Salam Ramadhan.
Sebelum anda terus membaca artikel ini, saya ingin cadangkan agar anda download laporan PERCUMA ini terlebih dahulu agar anda lebih faham apa yang cuba kami sampaikan.
===> http://www.sinarniaga.com/ramadhan/
Sekali lagi saya ingin nyatakan bahawa berniaga dengan menggunakan konsep dropship merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda menjana RM100 yang pertama di Internet.
Sebelum kita berbicara mengenai keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan, eloklah jika anda mengambil serius perniagaan menggunakan konsep dropship ini.
Pada artikel kali ini saya ingin terangkan kepada anda bagaimana hendak mencari sumber untuk anda berniaga produk secara dropship.
1) Melalui kedai-kedai berhampiran anda.
Inilah yang rakan saya di Flarebiz Network lakukan satu ketika dahulu ketika menjual kain batik secara online. Mereka menggunakan konsep dropship yang mana mereka berurusan dengan kedai batik berhampiran rumah mereka.
Baca artikel penuh...
Mereka mengambil gambar produk dan masukkan ke dalam laman web mereka kemudian mereka 'mark up' harga berdasarkan harga pasaran. Mereka dapat untung RM30-RM50 bagi setiap kain pasang yang terjual.
Namun, saya tahu bahawa tak ramai sanggup lakukan cara ini kerana ada perasaan MALU & KURANG KEYAKINAN DIRI. Betul tak?
2) Melalui kedai online yang ada.
Ini cara bagi orang yang ada perasaan malu untuk berurusan secara konvensional. Anda boleh lakukan urusan dropship dengan kedai online yang anda rasakan sesuai. Semuanya online!
Sejak 2 tahun yang lepas, ramai usahawan internet membuka kedai online mereka sendiri untuk menjual pelbagai produk.
Jadi sekarang anda boleh manfaatkan kewujudan mereka dengan berurusan agar anda dapat menjual produk mereka secara dropship.
Anda boleh ambil gambar mereka dan jual di mana sahaja yang anda rasakan sesuai.
Jika mereka setuju maka BINGO! Saya sendiri pernah melakukan cara kedua ini dengan menjual produk di eBay. Namun, kelemahan method kedua ini ialah kebanyakkan sesebuah kedai online terhad dengan beberapa jenis produk sahaja.
3) Langgan web dropship.
Aha! Ini juga satu langkah yang bijak kerana mereka menyediakan segala-galanya untuk anda. Di internet ni ada laman web yang menyediakan perkhidmatan dropship di mana mereka memahami segala kehendak anda.
Mereka menyediakan gambar yang cantik untuk anda guna sebagai tujuan promosi. Mereka juga menyediakan kepada anda ribuan produk untuk anda jual. Ini menjimatkan banyak masa anda.
Namun, kebanyakkan web dropship ini akan mengenakan caj bulanan kepada anda. Jika laman web dropship international, mereka akan kenakan bayaran $30-$50 sebulan untuk anda menjadi ahli mereka.
Dan ada juga laman web dropship yang 'scam' dimana apabila kita menjual produk kepada pelanggan, laman dropship ini tidak menghantar barang pun kepada pelanggan kita. Akhirnya, kita perlu pulangkan kembali wang kita kepada para pelanggan. Rugi.
Itu sahaja perkongsian saya kepada anda kali ini. Selamat memilih method yang anda rasakan paling sesuai dengan diri anda. Saya sekadar berkongsi pengalaman kami yang tidak seberapa.
Jana wang segera sekarang bro!
Salam Cari Duit Internet.
Blalang.
Blalang Ent.





Comments
3 comments to "3 Cara Nak Cari Produk Untuk Dijual Secara Dropship?"Your Blog is really Fabulous
Good Article, Great Templates And Lovely Pictures On It. I Love This Blog
I Will Come Back Again And Visiting Your Blog More Often..
Thanks For Allowed Me Comment On Your Post..
Sincerely From
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
Singgah Iklan
Iklan Di Malaysia
Income Iklan
1. Laman Iklan Percuma Malaysia Terbaik!
2. Malaysia Blog Directory!
3. Sistem Andaforex
4. Laman Iklan Percuma Singgahiklan!
5. Greatest Free Advertising Malaysia
6. Laman Iklan Online Malaysia
7. Iklan Percuma Online Internet Di Malaysia
8. Story Blog
9. Free Download Movies Blog
kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D
Post a Comment