Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda

Tuesday, February 02, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam,

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara.

Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.
• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.

Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?
Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya.

Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:
• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.

Dipetik dari Kuasamindaberjaya tulisan Ammar Zahar. Dapatkan segera!

Salam
~blalang~
Tiada cara cepat nak cari duit internet!

Comments

0 comments to "Menggunakan kaedah pengulangan untuk memperkasakan minda"