyen-200.html


Kalau bukan streamyx, ia tak cukup bagus!

~blalang~
Cari duit internet via streamyx network.

Website ping tempatan

Friday, February 26, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under:

Pertanyaan dari Mohd Fahmi,

Salam bro blalang,

Mula-mula sy nak ucapkan terima kasih kerana saya dah lama follow blog saudara dan dah banyak juga info yang saudara kongsikan yang saya dah praktikkan dan berjaya.
Di sini saya nak tanya, ada tak website ping macam pingomatic yang local punya?

tq


Salam Fahmi,

Terima kasih kerana follow blog cari duit internet ni, memang pun tujuan blog ni untuk berkongsi ilmu, bukan nak tunjuk pandai tapi ramai yang bertanya melalui email yang rasanya rugi jika saya menjawabnya secara personal dan tak dikongsi dengan orang lain.

Tetapi tak semuanya saya jawab kerana untuk soalan-soalan basic yang boleh minta bantuan pak cik google dengan mudah saya malas tak sempat nak menjawabnya.

Ping mengeping adalah salah satu teknik untuk menarik trafik ke blog kita. Dengan ping kepada website ping bermaksud kita hantar data ke server seolah memberitahu blog kita ada update terbaru.

Rasanya ramai dah tau tempat-tempat ping untuk luar negara kan?

Takpe saya listkan lagi sekali,

- http://pingomatic.com/,
- http://pingmyblog.com/ ,
- http://www.pingoat.com/

Ingat jangan ping selalu nanti dikategorikan spam pula. Seminggu sekali oklah.

Di Malaysia pula saya masih tak jumpa website yang ping secara terus macam di atas tetapi masih ada website komuniti tempat berkumpul blogger yang kita boleh ping blog kita.

Antara yang saya pernah guna ialah:

http://komuniti-blogger.com/

http://www.gengblogger.com/ --> connect dengan FB.

http://www.petalingstreet.org/

dan

http://innit.nuffnang.com/ (untuk nuffnanger sahaja)


Ini sahaja yang saya pernah jumpa, jika ada rakan lain nak share pun amat dialu-alukan.

Semoga anda dapat tarik trafik dari local.


Salam cari duit internet,
~blalang~
More Traffic=More Money

Cari duit dengan blog

Wednesday, February 24, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Jika anda ada blog, saya ingin menawarkan sedikit duit kocek untuk anda. Ini ialah cara cari duit internet juga.



Pertandingan Review Blog Isuhangat.Ini sebenarnya antara tektik untuk menarik trafik ke blog anda. Secara tidak langsung peminat blog dari blog lain akan datang ke blog anda.

Selain dari review, anda juga boleh menarik pengunjung ke blog anda dengan menjalinkan hubungan dengan pengunjung seperti membuat pertandingan komen terbanyak, memberi hadiah kepada pengunjung ke 1,000,memberi hadiah ebook dan macam-macam lagi.

Tetapi seeloknya sebelum anda mengadakan pertandingan review pastikan blog anda sudah bersedia untuk cari duit internet. Maksud saya link dan banner affiliate kita dipastikan bekerja kerana inilah peluang untuk masyukkk.

Jika anda mempunyai blog tidak kira kurang pengunjung ke tidak ,saya cabar anda untuk menyertai pertandingan review blog di bawah kerana inilah masanya anda mengasah bakat penulisan anda sebagai seorang blogger.

Ni yang bestnya menjadi blogger berbanding wartawan. Wartawan mempunyai etika kewartawanannya sendiri yang perlu dipatuhi. Gaya bahasa dan penulisan dititik berat ataupun artikel anda dibakulsampahkan.

Apa yang paling penting bagi wartawan tetapi memang tidak diambil kisah oleh blogger ialah format-format asas.

Where
What
Who
Why
When
How


5 Wife 1 Husband (5W+1H) ni memang wajib dalam sebuah artikel wartawan dan mempunyai formatnya sendiri.

Blogger bebas sebebasnya, boleh buat ayat dalam bahasa slanga kalau ambil exam UPSR pun kantul. Namun jika blogger mengikut format wartawan media cetak pun bagus juga dapat meningkatkan kredibiti blogger.

Gaya bebas blogger bagaimanapun mempunyai limitnya sendiri. Kalau tidak - lu sendrik tanggung!

Ok terus ke cari duit internet dengan review:

Untuk tujuan penambaikan blog www.isuhangat.net , saya sedang menganjurkan sebuah pertandingan review blog isuhangat.

Berikut adalah hadiah-hadiah untuk review blog ini:

Tempat Pertama:
- Wang tunai berjumlah RM150.
- Pakej iklan banner antara post yang bernilai RM50
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM230

Tempat Kedua:
- Wang tunai berjumlah RM50
- Pakej iklan banner sidebar yang bernilai RM30
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM110

Tempat Ketiga:
- Wang tunai berjumlah RM25
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM55

3 tempat saguhati
- Pakej iklan text di bawah post bernilai RM455
Jumlah keseluruhan penajaan: RM90

Pakej iklan isuhangat boleh di lihat di :
http://www.isuhangat.net/iklan-di-sini/

Syarat-syarat pertandingan:

1. Mesti ada link ke http://www.isuhangat.net dalam kandungan review.
2. Post mengenai review (permanent link) tidak boleh didelete sehingga 30 hari atau sehingga pertandingan ini tamat.
3. Tiada format gaya penulisan review. Tema adalah bebas.
4. Pakej iklan adalah tidak boleh ditukar ke wang tunai

Tarikh tutup pertandingan 22 Mac 2010.

Daftarkan review anda di http://www.isuhangat.net/2010/02/19/pertandingan-review-blog-isuhangat/


Selamat mereview,
~blalang~
Cari Duit Internet Best!