Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Mahu Laman Web Anda Disayangi Google..?

Monday, August 23, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam ,

Entri sebelum ini Analisa pelawat blog bagaimana dengan teknik SEO kita boleh menarik pelawat ke blog kita.

Ianya bukan lagi rahsia apabila saya melihat kandungan produk iaitu
Panduan Asas SEO dari Zamri Nanyan dan Team Penang ini.

Dengan produk berkualiti yang mengandungi sebuah manuskrip dan 5 buah video tutorial selama 49 minit 41 saat ini membuatkan saya amat yakin
bahawa bukan lagi masalah bagaimana untuk menempatkan laman web saya di
kedudukan terbaik selepas ini.

Tambahan pula dengan harganya yang tidak masuk akal membuatkan saya
keliru apakah ini sebenarnya adalah kesilapan harga di laman web mereka?

Mungkin selepas ini ianya kembali kepada harga premium 3 angka...?

Antara kandungan Panduan Asas SEO:

1. Modul Pertama (Laporan Manuskrip Berinformasi)

Sebuah manuskrip padat yang mendedahkan strategi, teknik dan tips dalam pembinaan laman web yang mesra SEO dan amat-amat disayangi Google!

2.Modul Kedua (5 Video Tutorial - Hampir 50 minit)

Video Tutorial #1 (Jenis Katakunci Berharga)
~ Pendedahan 3 jenis katakunci untuk anda cari dan setiap jenis katakunci berlainan tujuannya!
Dengan penggunaan katakunci yang betul, dengan hanya beberapa klik jualan akan terhasil!

Video Tutorial #2 (Aplikasi Analisa SEO Percuma)
~ Penggunaan killer tool untuk membina kempen SEO anda sehingga ke tahap maksimum dan terbaik!
Kini anda boleh kaji pesaing untuk memintas ranking terbaik di enjin carian.

Video Tutorial #3 (Website Mesra SEO)
~ Pembongkaran cara terpantas membina laman web yang mesra SEO dan plugin yang diperlukan anda bagi meningkat laman web anda di tahap terbaik!

Video Tutorial #4 (Automasi SEO)
~ Rahsia cara malas untuk melakukan SEO laman web anda! Ianya juga adalah cara bijak bagi menjimatkan masa anda!

Video Tutorial #5 (Case Study)
~ Satu pendedahan rahsia kajian kes sebenar bagaimana laman web yang mendapat 10 klik sahaja pun mampu menghasilkan jualan. Rahsia ini telah didedahkan di dalam video terakhir ini!

Cukup hebat dan mengujakan!

Terbukti! Dengan penerbitan produk dengan kualiti sebegini, Zamri Nanyan dan Team Penang sememangnya muncul bagi membantu sesiapa yang berminat menjana wang melalui internet!

Jangan tunggu, rebut peluang ini disini:

---> http://teampenang.com/

ikhlas,

~blalang~

PS: 1 manuskrip padat berinformasi, 5 buah
video tutorial perkongsian rahsia SEO dan
laman web anda pasti akan disayangi Google!

Mudah bukan menjana wang melalui laman web?

Analisa pelawat blog

Sunday, August 22, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under:

Salam Ramadan,

Semoga anda tak tinggal solat tarawih yer.

Alhamdulillah, berkat bulan puasa ni blog saya yang paling hangat telah mencecah hits tertinggi iaitu 9,242 pelawat unik pada hari Jumaat yang lepas.


Sebagai seorang yang mmg kerjanya suka cari duit internet, jumlah pelawat ke satu blog adalah satu perkara yang paling penting. Apa guna kita berblogging sakan tetapi pelawat blog sikit sangat.Macam syok sendirikan? Kalau pelawat datang menunjukkan blog kita ada yang dok follow.

Pengunjung blog kita datang dari mana? Ada 4 kategori pengunjung blog iaitu:

1. Pengunjung setia yang selalu datang menziarah ke blog kita

2. Datang dari bookmark,RSS dan pelanggan email feedburner

3. Datang dari blog/website lain (spt iklan di blog lain)

4. Datang dari Search Engine

Saya sentiasa mengambil berat dan mengkaji berkenaan pelawat blog saya yang datang dari search engine. Lihat analisis saya ni

Screen shot di atas ialah pelawat dari search engine pada bulan kedua blog saya di launch. Bulan pertama tidak dikira kerana baru sangat dan mungkin ada yang belum diindexkan di sesetengah search engine. Perhatikan yang saya bulatkan, hanya 7,169 orang selama sebulan iaitu hanya 6.8% dari jumlah pengunjung blog.




