Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senangnya buat blog

Sunday, January 04, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Cuti sekolah sudah berakhir, Isnin depan bermulalah penggal persekolahan yang baru. Maka akan aman la semula rumah saya dari riuh rendah anak-anak yang bercuti.

Pada akhir-akhir cuti sekolah yang lalu, saya berjaya melatih 2 anak murid baru membuat blog dengan menggunakan blog percuma iaitu blogger.com

Blog pertama ialah blog anak saudara saya Haziq, 14 tahun yang gila EPL. Jadi dia pun buat blog berkaitan EPL iaitu:

http://blalang-gila-bola.blogspot.com

Mungkin kerana dia hormat dengan Pak Usu dia ni, dia menggunakan nama blalang juga. Hmmm

Blog kedua ialah blog anak sulung saya Afiq, 11 tahun. Dia ni gila game jadi dia buat blog berkaitan game.

http://blalang-games.blogspot.com

Oleh kerana dia under age, saya ajar dia buat blog guna akaun blogger saya sendiri.

Diaorang ni buat blog hanya suka-suka nak kerek dengan kawan-kawan sekolah la tu.. hehe..Tapi dari sini saya membuat kesimpulan, jika budak-budak sekolah ni boleh buat blog, apa lagi untuk orang dewasa.

Jika anda belum ada blog, create la satu bukan susah sangat pun. Mula-mula memblogkan diri anda, bina blog mengikut minat anda sendiri. Bila sudah ada blog, cari trafik ( haziq promote melalui myspace dia).

Bila sudah ada trafik, barulah kita optimize blog kita dengan cari duit internet melalui blog.

"Traffic must come first and money can come later" hoho


~blalang~
CARI DUIT INTERNET

Comments

0 comments to "Senangnya buat blog"