Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Pro kontra menjadi Usahawan Internet sepenuh masa

Thursday, September 04, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Saya terbaca di blog Alang yang memang full time Usahawan Internet betapa seronoknya menjadi full time IM. Walau bagaimana pun ada pro dan kontranya iaitu betapa sukarnya beliau nak buat loan bank nak beli kereta kerana tanpa slip gaji. Walau pun tunjuklah akaun bank yang masuk lebih RM10,000 sebulan. Padanlah selama ni saya selalu terbaca dari full time IM ni yang nampak macam anti kad kredit, rupanya nak apply kad kredit pun diaorang susah nak approve rupanya. huhuhu.

Bukan saya kata guna kad kredit tu bagus sangat tetapi jika kita pandai mengawalnya ia sebenarnya memberi faedah kepada kita tanpa hutang satu sen pun. Caranya mudah saja, selesai guna kad kredit shopping ker isi minyak ker balik rumah terus lah online maybank2u dan terus bayar semua. Jangan tinggal balance sikit pun, so kita takde hutang dan dapat point lagi dan urusan kita jadi mudah dengan tanpa perlu membawa tunai ke sana sini. Contohnya kalau kita nak beli TV LCD yang berharga RM4000 tunai. Kan ke susah kena bawa RM4000 cash dalam wallet, siap-siap kena rompak naya jer..

Itu lah kelebihan cari duit internet secara part time ni rupanya.. senang nak loan bank huhuhu..tapi pelik juga yer apasal bangsa cina yang nampaknya macam tiada kerja tapi senang nak loan bank? Malah semasa zaman swisscash dulu, ada sorang mamat tu beli kereta guna slip swisscash jer.

Kesimpulannya ialah kebanyakan IM yang full time di Malaysia ni membuat bisnes secara illegal! Sebab tu la susah nak berurusan dengan pihak Bank. Tiada company, tiada penyata akaun, tiada quoatation, tiada invoice, tiada audit dan sebagainya. Macam mana bank nak percaya. Saya rasa kalau mereka mempunyai syarikat yang berdaftar tak kiralah enterprise sekalipun dan mempunyai penyata kewangan dan diaudit oleh Auditor yang diiktiraf tiada masalah nak buat loan dengan bank.

Yang dinyatakan di atas tadi ialah kontra jadi IM sepenuh masa, yang pronya pulak bagi sayalah ialah boleh kerja sesuka hati kita, tak payah dengar arahan boss, boleh tentukan masa kita sendiri, boleh uruskan kewangan kita sendiri dan sebagainya.

Malah kenyataan yang sedih tapi benar TAK PERLU BODEK BOSS! Sebab ini yang aku tak pandai ni... akhirnya orang lain yang dapat kenaikan pangkat, aku yang kena transfer ke tempat lain.. Adusssss rasa nak hantar notis berhenti kerja hari ini juga!

Comments

0 comments to "Pro kontra menjadi Usahawan Internet sepenuh masa"