Yang ni pula untuk bulan yang terkini iaitu bulan Julai setelah lebih kurang 8 bulan di internet, jumlah pelawat dari search engine telah meningkat kepada 20,801 pelawat unique iaitu 15.47% dari jumlah keseluruhan pelawat.

Peningkatan pelawat dari 7 ribu seorang kepada 20 ribu, lebih kurang 200%.  Jumlah percent meningkat dari 6.8% kepada 15.47% iaitu lebih 100% dan bayangkan pelawat dari search engine dari Rajah 2 di atas telah convert kepada pengunjung setia,pengunjung bookmark dsb.

Sebab tu pelawat blog saya tu boleh meningkat dari 0 ke 9 ribu pelawat dalam masa sehari dan Insyallah terus berkekalan sekurang-kurangnya 6 ribu pengunjung sehari pada masa hadapan. Alhamdulillah jika dulu di blog blogspot saya untuk mencapai purata 8 ribu  pelawat sehari saya perlukan masa selama 5 tahun, dengan blog Wordpress saya boleh capai target purata 8 ribu pelawat sehari dalam masa kurang dari setahun!

Dari 4 kategori pelawat di atas, mereka boleh bertukar-tukar kategori. Contohnya:


1.Datang dari search engine kemudian minat dengan blog kita, terus add bookmark di browser mereka atau subcribe blog kita melalui RSS dan feedburner.

2. Yang datang dari search engine lepas tu terus add RSS kita di blog mereka

3. Yang datang dari search engine lepas tu menjadi pengunjung setia blog kita.

4. Yang datang dari search engine lepas tu war-warkan blog kita kpd sahabat handai mereka spt share link facebook.

Nampaknya yang datang dari search engine adalah yang paling penting untuk bertukar kepada kategori yang lain.

Pelawat search engine juga paling mudah kasi kita duit.

Bagaimana tu?

Pelawat dari search engine oalah pelawat yang fresh, mereka tidak pernah berkunjung blog kita, jadi merekalah yang paling berpotensi untuk klik iklan yang kita letakkan di blog kita spt Nuffnang dsbnya.

Ok bagaimana pula nak suruh pelawat datang dari search engine spt google,yahoo,bing etc?

Sudah tentu jika blog kita berada di ranking di atas dan muka pertama dalam page search engine dalam keyword yang mereka taip di kolum carian.

Ini dinamakan SERP (search Engine Rangking Page).

Bagaimana pula nak letakkan blog kita di SERP yang bagus?

Anda boleh menyerahkan kepada nasib mungkin entri kita tertembak dengan algorithma search engine jadi secara automatik jadi di page pertama.

Tapi cukupkah dengan menyerahkan kepada nasib sahaja?

Sudah tentu tak boleh pasal kita mesti berusaha untuk berjaya. Ya sudah tentulah dengan menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimize).

Saya dah banyak kali menulis entri mengenai SEO. Anda boleh klik di label SEO di kanan entri ini. Tapi anda tahukan algorithma atau skema search engine terutama google kerap berubah dari tahun ke tahun.

Mungkin teknik SEO yang kita gunakan sudah lapuk spt plugin SEO 4 All di WP masihkah terus boleh kita harapkan sedangkan semua orang sudah menggunakannya.

Oleh itu kita mestilah sentiasa update pengetahuan kita berkenaan SEO ni.

Saya akan sambung lagi cerita mengenai SEO ni, di next entri. Jika anda pertama kali berkunjung ke blog cari duit internet ni, jangan lupa langgan email di ruangan subcribe email di borang di atas.

Salam,
~blalang~
SEO Masyukk..

USD28.87 dalam masa 4 hari

Wednesday, August 18, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,


 USD28.87 dalam masa 4 hari spt screen shot di atas dari program Gumgum . Gumgum ialah program cari duit internet dengan letak iklan di gambar. Aku dah register benda ni lama dah tapi lupa nak activate sehingga aku terbaca pasal program ni yang di bincangka di forum wangcyber.

