Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Apa itu RSS dan automatic blogging

Sunday, January 04, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , , ,

Soalan oleh M scok melalui email,

Saudara Mohd Shaid Sitam aka blalang.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya mengganggu En blalang.
Sebenarnya saya ingin mendapatkan serba sedikit bantuan daripada En blalang.
Walaupun belajar daripada e-book semata-mata tetapi tanpa mentor atau 'GURU', saya fikir sukar untuk berjaya dalam IM.
Saya ada pertanyaan sebagai newbie dalam IM.
Diharap mendapat jawapan daripada En blalang.
Saya akui bukan mudah sekiranya tanpa usaha.

1- apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?
2- bagaimana memulakan automatic blogging?
3- cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Jawapan,

Tahniah M scok, anda mempunyai minat untuk cari duit internet. Sebenarnya tidak kira newbie atau siapa saja boleh buat duit internet. Semua otai tu bermula dengan newbie. Ada newbie yang bertuah berjaya menjadi "otai segera" setelah produk yang mereka keluarkan meletup, berjaya membuat jualan melebihi orang yang sudah lama. Yang penting kita mesti sanggup berkorban masa dan mungkin wang ringgit untuk "cari duit internet".

Malah hari ini, sudah ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai "guru", "otai", "sifu", "pakar" dan sebagainya. Mungkin dengan gelaran tersebut membuatkan mereka cepat mendapat pengikut mereka sendiri. Terpulanglah, kalau anda rasa diri anda sudah pakar, bolehlah menggelar diri anda pakar. Bagi saya pula, saya bukan lah seorang otai IM tetapi mungkin otai sebab dah berumur 37 tahun..:) . Juga bukan sifu,guru dan pakar kerana bagi saya untuk mendapat gelaran tersebut bukanlah senang dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang berat.

Tapi jika ada yang ingin bertanya, Insyallah saya jawab dengan setakat mana yang mampu. Berbalik kepada soalan tadi,

Soalan 1-
apakah RSS feed dan bagaimana untuk memulakannya?

RSS adalah singkatan dari "Really Simple Syndication". RSS adalah protokol yang membenarkan kita meletakkan tajuk-tajuk post blog kita yang terbaru di blog yang lain. Setiap kali kita membuat satu post baru, secara automatik RSS ini akan berubah.
Saya juga menggunakan alamat RSS untuk menunjukkan latest post di blog sendiri.

Untuk memulakannya jika anda menggunakan blogspot.
- Klik Menu Layout
- Klik "Add gadget"
- Pilih Feed
- Masukkan alamat feed blog yang berkaitan

Saya sudah menulis mengenai alamat feed di blog cari duit internet ini di:

http://blalang.blogspot.com/2008/08/url-blogger-feed.html

Alamat feed juga boleh dibuat apabila mendaftar dengan feedburner , feedblitz dll. Dengan menggunakan feedburner, kita boleh menghantar post-post terbaru melalui email mereka yang melanggan di blog kita.

Begitu juga dengan menggunakan Wordpress. Kita boleh letakkan widget RSS.

Kelebihan RSS ialah :
1. Boleh menarik pengunjung (SEO)
2. Boleh meletakkan alamat feed ini di mana-mana platform yang menyediakannya seperti di My Yahoo, My Google dan sebagainya sebagai backlink
3. Boleh letak di siggy forum dengan menggunakan script dari feedburner.
4. Ada juga yang suka membaca blog dengan menggunakan RSS. Mat Salleh la ni, orang Malaysia, RSS ini masih benda baru.
5. Untuk tujuan SERP (Search Engine Rangking Page) di muka surat pertama (SEO) kita juga boleh submit link RSS kita ke blog web2.0 dan bookmark seperti blogdigger.com, blogarama, pingoat.com,feedvalidator dan banyak lagi. Di sini saya ingin berkongsi mnega link untuk submit RSS blog anda iaitu di Submit Blog
Inilah sebenarnya power RSS!

Soalan 2:
bagaimana memulakan automatic blogging?

Untuk menggunakan automatic blogging, kebanyakan blogger menggunakan software HyperVRE . Saudara Azam menerangkan lebih detail melalui Rahsia F2R nya.

Apa yang hendak saya kata ialah automatic blogging ini ialah:
1. adalah berkaitan rapat dengan RSS.
2. Search Engine tidak menggemari automatic blogging
3. Mesti menyewa tapak hosting dan domain sendiri.

Soalan 3:
cara paling berkesan untuk mendapatkan pengunjung ke blog?

Pada saya cara paling berkesan mendapatkan pengunjug ke blog ialah dengan teknik SEO. Saya ada juga buat blog teknik SEO semasa cabaran SEO di Wangcyber iaitu di SINI .
Walaupun saya tewas dalam cabaran tersebut blog belajar SEO saya tu sekarang di rangking ke 20 (page no 2) dalam keyword "belajar SEO" walaupun sudah lama tidak update blog tersebut. Ini memberi keyakinan kepada saya teknik SEO saya di landasan yang betul, cuma mungkin kekurangan lagi 2-3 teknik. Pakar SEO yang diiktriraf ialah saudara Fuad Latif dan Inspiration.

Saudara inspiration ada menulis mengenai belajar SEO di SINI

Saya juga pernah menulis tip mendapat pengunjung ke blog di post :
http://blalang.blogspot.com/2008/05/tip-seo.html

Dan yang terakhir:
Untuk makluman saudara blalang saya ingin bemula melalui google adsense(tiada pengalaman serta modal +terdesak)

Komen saya, saya juga bermula zero sama dengan anda. Tidak pernah memasuki seminar dan juga bermula dengan tiada modal. Insyallah, jika ada diizinkan Allah dan ada masa saya akan menulis sebuah artikel percuma cara-cara cari duit internet dengan tanpa modal.

Sekian,
Harap membantu saudara M scok dan lain-lain.


~Blalang~
Moh kita - Cari Duit Internet

Comments

0 comments to "Apa itu RSS dan automatic blogging"