Ini yang menariknya forum wangcyber, macam-macam program buat duit internet yang dikongsi bersama ahlinya. Aku bukan jenis orang yang suka berforum. Selain dari wangcyber , forum lain yang aku suka jenguk semestinya program DP dan sesekali forum Blackhat hehe.

Sesiapa yang belum join forum tu, saya amat recommend join forum wangcyber.

Semuanya forum yang ada masyuk la kan, apa lagi forum yang mengumpat kisah artis. Namun terpulanglah kat minat korang, kalau korang suka life artis sukahatilah. Apa pun kita gunakan internet untuk mendapat info terbaru. 

Berbalik pada program gumgum tadi, hasilnya walau pun sikit tapi kira berbaloi juga. USD28.87 kalau convert ke RM dah nak dekat RM100 juga kan. Pembayaran gumgum kepada kita ialah dgn melalui paypal dan kalau dibaca, pembayaran dibuat sebulan selepas hujung bulan bemakna dalam masa 2 bulan baru diaorang transfer ke paypal kita.

Alternatif lain selain dari cari duit internet dengan Adsense, Nuffnang, Manggaad , TLA dan lain-lainnya. Apa yang penting kita masyuk dengan rezeki yang kita usahakan sendiri.

Dengan gumgum kita ada pilihan untuk pilih untuk tidak mengeluarkan iklan rokok dan arak. Tu yg penting supaya rezeki yang kita cari di internet ni tidak diragui untuk belanja keluarga di bazaar Ramadhan .

Akhir sekali, selamat berpuasa dan bersahur kerana bersahur tu banyak kelebihannya.

Salam,
~blalang~
Cari Duit Internet Dengan Gambar Pun Boleh. 

Mengenali program cari duit internet yang sebenar

Saturday, August 14, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam Ramadhan,

Setiap hari, ada saja email dari orang yang tidak dikenali diterima yang mempromote macam-macam program cari duit internet kononnya.

Jika anda kurang pengetahuan untuk membezakan mana yang betul mana yang scam pasti akan terjebak dengan program yang sebenarnya program piramid yang buat duit sebenarnya dengan mencari kaki (downline).

Contoh perniagaan mereka yang simple:

Anda bayar RM100, setiap referal yang anda bawa, anda akan dapat RM10, lagi RM90 ialah untuk webmaster. Jika anda bawa 10 orang masuk anda akan balik modal.

Jika anda bawa 100 orang masuk, anda akan untung sepuluh kali ganda dan webmaster pun lagilah untung beratus2 kali ganda. Proses ini berterusan sehingga tiada orang join lagi.

Jika anda dapat bawa masuk 2 orang kira ok, dapat balik modal tapi bagaimana jika tiada seorang pun yang nak join?

Sebenarnya program-program begini yang untung hanyalah webmaster web tersebut. Produk yang disertakan misalnya ebook hanya sebagai tutup mata sahaja. Ebook-ebook yang disediakan sebenarnya tidak dibaca pun.

Tahukah anda, kita juga boleh membuat website sebegini dengan begitu mudah dengan hanya sedikit pengetahuan berkenaan aturan di control panel hosting.

Anda boleh beli script begini di Ezeezone. Di eezeezone anda boleh membeli leboh 30 script website MLM, randomizer, matrix dan sebagainya.



Jadi sesiapa pun boleh jadi webmaster program cari duit internet dan yang untung hanyalah webmaster.

Namun begitu tidak semua program adalah scam, ada juga program MLM dsb yang benar-benar program cari duit internet. Silalah semak dahulu.

Saya cadangkan anda join forum wangcyber untuk bertanyakan otai-otai IM di sana berkenaan program-program baru.

Forum wangcyber adalah satu-satunya forum tempat blogger dan Internet Markerter Malaysia berkumpul. Malah ramai dari IM yang terkenal kini lahir di sana spt Jamal, Razif Yusof dsb.

Jadi jika anda belum lagi menjadi ahli forum wangcyber,join lah sekarang kerana pelbagai ilmu manfaat IM ada di sana.

Klik --> join wangcyber

Selamat berforum
~blalang~
Forumer tua hohoho